Wednesday, January 28, 2009

Bobbie



Nana ada kucing oren yang sangat gemuk.
Gemuk dan sihat.
Sihat dan gebu.
Namanya Bobbie.
Semua orang sayang Bobbie.
Kak Nani, Iman, Mak, Ayah dan Nana, kami semua sayang Bobbie.
Bobbie memang sentiasa dimanjakan.
Mak hari-hari on aircond walaupun tak ada orang dalam bilik, sebab Bobbie suka tempat sejuk.
Dah dua tahun Bobbie bersama dengan kami sekeluarga.
Bobbie memang kucing kesayangan kami semua.

Satu hari, Bobbie sakit.
Dia digigit. Nana tak taw binatang apa yang gigit. Kucing kurap, biawak, entah.
Tapi, lukanya sangat teruk.
Doktor pun kata tak ada ubat.
Dah doktor kata macam tu, kita nak buat macam mana lagi?

Tapi tak ada siapa pun yang putus asa.
Tak ada siapa yang abaikan Bobbie.
Bobbie masih kucing oren yang gemuk, sihat dan gebu.
Walaupun kesa luka di tengkuk semakin teruk, Bobbie masih menjadi kesayangan kami semua.

Usaha? Modern dan tradisional, semua dah cuba.
Rasanya duit untuk ubat-ubatan Bobbie memang dah mencecah angka ribu.
Sebab Mak sayang Bobbie. Semua orang sayang Bobbie.
Hari-hari kami bagi Bobbie makan ubat.
Hari-hari sapukan ubat untuk Bobbie.
Tapi luka Bobbie semakin teruk.

Masa Nana balik cuti CNY hari tu, Nana terkejut tengok Bobbie.
Dia dah tak gemuk lagi.
Masih oren, tapi dah tak gemuk, tak gebu, dan tak sihat..
Bobbie sakit.
Tapi semua orang masih tak putus asa.
Kak Nani dan Iman buat solat hajat, mintak Allah sembuhkan Bobbie.
Nana mintak, kalau Allah masih nak Bobbie bersama kami, tolong cepat-cepat sembuhkan Bobbie. Tapi kalau hidup pun Bobbie menderita, Bobbie sakit teruk, ambik la dia.. Nana tak suka Bobbie sakit lama-lama.

Kak Nani yang paling kuat. Kak Nani jaga Bobbie bagai menatang minyak yang penuh.
Nana tak mampu.
Sebab setiap kali Nana dekat dengan Bobbie, Nana akan menangis.
Terima kasih, Kak Nani.

Tengah hari tadi, Allah dah ambil Bobbie.
Allah sayang Bobbie.
Kami semua sayang Bobbie.
Nana sangat sayang Bobbie.

12 comments:

keTiDaks3mPurNaAn said...

Owh......

Saya pun turut bersedih...... T.T

pembebel yang setia ~ said...

i know how it feels, i lost my tortoise days ago. and i was crying too..it hurts losing "things" we love~

NaNa PynkFaery said...

2 Q-chan :
^^..

2 Couzie :
betol tu... ur tortoise..? kcfina tumpang bersedih..

Chazzie Minho said...

huhu...sad...pretty sad.. we lost our Opang (the Cat) and Jaejoong (the tortoise) and still missed them. But new cat came yesterday and we call them GDragon and Jiyoung..

p/s: hijau sugguh mata memandang blog ini.. ottokajo? shinee dengarnya mau bercuti? and wonbin kabarnya quit FT?

NaNa PynkFaery said...

2 kak fairuz :
hijau.. krn mempromote environment.. haha. save energy save earth! nana dah merapu.

owh.. itu bukan rumors.. he IS leaving FTI after 600 days bersama FTI. seriously, nana sedih.. it's ok. i'll still love him.. XD

ButirStar said...

*sobs* *sobs*
nani ada call kaklong semalam. dia bagitau Bobbie dah tak ada. Kaklong nangis sebab kaklong pun kehilangan kucing kesayangan kaklong, Betty. Dia menderita sakit then masa tu klinik tak buka 3 hari sebab cuti...huhu

Hanna J. Potter said...

bobbie adalah kucing yg takkan dilupakan. sebab dia special. takpalah. dia dengan Allah, kita tak payah risau dah. Allah jaga dia.

Trini said...

sedih la pulak...

:'(

NaNa PynkFaery said...

2 kaklong :
owh, x apa. bobbie dan betty ada Allah untuk jaga mereka skarang.. ^^

2 kak nani :
betul, kita jgn sedih lagi.. fina pun x kan lupa bobbie jugak ^^

2 nining :
thx, krn tumpang bersedih.. ^^

Chagall said...

Sabar ja la...Fina...Aku sendiri sedih dengan apa yang ank post ni. Kesian kat dia....serious. Dulu aku pun ada gak kehilangan kucing. Bukan sekali, banyak kali. Yang first experience masa kucing aku mati ialah masa aku tengok depan mata dia kena langgaq dengan kereta sepupu aku. Urghh....Kuatkan semangat, k?

NaNa PynkFaery said...

2 ace :
thx ace.. aku pun mmg dah banyak kali kehilangan kucing.. cuma bobbie sgt special..

.::: JaSLizA :::. said...

huhuhu sedih nya.... byk2 besabar k fina... chaiyok chaiyok.... mmg pedih bila kehilangan sesuatu yg kita sayang....