Tuesday, January 6, 2009

Atas atau Depan?

Teeth Whitening by Jean31
[Tiba-tiba saja ada iklan pemutih gigi.. XD]

Kejadian ini berlaku ketika Nana dan Syasya sedang belajar tajwid [Tilawah II]. Kami sentiasa duduk di depan sekali, betul-betul di hadapan ustazah. Sentiasa rajin menyalin apa saja yang disebut oleh ustazah. Maklumlah, ustazah kesayangan.. *smiles*

Syasya : Ayat apa ni, Nana..? [sambil membaca notanya yang baru ditulis sebentar tadi] Hujung lidah tidak boleh menyentuh gusi gigi atas sebelah depan. *ketawa*
Nana : Entah! *ketawa jugak* [lepas baca nota sendiri, baru Nana perasan, terdapat sedikit perbezaan dalam nota kami]. Bukan la, Sya. Gusi gigi depan sebelah atas.
Syasya : [Diam beberapa ketika] Gigi atas sebelah depan, la.
Nana : Gigi depan sebelah atas, la.
Syasya : Gigi depan, apa? Gigi atas la.
Nana : Betul la gigi depan. Gigi depan sebelah atas, baru betul.

[pastu ketawa lagi~]

Ustazah : Aisyah, Farhinaa, apa yang kamu berdua gelak dari tadi? Orang lain diam je, takut belajar mengaji.
Nana : Takut buat apa.. bukan buat jahat.. XD
Ustazah : Memang la tak buat jahat.. *smiles* [ustazah ini sangat baik, ok!]
Nana : Ustazah, gigi depan ke gigi atas?
Ustazah : Ha? Apa tu? *ketawa jugak*
Syasya : [sambil menunjuk pada notanya], gigi atas sebelah depan, kan ustazah?
Nana : Tak la, gigi depan sebelah atas. Kan, ustazah? Kan, kan?
Ustazah : Ish, budak dua orang ni. Yang tu pun boleh gelak.
Nana : Kami nak menuntut ilmu ni, ustazah..
Syasya : Gigi atas kan, ustazah?
Nana : Gigi depan, sebelah atas la…
Ustazah : Boleh la yang mana-mana pun. Asalkan betul cara bacaan Ikhfa’ Hakiki kamu berdua, saye tak kisah kamu tulis gigi atas ke, tengah ke, bawah, depan, belakang.
Syasya : Owh…
Nana : Mana ada gigi tengah.. XD
Ustazah : Dah, Farhinaa. Kamu memang suke menyakat saye. Sejak sem lepas lagi.
Nana : Sebab saye sayang ustazah, la.. Kang saye buat tak layan, susah.. XD
Ustazah : *smiles* Dah, dah.. seterusnya. Iqlab.

Kejadian ini berlaku pada minggu lepas. Sampai sekarang Nana dan Syasya masih kekal dengan nota masing-masing. Syasya dengan gigi atasnya, dan Nana dengan gigi depan.. XD..


Mood : Happy
Headphone : Wild Eyes by Shinhwa

13 comments:

Aamir said...

hahaha ... aamir x larat nak gelak pasal post kali ni ... x sgka plak byk sungguh position gigi ... hahahah

myadlan said...

rasanya gigi atas la.. kalo gigi depan, itu gigi jongang kot.. hehe

pembebel yang setia ~ said...

kang ustazah tuh ckp gg tengah bru kamu taw!

ButirStar said...

hahahaha!!! kelakar la!!!
gigi atas, gigi depan. tengah pun ada.

kalau kaklong berada di situasi tu, kaklong mesti blur sebab kaklong panggil gigi depan. hehe

ღ~n0n0i~ღ said...

hmm ada beza ka..?
*visualizing*

gigi atas... gigi depan..
hahaha.. *confuse*
tapi gigi depan sebelah atas le kot kan..
gigi atas sebelah depan cam pelik je bunyinya..
sebelah depan..
hmmmmmmmmmmmmm..

Hanna J. Potter said...

gigi dalam sebelah tepi kiri sendeng 43 darjah kot? hehe. ka gigi luar sebelah kanan condong 34 darjah? atau gigi serong jongkat-jongket? ataukah tiada gigi? ROTFLMAO! hehe. kesian ustazah~~ wei, mai tgk ginny ada bookshelf baru, lagi cantik!!

Rabiatul Adawiyah said...

gigi atas betul... dan gigi depan pun betul~ gigi atas sebab ianya bukan dibawah dan gigi depan sebab ianya bukan dibelah belakang~

hehe~ sukati je menyampuk.. yeke ek?

NaNa PynkFaery said...

2 aamir :
bila baca balik, akak pun gelak jugak. pasal gigi pun leh jadi isu~

2 adlan :
ooo.. mane aci, sokong syasya pulak~~ gigi depan la..

2 pembebel yg setia :
mmg dy dah ckp gg tengah.. haha

2 kaklong :
nana rasa.. mmg gg depan. hoho!

2 nonoi :
ada.. dan nana rasa.. gigi depan sebelah atas! hehe

NaNa PynkFaery said...

2 kak nani :
banyak nya darjah.. siap sendeng lagiK! hoho. okays, nanti fina p mlawat shelf ginny yg baru!

2 kak ada :
hmmm.. btoi jugak..

tp nana tetap rasa.. gigi depan.. hoho

EmcEE_SubZeRo said...

salam.

sy rasa. gigi depan n atas. instead of gigi atas depan.

nape?

cuba gerakkn lidah anda mengikut apa yg telah dikatakan


1) gigi depan. atas.

dan

2) atas. gigi depan.


jika anda memilih opsyen ke-2, maka lidah anda terpaksa melalui lelangit mulut anda lantas friction telah berlaku. ini scara xlangsung telah mencederakan lidah anda (sikittt!). so lebih slmat jika saudara/i memilih opsyen 1.


stuju nana? XDD

ImpErfectioNisAgiFt said...

Hahahahaaaaaaaaaaaahahahahhhhhhhhahhahhhahahahahaha!

ROFLMAO

NaNa PynkFaery said...

2 azeem-kun :
w'salam!

wah, bukti2 juga disediakan!
*clap clap*

betul, nana stuju!
maka.. jawapannya, gigi depan!

2 Q-chan :
apakah~

ImpErfectioNisAgiFt said...

Gelak tak ingat dunia....