Sunday, March 30, 2008

Mawi

D cni, nana ingin mengulas sdikit tentang pemenang ABP 08 smalam, xlain x bukan, Mawi. Kawan Nana punye la x puas hati. Dia kata kalau juri yg buat kputusan, mesti Mawi kalah. Mesti CT nurhaliza yg menang! Ct yg paling layak, sbb die memang hebat, berbakat! “Menyampah tengok Mawi!”. Lalu dia mula mengutuk Mawi hampir dua jam x henti-henti.

Haih .. kawan2, adakah kawan2 stuju dgn pendapat die ni?? Nana sgt lah x stuju. Sebelum kawan2 teruskan pembacaan, Nana nk tegaskan ape yg Nana akan tulis bukan bermaksud Nana suke Mawi, atau Nana xsuke ct nurhaliza. Penulisan d bawah ni adalah berdasarkan LOGIK akal.

Dah nama pun anugerah bintang POPULAR, buat apa nk pakai juri? Juri ni keje die menilai bakat, menilai kualiti. Nak ukur populariti, kene ikot peminat la. Dah peminat Mawi lebih banyak dr peminat ct, dah peminat mawi paling banyak d msia ni, dah cukup utk buktikan Mawi la yg paling POPULAR d msia, mesti la Mawi yg menang. Bintang popular, ok? Bukan penyanyi lelaki terbaik. Agaknya kawan Nana ni xberape faham dgn maksud “popular”.

Pakai juri, ape kes ni?? Juri ni, xkira sehebat mane pon, bile lawan dgn peminat Mawi dah sure kalah. Dari zaman Mawi dlm AF lg, tetiap minggu die kene kutuk. Kaku la, kayu la, lupa lirik la, xpenah sekali pon kritikan2 ni memberi kesan pada para pengundi. Kesimpulannya, juri-juri dan para pengkritik bidang seni yg kononnya hebat, yang tahu menilai kaca dan permata, xada apa2 kepentingan pada Mawi. Mawi terus dpt dwet, para juri, pengkritik dan pengutuk gigit jari. Dah org suke Mawi, juri ni kate ape pon org tetap suke jugak. Xpayah la nk bising CT xmenang, dah memang satu Msia taw kehebatan populariti Mawi ni. Kutuk Mawi mcm mana pon, xsusut dwet die, xhilang anugerah ABP dia tue. Xde sape nk dengar. Jadi, tolong jgn cepat melatah. Mawi menang, atau CT kalah, xberi ape2 keuntungan pd kita.

Sekian, terima kasih.
.:: Nana ::.

Nana dan F.T Island


Kawan2, Nana rasa sedih. Tadi nana jumpa rakan2 nana. Berikut merupakan sdikit sbanyak perbualan Nana dan mereka.

One of em : Nana, smalam kte jumpe FT Island!!
Nana : !!!?
Another one of em : Smalam hari FT Island dgn peminat Msia!
Nana : !!!!!!!!????
The other one of em : Dapat tgk hongki taw, dpt autograph!
Nana : ….!!??
One of em, again : Nana suke Minhwan kan? Banner blog Nana gmbar die kan? Comel la die smalam!!
Nana : *sgt jeles smpai nk pengsan*

Image Hosted by ImageShack.us

Kawan2, bukan tue je yg Nana terlepas. Skarang, FT Island ade kt Sunway. It’s their first concert in Malaysia. FT Island d Msia, right now in KL, n where am I? in my room, studying masscom!! Huu, sumenye x kene. Timing x kene coz esok Nana ade final Masscom. Kalau g tgk FT Island, bila pulak nk baca buku, kan. Lgpon, banyak mende yg menghalang Nana dr g concert dorang.

1. Spt yg tertera d atas, Nana ade xm masscom esok, jadi kene wat revision. Nana x boleh bersuka ria.

2. W’pon concert mula kol 8.30, mesti la kene pg awal. Nk berebut tempat, takot x sempat. Bukan takat maghrib, ntah2 Asar pon langgar gara2 nk tengok concert.

3. Tiket paling murah pon dah sratos lebih. Buat apa beli yg murah, kene duduk belakang. X nampak la FT Island! Nak duduk dpan, baru nampak, kene la beli yg dua tiga ratos ringgit tue.. Haih.. ye, Nana suke FT Island, tp kalau nk habeskan rm300 smata2 nk tgk dorang, Nana xsmpai tahap tue la. Banyak g mende yg Nana leh buat dgn rm300 tue.

4. Concert.. bukan tempat Nana. Kalau Nana pg concert, sama la Nana dgn manusia2 yg habeskan dwet g tgk konsert akademi fantasia yg xbape cerdik tue. Xkan la Nana nk buat mende yg same dgn manusia2 tue buat??

Kesimpulannya, Nana bukan la nak pegi pun konsert tue. Cuma Nana jeles dengar cerita2 dorang, tgk member2 FT Island dr jarak dekat. Xpe la, walaupun xdpt tgk ape yg kawan2 Nana dpt tgk, Nana dpt selamatkan banyak perkara. Nana dpt tumpukan perhatian pd subjek Masscom, Nana dpt save dwet, Nana xperlu langgar waktu sembahyang. Kawan2, Nana dah gembira semula ^^!

Sunday, March 23, 2008

Masa utk berjihad!!

Readers, Nana dah mula final exam .. Jadi Nana akan jadi sgt bz. Xsmpat nk menulis lagi. Tadi Nana g melawat blog kak nani. banyak entry baru, sume best2 (tgk la sape adik dy kan~)

Pagi td, pukul sembilan, sepatutnya Nana ade exam utk Bahasa Melayu Lanjutan. Kol 8 lagi Nana n Syasya (my bestfren) dah gerak k center UIA. Nana x sempat tgk venue, Syasya pulak dgn yakinnya berkata "main hall, nana!". Lalu kami pon menuju ke main hall. Cari .. jumpe la seat kami. Spt semester2 yg lalu, Nana mmg suke curi tgk soalan.

Mata Nana mula memerhatikan soalan .. alamak? Ape bende ni?? Terangkan ciri-ciri surat kiriman rasmi dan wawancara? permasalahan audiens? Isy .. Nana dah habeskan satu buku smalam, xde jumpe pon pasal surat kiriman rasmi n wawancara nie..

Syasya dgn penoh yakinnya berkata lagi : Surat kiriman rasmi ni, kene sign seblah kiri. atas skali alamat kita, pas tu letak garis panjang. Pas tu, letak alamat penerima. Perenggan satu x ada nombor, mula dgn nombor dua ... bla bla ..

Tetibe muncul la seorang gadis, dy kate tempat yg Syasya duduk tu tempat dy. Syasya pon mula kalut. Tetibe, muncul la lg seorang gadis, dy kata tempat Nana ni, tempat dy pulak. Nana pon dgn muka x bersalah berkata : ye ke? tgk slip exam awak.

Gadis itu pon menunjukkan slip nya, tertera dgn jelas, 264 Main Hall CAC. Nana pon terus taw apa masalahnya. Office la ni, silap print! Macam mana leh ada dua manusia duduk satu kerusi exam. Dengan penuh keyakinan, Nana pon berkata : Kita kena wat report nie *sambil mengeluarkan slip Nana, dan tertera d situ, 264 Banquet CAC*

Haha .. nasib baik si gadis itu tidak marah. Lalu Nana n Syasya berlalu ke Banquet CAC!

Readers, final exam Nana akan tamat pada 6 April 2008. Skarang Nana dah kena mula berjihad, doakan Nana, ya? Lepas tu, Nana boleh balik rumah!!

Tuesday, March 11, 2008

My very first awards ..

Hmm .. nk tawu x? Nana ade dpt awards ^^.. *happy*.
Awards ni, Akmal-kun yg bg ^^ *happy lagi*
Thx, akmal-kun!! *sangat happy*.




Image Hosted by ImageShack.us




Image Hosted by ImageShack.us


Jadi, d kesempatan Nana, awards ni, Nana nk bagi kepada :

Kak Nani
Nining
Wanie
Loque
Queenie

Saturday, March 8, 2008

Be Thankful to Allah S.W.T

“Nana, kite ade masalah.”
“Kite syg sgt kat die taw”.
“Kite tunggu die 7 tahun..”
“Kite x boleh nak suke org lain selagi die ade depan mata kite”
“Skang ni kite dah ‘on the way’ dgn sorang guy ni taw.”
“Susah lah, org yg kite suke ni hot guy taw. Banyak perempuan suke die.”
“Mmg ade yg tunggu kite, tapi kite x boleh suke die, sbb kite dah ade pilihan sendiri.”

Utk pengetahuan para pembaca, everytime perempuan ni kate dia syg mane2 laki, dia ade crush, dia tunggu 7 taon, on da way dan ntah ape2 lg, semuanya merujuk kpd lelaki yg berbeza. Pas tu mula lah cari Nana, ckp ade masalah. Lelaki ni x faham die la, lelaki itu harapkan seuatu yg die x boleh bagi, lelaki ni tetiba beralih arah.

“Kite ni problematic..”.

Memang la, dah sendiri cari masalah. Cuba ikot cam orang lain, masuk U, study. Bukan sibuk cari boyfren sana sini. Dah org x nak kat kite, xpayah la nk buat perangai perigi cari timba. Wat bodoh sudah lah.

“Mak ayah kite xbgi perhatian dgn kite. Sbb tue kite x suke balik rumah.”
“Cara dowrang layan kakak kite mcm lain. Layan kite mcm lain.”
“Yelah, kakak kite lawa. Kite ni ..”
“Berat sgt Allah uji kite..”

Ya Allah, apa dah jadi dgn cara die berfikir? Drpd zaman foundation kat PJ, skang dah wat degree kat Gombak, perangai die mcm tue jgak la, x berubah2. Ujian berat?? Girl, I know u will read this entry. Awak taw x apa makna ujian berat?

-------------------------------

Apa maksud ujian yg berat?

Kes 1

Nurfatiha Abdullah Zain
- Kelahiran normal, 3.55kg
- Dianugerah satu buah pinggang shj
- Bersekolah selama dua tahun shj (krn masalah kesihatan)
- Umur : 9 thn

Masalah kesihatan Nurfatiha Abdullah Zain

- Mempunyai satu buah pinggang shj
- Terpaksa menggunakan lampin seumur hidup
- Menjalani pembedahan membuang rahim (jika x dbuang, akan menyebabkan darurat apabila dia meningkat remaja dan datang bulan, krn hanya mempunyai satu buah pinggang) sehari selepas dilahirkan
- Jantung berlubang
- Injap jantung bocor

Kesusahan keluarga Nurfatiha Abdullah Zain
- Pendapatan bapanya hanya rm750 sbulan.
- Perbelanjaan Nurfatiha mencecah rm600 sbulan (lampin, beg urin, tiub, ubat dan kos perjalanan ke hospital)

Jawapan Nurfatiha Abdullah Zain tentang masa depannya

“Baby x boleh kahwin, sbb nanti x ada anak. Baby nak duduk dengan mak saja. Baby sayang mak.”

Kes 2

Natasya Rosiana

“Mama sayang kakak x? Kalau esok kakak x ada, mama jgn lupakan kakak ya?”
“Papa sayang kakak x? Kalau esok kakak x ada, papa jgn lupakan kakak ya?”

Siapa yg sangka, soalan pelik yg d ajukan kanak2 ini ada petandanya. Pada malam tersebut, tiba2 Natasya Rosiana menangis dengan kuat dan kekejangan. Dgn pertolongan jiran, Rosiana d bawa ke hospital. Ibu Rosiana : “Doktor memberi tahu hanya 10% harapan anak saya utk hidup. Dia koma lebih 4 hari tanpa sebarang respons. Doktor mengesahkan otaknya d jangkiti kuman. Utk membuang cecair d kepalanya, anak saya menjalani pembedahan CT Scan sbanyak 18 kali. Disebabkan terlalu menanggung kesakitan, tubuhnya melengkung seperti ‘C’ terbalik. Saya hanyak mampu berdoa agar Allah terus memanjangkan usia anak saya.”

Rosiana Natasya, 3 tahun, merupakan seorang kanak2 yg sgt petah berbicara satu ketika dulu, kini hanya terbaring tanpa suara. Disahkan mengidap penyakit Ceberal Palsy, dan doctor memberikan tempoh yg agak singkat utk Rosiana meneruskan kehidupan.

“Semasa usianya 2 tahun 6 bulan, dia mendapat demam. Sekejap baik, sekejap kebah. Hinggalah malam pada hari dia bertanya, adakah saya sayang padanya. Kemudian, dia terus terbaring tanpa sepatah suara sehingga ke hari ini,” kata ibunya yang terus menangis.

Penderitaan Rosiana dan keluarga
- Susu yg d minum Rosiana berharga rm70 setin. Dalam sehari, Rosiana memerlukan satu setengah tin (maksudnya, 3 tin susu yg jumlahnya berharga rm210 hanya utk 3 hari).
- Kos lampin, kos ulang alik ke hospital utk menukar tiub d hidung setiap dua minggu sekai (Rosiana minum melalui saluran tiub yg d pasang d hidungnya)
- Rosiana minum susu 6 kali sehari. Setiap kali sebelum minum, kahaknya yg sentiasa bertakung perlu d sedut dahulu menggunakan tiub khas, setiap tiub berharga rm4.
- 6 bulan d ICU, kos 15 000 (amat sukar kerana bapanya hanya bekerja sbg tukang kimpalan.

Jelas ibunya lagi, doa dan impiannya hanya satu, agar Rosiana kembali memanggilnya 'mama'..

-------------------------------------

Berbalik kpd kes perempuan tadi. Kalau lelaki yg awak suka, x suka kt awak, biarlah. Mati ke kalau x ada boyfren? Cacat ke kalau x ada boyfren? Terencat akal ke kalau x dicintai? Jgn jadi bodoh. Awak sama mcm Nana, awak sama mcm org laen yg normal. Kita semua tahu, xkira mcm mana teruknya nasib kita sekarang, asalkan kita usaha, berdoa pd Allah, masa depan boleh d ubah! Tapi mcm mana dengan hamba Allah yg d uji dgn penyakit sehingga terpaksa dbuang rahim ketika bayi? Hamba Allah yg tahu apabila dewasa, dia x boleh kahwin, x boleh dpt anak? Hamba Allah yg ada suara tapi x boleh bercakap? Awak dah 20 tahun, tolong guna otak dgn baik. Awak termasuk dalam golongan hamba Allah yg bertuah.

You got a very healthy body. Awak ada mak dan ayah, kakak, abg n adik. Awak ada otak yg sihat, otak awak x ada kuman. Awak xpayah bawak beg urin sana sini seumur hidup. Awak x ada masalah kewangan. Kalau mak ayah awak x syg awak, skarang ni mesti la awak kurus melidi sbb x diberi makan minum. Kalau mak n ayah awak x syg awak, skang ni mesti awak merempat tepi jalan, xpon mengemis d kaki lima. Ini x, awak skang adalah seorang pelajar d IIUM, igt dpt masuk free ke? Kalau mak ayah awak x syg awak, dulu dorang xkan hantar awk ke skolah, xbg awak pendidikan, biar jadi org bodoh, jgn harap nk masuk U, dpt handphone dan laptop sendiri. Setakat mak ayah sibuk keje, x bermaksud mereka x syg awak. Apa salahnya ada kakak yg lebih cantik? D hadapan Allah, semua hambanya setaraf, x kira hodoh ataw cantik, hitam atau putih, tinggi atau rendah, gemuk atau kurus. Mcm yg sy ckp tadi, awak termasuk dlm golongan hamba Allah yg bertuah. Be thankful to Him!

Saturday, March 1, 2008

Top 10 US (last year)

The 5th movie in J.K. Rowling's boy wizard franchise took in a whopping $330 million in its first 5 days of release across the world.


The film also made an equally impressive $77.4 million in the U.S. in one weekend, placing it easily in the top spot at the box office.

1. Harry Potter 5

2. Transformers

3. Ratatouille

4. Live Free Or Die Hard

5. License To Wed

6. 1408

7. Evan Almighty

8. Knocked Up

9. Sicko

10. Ocean's Thirteen

source : perezhilton.com