Thursday, April 16, 2009

On Hiatus

Image Hosted by ImageShack.us


*** Lalala~ ***

Ini untuk Kak Wanie. Nak colour hitam, kan? Sorry la, terlalu simple XD.

Image Hosted by ImageShack.us
cara nak letak signature nie, kak wanie boleh baca kat tutorial ni.
Click on the thumbnail to read, ne?



p/s : replace direct link with http://img16.imageshack.us/img16/8931/kwanie1.gif

thanks to thecutestblogontheblock for the tutorial

Ini pulak untuk Kak Fai, for the two awesome wallies you made for me. =)

Image Hosted by ImageShack.us

Headphone : Survivor by DBSK

Mood : Happy! [Baru dapat Again & Again MV, HQ!!]

Till the next update,
Nana-chan

Wednesday, April 15, 2009

Apabila Bosan Melanda~

Pada suatu pagi yang tidak hening, [pagi kah? mungkin tengah hari..]
Nana dan Syasya dilanda kebosanan.
Kelas Sociolinguistics memang selalu bosan..

Entah bagaimana,
tiba-tiba kami berdua menganjurkan satu pertandingan melukis.
Pertandingan yang hanya disertai kami berdua.
XD~ Lukisan memang la buruk..




Nana paling suka lukis mushroom~ walaupun senget, haha..


Rumah Syasya siap ade pemandangan lagi XD

Honestly, ikan emas Nana nampak macam alien! Mungkin kerana matanya yang terlalu besar!


Kerusi apa ni~~ Kerusi Syasya siap ade tampal 'rosak' lagi~ And kerusi Nana, macam kerusi untuk orang cacat~


Tak taw la model apa nie.. Handphone yang Nana lukis tu, Nana suka wallpaper dy. Ada kucing XD


Akhirnya, kami dah kehabisan idea. Tak tawu lagi nak lukis apa.
Lalu kami tanya Ecah.
Soalan terakhir biar dia yang pilih.
Dengan penuh confident, Ecah berkata :

PLATIPUS


Ingat senang ka maw lukis~ Syasya kata dia langsung tak pernah tengok platipus.

Inilah platipus Syasya!

Ecah : A bunting platypus? 10/10


Dan ini platypus Nana XD

Ecah : A tidur platypus? 01/10

Bapak jeles~ Bukankah platypus Nana lebih comel XD!

* * *

Sebenarnya pertandingan ini berlangsung bulan lepas.

Masa kemas barang-barang semalam, Nana terjumpa lukisan-lukisan ni.

Saja maw kongsi dengan rakan-rakan bloggers.

As you can see, bakat melukis Kak Nani yang hebat sedikit pun tidak ada pada Nana, hoho~

Tuesday, April 14, 2009

The enD

[Yang bawah sekali tu.. Sciences of Quran. Maaf la, terpotong dengan marker pen pula XD]


Seperti yang rakan-rakan bloggers dapat lihat dalam gambar di atas, Nana sekarang bebas dari sebarang exam XD [ayat apakah ini?].

Owh, subjek yang terakhir iaitu Science of Quran sudah selamat dijawab petang tadi. Oleh kerana terlalu happy, Nana potong subjek tersebut dengan marker pen [seperti yang tertera dalam gambar berkenaan].

Tadi Nana dinner dengan Syasya buat kali terakhir [untuk semester ni]. Malam ni Syasya dah balik Kelantan. Semester depan pulak baru jumpa Syasya. I’ll miss her.

Nana tak balik lagi. Tunggu Pony, dia ada lagi satu paper. Tak sabar maw balik rumah. Jumpa Mak, Ayah, Kak Nani, Iman, dan kucing-kucing kesayangan sekalian!

Malam ni Nana maw bersuka-ria di cc! Ada banyak benda yang perlu di download sebelum balik rumah. Yay!

Tuesday, April 7, 2009

Sistem Barter

Sesape yang amik subjek Perdagangan atau Ekonomi Asas mesti dah cukup arif dengan Sistem Barter. Kepada yang tak tahu, atau yang dah lupa, di sini Nana ingin berkongsi definisi sistem barter.

Sistem barter merupakan sejenis bentuk perniagaan yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantara pertukaran, di mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan dan/atau perkhidmatan lain. Ia boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak.
Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman.


Thanks to Wiki.

Mengapa Nana tiba-tiba blogging pasal Sistem Barter?

Ceritanya macam ni.

Tadi, semasa Nana dengan gemuruhnya menjawab soalan Novel & Short Story dalam exam hall, sistem barter telah berlaku. Bermula dengan jejaka comel yang bernama Jasmin [my course mate] yang duduk di sebelah kiri Nana, terlupa membawa liquid paper. Maka, berkali-kali dia memanggil Nana untuk meminjam liquid paper kepunyaan beta.

"Nana! Liquid!" bisiknya berkali-kali.

Nana, mula-mulanya takot nak bagi pinjam. Takot invigilator melatah, dituduhnya kami meniru pulak. Tapi, dah berkali-kali dia mintak, dan invigilator yang ternampak pun sekadar senyum, memahami keadaan Jasmin yang terdesak, maka Nana dah tak takot lagi passing liquid paper tu dengan Jasmin.

Soalan-soalan yang perlu dijawab sangat susah~

7 essay, jari-jemari Nana sudah lenguh~

Sedang Nana asyik menjawab essay yang ke-4, tiba-tiba.. PEN BETA KEHABISAN DAKWAT!!

ya, PEN BETA KEKERINGAN DAKWAT ketika menjawab final exam!

Nasib baik Nana bawak dua batang pen.
Maka kekalutan Nana hilang dalam sekelip mata.
Lantas Nana menggunakan pen yang baru sahaja dibeli dan belum pernah diguna lagi itu.

....
.........
...............

APA???? Pen ini tak ada dakwat juga!
Kekalutan Nana kembali semula, darab dengan 10!

Nana memandang Q-chan yang lokasinya terletak di sebelah kanan Nana.
Lama beta merenungnya, maw pinjam pen.
Tapi dia begitu khusyuk menjawab dan langsung tak perasan renungan penuh harapan dari Nana~~

Lalu Nana cuba meminta bantuan daripada Jasmin pula.
Nana tak berani nak panggil dia~
Lalu Nana menggoyang-goyangkan pen depan muka Nana,
buat aksi-aksi yang entah hapa-hapa supaya dapat menarik perhatian Jasmin [jangan salah faham ayat ini~]

Setelah 30 saat beraksi pelik, akhirnya Jasmin pusing tengok Nana.
Nana terus tunjuk kepada pen di atas mejanya.

"Pen?" tanya Jasmin.
Nana angguk.

Dan dengan senyuman, dia menghulurkan sebatangan pen biru kepada Nana.
Nana sangat bersyukur kerana sudah boleh menjawab exam dengan riang [walaupun soalannya susah..]

Dan sepanjang dua jam dalam dewan tersebut, berkali-kali liquid paper dan pen biru bertukar-tukar tangan.

XD

Itulah SISTEM BARTER.

Mood : Lega
Headphone : Dejavu by SS501

-- Out of Topic --

Happy 19th Birthday to SHINee's lead vocal, Jonghyun!
Saengilchuka Hamnida!

Image Hosted by ImageShack.us

Ini APA???



Untuk mengelakkan kekeliruan para pembaca, entri ini merujuk kepada novel yang bertajuk :
PERCY JACKSON AND THE OLYMPIANS

Selama dua tahun Nana ternanti-nanti novel kesayangan Nana hidup layar sinema..

Dua tahun juga Nana tak henti-henti meng'click' imdb to check on the casting dan bla bla..

Dua tahun juga Nana hidup dengan harapan Chris Columbus akan menghasilkan Percy Jackson sehebat Harry Potter [movie 1 dan 2 SAHAJA. movie ketiga n onwards adalah sampah]..

Akhirnya, setelah dua tahun menanti penuh harapan, akhirnya barisan pelakon diperkenalkan juga di imdb!

EH???? MENGAPA PEREMPUAN INI PULA YANG DIPILIH UNTUK BAWA WATAK ANNABETH KESAYANGAN NANA ITU??



She's 23 YEARS OLD.
Annabeth Chase cuma 13 , okay!

Bodoh. Tak suka. Nak marah.


X X X


Logan Lerman

He will be PERCY JACKSON, son of Poseidon!!
Comment : Anda comel. Nana suka.




Brandon T. Jackson

This is Grover Underwood.
Comment : Sesuai. Yang tidak sesuai cuma perempuan di atas sana!


Mood : Tak ada mood.
Headphone : Dejavu by SS501
p/s : New header! My bear-figure-Chansung in action, haha XD
p/s lagi : New layout! Cupcakes.. sedap~~

Friday, April 3, 2009

FINAL EXAM

Final exam Nana dimulakan dengan Tilawah Al-Quran II dua hari lepas.

Nana menghabiskan berjam-jam untuk memorize kesemua hukum-hukum tajwid [yang akan ditanya secara lisan]. Nana tidur pukul 2 pagi setelah memastikan kesemua hukum terlekat atas otak dengan jayanya.

Walau bagaimanapun, keesokkan harinya, sebaik sahaja Nana bangun pagi dan cuba ingat semula apa yang dihafaz semalam, Nana mendapati Nana sudah tidak dapat membezakan antara Mad Lazim Kalimi Musaqqol, Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf, Mad Lazim Harfie Musaqqol dan Mad Lazim Harfie Mukhaffaf. Nasib baik exam pukul dua petang, maka Nana masih ada untuk menghafaz.

Nana melangkah ke Kulliyyah of Engineering untuk menduduki exam tersebut bersama Syasya, dengan ketakutan di dada, takut tertukar lagi hukum-hukum mad itu.

Keadaan di exam hall sangat lah tidak memuaskan.

Examiner ada tiga belas.

Students ada.. em.. minimum 200 orang kot untuk sesi tu. Dan ruang menunggu pulak agak sempit. Bayangkan, ratusan manusia berebut-rebut dan bertolak-tolakan untuk masuk ke dewan! Sekali masuk, dalam 10 orang saja. Walaupun Nana betul-betul di depan pintu, Nana tak dapat masuk dewan! Sebab, setiap kali pintu dibukak, kesemua orang tiba-tiba mendapat energy yang dahsyat dan terus berebut-rebut dan bertolak-tolak dengan dahsyat lalu Nana tercampak jauh dari pintu! Hebat betol mereka semua!

Kali kelima pintu dibukak baru Nana dapat memboloskan diri! Haha, rasa macam mendapat kemenangan yang mutlak sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam dewan. Tapi, dalam proses bertolakan tadi, borang examination di tangan Nana sudah berkedut seribu. Examiner Nana gelak tengok borang itu~ aish..

Nana menjawab semua soalan dengan jayanya, alhamdulillah.

On the bright side, Nana bangga kerana ratusan manusia itu berebut-berebut dan bertolak-tolakan dengan kedahsyatan yang luar biasa kerana berebut tempat untuk mengaji Al-Quran, dan bukannya untuk menonton konsert. Sila beri tepukan kepada mereka ^^!

Esok Nana ada paper Sociolinguistics, dan lusa ada Islamic Ethics. Wish me luck!

-- Out of Topic --

Sejak dua minggu yang lalu, Nana bukan sahaja mula accept request untuk icon, signature dan blinkie, tetapi jugak untuk fanfiction posters XD. Suka.. suka..

Image Hosted by ImageShack.us

This is the latest. Baru disiapkan semalam. Nak gelak pun ada bila tengok XD. Tapi, the requestee [Roge] sangat suka. Maka, Nana tak maw gelak lagi XD.

"Pynkfaery, I love the poster, I love you so much I want to marry you! Be my wife, will you?"

- Roge

"Roge, I'm turning 21."

- Nana

Untuk pengetahuan para bloggers, Roge is only 14~