Wednesday, January 28, 2009

I need help!

Nana sangat memerlukan pertolongan.


Markah kedua-dua kuiz ‘Novel and Short Stories’ Nana sangat.. umm.. mengecewakan.

Zaman kegemilangan ‘Drama’ semester lepas sudah lenyap begitu saja.

Jadi, Nana ingin menyeru kepada semua rakan-rakan dan senior-senior BENL [especially the dorkistic designers! XD], rakan-rakan TESL Nana di UNISEL, kepada Mrs. Key juga [kerana beliau merupakan pelajar TESL IIUM], juga kepada Kak Nani dan Kaklong [kerana mereka berdua sudah graduate dengan ijazah TESL dalam genggaman], juga kepada cousin kesayangan [kerana beliau merupakan pelajar TESL UITM].. TOLONGLAH SUMBANGKAN NASIHAT-NASIHAT YANG BERNAS UNTUK MEMBANTU RAKANMU/JUNIORMU/THE MAGNAE/ADIKMU/ SEPUPUMU INI~~ Nana tamaw dapat C untuk subjek ini!!

p/s : kpd para bloggers yang lain-lain juga, nasihat anda amat dihargai..

*Topik Tambahan*

Sejak Nana mula membaca surat khabar dulu, dah banyak berita pasal band berpecah, si A tinggalkan kumpulan itu, si B dibuang dari kumpulan ini, kumpulan C dibubarkan, si D keluar sebab maw kawin, si E pulak maw bergerak secara solo, dan sebagainya. Nana tak rasa apa pun, sebab kes-kes terbabit tidak pernah terjadi pada idol group atau band kegemaran Nana. Tapi, sekarang Nana dah faham perasaan peminat-peminat yang pernah menghadapi kes-kes terbabit. [kes? Sesuaikah perkataan ini?]

Selepas 600 hari bersama FT Island, Wonbin mengambil keputusan untuk meninggalkan band tersebut. [Ya, 600 hari. Kewujudan FTI belum mencecah dua tahun pun].Keputusan yang menggemparkan para primadonna*. Tiada alasan diberikan. Haish.. mengapakah? Nana sangat berharap ini adalah rumor semata-mata, malangnya, berita ini sudah disahkan. I’m waiting for them to come back to Malaysia [selepas kes konsert yg dibatalkan itu], tapi kalau datang balik pun.. Wonbin sudah tiada pula. Tidak best..

According to the company, Wonbin had come to this hard decision after thinking about it for quite some time. The other members have stated that "it is sad to see him go and that we hope to be able to grow through this rough transition."

Seperti yang dinyatakan oleh presiden ‘FT Island International Forums’, seandainya selepas ini Wonbin muncul secara solo, atau bersama band lain, sila berikan sokongan sepenuhnya kepada Wonbin, sama seperti ketika dia masih bersama FTI. OK! I’ll do it ^^

Image Hosted by ImageShack.us

FT Island's management (F&C) has swiftly replaced Oh Wonbin, with 18 year-old Song Seung Hyun, who weighs in at 60kg and stands at 180cm's tall.

Song Seung Hyun stated:

"Since I've just recently joined the group, I will be lacking lots of experience, however I will try my best to not fall behind and will work hard to gain the love of fans."

Nana stated :

"I hope I can love you as much as I love Wonbin."

Image Hosted by ImageShack.us

Anyway, the idol rock band will continue as usual and will be coming back with a mini-album in February.

[source : allkpop]

p/s : *primadonna adalah gelaran kepada para peminat FTI.

p/s lagi : kolaj wonbin itu disiapkan dalam masa kurang dari 10 minit, maka rupanya cincai. harap maaf.

p/s lagi satu : sila lupakan bab wonbin ini. Tujuan utama entry pada kali ini ialah untuk mengumpul nasihat supaya Nana dapat improve dalam subjek 'Novel and Short Stories'!

Bobbie



Nana ada kucing oren yang sangat gemuk.
Gemuk dan sihat.
Sihat dan gebu.
Namanya Bobbie.
Semua orang sayang Bobbie.
Kak Nani, Iman, Mak, Ayah dan Nana, kami semua sayang Bobbie.
Bobbie memang sentiasa dimanjakan.
Mak hari-hari on aircond walaupun tak ada orang dalam bilik, sebab Bobbie suka tempat sejuk.
Dah dua tahun Bobbie bersama dengan kami sekeluarga.
Bobbie memang kucing kesayangan kami semua.

Satu hari, Bobbie sakit.
Dia digigit. Nana tak taw binatang apa yang gigit. Kucing kurap, biawak, entah.
Tapi, lukanya sangat teruk.
Doktor pun kata tak ada ubat.
Dah doktor kata macam tu, kita nak buat macam mana lagi?

Tapi tak ada siapa pun yang putus asa.
Tak ada siapa yang abaikan Bobbie.
Bobbie masih kucing oren yang gemuk, sihat dan gebu.
Walaupun kesa luka di tengkuk semakin teruk, Bobbie masih menjadi kesayangan kami semua.

Usaha? Modern dan tradisional, semua dah cuba.
Rasanya duit untuk ubat-ubatan Bobbie memang dah mencecah angka ribu.
Sebab Mak sayang Bobbie. Semua orang sayang Bobbie.
Hari-hari kami bagi Bobbie makan ubat.
Hari-hari sapukan ubat untuk Bobbie.
Tapi luka Bobbie semakin teruk.

Masa Nana balik cuti CNY hari tu, Nana terkejut tengok Bobbie.
Dia dah tak gemuk lagi.
Masih oren, tapi dah tak gemuk, tak gebu, dan tak sihat..
Bobbie sakit.
Tapi semua orang masih tak putus asa.
Kak Nani dan Iman buat solat hajat, mintak Allah sembuhkan Bobbie.
Nana mintak, kalau Allah masih nak Bobbie bersama kami, tolong cepat-cepat sembuhkan Bobbie. Tapi kalau hidup pun Bobbie menderita, Bobbie sakit teruk, ambik la dia.. Nana tak suka Bobbie sakit lama-lama.

Kak Nani yang paling kuat. Kak Nani jaga Bobbie bagai menatang minyak yang penuh.
Nana tak mampu.
Sebab setiap kali Nana dekat dengan Bobbie, Nana akan menangis.
Terima kasih, Kak Nani.

Tengah hari tadi, Allah dah ambil Bobbie.
Allah sayang Bobbie.
Kami semua sayang Bobbie.
Nana sangat sayang Bobbie.

Sunday, January 18, 2009

TireD



Nana sangat letih.

Nana dan Q-chan menyertai Kursus Asas Fasilitator anjuran GPMS cawangan khas UIAM dari hari Jumaat hingga Ahad [semalam].

Seperti biasa, kursus-kursus macam ni, mestilah tak cukup tidur. Malam Sabtu, hampir jam 4 pagi baru Nana boleh melelapkan mata. Malam seterusnya, 4.40 pagi. Woo.. pening~

Seperti biasa juga. kursus-kursus mcm ni, pasti turut menyelitkan aktiviti yang mampu membuatkan para peserta tension dan menitiskan air mata. Jeritan, tengkingan dan maki-hamun yang dahsyat, dengan suara yang SANGAT kuat oleh A'a tengah malam tu, membuatkan Nana fikir yang Nana nak balik, tamaw teruskan lagi. Tapi Nana berjaya jugak, lebih kurang pukul 3.20 pagi, Nana lulus. Sangat tension~

p/s : the venue is atas bukit. Masa A'a jerit2 maki hamun kitaorang, Nana betul-betul rasa bukit tu akan runtuh bila-bila masa ja. Suara beliau SANGAT kuat, ok? Tapi lepas Nana lulus tu, dia bercakap dengan suara yang sangat caring dengan Nana. Hoho. He's so fine. XD

Venue, Banglo GPMS. Dengar perkataan 'banglo' tu, Nana dah happy. Namun bila dah sampai ke banglo berkenaan, semuanya diluar jangkaan Nana. Banglo tu dah lama... tak ingat pulak dah berapa puluh tahun. Cat dah luntur, pintu nak tercabut. Hari terakhir kami di banglo tersebut, ada krew-krew drama Gerak Khas datang buat recording. Dorang jalan-jalan kat tingkat atas banglo tu, sampai jatuh serpih-serpih siling. bertaburan depan pintu. Tu baru jalan, kalau lompat? Maw runtuh banglo tu. Nana fikir, macam mana maw survive tiga hari kat sini? Nana dah biasa hidup selesa~ Tapi, dengan bangganya Nana berjaya tamatkan kursus tersebut. I'm officialy GPMS' new facilitator now! *smiles*

Thursday, January 15, 2009

Maou

Tepat jam 2.00 pagi.

Nana baru saja sudah menonton Maou, sebuah drama jepun yang SANGAT best. [perkataan SANGAT itu sepatutnya ditaip dengan font size 72].



This drama is a remake of the popular suspense drama The Devil [ada terbaca juga yg asalnya, d adaptasi dari sebuah manga..] that was aired in Korea last year. Ohno Satoshi will be playing the role of a two-faced lawyer, one of which is a kind hearted soul and the other who is plotting revenge, using his brilliant mind, on the person who killed his relative. On the other hand, Ikuta Toma will play the double lead role of the man, who has become a detective due to his dark past, who is pursuing the mysterious series of murders and fighting against the devil (maou).

The Details :

Title (romaji): Maou
Format: Renzoku
Genre: Suspense drama, Romance
Episodes: 11
Broadcast network: TBS
Broadcast period: 2008-Jul-04 to 2008-Sep-12
Theme song: truth by Arashi [Lagu ini sangat best, ok!]

The Awards :

12th Nikkan Sports Drama Grand Prix: Best Drama
12th Nikkan Sports Drama Grand Prix: Best Actor - Ohno Satoshi
12th Nikkan Sports Drama Grand Prix: Best Supporting Actor - Tanaka Kei
12th Nikkan Sports Drama Grand Prix: Best Supporting Actress - Kobayashi Ryoko

[Anugerah semuanya disapu bersih oleh 'Maou'! Apa lagi, cepat-cepatlah menontonnya!]


The Casts :

Ohno Satoshi as Naruse Ryo/Manaka Tomoo

Ikuta Toma as Serizawa Naoto

Kobayashi Ryoko as Sakita Shiori

[Matanya besar.. XD]

* * *


Kepada para peminat j-drama Liar Game dan manga/anime Death Note [manga & anime saja. Movie DN sangat mengecewakan], anda semua diwajibkan menonton Maou!

Jalan cerita yang kuat, watak jahat yang kuat [Nana tak mampu membenci Naruse-san walaupun dia sangat jahat. Sebab? Dia hebat!].

Maw komen lagi..

Ikuta Toma sangat kacak! Bila fikir balik, dia membawa watak baik, watak mangsa, sangat kacak, dan juga seorang detektif muda yang bergaya. Maw apa lagi? Berbanding dengan Ohno.. he is good-looking, tapi tidak sekacak Toma. Jahat pula, bunuh-bunuh orang. Hidup dengan dendam. Mengikut logik akal, bukankah penonton sepatutnya jatuh cinta dengan watak Serizawa-kun yang dibawa oleh Toma?

Nana bukan peminat Ohno. Tapi kejahatan dan kebijaksanaan Naruse-san sangat cool, ok! Peguam cool ini mengingatkan Nana kepada Light Yagami [Death Note]. Biarpun dia sangat jahat, Nana tamau dia ditangkap polis. Nana maw dia menang.

Namun begitu, Nana tamau Toma mati dibunuh juga..

Haih, susah la pengarah maw buat cerita untuk puaskan hati Nana. Salah sorang perlu mati, kan? Endingnya, Nana tamaw bocorkan di sini. Sila lah tonton sendiri, anda pasti tidak akan menyesal.

Dendam, persahabatan, hubungan kekeluargaan, khianat, curang, cinta, semua cukup!

Menonton Maou, perasaannya sama seperti menonton Liar Game, tapi lebih beremosi. Habis jugak la 10 helai tisu sementara maw habiskan j-drama ini~

Apa-apa pun, sila dapatkan Maou sekarang! Amatlah rugi jika anda tidak menontonnya!
Nana bagi 5 bintang untuk j-drama ini!

Mood : Happy
Headphone : Truth by Arashi


Sebagai sambungan kepada entri ‘Bebas Air’ smalam, entah kenapa, sampai hari ini mahallah Nana masih ada bekalan air!

Kepada penduduk mahallah lain yang sudah terputus bekalan air, sila jeles XD. *Jahatnya Nana~*

p/s : Nana akan menghilangkan diri dari dunia blog, dunia internet selama tiga hari. Maw masuk hutan .. huhu. Wish me luck!

Tuesday, January 13, 2009

Bebas Air

Gangguan bekalan air tidak berjadual telah berlaku di Wilayah Gombak - sekitar UIAM, BMI, SM. Teknik Gombak, SM Intergrasi Gombak, Tol Lebuhraya Karak, Sek. Al Amin Gombak, International Islamic School & Stesyen Minyak BHP, Lebuhraya Karak pada 13 Jan 09.



Sejak petang semalam, Nana menerima banyak SMS berkenaan hal ini.

'cepat tadah air! esok bekalan air putus'

'ade baldi lebih x?'

'kat level ko ade berapa tong sampah?? ade extra x?'

dan macam2 lagi. Bekalan air UIAM terputus bermula pagi tadi di mahallah Safiyyah. Mahallah Nana masih ada bekalan air pagi tadi. Tapi skarang sudah tiada...

Untuk pengetahuan para bloggers, kalau ada yang x faham sms ketiga tu.. kalau ada tong sampah extra, dia maw cuci, dan gunakan tong sampah terbabit untuk tadah air XD! Ekstrim betol!

Tapi, memang la semua orang kelam kabut. Dengar cerita, kemungkinan UIAM akan berada dalam keadaan 'bebas-air' selama tiga hari. Air satu baldi mana cukup~ maw mandi, maw wudhuk, maw minum dan lain-lain. Dah nama duduk hostel, semua orang secara logiknya mesti la ada satu baldi saja. Buat apa banyak-banyak, kan? Jadi, selama tiga hari.. perlu gunakan air sebaldi.. huh?? Nana rasa petang ni baldi Nana dah kosong~~ macam mana ni??

Cuma boleh berdoa, harap-harap usaha mencuci tangki itu dapat diselesaikan secepat mungkin!
* * *

Maw advertise sket!

IIUM ANGKLUNG GROUP Membership Drive

Date : January 19-21, 09
Time : 8.30 pm
Venue : Training Room, CAC

For more information, visit IAG's Blog

p/s : Jangan salah sangka, Nana bukan sebahagian dari IIUM Angklung Group. Tapi.. esok lusa.. sapa taw? XD *Nana dah merapu lagi~~*

Mood : Tension [kerana masalah 'bebas-air]
Headphone : Sunset Glow by Big Bang

Saturday, January 10, 2009

Wrong Delivery

Ingat lagi entri Nana tentang seorang kawan yang mencederakan hati Nana?

January 3, 2009 : Hurt

Oleh sebab dia pernah jadi kawan Nana yang sangat rapat, dan kami sering ber-sms, maka Nana tersasul. SMS yang sepatutnya dihantar kepada orang lain, dah masuk ke inbox Mr. S.

Pagi tadi, Nana sedang ber-sms dengan kawan Nana.

“Belum breakfast. Sabtu & Ahad, selalunya Fina brunch terus.”

SMS berkenaan terbang ke inbox Mr.S. He used to call me ‘Nana’, so bila dalam SMS tu Nana membahasakan diri sebagai ‘Fina’, secara automatiknya Mr.S tawu yang Nana tersilap hantar.

“Fina? Awak salah orang ni.. bukan nak anta kat saya ni”

“Alamak.. silap hantar. Sorry.”

“…”

“Sorry, tak sengaja”

“________[message yang Nana tersilap hantar tadi]_______. Nah, saya pulangkan balik SMS awak.”

“Tak pe. Ade lagi dalam Sent Items. Tq. Sorry.”

“Ala, tak payah la sori cik fina oi.. sy bukan boyfriend awak pun.. sy kat KL ni.. lenkali lah ye...bb”

Cari gaduh betol~ Orang dah mintak maaf tiga kali pun nak emo tak tentu pasal. Nana dah malas nak balas. Dah 21 tahun, tapi .. um, dah, malas maw komen sikapnya itu.

Three

I visited three book stores this week.

Syasya and I went to Kino, KLCC on January 7th. Maw beli buku romance seperti yang diarahkan lecturer, tapi tiada yang menarik. Walaupun lecturer berharap kami semua dapat menjauhkan diri dari buku bergenre fantasi sepanjang semester ini, Nana telah membeli sebuah novel dari genre terbabit. Well Witched by Frances Hardinge.

Kak Didi and I went to MPH, Mid yesterday [January 9th]. Maw beli buku romance seperti yang diarahkan. Kebas kaki mencari buku yang menepati criteria yang telah diberikan oleh lecturer [Romance/Social, British author, British setting, released in 2008]. Akhirnya jumpa, dan Nana pun membeli ‘Goodnight, Beatiful’ by Dorothy Koomson.

Tengah hari tadi, Syasya dan Nana pegi MPH, JJ pula.. sekali lagi, Nana telah membeli sebuah lagi buku dari genre yang dihalang oleh lecturer itu. Mintak maaf, sir. Saye tak dapat menahan diri.. I bought Dragon Rider by the author of Inkheart, Cornelia Funke.

p/s : Nana jugak beli mouse pad baru. Mouse pad yang lama itu agak bodoh, susah maw guna. Susah maw wat graphic dengan mouse pad itu. Kadang-kadang, rasa macam maw baling saja mouse [walaupun mouse pad yang salah]. Maka, demi keamanan manusia sejagat, Nana telah membeli mouse pad baru :)

After stealing some coins at the bottom of a wishing well, friends Ryan, Josh, and Chelle must heed the wishes of a dangerous witch who demands that even the darkest of requests are granted before they are released from her powerful grip.



Firedrake the silver dragon sets off on a quest from his quiet Scottish valley home which is under threat from human settlers to find the mythical Rim of Heaven, a sort of dragon paradise where he and the other dragons can live in peace.

He is joined by a bad tempered brownie Sorrel, orphan boy Ben and by Twigleg, a tiny creature called a homunculous, who unknown to them has stowed away in Ben’s bag and is spying for the evil Nettlebrand, a strange manmade golden dragon, who hunts down and kills silver dragons. They journey by night with Ben and Sorrel strapped to Firedrake’s back as he flies towards the Himalayas, following the map given to them by a map making rat called Gilbert Greytail. On the way, they battle basilisks and giant eagles, have run-ins with wicked dwarfs and annoying elves but get help from unexpected sources like a giant serpent, a mischievous djinn and from archeologist Professor Greenbloom and his family.

everybody has secrets . . . will this one break somebody's heart?



Eight years ago, Nova Kumalisi agreed to have a baby for Mal and Stephanie Wacken. Halfway through the pregnancy, the couple changed their minds and walked away, leaving Nova pregnant, scared and alone.

Eight years ago, Stephanie was overjoyed at the thought of becoming a mother - until she found a text from Mal to Nova saying, 'Goodnight, beautiful'. Terrified of losing her husband to his closest friend, Stephanie asked him to cut all ties to Nova and their unborn child.

Now, Nova is anxiously waiting for her son, Leo, to wake up from a coma, while childless Stephanie is desperately trying to save her failing marriage. Although they live separate lives, both women have secrets that will bind them together for ever . . .

Incredibly moving and powerfully written, Goodnight, Beautiful is a tale of love, friendship and new beginnings.

Wednesday, January 7, 2009

Hutang TAG..

Image Hosted by ImageShack.us

SHINee is my Oxygen by Nana Pynkfaery



Mula-mula sekali, Nana maw mintak maaf dengan Kak Fairuz. Tag ni, sejak sem lepas lagi. Tapi sekarang baru Nana post~ Nana dah lama buat, tapi tak ingat nak post.. Mianhe, Chazzie unnie XD..
This is based on Shinee's Yunhanam, so, Shinee Worlds out there, feel free to copy and make this tag. This is just for fun so let's share your answers with us ^^


- Have you ever dreamt of dating younger guy?
No, coz I always prefer older or same aged guy. [But I’ll say yes to Taemin!]


- How is it different to date yunhanam rather than older/same age guy?
I had never date any guy (older and younger), so I don’t know.


- If you're chosen to be the noona in Yunhanam, what type of activity you'd like to do with the boys?
No sports, definitely. Visiting a theme park will be nice! (I want to go to Disney Land with Taemin!).


- Will you choose your yunhanam based on their performance/attitude during the date and activity or you'll simply choose your favourite Shinee member from the beginning? why?
Dating all five of them will be my precious moments. I will appreciate the other four members’ performances during the date, but in the end I will definitely choose Taemin! Why? Perlu tanya kah soalan ini? Coz he’s so cute and adorable, and he’s my favourite! I don’t care how good/bad his performance is..[he’s going to bring me Key’s sandwiches, for sure]


- Would you rather have 1-1 date or 5-1 date with the boys? why?
I’ll choose the 5-1 date. Coz I love SHINee, I love all 5 of them.


- Is there any of the boys that meet your "prince charming" figure? who and why?
I like someone who can cook, good at sports, good sense of humor, kind-hearted, responsible, and an animal-lover. So it’s a mixture of all five of them!

- How will you tell them the result? (e.g: giving rose like the 1st noona, giving lifejacket like the 3rd noona, etc)
I’ll give a red, heart-shaped pillow to each of them [buat kenang-kenangan, hehe], but Taemin’s is going to be the largest, five times larger than the others’! And Nana maw belanja Taemin makan aiskrim jugak. And bagi teddy bear jugak. And ajak Taemin g Disneyland lagi sekali.. and.. amik gambar bersama-sama banyak-banyak.. dan maw ajak Taemin gi dinner sama-sama.. and..


- What song do you want Shinee/your yunhanam sing in front of you? (apart of Noona Neomu Yeppo! haha..I know everyone wants them to sing this song for us!)
The One by FT Island

Tag :

Kak Nani sudah buat, maka Nana tidak boleh tag dia lagi.
Tapi SHINee’s fans yang lain2, anda tidak boleh lari dari tag ini!

Q-chan
DaSarangMin
Hearnois
Atip
Mrs. Key

p/s : cepat buat ok, Nana maw baca ^^!
* * *
Anda mula blogging sejak?
2005.. ke 2006? Dah tak ingat.. I named the blog ‘Pink Millefeuille’. Tapi blog itu sudah pupus. Nana kembali dengan ‘Pynk HappinesS’ pada tahun 2007

Apakah / Siapakah yang mendorong anda untuk mempunyai blog sendiri?
Kak Nani

Nama blog anda?
Pynk HappinesS

Mengapa anda memilih nama tersebut?
Pynk : Kerana Nana suka colour pynk .. XD
HappinesS : Farhinaa means ‘Our Happiness’. Kata ustazah, ini doa mak dan ayah Nana. I’m their happiness.


p/s : Kepada yang tidak tahu, ‘Farhinaa’ is my name. Harap maklum.

Adakah anda mempunyai ramai rakan blogger?
Boleh dikatakan ramai.

Adakah anda benar-benar mengenali mereka, atau sekadar rakan alam maya?
Ada yang betul-betul Nana kenal [Kak Nani, Q, Ace, Huda, Hanis, Mama, Nining, Atip, Wan, Mimi, Naz, Kak Ada]. Yang lain-lainnya, rakan alam maya. Insya Allah satu hari nanti, Nana akan bersua muka dengan mereka ^^.

Berikan 5 blog yang menyenaraikan anda sebagai rakan, dan apakah nama yang digunakan mereka untuk link ke blog anda? Adakah mereka menggunakan nama yang sama, atau berlainan?

Kak Nani’s Ginny : Adindaku
Q’s Imperfectionistisagift : Tomei-chan
Azeem’s Perpetual : Nana-chan
Ace’s Belabon : Fina
Mrs. Key’s Can’t Get Enough : Nana ViTaeminnie


p/s : ViTaeminnie itu diadaptasi dari nama ‘Taemin’ .. XD

Umm.. nampaknya macam berlainan.. Tapi kebanyakkan rakan-rakan blogger Nana yang lain menggunakan nama2 yang berkaitan untuk link ke blog Nana seperti :

Nana Pynkfaery
Nana Pynk Happiness
Pynkfaery
Nana-chan
Nana Renji
Nana Loves Pynk

Dan lain-lain.. XD

Sila tag 5 rakan anda yang lain.
Nana tamau tag sape2 dah. Mesti semua orang letih, asyik kena tag saja..
Tapi kalau ada yang nak buat, dipersilakan!


Mood : Happy
Headphone : Gee by SNSD

Tuesday, January 6, 2009

Atas atau Depan?

Teeth Whitening by Jean31
[Tiba-tiba saja ada iklan pemutih gigi.. XD]

Kejadian ini berlaku ketika Nana dan Syasya sedang belajar tajwid [Tilawah II]. Kami sentiasa duduk di depan sekali, betul-betul di hadapan ustazah. Sentiasa rajin menyalin apa saja yang disebut oleh ustazah. Maklumlah, ustazah kesayangan.. *smiles*

Syasya : Ayat apa ni, Nana..? [sambil membaca notanya yang baru ditulis sebentar tadi] Hujung lidah tidak boleh menyentuh gusi gigi atas sebelah depan. *ketawa*
Nana : Entah! *ketawa jugak* [lepas baca nota sendiri, baru Nana perasan, terdapat sedikit perbezaan dalam nota kami]. Bukan la, Sya. Gusi gigi depan sebelah atas.
Syasya : [Diam beberapa ketika] Gigi atas sebelah depan, la.
Nana : Gigi depan sebelah atas, la.
Syasya : Gigi depan, apa? Gigi atas la.
Nana : Betul la gigi depan. Gigi depan sebelah atas, baru betul.

[pastu ketawa lagi~]

Ustazah : Aisyah, Farhinaa, apa yang kamu berdua gelak dari tadi? Orang lain diam je, takut belajar mengaji.
Nana : Takut buat apa.. bukan buat jahat.. XD
Ustazah : Memang la tak buat jahat.. *smiles* [ustazah ini sangat baik, ok!]
Nana : Ustazah, gigi depan ke gigi atas?
Ustazah : Ha? Apa tu? *ketawa jugak*
Syasya : [sambil menunjuk pada notanya], gigi atas sebelah depan, kan ustazah?
Nana : Tak la, gigi depan sebelah atas. Kan, ustazah? Kan, kan?
Ustazah : Ish, budak dua orang ni. Yang tu pun boleh gelak.
Nana : Kami nak menuntut ilmu ni, ustazah..
Syasya : Gigi atas kan, ustazah?
Nana : Gigi depan, sebelah atas la…
Ustazah : Boleh la yang mana-mana pun. Asalkan betul cara bacaan Ikhfa’ Hakiki kamu berdua, saye tak kisah kamu tulis gigi atas ke, tengah ke, bawah, depan, belakang.
Syasya : Owh…
Nana : Mana ada gigi tengah.. XD
Ustazah : Dah, Farhinaa. Kamu memang suke menyakat saye. Sejak sem lepas lagi.
Nana : Sebab saye sayang ustazah, la.. Kang saye buat tak layan, susah.. XD
Ustazah : *smiles* Dah, dah.. seterusnya. Iqlab.

Kejadian ini berlaku pada minggu lepas. Sampai sekarang Nana dan Syasya masih kekal dengan nota masing-masing. Syasya dengan gigi atasnya, dan Nana dengan gigi depan.. XD..


Mood : Happy
Headphone : Wild Eyes by Shinhwa

Monday, January 5, 2009

Don't Read 'fantasy'

Hari ni, lecturer ‘Novel & Short Stories’ Nana berpesan,
kami semua perlu menjauhkan diri daripada novel-novel ber’genre’ fantasy sepanjang semester ini.

Mengapakah?

Entah.

Dah beberapa kelas bersama dengan sir itu,
Dah berkali-kali juga dia menegaskan perkara yang sama.
Dia juga mencadangkan kami membaca novel-novel ber’genre’ romance dan thriller.

Mulanya, Nana ingat sekadar angguk, tanda faham dah mencukupi.
Takkan la betul-betul kena baca novel romance pulak kan?

Tadi, sir terbabit sudah menetapkan genre novel pilihannya untuk semester ini.
Romance.
Ternganga beta. Terkesima dan terpana.

Dia suruh kami beli sendiri.
British author. British set.

Pening la Nana macam ni.
Lusa, Nana akan ke Borders.. to buy my very first romance novel.
Haish.. tension.




Bila tension, Nana SHINee-ing!
Bila SHINee-ing, jumpa berita comel lagi.
Sambungan daripada entri yang terdahulu, along with the hoodies, kami ade post banyak lagi hadiah sebenarnya. Antaranya adalah accessories di bawah.



A fan caught SHINee’s Jonghyun wearing the ear studs we gave him in some pictures uploaded in the forum! *smiles*


Gambar-gambar tersebut sudah Nana kecilkan saiznya sebanyak 5 kali ganda. Tapi boleh nampak, coz ade blue star around the stud. Si Uploader gambar-gambar terbabit pun tak perasan ear studs berkenaan. Nasib baik ade yang meneliti dengan dahsyat XD.

Mood : Tension .. and Happy XD

Headphone : Love & War - Davichi

Saturday, January 3, 2009

Hurt

Hurt by lauRAWR


He is a very good friend of mine.
He was.. actually.
He hurts me badly.




Sangat sedih.




Nana bukan jenis yang akan berkabung, meraung atau bermandi air mata 24 jam kalau Nana sedih. Kata orang, kalau sedih, kita boleh buat perkara2 yang disukai untuk menghiburkan hati.
Jadi apa yang Nana buat? SHINee-ing (=^^=).. meow! Sedih-sedih, siap jugak dua pynk gifs, featuring Taemin XD.

Sedang beta SHINee-ing on the internet.. Nana terbaca satu berita comel.

Last month, Nana and the other SHINee’s international fans posted some hoodies to our dear boys. The hoodies are sangat comel, Nana pun nak satu XD, hehe. Di sini Nana sertakan gambar2 hoodies tersebut sebelum dipos ke Korea dgn kapal. My favourite is the one in the middle.



Back to the ‘berita comel’, a stalker caught my Taemin wearing one of the hoodies we sent!

And he wore the one I favoured.

*smiles*


Thursday, January 1, 2009

Kata Syasya..

"Jangan dok gelak sangat malam-malam. Sat gi susah nak tido"
Itu kata Syasya.

Nana pun tak suka gelak malam-malam. Nana seorang yang sangat pentingkan tidur. Saye perlukan tidur yg cukup. Nana tak suka kalau Nana tak boleh tidur.


Laugh by swiftoniks


Semalam, Nana menghabiskan dua jam menonton tiga klip video yang SANGAT kelakar in a row. Sepatutnya, setengah jam je dah habis tengok. Tapi Nana ulang-ulang video tu, and I was laughing so hard ~~ >.<

Kol 1 pagi, Nana shutdown laptop, iron baju untuk g kelas esok, dan dengan pantas terjun ke atas katil bersalut cadar pynk itu.

Pusing kiri kanan, tengok jam, dah 1.30 pagi.

Pusing kiri kanan lagi, tengok jam lagi, dah kol 2.00 pagi.

Macam mana ni? Nana mesti tertidur dalam kelas nanti~

Pusing lagi... tengok jam, dah pukul 3 pagi.

5-6 kali pusing, 5-6 kali tengok jam.. akhirnya Nana boleh jugak tido..

Kali terakhir Nana tengok jam, pukul 4.20 pagi.
Nak nangis pun ade.. haish..