Wednesday, December 26, 2007

Agama dan Politik ..

Apakah maksud "syirik" ? Syirik ni bukan makna kita sembah berhala saja tapi kalau kita redha hukuman lain drp hukuman ciptaan Allah, maka itu juga diketegorikan sebagai Syirik.

Seperti yang kita ketahui, negara kita nie banyak tugu. Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya. Tahukah anda (cewah, skema abes~) bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa "segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram. Ciri-cirinya menyerupai berhala dan melawatnya juga adalah haram.." Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang seribu kali sayang... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa tersebut. Setelah berbincang, mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwanya, maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja, tiada tindakan undang2 yang boleh diambil.

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik. Beliau berkata, " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu" dan kata beliau lagi " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."

Tahukah anda bahawa Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya, dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri.

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab Nana untuk menyampaikan segala maklumat di atas kepada rakan2 sekalian

Thursday, December 13, 2007

Surat Terbuka Buat Penyokong Hindraf

Ini surat terbuka kepada penyokong HINDRAF yang dipetik dari laman web PEMUDA UMNO MALAYSIA bertarikh 4 Disember 2007

Sdr Editor!

Sekiranya anda merasakan Kerajaan Negara Malaysia melakukan kekejaman, penindasan dalam pelbagai aspek ke atas orang seperti anda maka berhijrahlah ke negara yang pada pandangan anda lebih demokratik dan lebih prihatin kepada hak minoriti seperti Australia, New Zealand, Canada, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Namun jika anda berhijrah ke negara tersebut pastikan anda memperolehi perkara-perkara berikut di negara berkenaan :

1. Sistem persekolahan ala Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran negara berkenaan.

2. Sistem peperiksaan yang menggunakan bahasa Tamil dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran negara berkenaan.

3. Penerbitan buku pelajaran dalam bahasa Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan negara berkenaan.

4. Siaran Radio dalam bahasa Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh negera berkenaan.

5. Siaran Berita TV dalam bahasa Tamil yang dilaksanakan Stesyen TV rasmi negara berkenaan.

6. Cuti khas yang digazetkan oleh kerajaan di negara berkenaan untuk sambutan Thaipusam dan Depavali.

7. Perarakan agama besar-besaran yang menarik jutaan pengunjung sehingga menganggu kelancaran lalu lintas di hari Taipusam di negara berkenaan.

8. Sebuah kuil yang besarnya seperti Kuil Batu Cave di negara berkenaan.

9. Sebuah patung emas yang besarnya menyamai patung yang ada di Kuil Batu Cave.

10. Bina kuil di mana-mana sahaja seperti yang anda lakukan dalam negara ini termasuk "tepi jalan, tepi lebuhraya, depan hospital, tepi masjid, tepi gereja dalam kebun getah, dalam kebun kelapa sawit dan lain-lain.

11. Pastikan kuil yang anda bina tanpa mengikut peraturan dan tanpa permit tidak boleh dan tidak akan diruntuhkan oleh kerajaan di negara berkenaan.

12. Pastikan juga kumpulan anda diberi jawatan seperti menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, ahli exco di negara berkenaan seperti mana yang ada dalam negara ini.

13. Pastikan bilangan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri keturunan anda di negara berkenaan lebih ramai dari apa yang ada dalam negera ini

14. Pastikan juga adanya peniaga besar dari kalangan anda seperti Ananda Krishnan yang menerima pelbagai kemudahan perniagaan dari kerajaan di negara berkenaan.

15. Atau pun anda boleh pergi ke negara yang masih dibawah kekuasaan luar seperti Iraq, Afganistan atau Kurdi dan berjuanglah bersama-sama rakyat mereka menuntut kemerdekaan.

Apabila kemerdekaan tercapai pastikan anda juga diberikan hak kewarganegaraan oleh penduduk asal negara berkenaan.

Sekiranya anda MAMPU melakukan perkara di atas di negara berkenaan saya rela serahkan jari telunjuk saya untuk di potong.

Mohd Anuar Ismadi

Wednesday, October 3, 2007

Pembunuh Nurin bukan binatang..

Jangan samakan pembunuh Nurin Jazlin dgn binatang. BINATANG JAUH LEBIH MULIA ..



Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us



Nana xtahan langsung tgk gambar2 nie.. Haiwan pon ade perasaan sayang .. kenape manusia mcm pembunuh Nurin Jazlin boleh jadi syaitan keparat ..?

Monday, October 1, 2007

beli cd ..

Last week, one of muh fwen named Syasya .. dah alami her first “blind date” because of me. Haha. Cerita nya mcm nie, beberapa hari seblom kjadian tue berlaku, Nana terbaca satu iklan ni, dia jual cd anime. Dlm list kt iklan tue, ade la “Yakitate!! Japan”. Nana yg sgt la berminat nk tgk anime nie pon teros simpan number yg die bg kat situ. Pada petang ny, Nana pon berbalas sms la dgn number 2. Berikut Nana sertakan kronologi sms d antara Nana dan penjual anime tue. Seblom korang bace kronologi ni, Nana nk gtaw bhw d UIA, “brothers” = siswa, n “sisters” = siswi. Penggunaan ni sgt la meluas, sjak d PJ lg. d ingatkan, kronologi ni berdasarkan ingatan Nana, bukan 100% tepat (Nana dah delete sume sms tue..)

Nana – Salam. Got ur number at e bustand infront of IRK Kuliyyah. Interested in Yakitate.
Penjual – Salam. Yakitate ada 70 episod, high quality, sy amik rm12 je.
Nana – rm12 .. ok jugak. Macam mana nk bayar?
Penjual – You ni sis ke? Kalau you ni sis, kte kene jumpe kat memane la. Takkan la sy nk g mahallah awak pulak kan? (mahallah = hostel)
Nana - *Mase ni baru Nana taw yg si penjual anime ni lelaki rupanya. Alamak, malas la pulak nk jumpa kat sane sini…* yep, I’m a girl. Xde service penghantaran ke mahallah ke?
Penjual – dulu ade, skang dah xbuat service tue lg. U nak x?
Nana - *malas nk jumpe lelaki ni* xpe, saye pk dulu ye. Nnt sy sms awak lg.
Penjual – ok, nnt nak beli, gtaw saye.

Nana malas nk g jumpe die, so I decide xnak beli lah. Keesokan nye, Nana cite ngan sya2 ttg sms2 tue. Sya2 kate kalau Nana malas nk g amik kt brother tue, sya2 leh tolong amik kan. Wah, berseri2 muka Nana!! Lalu Nana pon sms brother penjual anime tue, ckp Nana nk beli. Kita org pon set la tarikh dan tempat. Konon ny nk jumpe kat library, level 2.

Bila sampai hari dan waktu yg d tetapkan, brother ni x nampak batang hidung pon. Nana dah malas, Sya2 pon malas nk menunggu. Nana sms dia dua kali, tp die x balas. Nana igt, die dah lupe dgn business tue. Mase Nana dan sya2 dah nak balik, tetibe die sms “Sorry sis, baru abes kelas. Jumpa kol 11.15, saya akan berdiri depan information counter dekat brothers’ reading area”. Nana dan sya2 pon terkulat2.. mane ade counter dkt brothers’ reading area. Merapu ke penjual anime ni?? Sya2 pon berpura2 guna OPAC, sambil berkata “sms la die, ckp “She’s using the OPAC”. Nana terus gelak dengar ayat sya2. Kalau Nana sms brother tue yg kawan Nana tgh tunggu die kt OPAC, maksudnye Nana mmg ade dgn sya2. Mesti la penjual cd tue pelik, dah ade kenape x amik sendiri? Kenape suro kawan amik kan? Sya2 pon gelak dgn Nana pas tue. Nana sms lg, “awak kat mane?”, dan die pon balas “I’m at the elevator”. Skali lagi Nana dan sya2 terkulat2.. elevator kat mana?? Nana sms lg, “elevator kat mana?”, n dia balas “saye dkat lif”. Nana pon suro sya2 g kat lif, sya2 dgn muke bebal ckp “xde org pon kat lif, Nana!”, memang kelakar abes tyme. Last skali, Nana pon call die. Die jwb “Helo Nana, sy kat tangga sebelah lif ni”. Aduh .. suke2 hati tuka tempat. Pening Nana ngan Syasya. N die gtaw name die, Jefri. Sya2 pon g la kt tangga seblah lif, n there he is. Dorang mula la bcakap, Nana pulak sembunyi tepi lif, nk tgk muke die. Kulit cerah, mata sepet mcm cina, agak comel la. Mesra jugak. Lepas dwet dan dvd bertukar tangan, die pon beredar. Spanjang perjalanan Nana ngan sya2 dr library g ke bus stand, kami gelak x henti2. Xtaw ape yg lawak sbenanye. Then jefri sms Nana, ckp die dah bg dvd kat kawan Nana. Kami berbalas sms tiga empat kali. Die kate die budak Engine. Lain kali nk beli, die bg murah kat Nana. N kalo nk ape2 anime, request je, die akan carikan. Jadi .. Nana dah dpt kawan baru, Jefri ^^.

Friday, September 21, 2007

Mengutuk, P*** dan Momusu, Kisah Si Penjual Buah

Bila bace soalan Sein kt taggie tepi tue, Nana nak balas, tp rase mcm x cukop ruang aje. Sebabnye, ade banyak yg Nana nk luahkan ttg kutuk-mengutuk nie. Sein tanye, ape pendapat Nana ttg org yg suke mengutuk artis? Bukan kutuk sikap dan penampilan, tp rupa..

Well, sbenarnye manusia ni memang sinonim sgt dgn aktiviti mengutuk. Sape yg x penah kutuk sesape seumo hidop die? Nana sendiri sgt suke mengutuk org dulu. Nana igt lg, mase Nana form 1 – 3, Nana paling suke kutuk CT nurhaliza. Xde keje je, kutuk CT. lagu x best la, perasan sopan la, suara x sedap mana pon, dan memacam lg lah. Sume kekawan Nana pon taw, Nana ni mmg anti-ct. Kekawan pon same naek je, bile Nana kutuk CT, dorang tumpang skaki. Tahi lalat palsu la, hisap rokok la, pakai susuk n so on. Kalau ade org puji CT je, Nana akan wat muke hodoh, muke jelik, tanda x suke dgn CT. Pendek kate, mase Nana skolah menengah rendah tue, ntah bape tempayan kutukan Nana bg kat CT. Kenape Nana kutuk ct? Bile pk balik, Nana pon xtaw nape. Bile naik form 4, Nana dah kurang kutuk CT, sbb ny Nana tuka skolah, xde geng nk kutuk CT lg. Majoriti classmates Nana mase form 4 n 5, adalah pelajar cina dan india, dan ramai jugak yg minat CT.

Kehidupan d teruskan bile Nana masuk UNiSEL selama sebulan pd taon lepas. I met this guy, a very nice fren he is. Sampai skang, walopun Nana study d UIA n he’s still in UNiSEL, die memang kawan lelaki Nana yg PAAAALING baik .. Ace, if u’re reading this, want u 2 know that I really love you!! Hehe. Nk d pendek kan cite, Ace yg sangat suke menyanyi, dan sgt pandai menyanyi ni, adalah salah seorang peminat CT. Bile die kate die suke CT, I realize that I xbuwat muke hodoh atau muke jelik. Kenape? Sbb dah dua taon x mengutuk CT, perasan benci, muak, mual kat CT tue dah hilang. Dah x rase nk kutuk CT lg, in fact, Nana suka lagu “Bisakah” yg CT nyanyi, Nana salu suruh Ace nyanyi lg tue utk Nana.

Back to Sein’s question, Nana rase perkara biasa kalau dengar org mengutuk artis, sbb ny artis2 ni mmg la ramai yg berperangai sumbang. Baru2 nie, Nana dpt email yg attach gambar2 Asyraf Sinclair n Bunga berpeluk dan bercumbu d tepi pantai. Kalau smpai mcm tue lupa batasan agama, memang lah org kutuk. Sendiri x pandai bawak diri. Artis wanita yg suka pakai baju mendedahkan susuk tubuh, baju ketat, nampak “lurah dendam”, mcm mane nk lari dr d kutuk? Sendiri yg mengundang kutukan pada diri sendiri. Bagi Nana jugak, boleh di katakan perkara biasa lah kalau org kutuk suara penyanyi x sedap, perasan baik mcm ustaz, harap muka je comel, lagu bodoh, lirik x de seni, lirik lingkupkan bahasa melayu, dye rambut mcm beyonce tp hidung x mancung pon, menari pon x reti, dan memacam lg lah. Satu je, Nana x suka bila org mengutuk rupa, atau badan, atau hidung, atau mulut, atau mata org lain. Bukan artis aje, org lain pun, kenapa kite nk kutuk.

Here, kt UIA ni ade sorang kawan Nana yg sangat suke kutuk Morning Musume. Die kate Momusu berbadan hodoh, kurus, leper, x de bentuk. Die jugak kutuk Bunga, badan x cantek tp pakai bikini, ade jugak yang kutuk hidung sorang kakak senior ni, die kate hidung besar, hodoh. “Nasib baik aku xde hidung mcm tue, geli!”. Ade yg kutuk bibir Angelina Jolie dan Kareena Kapoor, hodoh sgt org yg berbibir tebal nie! Xsuka Adibah Noor, mcm blue hyppo. Geli kt Ali Mamak, hitam melegam mcm mat bangla.

Ada cerita sorang sahabat nabi dulu, dia beli sebiji buah utk isteri dia. Bila isteri dia potong buah tue dan makan, si isteri sgt marah. Kata si isteri, buah tu x sedap, isi nya x manis, penjual buah sudah menipu! Lalu berkata lah si suami “pada siapa yang kau marah ni? Pada buah tue? Buah tu x salah, bukan buah itu yg menentukan rasanya. Pada siapa yg kau marah? Pada si penjual? Si penjual juga tidak pernah makan buah ni, masakan dia tahu buah ini tidak manis. Kerja nya hanya menjual, mencari rezeki. Pada siapa yang kau marah? Pada org yg menanam buah ini di kebun nya? Seperti yg aku kata, dia sendiri tidak makan buah ini, masakan dia tahu buah ini tidak manis? Jadi pada siapa yang kau marah? Tentu lah kau marah pada yg menciptakan buah ini, yg menjadikan rasanya seperti ini, Allah SWT!”Terdiam si isteri mendengar kata2 suaminya. Insaflah dia, dan segera bertaubat kepada Allah SWT.

Sama jugak hal nya dgn manusia. Perlukah complaint dgn kebesaran hidung org, ketebalan bibir org, kehitaman kulit org, kekurusan atau ke-over-weight-an org, ketidakhenseman dn ketidakcantikkan org, perlukah kata org HODOH? First tyme kate org x cantek atau hitam atau gemuk atau kurus (n so on), mende tue boleh d anggap sbg pendapat. Nie sebut berulang2, ataupon cara ckp mmg dah obvious sgt nk mengutuk, “eeee.. hodoh”, nampak sgt x sedar diri, x sedar siapa yg jadikan org yg dia kutuk, x sedar siapa yg jdkan diri die, xsedar siapa yg jadikan semua makhluk atas muka bumi ni.

Pasal Momusu, Nana bukan back up sbb Nana suke Momusu. Masalah ny, si P*** ni HARI2 kata benda yg sama. Mcm Nana ckp td, kalau first tym ckp, boleh la d katakan pendapat die. Tp kalau hehari ulang kutuk org leper, x de breast, badan buruk, pening jugak kte dengar. Dah kutuk, die ade pulak mintak vdeo klip Momusu tue ngan Nana. Sorang member kelate Nana kate kt P***, “kalau kita ni cantek mcm aishwarya rai x pe la nak kutuk org, ini kita sendiri pon gemuk gedempol, buat apa nk kata org? xmalu ke?”. P*** masih x puas hati, dan kata walaupun die agak chubby, skurang2 nye die ade breast dan x leper. Member kelate Nana pon kate, “ko kat sini, dorang kat jepon, xtaw ape2 pon ko ari2 kutuk dorang. Xtakot api neraka ke?”. Bile dngar si P*** mengutuk artis2, Nana teringat zaman Nana kutuk CT dulu. “Macam ni la aku dulu”.. bunyi mcm org gila, x kenal dosa pahala, x ada iman d dada. Bunyi mcm org bodoh.

Bentuk badan, anggota fizikal kita, semua ALLAH SWT yg jadi kan. Besar sgt2 dosa org yg mengutuk ciptaan Allah nie. Biar lah hitam ke, gemok ke, hodoh ke, hidung besar ke, mulut sumbing ke, dada leper ke, semua dtg dr Allah. Sebelum kutuk org, x kira artis atau bukan artis, igt la yg gunting neraka sentiasa diasah tajam utk putuskan lidah kita nanti. Wallahualam.

p/s : Nana masih dalam proses mengurangkan perkataan2 jahat yg kluar dr mulut Nana. Well, Nana xde la sampai tahap suke sebut binatang haram. Hmm .. Nana sgt suke sebot “Bengong”. Tapi Nana x kata kt org. Nana kata kat essay sendiri, assignment sendiri, atau situation yg menimpa Nana, ataw ape2 lawak bengong yg sesuai d kata “Bengong”. Nana sgt takot dgn phrase “gunting neraka sentiasa diasah tajam utk memutuskan lidah” … takot ..

Thursday, September 20, 2007

Dogs, Dogs, DOGS!!

Hari ni, Nana nk bercakap ttg anjing. Sape yg x kenal anjing kat sini? Anjing bukan sebarang anjing, anjing yg beta nk perkatakan ialah anjing liar. Makhluk haram, berkaki empat, bile jalan lidah terjelir-jelir, air liur meleleh-leleh, suke menyalak2 dan mengejar org. ape? Korang x pnah tgk anjing mcm ni? Haaa, jemput lah dtg ke UIA Gombak, sini ade banyak anjing liar mcm nie.

Scene 1
Somewhere around last two months, Nana dah jalan kaki nk g bustand, lebih kurang 6-7 meter d hadapan Nana, berdiri seekor anjing.. Nana sgt takot, rase nye mcm jantung dah berhenti berdegup. Nana terpikir nak lari, tp kalau lari, 4 sure anjing gila tue akan kejar Nana. Nana undur ke belakang sket, then anjing tue terus lari ke arah Nana! Nana terus lari sekuat mungkin, masuk dlm blok, masuk smula dlm bilik dgn kasut skali, x sempat nk tanggal kasut akibat takut d gigit anjing.

Scene 2
Nana baru balik kelas fardhu ain, rase dahaga, teros menuju ke café. Igt nk beli fresh orange. Tetengok kt pintu café ade dua ekor anjing, mcm guard pulak. Nana pusing slow2 .. dan jalan g tempat laen. Takot anjing2 tue nampak Nana..

Scene 3
Nana baru balik dr shop, mase nk masuk blok, ade anjing kt pintu masuk .. seperti d scene yg sebelum nya, Nana berjalan slow2 ke arah laen ..

Honestly Nana benci sgt keadaan nie! Hidop dlm ketakotan, nk g café, shop memalam pon da takot, those haram dogs can b anywhere!! Kerap sgt Nana dgr anjing-anjing ni menyalak2 dan kejar sesiapa saje yg lintas dpn mate dorang. Nana tgk sorang sis tue, lari smbil nangis2 d kejar anjing. Dlm case lain, kawan Nana g toilet, kluar dr toilet je ade anjing dpan pintu toilet. Gile kan? Memang gile. Anjing2 ni makin pandai. Sebelum ni cuma org2 yg tinggal d ground floor mcm Nana ni je takot anjing. Skang anjing2 ni dah taw naek tangga, kacau org tingkat atas pulak. Hari2 boleh dengar org jerit, lari d kejar anjing. Senior Nana d mahallah (hostel) laen, lg dahsyat pengalaman die. Anjing ni pandai bukak pintu bilik, masuk, n duduk atas katil org. kebetulan org ni baru kutip pakaian die kt ampaian n letak atas katil. Habis la pakaian terkene anjing gile sekor nie. Setelah sumenye berjaya d settle kan, org ni malas nk samak pakaian die, die buang je. Bayangkan .. ANJING DI DALAM BILIK TIDUR PELAJAR PEREMPUAN??? Sume ni ngarut.. sgt2 mengarut! Makin mengarut bile kes mcm nie terjadi d UIA. Tindakan UIA? Well, they do sebarkan article mengenai bahaya anjing2 d campus .. that’s all. After three months Nana kt cni, baru dua hari lepas dorang tangkap anjing tue. Dngar cerita nye lah .. xtaw la bape ekor yg d tangkap, sbb ade lagi beberapa ekor anjing berkeliar dalam mahallah (hostel) Nana nie .. saket hati betol ..Utk pengetahuan korang, bukan setakat anjing ade dlm UIA nie, biawak ngan beruk pon ade. Nana bukan nk mengutuk UIA. Memula dtg Gombak, mmg Nana suke. Cantek .. learning environment yg sgt menarik. Paling suke library UIA!! Tp kemunculan anjing2, biawak2 n beruk2 nie .. xleh consider la ..

Sunday, September 16, 2007

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan ..

Nana sgt happy menyambut Ramadhan ^^;. First day bukak puasa, rindu ngan Mak. Xsabar nk balik umah la.. slain drpad happy smbut Ramadhan, Nana jugak happy sbb midterm sume dah hampir slesai, cuma tinggal midterm fardhu ain next week. Banyak lg doa n zikir yg Nana x hafaz, ntah mcm mana la nk hadapi midterm rabu nie. Lagi .. oh ye, Nana jugak agak risau dgn presentation next Tuesday. sbb ny, sbjek Islamic Aqidah tue sgt la susah nye utk d fahami. Patutnya Nana amik sbjek tue pd taon ketiga. Punya la bengong, Nana amik skang walopun baru first year. Pas tu kne present tajok cultural globalization, ade part yg Nana langsung x faham .. bila pk sume nie, rase runsing. Tp .. bile dngar je lagu “Suasana Hari Raya” nyanyian Anuar Zain ngan Ellina tue, rase happy balik. Hehe..K lah, salam!

Tuesday, September 4, 2007

kepupusan penyu dan amaran pak lah

Image Hosted by ImageShack.us



Baru-baru ini, Nana terbaca sebuah akhbar mingguan. Tak perlu lah Nana nyatakan nama akhbar tersebut, sekadar tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Akhbar tersebut dengan bangganya mempromosi penjualan telur penyu di Terengganu. Hebat kan? Berita yg di tulis itu seolah-olah tidak memahami sensitiviti mengenai hak penyu utk bertelur dan menetas. Bahkan, berita itu sememangnya mempromosi Pasar Payang di Terengganu sebagai lokasi utk membeli telur penyu yg kini kian terancam dek tindakan bodoh sedemikian.

Sudah lah tak berperikemanusiaan, jahat pula tue. Mana x nya, rata-rata para penjual d Pasar Payang tue mendakwa bahawa telur penyu yg mereka jual adalah telur penyu yg d import drpd Filipina dan Sabah. Sedangkan di atas tiap2 bungkusan telur penyu tue terpampang dengan jelas bahawa telur tersebut dr Terengganu, gred B. malah ada wartawan dr akhbar laen yg mengesahkan masih ada telur penyu Terengganu yg di jual d pasar tersebut. Lagi nk tipu? Pegi mampos la sume pembunuh penyu ni. Tak guna nk menipu lagi, d jamin masuk neraka jahanam.Berbalik dgn penulis berita bg akhbar yg Nana nyatakan td, adakah dia langsung xtaw mengenai kepupusan penyu, hebat sgt promote telur penyu sana sini. Kalau dia x bodoh, mungkin editor akhbar tue yg bengap? Hidup d planet marikh agaknya, smpai xtaw masalah kpupusan haiwan d Malaysia ni. Masalah kepupusan penyu mmg makin serius. Sbb tue persidangan “Inisiatif pemuliharaan Penyu Marin Bellagio ; Perancangan Strategik Jangka Panjang Pembiayaan Pemuliharaan Penyu Belimbing Pasifik” d adakan di Kijal Terengganu baru2 nie. Tapi, ape yg pasti, sume usaha ni pasti sia2 selagi kerajaan negeri Terengganu terus menerus membutakan mata dan memekakkan telinga mengenai penjualan telur penyu secara besar besaran d negeri tersebut.

Ada sorang kawan Nana ni, asal ganu lah. Die kate yg makan telur penyu ni dah lama d amalkan d ganu sane. Dah mcm budaya dah. Tolonglah, budaya tue kalau menjahanamkan makhluk Allah, x payah la d teruskan. Mende kecik mcm tue pon x boleh pk ke. X de otak ke hape ni. Banyak sgt faktor yg menyumbang ke arah masalah nie, rakyat ganu sendiri yg x nak berfikir baik buruk budaya yg d amalkan (mungkin bukan semua, tp majority mmg suka makan telur penyu, kalau x, kedai yg menjual telur penyu xkan wujud!!), makan mende2 yg x perlu (mati ke kalau x mkn telur penyu), kerajaan Terengganu yg x ambil peduli masalah dlm negeri, ntah ape yg d sibukkan! D tambah dgn editor akhbar dlm negara yg x peka dgn sensitiviti masalah negara, publish sume artikel sesuka hati. Kenapa banyak sgt org bengap, lembap, ade otak tp x nak pk wujud dlm dunia ni?? Nana ade bace dlm satu magazine, Pak Lah bg amaran pada penulis2 blog internet, jgn tulis pasal politik, kutuk kerajaan, sebarkan fahaman baru, jgn wujudkan propaganda.. bla bla bla. Sudah lah, sbelom bg amaran tue tgk kiri kanan dulu. Kalau dah banyak sgt org bengap membutakan mata, memekakkan telinga, tgn penulis blog pon nk d kudungkan? Nana akan tulis ape yg Nana nak! Ini kenyataan, fakta! Sebab wujud org2 yg bengap2 ni la masalah sume x leh selesai! Terus membunuh penyu yg x berdosa!

Friday, August 31, 2007

Boring tahap dewa ..

Image Hosted by ImageShack.us




dah 21 hari berlalu, hari ni baru ade mase update blog.

Hari ni, bebetol adalah hari yg sgt membosankan bg Nana. Mane x nya, smalam, one of muh rumate, kak wanie yg chumell dah bertolak balik kelate, midbreak dah mula. Pg tadi pulak, the other two of muh rumates iaitu kak shida yg ayu dan kak bell yg mesra alam pon dah bertolak balik ke t’ganu. Ape lagi? Tinggal la Nana sesorang kt dlm bilik yg luas nie! Bosan nye ..Bile teringat balik, baru smalam je Nana bergelak ketawa ngan Kak Shida n Kak Bell. Smpai merah pipi, sampai lenguh rahang kteorg ketawa. Ari ni da tinggal Nana sorang. Mase Kak Bell balik awal pagi td, die x smpai hati kejutkan Nana yg tdo x igt dunia. Die juz tinggal kan message, “Nana, Kak Bell balik dulu ek.. Jg diri, ajak la kawan Nana temankan. Bye.”. Owh, baru Nana teringat, Nana terpaksa tdo sesorang la for one whole week.. baik ajak kawan, namo r duduk sesorang smpai seminggu..Kenape Nana x balik umah mase midbreak?? Tentulah kerana kewujudan program Biro Tatanegara tue! Penyibuk, wat sehari sudah la .. ni wat smpai seminggu. Habes sume cuti .. sbb tue la Nana x dpt balik umah!! Huu, x pe lah. Mmg r rindu ngan mak, tp pagi td Mak dah call. Terubat la rindu d hati beta pada Bonda yg tersayang. Ape pon, mmg Nana boring tahap dewa hari ni!! X boleh nk bergurau senda sesame rumates tersayang lagi, selama seminggu!! Xpe, jap g Nana nk g menapak g Mahallah Maryam. Nk g pinjam cd drama jpon ngan Marina-san. Tatkala menonton drama jpon yg best2, tentu lah mampu menghilangkan kesunyian dan kebosanan. Ok lah, la8er days!

Friday, August 10, 2007

ending HYD 2

Akhirnya Nana dah abes menonton Hana Yori Dango 2. Walopun pada permulaan nya, saket jantung Nana mase menonton HYD 2, tp bile masuk episode 4, hati Nana mula bahagia. Sbb dah taw sebab Tsukasa layan Tsukushi mcm tue. Mula2, mmg Nana pk, ape dah jadi ngan Tsukasa. “Mungkin die pura2 benci Tsukushi, spy mak die dah x susahkan keluarga Tsukushi lg. Jd, maksud ny die buat demi kebaikan Tsukushi.” Ape ni?? Ini alasan yg wujud dlm cite Hindustan je. Korbankan kebahagian diri, berpura2 membenci kekasih hati demi melindungi nya. Alasan bodoh apa tue. Spatut nya dah tgk dr 1st season, dah taw character Tsukasa, x mungkin tumpas dgn ugutan bodoh mak die. Sbb nya, Tsukasa sgt kuat, x pernah gentar dgn ugutan2 mak die yg x guna tue. Tsukasa terpaksa lupakan Tsukushi atas sebab yg sgt mulia, atas sebab perikemanusiaan. Ape kah sbb yg d maksudkan itu? Tgk sendiri la HYD 2 ea ^^. Ape pon, x keysah la. Yg penting ending HYD 2 sgt menghiburkan. Berikut adalah kronologi episode akhir HYD 2!


Image Hosted by ImageShack.us




Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us




Image Hosted by ImageShack.us




Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, August 9, 2007

Hana Yori Dango 2

Hari ni, Nana mula tgk Hana Yori Dango 2 pulak. Tp, saket jantung Nana tgk HYD 2. Saket hati, sedih, sebak, benci, bercampur aduk!! Sedih bile Tsukasa xpedulikan Tsukushi. Susah payah Tsukushi g NY cari die. Bebetol nk marah ngan Tsukasa!! Mak Tsukasa tue lg la, dah tua pon jahat! Nana tgk HYD 2 dlm compartment Nana sesorang, pakai head fon (coz namo kaco rumate). Tp, rumate ttp taw aktiviti Nana, sbb Nana slalu bcakap dpn laptop mase menonton HYD 2. Rumate Nana siap ulang balik ayat ape yg dorang dengar Nana ckp dpt laptop nie slama 7jam menonton 7 episode. Antara ayat2 yg dilaporkan oleh rumate Nana yg bertiga ialah :

“Tsukasa g mampos!!”
“Bodoh la Shigeru nie ….”

“Aaaaaah!!” <---- jeritan ini terhasil sewaktu menonton adegan Tsukasa memeluk Tsukushi dgn penoh perasaan .. Malang nye adegan romantic tue bertahan selama beberapa saat aje, sbb Tsukushi telah menghempas Tsukasa ke lantai dgn dahsyat nye!!

“heh …..”, Nana menuturkan dialog pendek ini smbil tersenyum bahagia coz Tsukasa dah ngaku ngan Tsukushi yg die x pnah lupakan Tsukushi spanjang di kt NY.

Paling best, mase tgh tengok part Tsukushi pulangkan rantai locket Saturn pada Tsukasa. “Slain dr Makino, aku xmahu perempuan lain!! Kalau kau tak mahu rantai ni, ia juga x membawa apa2 makna pada aku!!”, lantas Tsukasa melemparkan rantai tue k dlm sungai, terus berjalan pnuh kemarahan meninggalkan Tsukushi. Namun, Tsukushi terkenangkan kenangan2 die bersama Tsukasa. Mase Tsukasa bg rantai tue pon, die kate “Ni kali pertama aku hadiahkan sesuatu pada perempuan. Kalau kau hilangkan, aku akan bunuh kau” smbil kalungkan rantai tue pada leher Tsukushi. Bile terkenangkan saat tue, Tsukushi terus terjun sungai cari balik rantai tue.

Tapi Nana tgk x abes g .. esok Nana akan smbung tgk lg tiga cd .. harap dpt menonton ending yg membahagiakan..

Wednesday, August 8, 2007

Hana Yori Dango 1

Nana baru je abes tgk drama Hana Yori Dango 1. Memang betol la slama ni Nana dnga org ckp Hana Yori Dango lagi besh dr Meteor Garden. Ape yg membuatkan Hana Yori Dango sgt besh?

.::. Jalan cerita die x meleret2. Yg x perlu dan boring, sume ny x dimasukkan. Jadi cite die pendek je. 1 season, 10 episod je. Pendek tp padat, dan sgt menghiburkan.

.::. Antara muzik latar yg digunakan adalah muzik latar Harry Potter. Hue Hue!! Yg lebih besh, dlm istana Domyoji Tsukasa ade Hogwarts Great Hall! Kelakar mase Tsukushi sesat masuk dlm bilik tue, “Heh??? Hali Pota??!!”

.::. F4 die best gile. MatsuJun mmg seswai gile jadi Tsukasa. Walopun x cukop dr segi ketinggian, dia bebetol menghidupkan watak Tsukasa yg kasar, xde rase hormat pd org lain, tp innocent. Rambut die mmg kekal mcm rambut Domyoji Tsukasa dlm manga till da last episode (Dao Ming Shi dlm MG, slepas beberapa episode, dah tukar style rambut. Hilang ciri-ciri Tsukasa). Matsuda Shota yg bawak watak Nishikado Soujirou, mmg kacak. Oguri Shun pon berjaya memainkan watak Hanazawa Rui dgn sgt baik. Mimasaka Akira (d lakon kan oleh Abe Tsuyoshi), first tym tgk, Nana x bape suke. But then, watak die pon ok jugak. Neway, MatsuJun is the besh la!

.::. Minat gile watak Domyoji Tsubaki (kakak Tsukasa). Matsushima Nanako mmg pilihan terbaik utk melakonkan watak Tsubaki ne-chan.

.::. Inoue Mao mmg kawaii. Seswai jadi Tsukushi.

.::. Sanjou Sakurako mmg membencikan. Tp mmg respect lakonan die. Awal2 nampak innocent, tp bile dah menunjukkan belang die, mmg gedik abes.

.::. Sket pon x boring. Sgt2 menghiburkan dan sesuai d tonton oleh semua lapisan masyarakat. Haha!

Cuties .. Yummy!!

x banyak yg Nana nk tulis kali ni. Cuma, nk citer, td Nana check mail, ade satu mail tue, banyak gambar2 yg amat memikat hati!! Jadi Nana nk kongsi ngan korang ^^. Scroll down, guys!!




Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Monday, August 6, 2007

Mic. Word 2007 dan Nana

Hurm, taw x. td ade satu mende yg amat mengejutkan berlaku. Tetibe je sya gtaw Nana, assignment Islamic Aqidah kene antar esok!! Walopun group assignment, kitaorg satu ape x mula lg! Nana cuma wat cover assignment ajek. Mase sya gtaw tue, Nana baru jek masuk kelas Linguistics. Ape lg, x snang duduk la Nana jadik ny.. asek pk pasal assignment. Ptg ni ade kelas g. Kol 5 ptg baru smpai mahallah. Bile nk mule wat assignment. Nak suruh sya wat dulu pon x leh jugak, sbb sume bahan ade dlm laptop Nana. Sya2 lak kat mahallah laen, ai, susah nye! Last skali, Nana amik tindakan drastic dgn ponteng kelas Intro 2 Fiqh! Maka, Nana pon ade la banyak sket masa utk siapkan assignment.

Ptg tue, Sya pinjam laptop Imah, dtg bilik Nana. Kte org wat assignment same2. Tension ny otak ni jangan cite la. Akhirnya, berkat usaha dan ketekunan kami, maka siap la jugak assignment tue! Nana pon pindahkan la bahagian yg Nana type masuk ke laptop sya2, nk gabungkan. Tapi file yg Nana type tue x boleh d bukak!! Alamak! Rupa nye laptop Nana ny Microsoft Word yg 2007 punye. Jd laptop sya xleh bukak, sbb still pakai yg 2003 punye. Nana maken tension!! Xkan la nk kene type semua dr mula?? Otak Nana mula berserabut ..

Pk punye pk, Nana pon try gabungkan dgn laptop Nana. 2007 vrsion mmg leh bukak yg 2003 version. Tp, baru teringat, Cyber café pakai 2003 ny version!! Aduh, mcm mana nk pegi print?? Nana x bawak printer .. Jadi Nana pon pk lg .. pk punye pk, teringat kt rumate Nana, kak shida. Kak shida ade printer!! Nana pon teros g compartment kak shida. Tanye ttg Microsoft word die. Malang ny, kak shida kate die pakai Microsoft word 2003 jugak. Adoi la .. Nana mula sesak nafas. Mati la macam nie.. Slame ni pakai 2003 nye version .. pas re4mat, die nstall 2007 ny format. ni first tym guna.

Tetiba, sya2 kate yg kawan kitaorg, Tya bru beli laptop. Microsoft word die 2007 jugak. Dgn pantas nya, Sya2 call Tya! Yeah, Tya mmg pakai 2007 nye!! Malangnya .. terlepas dr mulut buaya, masuk mulut singa pulak!! Tya xde printer.. walopun gune version yg sama, tetap x boleh print. Aduh, trakea Nana mula sesak, x dpt sedut udara lagi .. pada saat Nana hampir2 menghembuskan nafas terakhir akibat kekurangan udara yg disebabkan oleh kesesakan trakea yg d sebabkan oleh tension, muncul lah kak shida yg bagaikan angel.

“kenape ni?” Tanya kak shida penuh kasih sayang.

“nana nye laptop baru re4mat. Org tue install Microsoft office versi 2007. Jadi x boleh print ..” balas Nana, dgn rasa kecewa.

“eh, akak rase boleh save dlm versi 2003” tutur kak shida lg.

Pada masa tue, trakea Nana semakin pulih, dan Nana mula menyedut udara semula. Lalu kak shida tunjuk kan cara nk convert assignment nana tu ke versi 2003. Ah, waktu tu, kami semua rase sgt2 bahagia! Tq kak shida!! Mcm nk peluk cium kak shida!! Senang gile penyelesaian die, kalo x tension msti Nana leh figure out ttg leh convert tue. tp dah sesak nafas, trakea tersumbat, mmg otak x berjalan la ..

Akhir ny, Nana mampu mengukir senyuman kembali .. ^^

Thursday, August 2, 2007

Back Dorm Boys

Rase boring je hari ni. Well, hari ahad mmg slalu ny sgt boring. Nk cuci baju, nk rehat, sume dah wat pd hari jumaat dn sabtu. Bila hari ahad tiba, dah xtaw nk wat ape. Jadi, tetiba Nana rase nk menulis ttg Back Dorm Boys. I repeat, Back Dorm Boys, not Backstreet Boys. Mayb korang tertanye2, sape Back Dorm Boys ni? Xpnah dngar pon? Jgn terkejut, krn kemungkinan besar korang pernah menonton video clip dorang, coz dowrang mmg feymes, cuma d m’sia jarang org taw name dowrang. So, mari berkenalan dgn Back Dorm Boys.

Penah x korang tgk satu video clip yg kelakar gile, dibintangi oleh two charming Chinese guys, lip syncing lagu “As Long As You Love Me” nyanyian asal Backstreet Boys? Dlm bebanyak video clip dowrang, videop clip ni yg paling feymes d M’sia. Kalau korang penah tgk, sukacita d maklumkan, dowrang la Back Dorm Boys!!

Dalam carta top 10 clip2 merapu paling popular d sluroh dunia, Back Dorm Boys d tangga ke 7! Back Dorm Boys refer to a Chinese male duo who gained fame for their lip sync videos to songs by Backstreet Boys and other pop stars. They are also referred to as "Back Dormitory Boys", "Chinese Backstreet Boys", "Dormitory Boys", and "Two Chinese Boys". Their videos have been viewed by Internet users within China and around the world. Many of their videos can be seen on Youtube. The two, Wei Wei and Huang Yi Xin were sculpture majors at the Guangzhou Arts Institute. As many fans do not know the real names of the Back Dorm Boys, Wei Wei is often called simply "the big one" and Huang Yi Xin "the small one". In most videos, Wei Wei is seated on the viewer's right and Huang Yi Xin on the left. Huang Yi Xin has a cast on his left arm in some early videos from when he got hurt playing basketball.

A third "dorm boy", Xiao Jing, is in the background of most of the videos. He is often playing the Counter Strike computer game while Wei Wei and Huang Yi Xin are performing. His back is usually turned to the camera and his face is only rarely seen. They have all graduated from that university in June of 2006.

The Back Dorm Boys received mainstream media attention in the United States through The Ellen DeGeneres Show. Their act was acknowledged in the pilot episode of the US series "Heroes" where 2 Asian males sporting red basketball jerseys were singing the Backstreet Boys' "I Want It That Way" in a pub. (The "dorm boys" were wearing Houston Rocket jerseys in the original video). Ni paling dahsyat!! Sampai masuk “Heroes” tue ..)

While still at school, the Back Dorm Boys were signed as spokespeople for Motorola in China and Sina.com, one of the largest Chinese Internet portals. The 2 boys were then signed by a Chinese talent company and moved to work in Beijing after graduation. The background guy found work back in Guangzhou and the 3 buddies keep in touch, sometimes through on-line gaming. As such, later videos do not feature their dorm room or the background guy.


Image Hosted by ImageShack.us

Wednesday, August 1, 2007

Letih .. Harahetta ..

Skang dah dkat kol 11 mlm. Nana baru je smpai mahallah.. letih! Sehari suntuk x balik mahallah (hostel). Kelas abes tepat kol 10 mlm. Kne bergegas berjalan selaju yg mungkin k bus stand berhampiran. Baik yg spatutnya bertuas kol 10 tue, x menepati mase pulak. Memang bas kt uia ni lembab! Bas kol 4 ptg, 4.40 ptg baru smpai. Bengong! Bebetol nk marah! Makan gaji buta betol pemandu2 bas UIA nie. X takot langsung makan dwet haram. Jahat!!!! Oleh sbb kelambatan dowrang, bila nana smpai mahallah, mahallah café dah tutop. Xde makanan lg .. sakit hati betol .. sgt2sakit hati!!

Minggu nie, banyak gile keje Nana. Assignment Islamic aqidah x siap agi. Assignment on spouse abuse pon x siap lg. assignment intro to fiqh pon x siap lg. kene tulis essay utk kelas writing lg. essay ttg ibadah lg .. knape sume mende nk wat essay? Nak marah betol…
Dah, namo tulis lg. so tired!

Monday, July 30, 2007

Momusu Tanjou

Nana baru je smpai bilik. Letih nye, x suke kelas abes lewat ptg nie. Td, d antara kelas “Linguistics” dgn “Introduction 2 Fiqh”, ade gap dua jam. Jadi Nana g library, surf net. Nana ade download video clip lagu “Kirei ni Natte Ne”, lagu Morning Musume Tanjou. Ade bace pasal dorang kt kreko dulu. Niigaki Risa n Kusumi Koharu, mcm tue jugak la. Dah salu sgt tgk dorang. Tp ex-ex Momusu dulu, Iida Kaori, Abe Natsumi n Goto Maki, dah nampak matured. Esp Goto Maki, dah kurang chumell (ye lah, bukan ny belasan taon lg). Lagu tue .. x best pon. Slow sgt.. n mmg x menarik lah.

Hurm, kt depan mata Nana ade chocolate moist cake. Tp d sebabkan tgh kenyang, Nana xde selera nk mkn choc moist tue. Ah, ok lah. Nana nk cari isi untuk assignment “Islamic Aqidah”. Daa..


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Friday, July 27, 2007

G jejalan ..

Hurm .. for the first time sjak masuk maincamp ni, Nana kuar ngan kekawan. Sbenany plan nk g Sogo ngan Syasya n Ecah. Ntah cam ne, ade pertambahan ahli lg tga org pulak. Sbena ny x minat sgt kuar reramai nie. Sudah ny, Nana round2 Sogo ngan Syasya ajek, sbb yg lelain nk round2 tempat lain, n plan nk balik lewat. Nana xsuke balik lewat2. So, stick ngan syasya jek. Aman sket jalan berdua ni sbenanye.

Hurm, kalo nk d ikutkan x beli ape sgt pon. Nana beli tudung sehelai, kale kuning. Nak padankan ngan satu baju kurung Nana tue. Kale ijau, bunga kuning. Jadi sesuai la ngan tudung kuning tue. X mahal, seploh ringgit je. Then Nana beli bedak ngan FAB, nk cuci baju. Hehe.

Kitaorg bertolak g Sogo dlm kol 10.30 pagi. First time nk Metrobus, hue hue! (Nana sgt2 jarang naik bas. Leh kira ngan jari je bape kali Nana naik bas). Bayar dua ringgit jek. Petang, dedekat kol dua, Nana n Syasya bertolak balik UIA Gombak. Memula naik, tempat penuh. Ade tempat kosong pon seblah sorang lelaki india tue. Nana takot tgk muke die, namo duduk seblah die. Jadi kene berdiri la, bergantung spenoh nye ngan tiang n pemegang dlm bas tue. Bas pulak jalan asek stuck. Bape kali Nana hampir2 terjatuh dlm bas tue. Dlm lima ke seploh minit berdiri tue, ade org turun jd Nana n Syasya pon boleh la duduk. Bahagia rase ny. Hehe.

Balik bilik, Nana nk online tp x de line pulak. Teringat Wan ckp kat café Haleemah line kuat. So Nana pon g café bawak laptop. Wan is right, mmg line kuat. Ape lg, Nana pon bersuka ria le.. k lah. Daa..

Onna Ni Sachi Are

Malam ni, Nana nk bcakap ttg lagu baru Morning Musume. “Onna ni Sachi Are” .. ntah la ape maksud die. Onna means lady, tue je yg Nana taw. This song .. for me la kan, better listen to the mp3 rather watching the video clip. Lagu ny boleh tahan (“boleh tahan” saja? Hmm, better korang dengar sendiri, rate sendiri). Rasa nya x pnah tgk Momusu pakai baju yg lebih buruk drpd baju dowrang dlm videoclip ni. Mase tgk, Nana teringat baju buruk dorang dlm videoclip “The Peace”. Lebih kurang la, baju kaler emas tue. Buruk yg amat. Baju berkilat2, merambu-rambu atas kepala, skirt pon merambu jugak, then ade ikat mende merambu2 kt pergelangan tangan. Buruk .. betol buruk. Lg, hiasan rambut si Kusumi Koharu tue, mcm tok sami hindu .. (ah, jahat ny mulut Nana!!)

Next, Takahashi Ai’s new hairstyle. Buruk sgt.. xtaw la rambut palsu ke, atau die mmg dah potong rambut. Tp yg penting, sgt x best, dah jadi x chumell. Skang nk ckp pasal Mitsui Aiko tue pulak, ntah nape, Nana rasa dia x chumell (huh, pelik. Member Momusu spatutnya semua chumell2 blaka!!). Ntah la, mungkin pandangan Nana sowrang aje kot mcm tue. Hmm .. Ha, pasal dua member baru dr China si Lin Lin n Jun Jun tue. Tgk gambar, mcm x chumell. Tp tgk dlm video clip, boleh tahan la ..

Lg .. Nana x suke cara Tanaka Reina sebut “Bakka”. Ntah .. Nampak pelik. Well, semua pun sebenarnya mmg nampak buruk pakai baju buruk tue. Neway .. Nana suka tgk Michishige dlm videoclip ni. Tataw nape, suke tgk muke die.. (jgn tgk baju dia, mencacatkan!).

Nana kutuk ni, x bermaksud Nana xsuke Momusu. Nana memang minat Momusu. My fav? Michishige Sayumi (hontou ni kawaii da ...) !! Cuma vdeoclip ni x besh.. 2 jek. Hee, k lah, chiowz!


Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, July 26, 2007

Kelas Islamic Aqidah pulak ..

Hari ni hujan lebat sgt. Sejok. Hurm .. nak taw, pagi td Nana dah pakat ngan my besh fwen, Syasya. Kitaorg xnak pegi kelas Islamic Aqidah. Huhu, jadi kitaorg g breakfast kt Café HS. Tetibe, Farhana antar sms kt syasya, ckp kelas Islamic Aqidah d postpone. Haha! Besh gile.
Ape lg yek. Haa, smalam Nana dah abes tgk LOTR Trilogy. Hebat betol .. xde tandingan! Td Nana tgk Harry Potter and The Goblet of Fire pulak. Pinjam cd ngan Wan. Huhu, movie marathon! Tgk movie je kejek.

Ha, td Syasya ckp esok die ngan Nik, Nazirah n Syareefa nk g tgk Death Silence. Nana nk ikot (leh g jejalan KLCC), tp xjadi lah. Nak save dwet. Mulai hari ni, Nana nk menabung, haha. Nnt leh beli ape2 .. Well, I have something on my mind. Igt nk beli MP3 Player. Sometimes I think it is not necessary, tp xtaw la. Tgk la keadaan dulu. Dwet pon xde. Nak kluarkan dua ratos n tros beli, mmg boleh. X de masalah. Tp boros le .. baik simpan dwet sendiri. Yosh!
Ha, td Nana g kelas tilawah 4 the first time. Dr seploh org, 4 org je dtg. Ustaz tue kate, “mcm ni la budak UIA. Islam pada pakaian je, tp hati? Suruh dtg kelas tilawah pun xnak. Xnak baca Quran”. Ustaz tue mcm kecewa je. Sianz die .. K lah, nk layan lagu pulak. Laptop ni pakai bateri je. Xleh guna plug, plug kene sambar kilat, ujan lebat td. Daa ..

Wednesday, July 25, 2007

Ponteng Kelas ..

After ten days, here I am again!! Taw x, sampai skang Nana masih belom tgk movie Harry Potter and the Order of The Phoenix. Teringin nk nengok, ape kan daya xde kesempatan. Dah tue pulak, novel terbaru Harry Potter n the Deathly Hallows pon Nana x baca lg. kempunan gila .. hurm, td kan mase kt library, Nana sesaje type Harry Potter kt opac. Tetengok, ade “Harry Potter and The Deathly Hallows”!! Tp status nye “ordered”. Hurm .. Nampak nye kene salu check kt opac. Ye lah, nk tgu amik dr kak nani, raya ni baru jumpa dia. Tunggu kucing bertanduk la jawab nya.

Aha, Nana pinjam cd LOTR trilogy ngan Salmyyah. Besh sgt, xtended version punya. Skang Nana tgk tgk the last movie of the trilogy, tp baru abes cd 1. Rest jap, tunggu maghrib. Pas tue baru smbung cd 2. Hehe. Well, sbenanye mlm ni Nana ade kelas fardhu ain. Tp, stelah kesemua alasan d amik kira, maka Nana amik kputusan xnak pegi mlm nie. Alasan-alasan yg tersenarai ialah :

.::. Jaoh, x ade bas memalam ni
.::. Ujan, walopun pakai payung mesti basah jugak sbb nk kene jalan jaoh. Nanti demam ..
.::. Nana sakit perut skang .. tataw nape .. makan banyak sgt agak nye ..
.::. Takot d kejar anjing. Hari tue, Nana hampir2 d kejar anjing. Nana baca artikel dlm UIA ni, dah banyak kes bebudak balik kelas malam d kejar anjing. Takot!!
.::. Ptg td Nana cr kelas xjumpa .. jd x nak pegi lg. Next week la Nana pegi ..

Ok lah, Nana nk stop skang. Jap g pas maghrib Nana nk smbung tgk cd 2 The Return of The King. Daaa ..

Tuesday, July 17, 2007

Mak, really mish you ..

I dunno why, tp malam ni rase sunyi sgt.. rindu sgt dgn mak. Uh .. rase mcm dah lame sgt x balik umah. Tp sbenanye baru dua minggu Nana kt Gombak nie.. midterm ni dah x boleh balik, sbb ade program biro tatanegara tue. Benci betol, xsabar sgt nk balik rumah!!! Kalau midterm x leh balik, maksud ny kene tunggu raya baru boleh balik?? Melampau gile! Melampau sgt tue .. jap nk check calendar. Owh no .. 11 october baru boleh balik.. Aduh .. semoga Allah tolong Nana menghadapi tiga bulan ni dgn tabah dan sabar .. mak, I really miss u!!

Bila teringat kat mak, rase mcm nak nangis. Kenapa Nana x mcm Kak Nani. Kak Nani bukan nye senang2 nk nangis. Nana ni, sedih sket je nangis. Teringat mak, lagi la .. teringat x leh balik jumpe mak .. Ya Allah, sedih sgt2 .. Hurm .. harap-harap mak sihat kat rumah .. ah, nk msg mak lah!

Nana baru je hantar message kat mak .. ntah nape, mase jari tgh ligat menekan key handphone, type msg utk bonda yg tersayang, air mata mula bergenang (cewah ..). well, mungkin rindu sangat2 dgn mak. Bila lah nk boleh jumpa mak nie. Harap Man (my younger brother) jage mak bebetol. X susah kan mak. Hurm .. nnt bila Nana dah keje, dah ada duit sendiri, Nana nk jaga mak bebetol. Cukop duit, nak bawak mak g melancong. Bg mak happy selalu .. sbb Nana syg mak sgt2..

Saturday, July 14, 2007

My face .. oh no!

Hurm .. dunno what had happen .. but I realize that I oredi hurt my loved one. Nana x sngaje .. its juz that, I’m not in my mood. Huh .. xsangka pulak dia kecik hati. Malam ni Nana igt nk study. Tapi kepala otak serabut pulak. Spatah pon Nana x igt ape yg dibaca td. Hurm .. lets try a few .. aqidah is a dogma, a doctrine, what people belief, not necessarily “iman”. Aqidah is developed from humans understanding of their faith. Some of the terminologies are borrowed from the Orthodox Church. Haha, igt jugak sket2!! Tp, stakat igt tiga ayat ni .. kebende la yg nk d bangga kn?

Skang, mari bercakap ttg muka pulak. Sjak abes Taaruf ni, muka Nana dah jadi buruk. Well, bukan nk kate seblom Taaruf muka Nana lawa, tp kulit muka Nana nie .. dah mengelupas. Mungkin akibat terlalu kering?? Uh .. harap proses pengelupasan ini akan cepat berakhir, dan juga cepat sembuh. Ok lah, x de mende dah nk tulis. Daa ..

Friday, July 13, 2007

Ta'aruf Week yg sgt memenatkan!

July the 13th. Today is the 13th day.. well, 1 july yg lalu, Nana dah tiba di IIUM Gombak. Setelah setaon menjadi pelajar CenFOS IIUM PJ, akhirnya Nana smpai jugak ke maincamp IIUM di Gombak. Bangga? Yes, boleh la di katakan. Description .. IIUM is large and great. N beautiful too. Ape yg Nana akan igt sampai mati, ialah keletihan yg teramat sgt yg terpaksa di tanggung sepanjang Ta’aruf week (also known as orientation). Ntah bape puluh kilometer terpaksa Nana berjalan setiap hari slama lima hari berturut-turut. Penat nya, sakit nya kaki, melecet nya kaki ni Allah je yg tau. Pada hari ketiga, Nana letih sgt2, sampai Nana rase, dah smpai limit, dah x leh bjalan, dah x de energy. Tp Nana paksa diri jugak untuk ikot programme taaruf tue .. hari ke4, skali lg Nana rase yg Nana dah smpai limit, dah xde energy lg. dan skali lg jugak, Nana paksa diri terus kan taaruf week.

Hari ke5 .. God .. xcukop ngan bjalan, kene check out temporary mahallah (mahallah = hostel), n g check in permanent mahallah. Apalagi, bermula lah kisah duka hidup Nana. Beg + brg2 Nana yg lain, sume lebih kurang 6 beg + beg plastik. Penatnye nana bawak turun sume barang Nana dr tingkat 4, heret ke luar Mahallah Nusaibah, tunggu bas tengah2 panas, angkat barang naik bas, g Mahallah Halimatus Saadiah pulak, bwk turun barang, heret ke blok B. Nasib baik dpt ground Floor, Nana sgt bersyukur x perlu naik tangga lg. Nana jugak sgt2 berterimakasih dgn abg2 committee yg tolong Nana angkat beg2 Nana. Allah je yg dpt balas jasa baik korang.
Ttg permanent mahallah, mostly kawan2 yg same course ngan Nana (BENL), sume nye di tempatkan kt Mahallah Maryam. Nana je sesat masuk Mahallah Halimatus Saadiah. Rupa nya, ape yg terjadi ade hikmah ny. Bilik Nana di Haleemah boleh di katakan mewah jugak le. I have a compartment for my self. 1 kipas siling, satu meja study, rak buku, katil, wardrobe, n compartment Nana jugak bertemakan pink, kaler fav Nana. Kawan2 Nana kt Maryam pulak, sume masuk bilik transit. Satu compartment dua org, kipas kecik, katil double decker, 1 wardrobe kne share dua org. berbanding dgn dowrang, kehidupan Nana sgt selesa. Jadi nana sgt2 bersyukur pada Allah.

Ok lah, utk hari ni cukop la stakat ni. Lain kali, Nana akan tulis lagi. Assalamualaikum.