Thursday, December 13, 2007

Surat Terbuka Buat Penyokong Hindraf

Ini surat terbuka kepada penyokong HINDRAF yang dipetik dari laman web PEMUDA UMNO MALAYSIA bertarikh 4 Disember 2007

Sdr Editor!

Sekiranya anda merasakan Kerajaan Negara Malaysia melakukan kekejaman, penindasan dalam pelbagai aspek ke atas orang seperti anda maka berhijrahlah ke negara yang pada pandangan anda lebih demokratik dan lebih prihatin kepada hak minoriti seperti Australia, New Zealand, Canada, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Namun jika anda berhijrah ke negara tersebut pastikan anda memperolehi perkara-perkara berikut di negara berkenaan :

1. Sistem persekolahan ala Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran negara berkenaan.

2. Sistem peperiksaan yang menggunakan bahasa Tamil dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran negara berkenaan.

3. Penerbitan buku pelajaran dalam bahasa Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan negara berkenaan.

4. Siaran Radio dalam bahasa Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh negera berkenaan.

5. Siaran Berita TV dalam bahasa Tamil yang dilaksanakan Stesyen TV rasmi negara berkenaan.

6. Cuti khas yang digazetkan oleh kerajaan di negara berkenaan untuk sambutan Thaipusam dan Depavali.

7. Perarakan agama besar-besaran yang menarik jutaan pengunjung sehingga menganggu kelancaran lalu lintas di hari Taipusam di negara berkenaan.

8. Sebuah kuil yang besarnya seperti Kuil Batu Cave di negara berkenaan.

9. Sebuah patung emas yang besarnya menyamai patung yang ada di Kuil Batu Cave.

10. Bina kuil di mana-mana sahaja seperti yang anda lakukan dalam negara ini termasuk "tepi jalan, tepi lebuhraya, depan hospital, tepi masjid, tepi gereja dalam kebun getah, dalam kebun kelapa sawit dan lain-lain.

11. Pastikan kuil yang anda bina tanpa mengikut peraturan dan tanpa permit tidak boleh dan tidak akan diruntuhkan oleh kerajaan di negara berkenaan.

12. Pastikan juga kumpulan anda diberi jawatan seperti menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, ahli exco di negara berkenaan seperti mana yang ada dalam negara ini.

13. Pastikan bilangan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri keturunan anda di negara berkenaan lebih ramai dari apa yang ada dalam negera ini

14. Pastikan juga adanya peniaga besar dari kalangan anda seperti Ananda Krishnan yang menerima pelbagai kemudahan perniagaan dari kerajaan di negara berkenaan.

15. Atau pun anda boleh pergi ke negara yang masih dibawah kekuasaan luar seperti Iraq, Afganistan atau Kurdi dan berjuanglah bersama-sama rakyat mereka menuntut kemerdekaan.

Apabila kemerdekaan tercapai pastikan anda juga diberikan hak kewarganegaraan oleh penduduk asal negara berkenaan.

Sekiranya anda MAMPU melakukan perkara di atas di negara berkenaan saya rela serahkan jari telunjuk saya untuk di potong.

Mohd Anuar Ismadi

7 comments:

Hanna J. Potter said...

benda ni...depa paham ka?

NaNa PynkFaery said...

kalau cerdik, patutnya depa paham la

Hanna J. Potter said...

depa bukan pandai BM sgt pun, hahaha!

NaNa PynkFaery said...

haha, mana la taw, kot-kot depa teror.

Hanna J. Potter said...

benda ni mcm susah ja depa nk fhm. tgk bdk2 india kt skolah pun score BM tak byk mana..nk adalah ayat2 yg boleh dikira payahla utk depa..mungkin kena tulih kot tamil, kot?

e-zul said...

kadang2 sesetengah manusia xkan aman dengan keadaan negara yang aman.

NaNa PynkFaery said...

igt senang nk translate ke tamil? mana la reti .. wu-chan, dorang x aman d negara yg aman sbb sendiri gedik cari pasal.