Wednesday, December 26, 2007

Agama dan Politik ..

Apakah maksud "syirik" ? Syirik ni bukan makna kita sembah berhala saja tapi kalau kita redha hukuman lain drp hukuman ciptaan Allah, maka itu juga diketegorikan sebagai Syirik.

Seperti yang kita ketahui, negara kita nie banyak tugu. Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya. Tahukah anda (cewah, skema abes~) bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa "segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram. Ciri-cirinya menyerupai berhala dan melawatnya juga adalah haram.." Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang seribu kali sayang... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa tersebut. Setelah berbincang, mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwanya, maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja, tiada tindakan undang2 yang boleh diambil.

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik. Beliau berkata, " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu" dan kata beliau lagi " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."

Tahukah anda bahawa Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya, dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri.

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab Nana untuk menyampaikan segala maklumat di atas kepada rakan2 sekalian

1 comment:

Bayang said...

huh ... btoi2 stuju sgt dgn pndpt kak ... sbnrnya kes yg lina joy tu pon sbb artikel 11 dlm prlmbgaan la ... bleh tukar agama klau dh 18 above ... probs nya yg buat prlmbagaan dlu mat salleh n yg approve rja2 mlayu ... nk kata rja2 mlayu dlu krg ilmu agama maybe la ... tp bkan ka prlmbgaan leh digubal klau ckup 2/3 ahli parlimen minx ... skrg ni ulama pon dh byk ... mufti tiap2 ngri tp sbb pa dpa x bgkitkn prsoalan ni? nk kata ahli politik maybe dpa xtau psl bnda ni sbb mgkin ada yg xckup ilmu lg ... ptutnya org2 agama kna la bgkitkn isu ni pstu minx tlg ahli2 parlimen tlg bhskn isu ni ... kna lak dlm parlimen xpnah ckup pon 2/3 krusi sluruh msia ... this is th fact that we hav to accept ... drpd dpa dok smbg psl bnda2 yg xtntu hala kt dwn parlimen apa slhnya dpa kaji blik prlmbagaan ngara n pbtoi apa yg ptut spaya undg2 Allah dpt dlksanakn tnpa sbrg skatan ...