Saturday, August 2, 2008

Virus dan Penyakit "SeleHer" di IIUM

VIRUS

Kita mulakan dengan virus. Baru-baru ni, terdapat satu virus dahsyat yang tak bernama menyerang cyber cafe mahallah Nana (merangkap Mahallah Haleematus Saadiah). Apakah kedahsyatan virus itu ?

1. virus tu telah melingkupkan antivirus Nana (apa~~)
2. mcm mana antivirus tu lingkup, Nana pun tataw, tapi dah tak boleh guna, fail tak tentu pasal, logo dia pun hilang.
3. virus tu jugak menghalang peng'install'an antivirus baru.
4. menyebabkan laptop restart sesuka hatinya.

Maka, Nana terpaksa me'reformat'kan my Renji (my lappie toppie, namanya Renji!).

Rumates Nana pun menerima nasib yg sama. Kak Bella, laptopnya rosak. Kak Zaemah, CPUnya rosak. Masa Nana hantar my Renji kat Encik Fazli (mintak dia reformat), ada sorang lagi sister tu, pun nak hantar CPU jugak, lingkup diserang virus. Haih..

PENYAKIT

Haa.. ni nak ckp pasal penyakit baru di IIUM. Penyakit apa? Penyakit ni, Nana namakan "SeleHer". Apakah itu?? Susah nak diterangkan, tapi Nana akan boleh beritahu simptom2 penyakit SeleHer ni.

Penyakit SeleHer ni, cuma menyerang wanita saja. Jadi, kaum Adam boleh menarik nafas lega. Simptom2 nya? Ha, seperti yang para pembaca ketahui, semua pelajar wanita IIUM yang beragama Islam diwajibkan bertudung. Masa terus berlalu, pelbagai jenis tudung memunculkan diri. Tudung pelbagai bentuk, selendang pelbagai warna, style yang juga pelbagai (boleh pin atas kepala, boleh pin seblah telinga, tinggal tak pin atas dahi jek lagi..).

Skarang, wujudlah style baru, juga dikenali sebagai penyakit SeleHer. Bagaimana mengenalpasti mereka yang berpenyakit SeleHer? Mereka ini adalah para wanita, yang sekadar mengenakan serkup, pastu capai memana selendang, letak atas kepala, selempang je ke atas bahu tanpa mengenakan pin di bawah dagu. Bila dah takde pin bawah dagu tu, mestilah nampak leher, kan? Itulah sejarah nama SeleHer (Selendang + Leher).

Girls, kita d arahkan pakai tudung untuk tutup rambut. Pas tu, perlu dilabuhkan hingga menutupi dada. Kalau dulu, banyak orang yang pakai tudung SEKADAR MENUTUP RAMBUT dan tidak menutupi dada, skarang makin advance. Leher pun ikot terdedah skalik.

Tak kisah lah kalau mereka ni free hair kat luar kampus. Memang ramai je, Nana pun tak heran. Tapi dalam kampus, hormat la sket undang2, peraturan. Ni kan tempat kita menuntut ilmu.. Haih..

p/s : Pin sbijik tu, singgit pun ada jual. Sila lah beli. Kalau tamau beli, dijemput ke Blok B, Bilik 4.3 mahallah Haleemah, Nana ada baaaanyak brooch. Pilih la yang mana mahu d pinjam.

----

nak buat tambahan sikit pasal SeleHer nih. Ada sorang ni, dia kata "aku pun penah gak pakai selendang macam yang ko tulis ni. Well, aku cuma tunjukkan diri aku yang sebenar. aku mmg free hair, wat ape nak terkejut kalau aku pakai tudung x proper. Baik aku dari bebudak lain yang tak pakai tudung kat luar, tapi kat dalam buat2 baik."

Owh~ apakah ini?

Ini bukan soal hipokrit, buat2 baik dan sebagainya. Ini soal hormat. Ini soal peraturan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Dah nama belajar kat IIUM, kita dapat ilmu dari pensyarah-pensyarah kat sini, susah sangat ke nak ikot peraturan (properly), bukan ikot separuh hati.. tue je yang Nana nak sampaikan~

Nana ada ramai je kawan yang tak pakai tudung kat luar kampus. Tapi dalam kampus, dorang pakai tudung properly. Adakah mereka ini hipokrit? Tak lah. Dowrang ikot undang-undang, dowrang ikot peraturan, dowrang hormat tempat dowrang menuntut ilmu. Nana tak rasa orang-orang macam ni hipokrit.

11 comments:

S.Azeem Ong said...

salam

'SeleHer'

*standing ovation*

gile hebat nana. nama pnyakit yg amat mantap. hahaha. xley pancung tol. XD

isu tudung. xkn lapuk ditelan zaman. sy xboley nk perdebatkan. huhhh

Nana Mint Lee said...

encik azeem :

nana pun suka nama 'seleher' itu, hehe.

isu tudung mmg dah malas nk perdebatkan. skang nk cakap pasal selendang x pin bawah dagu pulak, a.k.a seleher~ hehe

anisah shurfa said...

Yay! Biar ramai org sedar sikit ttg penyakit yg semakin berleluasa ini!

Bila first masuk main campus, fuiyooo, terkejut betul saya tengok jenis2 tudung yang ada kat sini. Beza betul dengan kat CFS...

Tudung Jarang ada...

Tudung tak cukup kain ada...

And now! SeleHer!

Some people say they just don't want to be hypocrites, which is why they are infected with these viruses. But, the truth is, they are not just mocking the rules of IIUM, but the rules of Islam.

It's like they're thinking, eeey, takutnya semua orang ingat aku ni pakai tudung kat luar!! Isy, takde stail la macam tu. Macam ustazah pun ada lah. Baik aku pakai tudung, tapi aku make sure semua orang nampak telinga/leher/dada aku yang cukup lawa dan anggun. Takdelah orang ingat aku ni kolot sangat

Nana Mint Lee said...

2 anisah shurfa :
wah! *tepuk tangan*
nana suka komen awak!

owh, baru masuk maincamp ek?
sini mmg ade pelbagai jenis tudung, yg d perbuat dari pelbagai jenis material (nipis, tebal, jarang suma ada), terdiri dari pelbagai saiz.

xpe, lambat laun awak akan biasa dgn 'pemandangan' sbegitu kat sini.. huhu

janedoe said...

ahhh.those ppl. wearing tudung just for the sake of wearing it. but really, wearing tudung is another thing and covering your aurah is another. most ppl just cant be bothered abt this anymore as they have a negative perspective on covering aurah(duniawi punye judgement laa kannn.tah pape)
tuh laa dia pengtingnye g skola agame mase dulu2 and tumpukan perhatiann.ganbare nana!sile kupas lg isu ni.cewahh :)

Nana Mint Lee said...

nana 2 mimi-san :
haha, pendapat yg bernas.
nk kupas lagi, boleh je.
tp nnt akan melukakan hati banyak pihak. maka nana ckp on the surface sudah la.. huhu

Nasiruddin bin Mohd Fazali said...

Fina...setakat tegur je...kita leh bantu. Kalau depa namo, biar ja...kat depa.....

Luna said...

;)
Saya tak tau nak cakap pew...
(phuu... nseb bek x kena seleher..)

Max J. Potter said...

ini adalah isu yg kanda tak sanggup nk ulas panjang kerana mungkin akan menyebabkan kebakaran blog. heh.

pin dahi siot. bayang je pun dah tergelak. gila sungguh.

seleher. lagi menakutkan dari breast cancer dowh menda ni. hish. jgnlah ada di antara kita yg terjangkit benda ni.

wei. buat comment moderationlah. barulah tak termiss komen-komen baru. maklumlah, kanda baru dpt merompak wireless kolej.

Nana Mint Lee said...

2 Q-chan :
smoga kita terhindar dr penyakit ini.. hehe

2 kak nani :
sat, nk buat comment moderation itu

Nana Mint Lee said...

2 ace :
betol kata kamu!