Monday, August 11, 2008

Dari songkok ke topi.

Kerap betul Nana post entri baru sejak kebelakangan ni. Mungkin sebab Nana ada terlalu banyak perkara nak dikongsikan bersama rakan-rakan blogger Nana. Sekarang, Nana ada cerita baru! Or.. isu baru. Isu ni sedang hangat diperkatakan, diperdebatkan di seluruh UIAM sekarang (maka, kepada para bloggers yang stadi bersama-sama Nana di UIAM, pendapat anda tentang isu ini amat Nana alu-alukan). Para bloggers yang stadi di IPT lain, jangan lah rasa segan dan silu pula. Anda juga dijemput untuk berkongsi pendapat dan pandangan anda!

Saban tahun, majlis konvokesyen menjadi tumpuan utama dalam agenda sesebuah universiti. Meriah dan berwarna-warni, mencipta seribu satu kenangan. Biarpun dihimpit kegawatan kuasa pengguna pada ketika ini, Majlis Konvokesyen UIAM yang akan berlangsung pada 23-25 Ogos ini akan menyaksikan satu perubahan yang MENARIK.

Untuk pengetahuan rakan-rakan bloggers yang bukan pelajar UIAM, di sini Nana ingin memaklumkan, terdapat satu perbezaan di antara Majlis Konvokesyen UIAM dengan majlis konvo IPT lain. Bezanya, instead of mortar board (topi empat segi tuh) yang diguna pakai di seluruh negara pada hari konvo, pelajar2 di sini akan memakai songkok (lelaki) dan tudung berwarna putih, bersama satu ‘stripe’ dengan logo UIAM di atasnya (perempuan). Bagi Nana, pemakaian songkok dan tudung ni, melambangkan perpaduan dan keseragaman, sebab kesemua pelajar termasuklah dari negara-negara luar perlu mengikut peraturan ini. Boleh dikatakan, imej UIAM yang ‘chumell’ bagi Nana (wah, ingat senang nak tengok foreigner pakai songkok?).

Desas-desus yaang mengatakan pihak UIAM telah menukarkan jubah konvo dari songkok ke mortar board menjadi nyata. Belanja yang menelan sebanyak 2.1 juta ringgit telah dihanguskan dengan alasan :

Imej dan personaliti yang segak dan kemas untuk graduan-graduan UIAM

Menyeragamkan etika pemakaian graduan-graduan seluruh Malaysia

Berdasarkan segala jenis risalah dan akhbar mini yang diedarkan di seluruh UIAM, terdapat graduan yang tidak mahu mengenakan songkok dan tudung di kepala (siapa saja yang tamau pakai songkok dan tudung ni??). Seolah-olah apabila mengenakan songkok dan tudung, akan hilang jati diri seseorang individu. Ada yang mempersoal, mungkin stigma dari isu tersebut yang mendorong pihak UIAM membelanjakan 2.1 juta ringgit untuk jubah konvo baru.

Ada yang bertanya, “takut dituduh TALIBAN kah?”.

Ada juga yang bertanya, “nak membersihkan unsur Anwar Ibrahim di UIAM ke?”

Suka cita dimaklumkan, Nana bukan anti-kerajaan. Nana menulis untuk kepuasan sendiri, tidak ada sebarang kaitan dengan kerajaan atau pembangkang. Harap maklum.

Berdasarkan risalah-risalah, akhbar dan poster yang berterbangan di ruang atmosfera UIAM lagi, pihak UIAM mengambil keputusan tersebut tanpa sebarang rundingan dengan pihak mahasiswa. Tiada sebarang kenyataan daripada pihak pentadbiran mengenai isu ini semasa dialog bersama pemimpin-pemimpin pertubuhan dan kelab yang lalu. Owh, barulah Nana ingat. Baru-baru ini, pihak SRC (Student Representative Coucil) sudah membuat tinjauan dari bilik ke bilik tentang isu mortar board ini. Mereka mengesahkan, memang keputusan tersebut dibuat tanpa sebarang rundingan dengan pihak mahasiswa.

Apapun, seluruh mahasiswa UIAM menuntut penjelasan yang konkrit daripada pihak pentadbiran UIAM berkenaan isu ini. Mengapa sebegitu banyak wang yang dibelanjakan untuk jubah konvo (yang sepatutnya, langsung tak perlu diubah) sedangkan dalam masa yang sama, persatuan-persatuan pelajar di seluruh UIAM dalam keadaan kekontangan dana dan bajet?

PENDAPAT NANA :

Semasa pihak SRC membuat tinjauan dari bilik ke bilik, memang terkebil-kebil jugak Nana. Nak sign borang ‘setuju’ ke ‘tak setuju’? Bagi Nana, isu ni ada kelebihan dan kekurangan. Akhirnya, setelah berfikir semasak yang mungkin, Nana pun sign borang ‘tak setuju’. Wah, rupanya Nana di pihak MAJORITI. Borang ‘setuju’, ada tiga nama. Borang ‘tak setuju’ pulak, dah masuk muka surat ketiga.

Bila Nana kata Nana tak setuju, bukan bermaksud Nana tak suka mortar board tu. Boleh je nak pakai, mesti chumell, haha. Tapi, kalau dah nama kita ni kekurangan bajet, tak perlu lah hanguskan 2.1 juta untuk topi konvo saja. Kan banyak lagi yang kita boleh buat dengan jumlah wang sebanyak itu? Tu, sungai yang merentasi campus UIAM, yang warnanya sebijik macam teh ais tu, bila nak bersihkan? Tuang bleach 40 liter pun belum tentu jernih.

UIAM ni, kalau time tak cukup duit, time tu lah para pak guard dan mak guard naik angin tak tentu hala. Kebiasaannya, pakai baju ketat, tudung singkat, pakai slipper g kelas tak pe je, memang pak guard dan mak guard tak pernah saman (makan gaji butakah mereka?). Tapi, time tak ade duit, tamatlah riwayat sesiapa saja yang tak pakai stoking, yang tak sangkut matric card di leher. (Owh ya, sepanjang semester lepas dan semester ini, Nana memakai stoking ke kelas SETIAP HARI dengan KONSISTEN! Perubahan yang baik, deshou?). Kesimpulan kepada kejadian ini : mereka mendapatkan wang yang diperlukan dengan meng’compund’ para pelajar.

Sebab tu la, jangan bazirkan 2.1 juta itu sesuka hati. Apa salahnya kalau UIAM nye jubah konvo tak seragam dengan IPT lain? Imej.. ^^!

Di sini, Nana juga ingin memberikan pendapat kepada para graduan yang tamau pakai songkok dan tudung tuh. Guys, DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG. Dalam Malaysia, UIAM adalah satu-satunya universiti (sepanjang pengetahuan Nana lah..) yang jubah konvo memerlukan para pelajarnya mengenakan songkok dan tudung. Kalau tamau pakai, mengapakah anda semua masuk ke sini? Bukankah ada ratusan lagi IPT lain yang tak perlu pakai songkok dan tudung? Kalau ada yang bagi alasan “dulu kami tatawu, bile graduate kene pakai songkok dan tudung”, atau “songkok tu terlalu kemelayuan, we are not malays,”.. haih, dah peraturannya macam tu, ikut saja lah. Kalau puluhan ribu graduan-graduan UIAM terdahulu (25 tahun yang lalu sejak UIAM ditubuhkan) boleh pakai songkok dan tudung, mengapa anda semua tak boleh pula??

Nana ada terbaca satu respon yang pelik tentang isu ini di satu blog. Katanya, “Nanti aku graduate, boleh la aku lempar2, lambung2 topi konvo macam yang orang selalu buat dalam TV tu. Kalau songkok, hmm .. takkan la nak lempar2 songkok pulak kan?”

Owh, kalau stakat nak lambung2, lempar2 tu, beli la bola sebijik. Nak tendang, sepak terajang pun boleh.

Lagi sekali, Nana ingin menegaskan, pendapat ini bukan bermaksud Nana tamau pakai, atau anti dengan mortar board itu. Cuma, Nana tak pernah keysah pun. Graduate pakai tudung putih pun Nana comel. Pakai mortar board pon comel jugak. Sama saja bagi Nana.

Tapi, kalau jubah dan topi baru tu dah siap, pakai sajalah. Dah 2.1 juta ringgit terbazir untuk buat jubah konvo baru, takkan lah tamau pakai pulak? Lagilah membazir, kan?

NEW ROBE DESIGN



Hah?? Mengapa kaler hood untuk IRKHS kelabu pula?? Nana nak pynk! (Jeles tahap maksimum kat bebudak Medicine dengan ALLHS!!)

21 comments:

Max J. Potter said...

benda ni dh keluar dlm newspaper hari tu. kak nani ada baca. hm, sbnrnya tradisi songkok dan tudung pd hari konvo ni, pd pndpt kak nani lah, mmg patut diteruskan. unik, tersendiri..ish, pembaziran yg terlalu hebat tu.. duit byk gitu, boleh upah bapa puluh penceramah utk bercakap ttg kpntingan menutup aurat supaya hr konvo nnt semua pakai tudung. masa tu nk pin kt mana pun pin lah, yg pastinya jumlah seleher akan berkurangan.

kak nani rasa, imej islamic IIUM ni makin terkikis krn benda-benda kecik yg menjadi lmbg keislamic-an IIUM mcm ni. benda dh elok, nk tukar pulak..budaya dh cantik, dh consider nk bg laluan kt bangsa yg takmau menutup aurat pulak..adoi la. apa sudah jadi dgn negara kita ni? apa sudah jadi dgn IIUM?

oh ya, komen dinda sudah direply, jemput mai menambah kepedasan di entry tu, yea?

Zwa_N said...

apa benda mountain board tu?apa nama td?lupa...songkok tu tau la..hm..org yg nak pakai papan tu ats kpala dia tu tatau la kan..songkok tu tah l pasai apa..tudung tu..depa punya dosa lah..nk kata apa pon takleh..ye la..songkok tu kan melayu punye..tp kalo dah wajib suruh pakai..pakai je laa..banayak songeh tol..tudung tu mmg wajib pon..ada undang2 ke xde ke..mmg kene pakei pon..apa salah pakai topi tu ngn tudung? hehe..tp topi tu dah dianggap simbolik graduan seluruh dunia..eran..awat la pakai topi lagu tu..apa board?mountain board?lupa lagik .huhu..ok la sampai cni je la..selanjutnye..tepon lah saye..sekian

-dei-chan-

Nana Mint Lee said...

2 kak nani :
tu la pasai. dok ikot buat apa la kepala angin orang2 yang tamau pakai songkok n tudung tu.

2.1 juta tu yg paling dahsyat~

2 zwa_n :
mortar board lah~

janedoe said...

tah pape laa tuka ke mortar board. tudung and songkok dlu nmpk kemas je, and nmpk cantik je. besides the songkok and tudung being unique themselves, nmpk laa ciri2 kemelayuan and keislaman. sape laa yg gedik sgt tamau pakai tuhh.nak cili sikit mulut die.tak pasal2 je buat pembaziran yang nyata.lg baik uia repair kelas2, kat HS building terutamanya. condition kelas kat level 1 agak teruk. ceiling ade kesan bocor and etc.haiyaaaa

Nasiruddin bin Mohd Fazali said...

Herm.....tah la....bagi aku la....kalau tak sama dengan U lain pun tak ada masalahnya. Yang penting, apa yang U tu sendiri dah produce. Betui dak? Banyak duit tu!!!!!

Nana Mint Lee said...

2 mimi-san :
taw xpa, siling bocor, sungai tercemar, banyak g benda leh repair dengan dwet tu. haih.. pembaziran..

2 ace :

banyak la sgt.. dah ada banyak, perabih suma pulak. utk benda yg x perlu.

Zwa_N said...

ooo mortar board ..ok..

Saint Dreamheart said...

hi nana,
first time commenting on ur blog, yoroshiku!

x tau la apa nak jadi ngan graduan zaman sekarang. pasal robe nak konvo pun nak memilih. Pas2 admin lak sibuk nak ikut demand golongan minority nih... Duit yang dibelanjakan mostly daripada pelajar (termasuk compound yang tah paper 2), tapi bila nak guna x mintak pendapat kitorang lak...

Inilah sandiwara dunia (UIAM)...
Serius x paham owh...

Luna said...

Humm...
setuju.....
da ar membazir...cm x ad identiti...

Nana Mint Lee said...

2 saint dreamheart :
hye, trima kasih atas komen anda (skema ny ayat~).

tu la pasal, time xde dwet baru nk mencekik darah student, compound x tentu pasal. time ade dwet, dah guna buat beli topi pulak~ ape nk jadi dengan taman ilmu dan budi nih~

2 Q-chan :

yep, identiti kita sudah hilang..

Max J. Potter said...

itu juga pendapat kanda, semakin hilang identiti. i think this is very intolerable tapi terpaksa ditolerate! bygkan, nk membina sesuatu identiti tu satu hal, mengekalkannya satu hal lain, menukar atau memadamnya pun satu hal lain yg langsung takda perkaitan! ish, drama swasta sungguh! wei, mai reply komen di blog kanda!

Nana Mint Lee said...

2 k.nani :
wah, bernas sunggu komen kanda! ayat best! ok,jap g fina p blg k.nani

Max J. Potter said...

OFFICIAL

dari maak:
sapa kata songkok tak boleh campak? dan sapa pulak kata topi buleh campak? mengapa pulak seorg yg berilmu harus menimbulkan campak-mencampak pakaian graduasi yg menampakkan taraf keilmuan yg tinggi dan minda yg cemerlang setelah tamat pengajian?

apa saja boleh boleh diletakkan di atas kepala, sbg pakaian rasmi konvokesyen dan benda tu tak sepatutnya dicampak, dibuang ataupun dipersoalkan. malah benda tu mesti disanjung, dihargai dan dihormati kerana kedudukannya yg berada di atas kepala seorg graduan agar kepala kita terlindung drp diresapi perkara dakyah yang mencemarkan.

dan perempuan pulak jgn anggap kena pakai tudung pd hari konvo sbg hilang jatidiri. tak pakai tudung tu bkn jatidiri, tapi kecacatan diri.

sbg seorg muslimah, pemakaian tudung tiada kena-mengena dgn arahan konvokesyen. itu hukum Allah taala. dan penerimaan kita terhadap suruhan Allah tidak boleh pilih-memilih. islam itu lengkap. jadi meninggalkan sebahagian daripada suruhanNya merupakan kecacatan penganut islam tersebut.

sebagai sebuah universiti yg berwibawa yg menjulang nama islam sbg tonggak penubuhannya, kelonggaran tersebut amat tidak wajar diberikan. malah pihak universiti sepatutnya menghukum dgn keras mana-mana pelajar islam yg tidak menutup aurat dgn sempurna, di mana sekaligus mereka menunjukkan penentangan terbuka terhadap perintah Allah SWT.

siapa kita di mata Allah? kita hanyalah hambaNya. justeru tidak wajar kita menjadi tuan, mengubahsuai atau memansuhkan mana-mana arahan Tuhan.

tegakkan hukum Allah sepanjang masa!

Nana Mint Lee said...
This comment has been removed by the author.
Nana Mint Lee said...

OFFICIAL

kpd Mak ^^

komen yg sgt bernas!

betul, baik songkok mahupun topi tak patut dilempar-lempar atau dilambung (mcm plajar2 akademi fantasia graduate. tu org x berilmu). kita yg berilmu, buat apa nak tiru artis2 lambung mortar board?

kelonggaran diberi kepada pelajar2 yang tak mau pakai songkok dan tudung, sbb ada yg x beragama islam. jadi bila ada yg pakai, ada yg x pakai, nampak x seragam.

tp kalau kita tengok universiti lain, memang nisbah manusia yang pakai tudung dan x pakai tudung tu sama banyak. nampak x seragamkah?? tak lah! benda2 kecik macam tu, x ada sapa nk heran. yg penting, kualiti graduan yg d produce. topi, songkok, tudung, kepala botak, semua TAK ADA KAITAN.

Nana Mint Lee said...
This comment has been removed by the author.
Luna said...

tenen
saya n blog baru...........
sila link!

Adlan said...

xsangka 2.1 juta digunakan utk tukar design baru ni..

terkilan jugak sebab duit utk program kelab dikurangkan.. tau2 rupanya psl ni gak rasanya..

Nana Mint Lee said...

2 Q-chan :
ok!

2 myadlan :
tu la pasal..
banyak sgt duit trbazir utk hal ni

Awan Badai said...

Setuju dengan Nana (bermaksud, tak setuju dgn penukaran).

Tapi, benda dah buat. Nak tak nak, kena pakai jugak. Kalau tak, RM2.1 juta hanya jadi angin.

[And i'll wear ORANGE! :)]

Tapi satu isyarat untuk admin UIAM: Jangan suka-suka guna duit untuk sesuatu yang tak penting. Prioritize the budget!

Baik buat mahallah baru kat UIA Kuantan

Nana nak pakai pink? Tukar la course. Tak pun amik minor Medic/ Allied. hu...

Nana Mint Lee said...

2 awan badai :
owh, orange ye!

kalau minor, leh pakai pynk ke..?