Pihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.Bantahan tersebut diterajui oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA (MPP-UIA).Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyokong tindakan MPP membantah perubahan tersebut.Presiden MPP-UIA, Muhammad Adib Hatim berkata, mereka membantah penggantian pemakaian songkok tersebut kerana ia sudah menjadi identiti UIA sejak 25 tahun lalu.Katanya, manakala keputusan menggunakan jubah baru itu dan mortar tersebut, menyebabkan pihak universiti menanggung kos sebanyak RM2.1 juta.
Selepas perhimpunan tersebut, Muhammad Adib telah menyerahkan tandatangan tersebut kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr MD Tahir Azhar.Katanya, kempen mengutip tandatangan pelajar bagi membantah keputusan UIA itu dianjurkan oleh MPP-UIA.UIA mempunyai 13,000 pelajar di kampus induknya di Gombak dan 2,000 lagi di kampus cawangannya di Kuantan, Pahang.
Minta butiran terperinci
Muhammad Adib berkata, mereka mempersoalkan tindakan universiti membuat keputusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mahasiswa."Kami hanya mengetahuinya apabila media melaporkan terlebih dahulu," kata Muhammad. MPP juga menuntut pihak universiti memberikan butian terperinci mengenai perbelanjaan untuk tujuan itu.
Dr Md Tahir, ketika ditemui pemberita selepas pertemuan 30 minit dengan tiga pemimpin MPP -UIA, termasuk Muhammad berkata, songkok masih terus digunakan seperti biasa dalam majlis-majlis lain. "Hanya untuk konvokesyen sahaja mortar digunakan untuk diseragamkan dengan universiti-universiti lain," katanya.Beliau menolak dakwaan bahawa RM2.1 juta itu mahal kerana jubah dan mortar itu, menurutnya, boleh digunakan dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.
5,000 pakaian
"Mana ada mahal...baju yang dia pakai lagi mahal. " katanya sambil menunjuk ke arah seorang pemberita wanita.Katanya, jubah dan songkok lama itu akan dijual jika ada kolej-kolej baru yang berniat membelinya.UIA membeli lebih kurang 5,000 pakaian untuk majlis konvokesyen baru. Lebih 4,000 pekajar akan menggunakannya selama tiga hari mulai Sabtu ini. Mengulas dakwaan bahawa tindakan pentadbiran universiti itu membelakangi mahasiswa, Dr Md Tahir berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diberitahu dan ada yang tidak perlu diberitahu terlebih dahulu."Dalam kes ini, ia berada dalam kawasan samar-samar, boleh beritahu dulu. Tetapi tidak beritahu pun tidak mengapa," kata Dr Md Tahir.
--
Nana : Utk pengetahuan rakan-rakan, perhimpunan tersebut diadakan d depan masjid IIUM. Hurm.. Nana sekadar amik tawu aje, Nana x join protest ni..
10 comments:
wao~ bantahan lagi.. aii~ kanda tak mampu nk ngomen panjang..tp tindakan ni mmg menarik utk diambil~
perghh ... x sangka kt uia pon ada demo gak ... ingatkan budak uitm ja ... tp tu la rasanya cam x kamcing plak kalau uia gantikan songkok dgn mortar board ... x rasa sangat cm graduate dari uia walaupon aamir x belajar kat uia ... hurmmm ...
salam.
sy ada bca pasal ni kat paper. huh. sy rsa songkok lg hensem.
seriez.
2 kak nani :
fina pun x taw nk komen apa dah.
2 aamir :
hoho, ada.. mmg ada.
2 azeem :
betol! songkok lagi hensem.
p/s: kak nani slalu kata, lelaki lebih hensem pakai baju melayu ^^
ari pew nana dorg protest tue..whoaa ptotnyer kte g tgk kn. kot2 ley msuk paper.hehe..
eyh, itulah yg ramai lelaki tatau. depa igt hensem tu dok di muka, dok di brand..sumtimes mmg mcm tu. tp bg yg tak hensem, senang saja nk nmpak hensem..pakai baju melayu lgkap dgn songkok and samping kan, automatik hensem punya..ni dr pndgn RAMAI ppuan. well, depa ego kan, tamau tny ppuan apa yg buat depa hensem..tu yg dok jd fashion disaster merata alam tu..hoho. *^^* yesh, lelaki melayu mmg hensem pakai baju melayu.
nana..syareen amek nasihat nana la. syareen link ke malaysiakini terus.
2 trini :
time dorang wat tunjuk perasaan ni, nana de kelas. x leh la nk p tayang muka kat situ, haha.
2 k.nani :
2 la pasai. yang dok buat rambut cacak, seluar menggelebeh, depa igt elok la kot.
2 syareen :
bagus!
salam
persoalan:
adakah penguatkuasaan pengunaan mortar board utk convo ni berlaku sejurus selepas presiden UIAM (Tan Sri Sanusi Junid) sblm ni turun?
cepatnya ada bau politik.
baca balik hal2 dulu. anda boleh nampak chain reaction dari kjadian dlu smpai skrg. zzz
2 azeem :
nana taw pasal tu.
tp, tamau tulis d cni.
nnt uia antar surat saman~ hehe
Post a Comment