Thursday, August 28, 2008

Haengbok Hamnida! (I'm happy!)

Kenapa Nana happy??

Ada beberapa sebab..

1. Dua minggu lepas, Nana sedih sbb Nana silap baca untuk midterm 'drama'. Nana kalut je memorize themes sume play yg dah blajar. Tengok2, bila dpt soalan, kene define terms??? Nana langsung x baca, x memorize. Then tanye pasal 'everyman' as an allegorical play (kepada yang x blajar 'drama', korang memang x faham soalan ni. so, abaikan, hehe). Uh, jadi Nana jawab terms, and essay, ikot kefahaman sendiri, dan cuba sedaya upaya ingat balik ape yang madam ajar dalam kelas. Honestly, Nana target, paling tinggi pun 10/20 la.. sedih.

Tapi hari ni, bila dapat paper. Huh? 17/20!! Maksudnya, Nana memang faham, dan pemahaman Nana memang tepat, haha! Dah la 17.. paling tinggi dalam kelas pulak tu! Maka, Nana pun happy!

2. Nana dapat balik paper midterm psychology. Markah hebat jugak! (Bukan nak berlagak, Nana cuma nak berkongsi kegembiraan Nana dgn para bloggers!). Berbaloi Nana hafal sume bahagian otak dan fungsi2, dan segala macam lagi. Jadi, Nana pun happy!

3. Esok, Nana nak balik rumah! Cuti lima hari. Mesti lah Nana happy!

4. Untuk subject leadership, Nana dapat jawatan Pub & Pro (Publication and Promotion). Nana kene design logo, poster dan banner untuk IIUM Recycle Open Day. Nana bertungkus-lumus untuk siapkan semua tu. Tadi, bila Nana tunjukkan hasil kerja Nana kepada rakan2 sekumpulan, semuanya puji skill photoshop Nana. Maka, Nana happy.

HAENGBOK HAMNIDA!!

Sunday, August 24, 2008

INKHEART

Jumaat yang lalu, Nana ke W.Maju bersama Q-chan. Tujuan utama kami adalah untuk mencatu makanan (mencatu? x ley blah nye perkataan). Demi para bloggers yang Nana sayangi, Nana akan bagi sedikit sinopsis yg mendorong ke arah pencatuan makanan terbabit.

21 Ogos yang lepas, Convest telah d langsungkan d IIUM. Convest ni macam pesta menjual segala jenis barangan, especially makanan. Jadi, untuk menjamin Convest dapat mengaut untung, maka semua cafe d seluruh IIUM d arahkan tutup bermula jam 5 ptg. Sesiapa mau makan, kene jalan ke Convest (suka cita d ingatkan, Convest tu mmg la jauh jaraknya dari mahallah Nana). Maka, oleh kerana kemalasan Nana dan Q-chan, kami ke JJ untuk memborong stok makanan! Itulah ceritanya. Bila dah sampai JJ, wah... ada MPH. Takkan la nak buat lintasan hormat je kan? Mesti la kena beli buku (thanx to Kak Nani kerana men'jangkit'kan penyakit gila buku kepada Nana). Pilih punya pilih, Nana pun mencapai sebuah buku bertajuk INKHEART. Kenapa? Sbb review menarik, cover cantik, and ade tulis 'soon to be a major motion picture'! So, apa lagi? Perlu lah d baca! (Nana dah habis baca semalam, best!)

INKHEART
INKHEART by Cornelia Funke is a fantasy story filled with danger and evil. The book is about a 12-year-old girl named Meggie Folchart whose life changes dramatically when she realizes that her father, a bookbinder named Mortimer (Mo), has an unusual ability; when he reads aloud, he can bring characters from books into the real world. Mo discovered his power when Meggie was just a baby. He read so lyrically from INKHEART, that several of the book’s wicked characters ended up blinking and cursing on his cottage floor. Then Mo discovered something even worse ; he accidentally read Meggie’s mother in..

The sequel, INKSPELL, was released on October 1, 2005, and the third book in the trilogy, INKDEATH, is set to be released in October, 2008.




INKHEART the motion picture


Cast

Brendan Fraser as Mortimer "Mo" Folchart
Eliza Bennett as Meggie Folchart
Paul Bettany as Dustfinger
Andy Serkis as Capricorn
Jim Broadbent as Fenoglio
Helen Mirren as Elinor Loredan
Rafi Gavron as Farid
Jamie Foreman as Basta
Sienna Guillory as Teresa "Resa" Folchart

You can watch the movie trailer here.

Saturday, August 23, 2008

Finger Arts












Thursday, August 21, 2008

3,000 pelajar UIA bantah ganti songkok

Seramai 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya.


Pihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.Bantahan tersebut diterajui oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA (MPP-UIA).Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyokong tindakan MPP membantah perubahan tersebut.Presiden MPP-UIA, Muhammad Adib Hatim berkata, mereka membantah penggantian pemakaian songkok tersebut kerana ia sudah menjadi identiti UIA sejak 25 tahun lalu.Katanya, manakala keputusan menggunakan jubah baru itu dan mortar tersebut, menyebabkan pihak universiti menanggung kos sebanyak RM2.1 juta.


Selepas perhimpunan tersebut, Muhammad Adib telah menyerahkan tandatangan tersebut kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr MD Tahir Azhar.Katanya, kempen mengutip tandatangan pelajar bagi membantah keputusan UIA itu dianjurkan oleh MPP-UIA.UIA mempunyai 13,000 pelajar di kampus induknya di Gombak dan 2,000 lagi di kampus cawangannya di Kuantan, Pahang.


Minta butiran terperinci


Muhammad Adib berkata, mereka mempersoalkan tindakan universiti membuat keputusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan
mahasiswa."Kami hanya mengetahuinya apabila media melaporkan terlebih dahulu," kata Muhammad. MPP juga menuntut pihak universiti memberikan butian terperinci mengenai perbelanjaan untuk tujuan itu.
Dr Md Tahir, ketika ditemui pemberita selepas pertemuan 30 minit dengan tiga pemimpin MPP -UIA, termasuk Muhammad berkata, songkok masih terus digunakan seperti biasa dalam majlis-majlis lain. "Hanya untuk konvokesyen sahaja mortar digunakan untuk diseragamkan dengan universiti-universiti lain," katanya.Beliau menolak dakwaan bahawa RM2.1 juta itu mahal kerana jubah dan mortar itu, menurutnya, boleh digunakan dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.
5,000 pakaian
"Mana ada mahal...baju yang dia pakai lagi mahal. " katanya sambil menunjuk ke arah seorang pemberita wanita.Katanya, jubah dan songkok lama itu akan dijual jika ada kolej-kolej baru yang berniat membelinya.UIA membeli lebih kurang 5,000 pakaian untuk majlis konvokesyen baru. Lebih 4,000 pekajar akan menggunakannya selama tiga hari mulai Sabtu ini. Mengulas dakwaan bahawa tindakan pentadbiran universiti itu membelakangi mahasiswa, Dr Md Tahir berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diberitahu dan ada yang tidak perlu diberitahu terlebih dahulu."Dalam kes ini, ia berada dalam kawasan samar-samar, boleh beritahu dulu. Tetapi tidak beritahu pun tidak mengapa," kata Dr Md Tahir.
--
Nana : Utk pengetahuan rakan-rakan, perhimpunan tersebut diadakan d depan masjid IIUM. Hurm.. Nana sekadar amik tawu aje, Nana x join protest ni..

Monday, August 18, 2008

Jangan bergaul dengan manusia B****.

Pengajaran yang Nana dapat pada malam ini.
Jangan bergaul dengan manusia bodoh.
Nana rasa, Nana pun jadik bodoh skalik~

Hanya kerana chatting ngan manusia xberapa cerdik selama 20 minit,
Nana dijangkiti virus bodoh~~
Huh. Harap2 lepas ni Nana x terjumpa manusia bodoh lagi.
Nana takmau dijangkiti kuman bodoh.

***

Drama bodoh dimulakan dengan si dia, tersilap transfer lagu thru YM. Lagu ape ntah, nyanyian ella dan shah (something like that, dah x ingat).

Nana : Lagu pe?
Baka : eh silap. Bukan nak kasi awak. Perasan!

[pe hal mamat ni? tetibe tuduh Nana perasan pulak?]

Nana : Sape perasan? Macam la saye layan sangat lagu mly.
Baka : Hoh, blagak. Mementang masuk UIA.

[apa kena mengena ni?]

Baka : xlayan lagu mly konon. Padahal makan belacan.
Nana : Ape kene mengene belacan ngan lagu melayu pulak?
Baka : Buat2 x tawu pulak.
Nana : owh, kalau kte nk wat belacan, kite kene lanyak n hancurkan sume bahan2. Same r ngan lirik lagu melayu yang hancur, ranap tue.
Baka : hek leh, sombong. Die sorang je dengar lagu omputih tu.
Nana : Apa salahnye. Kalo dengar pun, xkan la sy sorang je. Berjuta manusia dengar lagu inggeris.

Perbualan ni x tamat di sini, tapi berlanjutan selama spuloh duaploh minit lagi, dan dia menggelar Nana belacan.

Owh, dia bodoh.
Nana pun bodoh jgak sbb layan dia.

~

Saturday, August 16, 2008

Amazing Make-Up!









amazing, isn't it..

Monday, August 11, 2008

Dari songkok ke topi.

Kerap betul Nana post entri baru sejak kebelakangan ni. Mungkin sebab Nana ada terlalu banyak perkara nak dikongsikan bersama rakan-rakan blogger Nana. Sekarang, Nana ada cerita baru! Or.. isu baru. Isu ni sedang hangat diperkatakan, diperdebatkan di seluruh UIAM sekarang (maka, kepada para bloggers yang stadi bersama-sama Nana di UIAM, pendapat anda tentang isu ini amat Nana alu-alukan). Para bloggers yang stadi di IPT lain, jangan lah rasa segan dan silu pula. Anda juga dijemput untuk berkongsi pendapat dan pandangan anda!

Saban tahun, majlis konvokesyen menjadi tumpuan utama dalam agenda sesebuah universiti. Meriah dan berwarna-warni, mencipta seribu satu kenangan. Biarpun dihimpit kegawatan kuasa pengguna pada ketika ini, Majlis Konvokesyen UIAM yang akan berlangsung pada 23-25 Ogos ini akan menyaksikan satu perubahan yang MENARIK.

Untuk pengetahuan rakan-rakan bloggers yang bukan pelajar UIAM, di sini Nana ingin memaklumkan, terdapat satu perbezaan di antara Majlis Konvokesyen UIAM dengan majlis konvo IPT lain. Bezanya, instead of mortar board (topi empat segi tuh) yang diguna pakai di seluruh negara pada hari konvo, pelajar2 di sini akan memakai songkok (lelaki) dan tudung berwarna putih, bersama satu ‘stripe’ dengan logo UIAM di atasnya (perempuan). Bagi Nana, pemakaian songkok dan tudung ni, melambangkan perpaduan dan keseragaman, sebab kesemua pelajar termasuklah dari negara-negara luar perlu mengikut peraturan ini. Boleh dikatakan, imej UIAM yang ‘chumell’ bagi Nana (wah, ingat senang nak tengok foreigner pakai songkok?).

Desas-desus yaang mengatakan pihak UIAM telah menukarkan jubah konvo dari songkok ke mortar board menjadi nyata. Belanja yang menelan sebanyak 2.1 juta ringgit telah dihanguskan dengan alasan :

Imej dan personaliti yang segak dan kemas untuk graduan-graduan UIAM

Menyeragamkan etika pemakaian graduan-graduan seluruh Malaysia

Berdasarkan segala jenis risalah dan akhbar mini yang diedarkan di seluruh UIAM, terdapat graduan yang tidak mahu mengenakan songkok dan tudung di kepala (siapa saja yang tamau pakai songkok dan tudung ni??). Seolah-olah apabila mengenakan songkok dan tudung, akan hilang jati diri seseorang individu. Ada yang mempersoal, mungkin stigma dari isu tersebut yang mendorong pihak UIAM membelanjakan 2.1 juta ringgit untuk jubah konvo baru.

Ada yang bertanya, “takut dituduh TALIBAN kah?”.

Ada juga yang bertanya, “nak membersihkan unsur Anwar Ibrahim di UIAM ke?”

Suka cita dimaklumkan, Nana bukan anti-kerajaan. Nana menulis untuk kepuasan sendiri, tidak ada sebarang kaitan dengan kerajaan atau pembangkang. Harap maklum.

Berdasarkan risalah-risalah, akhbar dan poster yang berterbangan di ruang atmosfera UIAM lagi, pihak UIAM mengambil keputusan tersebut tanpa sebarang rundingan dengan pihak mahasiswa. Tiada sebarang kenyataan daripada pihak pentadbiran mengenai isu ini semasa dialog bersama pemimpin-pemimpin pertubuhan dan kelab yang lalu. Owh, barulah Nana ingat. Baru-baru ini, pihak SRC (Student Representative Coucil) sudah membuat tinjauan dari bilik ke bilik tentang isu mortar board ini. Mereka mengesahkan, memang keputusan tersebut dibuat tanpa sebarang rundingan dengan pihak mahasiswa.

Apapun, seluruh mahasiswa UIAM menuntut penjelasan yang konkrit daripada pihak pentadbiran UIAM berkenaan isu ini. Mengapa sebegitu banyak wang yang dibelanjakan untuk jubah konvo (yang sepatutnya, langsung tak perlu diubah) sedangkan dalam masa yang sama, persatuan-persatuan pelajar di seluruh UIAM dalam keadaan kekontangan dana dan bajet?

PENDAPAT NANA :

Semasa pihak SRC membuat tinjauan dari bilik ke bilik, memang terkebil-kebil jugak Nana. Nak sign borang ‘setuju’ ke ‘tak setuju’? Bagi Nana, isu ni ada kelebihan dan kekurangan. Akhirnya, setelah berfikir semasak yang mungkin, Nana pun sign borang ‘tak setuju’. Wah, rupanya Nana di pihak MAJORITI. Borang ‘setuju’, ada tiga nama. Borang ‘tak setuju’ pulak, dah masuk muka surat ketiga.

Bila Nana kata Nana tak setuju, bukan bermaksud Nana tak suka mortar board tu. Boleh je nak pakai, mesti chumell, haha. Tapi, kalau dah nama kita ni kekurangan bajet, tak perlu lah hanguskan 2.1 juta untuk topi konvo saja. Kan banyak lagi yang kita boleh buat dengan jumlah wang sebanyak itu? Tu, sungai yang merentasi campus UIAM, yang warnanya sebijik macam teh ais tu, bila nak bersihkan? Tuang bleach 40 liter pun belum tentu jernih.

UIAM ni, kalau time tak cukup duit, time tu lah para pak guard dan mak guard naik angin tak tentu hala. Kebiasaannya, pakai baju ketat, tudung singkat, pakai slipper g kelas tak pe je, memang pak guard dan mak guard tak pernah saman (makan gaji butakah mereka?). Tapi, time tak ade duit, tamatlah riwayat sesiapa saja yang tak pakai stoking, yang tak sangkut matric card di leher. (Owh ya, sepanjang semester lepas dan semester ini, Nana memakai stoking ke kelas SETIAP HARI dengan KONSISTEN! Perubahan yang baik, deshou?). Kesimpulan kepada kejadian ini : mereka mendapatkan wang yang diperlukan dengan meng’compund’ para pelajar.

Sebab tu la, jangan bazirkan 2.1 juta itu sesuka hati. Apa salahnya kalau UIAM nye jubah konvo tak seragam dengan IPT lain? Imej.. ^^!

Di sini, Nana juga ingin memberikan pendapat kepada para graduan yang tamau pakai songkok dan tudung tuh. Guys, DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG. Dalam Malaysia, UIAM adalah satu-satunya universiti (sepanjang pengetahuan Nana lah..) yang jubah konvo memerlukan para pelajarnya mengenakan songkok dan tudung. Kalau tamau pakai, mengapakah anda semua masuk ke sini? Bukankah ada ratusan lagi IPT lain yang tak perlu pakai songkok dan tudung? Kalau ada yang bagi alasan “dulu kami tatawu, bile graduate kene pakai songkok dan tudung”, atau “songkok tu terlalu kemelayuan, we are not malays,”.. haih, dah peraturannya macam tu, ikut saja lah. Kalau puluhan ribu graduan-graduan UIAM terdahulu (25 tahun yang lalu sejak UIAM ditubuhkan) boleh pakai songkok dan tudung, mengapa anda semua tak boleh pula??

Nana ada terbaca satu respon yang pelik tentang isu ini di satu blog. Katanya, “Nanti aku graduate, boleh la aku lempar2, lambung2 topi konvo macam yang orang selalu buat dalam TV tu. Kalau songkok, hmm .. takkan la nak lempar2 songkok pulak kan?”

Owh, kalau stakat nak lambung2, lempar2 tu, beli la bola sebijik. Nak tendang, sepak terajang pun boleh.

Lagi sekali, Nana ingin menegaskan, pendapat ini bukan bermaksud Nana tamau pakai, atau anti dengan mortar board itu. Cuma, Nana tak pernah keysah pun. Graduate pakai tudung putih pun Nana comel. Pakai mortar board pon comel jugak. Sama saja bagi Nana.

Tapi, kalau jubah dan topi baru tu dah siap, pakai sajalah. Dah 2.1 juta ringgit terbazir untuk buat jubah konvo baru, takkan lah tamau pakai pulak? Lagilah membazir, kan?

NEW ROBE DESIGN



Hah?? Mengapa kaler hood untuk IRKHS kelabu pula?? Nana nak pynk! (Jeles tahap maksimum kat bebudak Medicine dengan ALLHS!!)

Sunday, August 10, 2008

TAG (by Kak Nani)

[1] Nama timangan -
FINA - Mak, Ayah, Kak Nani dan Iman (my brother) panggil Nana ngan nama ni. Dan jugak kawan2 sekolah dari darjah satu saaaaampai Nana belajar selama sebulan di Unisel.
NANA - Nama ni mula digunakan di UIA. Kenapa perlu tukar 'nickname'? Sebab utamanya.. tak payah la diceritakan. Nama nie digunakan dengan meluas d kalangan rakan-rakan Nana yang beribu jutawan.

[2] Anda seorang yang -
suka baca novel - 'certain novel' ye. Yang ada magic, yang ada naga, yang ada benda2 yg x wujud atas muka bumi, diringkas kan sbg novel2 ber'genre' fantasi!
Friendly - betul, x tipu.
Susah marah org - betul, x tipu. Tapi sekali marah, memang sampai tahap naga la (contoh : kes fazli dlm entri terdahulu)
suka 'pynk' - cadar, pillow case, slipper, jug air, thumbdrive, blanket, hair clip, stoking pakai g kelas, keychain, beg handphone, bakul, semuanya berwarna pynk. Mak Nana pernah kata "kamu ni, hidup mati dengan pink ja la"
suka kucing - betul, x tipu!

[3] Insan teristimewa. Apa yg membuat dia terlalu istimewa?

Mesti lah Mak! Kenapa? Terlalu banyak untuk di senaraikan.
[4] Makanan -
Owh, Nana sangat suka makan! Paling suka? erm, Laksa mak, dan coleslaw.
[5] Favourite colour (s) -
Pynk and Yellow.

[6] Favourite song (s) -
Taiyou no Namida (NEWS), Replay (SHINee), Too Shy (Hey!Say!JUMP)

[7] Benda yg membuat anda stress.
- bila laptop rosak. (Fazli.... kamulah puncanya..)
- bila laptop lembab. (ugh, Fazli!)
- bila x boleh guna photoshop (Fazli.. tergamak kamu..)
- dan banyak lagi. Tapi sekarang, Nana sedang berhadapan dengan krisis laptop, maka semuanya berkaitan dengan laptop)
[8] 3 benda dalam wallet -
Duit, Bank Card, Matric Card.
[9] Kali terakhir menangis beriya-iya.
Uh.. bila ya. Sudah lupa..

[10] Tag rakan anda.

Q-chan
Aamir-kun
Chazzie
Atip-san
Nining

Friday, August 8, 2008

Wujudkah ..?

Mood : SANGAT marah
Picture by Dickie67


Buat pertama kalinya, Nana rasa macam nak bunuh orang.
Honest, memang rasa macam nak bunuh dia.

- Cerita bermula dengan laptop Nana diserang virus.
- Maka, Nana hantar my 'Renji' kpd Fazli, manusia yang dapat me'reformat' Compaq Presario walopun kami, para pembeli Compaq tak ade CD driver.
- Nana percaya ngan Fazli ni, sebab kerja dia memang sentiasa memuaskan.
- Entah kenapa, sem ni bakat dia mula terpesong.
- Guys, Renji kesayangan Nana dan di'reformat' 4 kali dalam masa sebulan!
- 4 kali! equals to rm80!
- Dwet x de masalah. Nana bukan nye ada masalah kewangan. Tapi masalahnya, tak berbaloi! 4 kali reformat, x sudah2 masalah.
- button shut down, function silap. 4 kali shutdown, 4 kali Renji restart sendirik.
- bila dah reformat sekali lagi, dia install VISTA pulak! kawan Nana nye laptop, ram 1gig pun lembab tahap kura2. Nana nye Renji 512 je, intel celeron, wat pe install vista? Nk bagi meletup laptop saye ke??
- lembab, jangan cite! selang 5 minit, hang! nak marahnye~
- Antivirus Kaphersky, key kene blacklist.
- Adobe Photoshop, installation x complete.
- PALING DISASTER adalah sound laptop Nana~ walaupun dah maximum, bunyi nya macam berbisik! Honestly, Nana x menokok tambah. Memang macam berbisik! It's a Compaq, lah! Ape lingkupkan sound Compaq Nana nih!

Lalu kami berbalas SMS :

Nana :
"Awak.. ape dah jadi dengan sound laptop saye. Dah maximum ni, tapi bunyi macam berbisik.."

Fazli :
"Ha?"

Nana :
"Ape 'ha'? Sound laptop saye dah jadi 10 kali ganda lagi slow dari acer!"

Fazli :
"I'll check it later, saye de program nih."

Fine! Geram!


WUJUDKAH WALAU SATU ALASAN PUN UNTUK MENGHALANG NANA DARI BUNUH DIA?

p/s: IIUM students (yg bace entri ni), boleh bagitahu kat mana AinCOM? Tatawu mane nk cari~


Thursday, August 7, 2008

Kenapa?

Kenapa kita tido di masjid time org bca khutbah, tapi tatkala Khutbah telah tamat kita terus terjaga?

Kenapa terlalu susah utk berkata ttg Allah..tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex.

Kenape kita terlalu malas utk membaca al-Quran, tapi terlalu senang membaca majalah playboy?

Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam, kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurang elok)??

Kenape masjid2 makin kurang jemaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya?

Adakah anda akan sebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete) ? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan anda..

Saturday, August 2, 2008

Virus dan Penyakit "SeleHer" di IIUM

VIRUS

Kita mulakan dengan virus. Baru-baru ni, terdapat satu virus dahsyat yang tak bernama menyerang cyber cafe mahallah Nana (merangkap Mahallah Haleematus Saadiah). Apakah kedahsyatan virus itu ?

1. virus tu telah melingkupkan antivirus Nana (apa~~)
2. mcm mana antivirus tu lingkup, Nana pun tataw, tapi dah tak boleh guna, fail tak tentu pasal, logo dia pun hilang.
3. virus tu jugak menghalang peng'install'an antivirus baru.
4. menyebabkan laptop restart sesuka hatinya.

Maka, Nana terpaksa me'reformat'kan my Renji (my lappie toppie, namanya Renji!).

Rumates Nana pun menerima nasib yg sama. Kak Bella, laptopnya rosak. Kak Zaemah, CPUnya rosak. Masa Nana hantar my Renji kat Encik Fazli (mintak dia reformat), ada sorang lagi sister tu, pun nak hantar CPU jugak, lingkup diserang virus. Haih..

PENYAKIT

Haa.. ni nak ckp pasal penyakit baru di IIUM. Penyakit apa? Penyakit ni, Nana namakan "SeleHer". Apakah itu?? Susah nak diterangkan, tapi Nana akan boleh beritahu simptom2 penyakit SeleHer ni.

Penyakit SeleHer ni, cuma menyerang wanita saja. Jadi, kaum Adam boleh menarik nafas lega. Simptom2 nya? Ha, seperti yang para pembaca ketahui, semua pelajar wanita IIUM yang beragama Islam diwajibkan bertudung. Masa terus berlalu, pelbagai jenis tudung memunculkan diri. Tudung pelbagai bentuk, selendang pelbagai warna, style yang juga pelbagai (boleh pin atas kepala, boleh pin seblah telinga, tinggal tak pin atas dahi jek lagi..).

Skarang, wujudlah style baru, juga dikenali sebagai penyakit SeleHer. Bagaimana mengenalpasti mereka yang berpenyakit SeleHer? Mereka ini adalah para wanita, yang sekadar mengenakan serkup, pastu capai memana selendang, letak atas kepala, selempang je ke atas bahu tanpa mengenakan pin di bawah dagu. Bila dah takde pin bawah dagu tu, mestilah nampak leher, kan? Itulah sejarah nama SeleHer (Selendang + Leher).

Girls, kita d arahkan pakai tudung untuk tutup rambut. Pas tu, perlu dilabuhkan hingga menutupi dada. Kalau dulu, banyak orang yang pakai tudung SEKADAR MENUTUP RAMBUT dan tidak menutupi dada, skarang makin advance. Leher pun ikot terdedah skalik.

Tak kisah lah kalau mereka ni free hair kat luar kampus. Memang ramai je, Nana pun tak heran. Tapi dalam kampus, hormat la sket undang2, peraturan. Ni kan tempat kita menuntut ilmu.. Haih..

p/s : Pin sbijik tu, singgit pun ada jual. Sila lah beli. Kalau tamau beli, dijemput ke Blok B, Bilik 4.3 mahallah Haleemah, Nana ada baaaanyak brooch. Pilih la yang mana mahu d pinjam.

----

nak buat tambahan sikit pasal SeleHer nih. Ada sorang ni, dia kata "aku pun penah gak pakai selendang macam yang ko tulis ni. Well, aku cuma tunjukkan diri aku yang sebenar. aku mmg free hair, wat ape nak terkejut kalau aku pakai tudung x proper. Baik aku dari bebudak lain yang tak pakai tudung kat luar, tapi kat dalam buat2 baik."

Owh~ apakah ini?

Ini bukan soal hipokrit, buat2 baik dan sebagainya. Ini soal hormat. Ini soal peraturan. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Dah nama belajar kat IIUM, kita dapat ilmu dari pensyarah-pensyarah kat sini, susah sangat ke nak ikot peraturan (properly), bukan ikot separuh hati.. tue je yang Nana nak sampaikan~

Nana ada ramai je kawan yang tak pakai tudung kat luar kampus. Tapi dalam kampus, dorang pakai tudung properly. Adakah mereka ini hipokrit? Tak lah. Dowrang ikot undang-undang, dowrang ikot peraturan, dowrang hormat tempat dowrang menuntut ilmu. Nana tak rasa orang-orang macam ni hipokrit.

Friday, August 1, 2008

SHINee


SHINee are described by SM Entertainment as a "contemporary band". They gained particular attention from the Korean press due to the fact that they are all middle school students aged between 14 and 18. The members were chosen due to not only their singing and dancing abilities but also due to their language skills, the members being able to speak Korean, Chinese and English.

The name SHINee is derived from the English word "shine" with the suffix "ee" (the name is pronounced the same as the English word "shiny") and is interpreted as meaning a person in the limelight. It is said to represent the group's ambition to mesmerise music fans of all ages with a variety of musical styles.

The hype around the group began when a teaser video was posted on the group's official site. Netizens were keen to hear the new group and started drawing comparisons to DBSK and Big Bang due to not only the group's music but due to their appearance.

The hype was not without reason, the group's album being backed not only by one of the biggest entertainment companies in Korea but also but a team of stellar songwriters including Young Jin-Yoo, Young Hu-Kim and Jamie Jones of American boy band All 4 One.

The group officially debuted on May 22nd 2008 with the release of their debut mini-album Nunan neomu yeppeo (Replay) and on May 25th 2008, the group made their first appearance on TV on the show "SBS Popular Songs".

The future looks bright for this new group, with potential listeners throughout Asia.