Monday, October 6, 2008

Summary Aidilfitri

Aidilfitri

Walaupun dah terlambat, Nana masih nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada para bloggers. Nana nak mintak maaf kalau ada entry Nana yang menyinggung perasaan para bloggers, kalau Nana ada terkasar bahasa dan sebagainya, harap para bloggers dapat maafkan!

Bas Lembab dan Pasangan Maksiat

Dari Perlis ke KL, sepatutnya dalam 6-7 jam sahaja, maksimum 8 jam la. Tapi semalam, perjalanan Nana dan Pony [dengan bas Konsortium] memakan masa 11 jam! Dah la seat bas tu bentuknya semacam.. aircond pulak tak berapa berfungsi. Lenguh? Memang. Panas? Memang. Menyampah? Memang!

Dah tu, ada merpati dua sejoli kat seat depan Nana, asyik buat maksiat saja. 11 jam tu, memang dowrang amik kesempatan untuk buat maksiat.
Yang si lelaki asek meraba-raba tangan si perempuan..

Nana : Mak ayah takde dalam bas, berani la nak meraba sana sini. Galak sungguh.
Pony : Nana! Shhh..

Lalu, pasangan merpati tersebut menjarakkan kedudukan mereka. Selang beberapa ketika, dowrang mula buat maksiat balik. Raba lagi, pegang lagi.

Nana : Kalau orang tangkap gambar, upload kat internet, tau pulak marah. Padahal sendiri yang nafsu tak terkawal, buat maksiat kat tempat awam. Apa nak jadi ni..
Pony : Dah la, Nana..

Seperti tadi, pasangan merpati tu menjarakkan kedudukan mereka. Tapi, selang beberapa ketika, dowrang kembali ke kancah maksiat. Si lelaki tu siap letak kepala atas riba perempuan tu.

Nana : Ya Allah! [dengan suara yang kuat]
Dengan pantas pasangan maksiat tersebut menjarakkan kedudukan, manakala tangan Nana kemerah-merahan dicubit Pony. Pony suruh Nana diam.

“Pony, kalau kita tengok saja orang berzina, tak tegah, kira bersubahat la. Yang buat maksiat pun masuk neraka, kita pun masuk skali.”

So, pasangan maksiat tu dah tak buat lagi benda-benda yang mendorong ke arah zina sampai la kami tiba ke destinasi.

SHINee World

I’m living in the SHINee World. Sepanjang cuti raya, Nana ‘menonton’ SHINee hari-hari, sampai Kak Nani (my beloved sister) pun dah tahu nyanyi lagu ‘Noona Neomu Yeppeo’ tu. Sukacita dimaklumkan, Nana telah berjaya menjangkitkan penyakit ‘SHINee World’ kepada Kak Nani. Saya amat gembira kerana berjaya menambah bilangan peminat SHINee di Malaysia.. [ayat skema..]

Owh, nak tahu apa ayat favourite Nana skang ni? ‘Keep dreaming bout ya, yeppeo!’, kini dah jadi tagline Nana. Bukan boleh main sebut je.. Ayat ni mempunyai nada dan gaya tersendiri. Cuma Kak Nani je yang tawu cara menyebut tagline ini [sebab sepanjang cuti raya, purata, 5 kali dalam sehari Nana ‘menggayakan’ tagline tersebut]. I’m living in the SHINee World!

Busy

Starting from today, Nana akan menyibukkan diri. Bukan apa.. lagi dua-tiga minggu, final exam akan menjelma. Tarikh untuk Drama performance pulak, tak ditetapkan lagi. Tapi, lebih kurang dua minggu dari sekarang. Skrip tak siap lagi, entah bila nak mula practice. Yang pasti, Nana tetap akan cari masa untuk diluangkan bersama para bloggers!

p/s : Happy belated birthday to Azeem-kun, and congratulations to Naqib! Welcome to IIUM!
Ok lah, Nana nak pegi dinner, lapar ni. Salam!

15 comments:

nIkE said...

Hi! Selamat HAri Raya. Ha? Maksiat? Adehh.... Tak mau nak komen banyak pasai tu....tapi yang pasti, raya ni mesti begitu menggembirakan ank, kan?

myadlan said...

salam nana. mesti penat dok dlm bas lama2..

btw bagus la at least kamu dpt gak sound couple tu dr terus wat maksiat. nampak dgn jelas ye? dpt free show lagi..hehe

all the best la utk finals segala.. hm.. xde plak final sem ni..

Aamir said...

perghh ... mesti kapel dua org tu terasa gila ... baru depa tau ... buat maksiat tau plak malu ... ish3

ButirStar said...

Selamat Hari Raya...Nana~!!!
Kaklong nak minta maap la jugak kalau dah wat silap. hehe.

Bebulan posa pun ada jugak yang buat maksiat ek??? pelik betulla.....syaitan besar sangat kot yang ada dalam diri depa. ish3!! tapi, Nana mmg baguih dok ada la. Kaklong respect and suspect kat Nana (tabik spring). Kalau Kaklong berada di situasi tu, Kaklong cakap dalam hati je tapi kalau dah melampau, mmg akan buat macam Nana la. :P

Satu lagi pasal SHInee tu. Nani telah berjangkit?? Huhu! jarang dia kena jangkitan yang macam tu sebab yang yg usually jadi tukang sebar. (Nani-chan, jgn marah ya~) Haha! Kalau kaklong ada dgn korang pun mesti jangkit gak. huhu.

Last but not least, GANBATTE NE! Kaklong yakin Nana boleh buat!!

Hanna J. Potter said...

dinda sungguh membanggakan kanda. marilah kita mencegah maksiat! wei~ posa ada bapa lagi? hehehe.

NaNa PynkFaery said...

2 ace :
hari raya memang sntiasa mengembirakan! hehe.

2 myadlan :
mmg penat.. lenguh dari rambut smpai kaki! ye, x sangka dpt tgk free show yg menggelikan.. all the best to u, too!

2 aamir :
maroilah kita sama2 jaohkan diri drpd maksiat, agar x jadi macam couple terbabit.

NaNa PynkFaery said...

2 kak long :
jom la kaklong, kita saling menjangkiti! hehe.. nana pun nk ucap slamat hari raya jugak kt kaklong, maaf zahir batin yek!

2 kak nani :
mesti la. sapa tak bangga ada adik mcm fina (perasan sekali skala). puasa.. ? hee..

saru said...

slamat ari rayer nana!
maaf zahir batin yek :)

Chazzie Fairuz said...

huha~ comey tagline! my tagline pulak sepanjang raya ni

"Bling bling is jonghyun
oori baryug taemeun taemin
dubu onridaneun onew
shinee maneung yulsoi key
bulggo kariseuma minho
My name is minho
oori bicheul naeneun SHINee
We're living in the SMTOWN!"

menanyi dengan gaya kepala + pandangan mata Minho yang bersemangat itu..

kalao tak pun tarian sansoga teun yang memanjat dinding itu..haahahahaa...

selamat hari raya!

Hanna J. Potter said...

wei kak long~! nani tukang sebar?? adeh, promosi di dpn khalayak ramai punye kes ni~~ malula saya~!

NaNa PynkFaery said...

2 saru :
salam aidilfitri to u, too!

2 chazzie fairuz :
wuish, panjangnye tagline! rapping lg tu. bagus, bagus, we're living in e shinee world!

2 k. nani :
tukang sebar, hehe

pukka48 said...

teruk betul laaa.kdg2 bkn dlm bas je, tgh jln pon boleh.jijik betul lahhh.kalau nafsu pon takleh kawal, nth cemane laa. yg bosannya bila kite tegur, kdg2 ade yg melawan blk, mcm die tak buat salah.mmg bodoh sombong betul laa.dprd wt plkn, pekate buat kem ibadah. kan best. hehe

NaNa PynkFaery said...

2 mimi :
ha ah, btol gak tu. baik buat kem ibadah, sbb banyak sgt remaja rosak akhlak ni..

ImpErfectioNisAgiFt said...

ngeh3...

memang stud iium sejati!!!

tahniah!!!!!

x0x0

ButirStar said...

to nani-chan: nani sebarkan benda yang baik....bukan benda tak baik...

betul tak kalian semua????