Thursday, October 16, 2008

Solat Tiang Agama

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, 'Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?' Maka berkata orang muda itu, 'Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.' Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakarr.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam.

Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, 'Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.' Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat itu pun kembali kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam.

Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, 'Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?'

Berkata orang muda itu, 'Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.' Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, 'Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.'

---

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, 'Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S..W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.'

Lalu para sahabat bertanya, 'Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?'

Berkata ular, 'Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuksembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah balasannya' .

Nana-chan : Rakan-rakan, jangan lupa solat, ya?

8 comments:

Nasiruddin bin Mohd Fazali said...

Gerun tapi fakta yang cukup membolehkan orang lain tersentap. Oleh itu, kerjakan solat kerana Solat Tiang Agama.

Max J. Potter said...
This comment has been removed by a blog administrator.
S.Azeem Ong said...

salam.



baik kak nana *bow*

drweya said...

fina... terima kasih atas ingatan... neway - adah dah update blog... hehehe... rajin2 kan lah diri anda untuk membaca blog adah ya?

Nana Mint Lee said...

2 nike :
mmg menggerunkan..

2 azeem-kun :
sama-sama.. hehe

2 kak ada :
baik!

Adry said...

ya ya... solat memang sangat penting... terima kasih untuk peringatan ni...

Adry @ http://www.adrysabry.com

Nana Mint Lee said...

2 adry :
sama-sama ^^

hakim said...

hmm..

"1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang"

panggil pergi surau ataupun bila dah masuk waktu?

x pergi surau. Suka sesorang. Boleh baca perlahan-lahan. I take my time.

Macam mana pun, solat yang tertinggal lepas-lepas kena ganti, kan?