Monday, March 30, 2009

Boys Over Flowers

[left 2 right : Kim Bum, Kim Joon, Lee Minho & Kim Hyunjoong]

Setiap semester, mesti ada satu hari yang Nana tak tidur sepanjang malam.

Semalam, Nana buat lagi.
Nana baru beli Kkotboda Namja [Boys Over Flower] dengan Abg Jep.
Terima kasih kepada abg Jep yang sentiasa menjadi pembekal j-drama n k-drama yang berkualiti tinggi, dan jual dengan harga yang murah XD!

Semalam Nana pun buat marathon dari episod 1 [1.30 pagi], dan stop di pertengahan episod 6 sebab dah dengar azan subuh.

Oleh sebab tengok tak habis lagi, Nana tak boleh buat review. TAPI, nak jugak buat review untuk episod satu.

Ni version ketiga yang Nana tengok, sebelum ni dah tengok Meteor Garden [Taiwan] dan Hana Yori Dango [Jepun]. Sebenarnya, tak berapa minat pun nak tengok versi Korea, sebab.. jalan ceritanya mesti la sama je. Tujuan utama Nana beli sebab maw tengok Hyunjoong. He's my favourite in SS501.

First time tengok gambar para pelakon k-drama ni, Nana agak dissapointed. Kerana main actress tak lawa, and F4 pulak.. tak kacak. Hyunjoong je kacak XD. Tapi bila dah tengok sendiri drama ni smalam, Nana berubah fikiran. F4 versi Korea memang gorgeous, I admit. [Mereka tidak fotogenik, kot?]

Ada dua benda yang Nana tak puas hati dengan episod 1 k-drama ini.

SATU
Mangsa yang menerima kad merah dari F4, sepatutnya dibuli oleh semua budak skolah tu, [dibaling telur ayam, dicurah tepung, basikalnya dibakar, kenderaan dilingkupkan, meja dan kerusi sekolah pun lingkup, dicerca dan dihina, dipulaukan oleh semua orang termasuk cikgu-cikgu] dan macam-macam lagi sehingga mangsa tersebut mengambil keputusan untuk tinggalkan sekolah tu. Meteor Garden dan Hana Yori Dango mengekalkan 'kejahatan' F4 ni [based on manga]. Tapi, mangsa F4 Korea ni.. dibelasah dengan sangat teruk setiap hari oleh berpuluh-puluh manusia sehingga berdarah-darah dari kepala sampai ke kaki! Pembulian mereka telah memaksa si mangsa membunuh diri! [ya, bukan menarik diri dari sekolah, tapi membunuh diri!].

Satu je perkataan yang muncul dalam otak Nana. Melampau.

DUA
Kali pertama kemunculan si actress, Geum Jandi. Parents dia bukak kedai laundry. Dia ditugaskan menghantar satu baju ni, milik salah seorang student sekolah elite tu. Dan kebetulan, student itu adalah mangsa F4 yang nak bunuh diri tu. Lalu, dalam kekecohan perbuatan ingin membunuh diri itu, Jandi muncul dengan selambanya dan mintak bayaran untuk baju yang dicuci itu. Siap mintak diskaun.

Nana rasa.. tujuannya adalah untuk menonjolkan peribadi Jandi yang unik, lain dari yang lain, sangat random, mungkin juga comel dan innocent.

Tapi, kalau dah dengan terang dan nyata lelaki tu berdiri atas bumbung sekolah, bersiap sedia nak terjun, dengah darah meleleh kat dahi, cedera parah dari kepala hingga ke kaki [serius, memang berdarah dari kepala sampai ke kaki, Nana tak tipu], takkan la kita masih boleh mintak duit dengan selamba dekat dia [lengkap dengan diskaun]? Aiish~

Lepas tengok scene tu, satu je characteristic Jandi yang muncul dalam kepala Nana. Extremely Stupid.

p/s : Peminat Geum Jandi, sila maafkan Nana~

Yang lain-lain, OK. Tak jauh beza dengan versi-versi yang lain.
Boleh diterima akal.
Tak mau komen banyak-banyak sebab tengok tak habis lagi.

Sebab utama yang menyebabkan Nana stay sampai ke pagi menonton cerita ini adalah F4's leader [yang menyebabkan Nana lupa terus dengan tujuan utama membeli cerita ini, iaitu untuk tengok Hyunjoong..].


The leader, Goo Junpyo
[Lee Minho]


Image Hosted by ImageShack.us

Bye, Hyunjoong. Nana sudah jatuh hati dengan Minho oppa XD.

*Pops Out*

Mood : um.. mengantuk XD
Headphone : Paradise by T-Max

Saturday, March 28, 2009

Earth Hour 2009



8:30PM local time,
wherever you live on planet earth.
Saturday 28 March 2009


Nana dah padam lampu awal-awal lagi. 8.15 da padam semua.
Harap-harap para bloggers pun ikut serta program ni :)
Save Energy, Save Earth! [kata SHINee]

Bukannya susah.
Padam lampu je pun.
Nana awal-awal lagi dah charge bateri Laptop.
So.. boleh guna laptop time Earth Hour ^^.

Aiish, Nana sangat teruja menyambut Earth Hour ni, tak tawu kenapa XD!

Jom, kita spazzing sedikit sebanyak tentang Earth Hour 2009 *smiles*


From the Great Pyramids to the Acropolis, the London Eye to the Las Vegas strip, nearly 4,000 cities and towns in 88 countries planned to join in the World Wildlife Fund-sponsored event, a time zone-by-time zone plan to dim nonessential lights between 8:30 p.m. and 9:30 p.m.


Sydney first major city to mark Earth Hour 2009!
SYDNEY – Lights went out at Sydney's famous Opera House and Harbour Bridge on Saturday for Earth Hour 2009, a global event in which landmarks and homes go dark for an hour to highlight the threat from climate change.

"Turning off our lights for an hour isn't going to solve climate change, but what it does do is show individuals that they can make a difference in the fight against global warming and sends a really strong message to world leaders that action is needed now," said Tara Wood of WWF Canada.

PICTURES ::

Image Hosted by ImageShack.us

Singapore Financial District

Image Hosted by ImageShack.us
Sydney Skyline

Image Hosted by ImageShack.us

Sydney Opera House

News and Pictures, credits to Yahoo! News.

Okay lah. Selamat bergelap, rakan-rakan bloggers sekalian!

Wednesday, March 25, 2009

Naichau Kamo

New header, yay!

Saja nak promote SNSD.
Lagipun, tujuan sebenar adalah untuk buat header berkembar dengan Kak Nani.
Tapi header ni tak akan bertahan lebih dari seminggu.

Tadi Nana check my yahoo mail account.
Terima satu email childish dari seseorang yang .. kebudak-budakan.
Emel mencari pasal dengan cara yang bodoh.
Taw kan macam mana orang cari pasal dengan mengutuk artis yang kita suka.
Yang kagum tu,
sanggup tulis emel punya panjang mengutuk SHINee.
Tak ada kerja agaknya.
Seperti biasa, bila mencari pasal, mesti la namanya Anonymous.
Malas nak layan.

Currently listening to Morning Musume's Naichau Kamo.
[Ini lah asal-usul tajuk entri pada kali ini]



*Looking for HQ pictures of Momusu untuk d buat header*

*pops out*

Tuesday, March 24, 2009

.Gembira.Terharu.Kecewa.

Nana semakin malas update blog. Salah satu punca kemalasan-mengapdet-blog-ini baru sahaja dikenal pasti beberapa saat yang lalu. Nana terlalu banyak menghabiskan masa spazzing with my dear sBox spazzers di SFI.

SFI under contruction hari ni, jadi.. Nana kembali ke Pynk HappinesS.

Semalam, jumpa Q di cc.

“Kamu tak update blog?” tanya beliau.

Owh.. baru Nana sedar yang Nana dah agak lama mengabaikan Pynk HappinesS. Kalau dulu, seminggu ade 4-5 entri. Sekarang.. haha. XD

Ok, mari kita mulakan entri pada kali ini dengan rasa gembira yang bermukim di hati Nana sejak dua hari yang lalu, kerana dapat markah penuh untuk midterm Bahasa Jepun XD.
“Kanpeki! Yokudekimashita,” kata sensei kepada Nana, yang bermaksud “Perfect! Well done,”. [betulkah translation ini?]

Bukan maw riak, cuma happy. Sejak menjejakkan kaki ke universiti, ini first time dapat full mark untuk sebarang subjek. Maka, Nana sangat happy dan excited XD. Yang kurang best nya, Bahasa Jepun tak menyumbang kepada pointer *big sweat macam dalam anime tu*

Sekarang, kita teruskan entri ini dengan rasa terharu yang bermukim di hati Nana sejak dua hari yang lalu. Mengapa? Dua hari yang lalu, sedang Nana asyik shinee-ing di SFI, tiba-tiba terjumpa satu account, belongs to one of the user from Korea, candiistarii. She’s using a siggy I made a few months ago [menurutnya, sudah dua bulan beliau menggunakan siggy terbabit].


Image Hosted by ImageShack.us


Readers, read the credit under the siggy XD.

Image Hosted by ImageShack.us


Hyemi, kamsahamnida XD!

Entri ini disudahkan dengan rasa kecewa Nana sebab tataw buat multimedia flash presentation. Ade pihak mintak tolong Nana buat, they are willing to pay me RM150 [minimum, kata abang itu], and Nana terpaksa cakap yang Nana tataw buat!! Aiiish.. mana maw belajar. Kak Fai, Adlan, tolong la Nana XD!

*pops out*

Wednesday, March 18, 2009

Artis Malaysia [Sebelum dan Sekarang]

Bukan semua orang boleh jadi popular biarpun dah bergelar artis.

Tapi, yang penting, semuanya PASTI akan kelihatan lebih cantik dan menarik selepas menjadi artis [biarpun tak popular].

Sekadar nak berkongsi :)


Yang nie.. special case sket.. XD
credits goes to justkhai

Sunday, March 15, 2009

$@%$^*&*

My 'novel n short story' presentation = $@%$^#&*%^$%$@#$#

*bangs my head on the wall*

Saturday, March 14, 2009

J E A L O U S

I’m jealous.
I’m jealous of a cat.
The cat’s name is Heebum.
I’m jealous of a cat named Heebum.
Heebum is the luckiest cat in the world.
I’m jealous of the luckiest cat in the world named Heebum.

Ke’jealous’an bermula dengan gambar-gambar ini.


Heechul nampaknya sangat sayang sama Heebum.
Siap bawak g konti radio, hugging him close to his chest XD!!
I wish I can be in Heebum’s shoes.
Owh, oleh kerana Heebum seekor kucing, maka dia tidak berkasut XD.
Tak dapat la nak pakai kasut Heebum.

Bloggers, tolong maafkan entri yang merepek-repek ini..

Mood : Jealous
Headphone : Sorry Sorry by SuJu

Thursday, March 12, 2009

Lekejut

Lekejut?

Apakah Lekejut?

Selepas 'Seleher', 'Lekejut' adalah perkataan rekaaan Nana yang kedua dalam dunia blog.

[Boleh rujuk entri ini untuk maklumat lanjut berhubung 'Seleher']

Nana rasa macam dah lama tak update blog.
Jadi, seperti yang Kak Nani selalu kata, hari ni Nana pun meng’hapdet’ blog XD!

New post, new layout, new header!
Black and pynk, featuring FT Island.

Sekarang mari kita bercakap tentang ‘Lekejut’.
Tentu para bloggers pernah terjumpa, atau menonton video-video yang menggunakan strategi ‘melekakan, kemudian mengejutkan penonton’. [leka + terkejut = lekejut]

Contoh :

Video yang memaparkan fakta-fakta menarik. Bila kita asyik membaca fakta-fakta tersebut, tiba-tiba muncul muka pontianak mengilai-ngilai d screen laptop!

Contoh lagi :

Ada video yang memaparkan gambar satu famili, dan terdapat seorang kanak-kanak perempuan berbaju kuning, polka dot putih. Penonton disuruh mengira ada berapa bintik putih atas baju budak itu dalam tempoh 7 saat. Masa kita sedang kelam-kabut mengira, takut tak sempat habis sebelum saat ke-7 tiba, muncul pulak muka hantu rambut panjang, mata merah lengkap dengan taring depan pc. Cuak owh~

p/s : Contoh-contoh yang diberi adalah berdasarkan pengalaman Nana sendiri, haha~

Petang tadi, masa Nana sedang youtubing, terjumpa la satu video dengan tajok “SHINee Top Secret [might cause heart attack]”. Nana pun apa lagi, terusla meng’click’ dan menonton video tersebut. Tak secret apa pun, tapi sebagai peminat SHINee, memang la tak dapat menahan diri daripada menonton video yang menampilkan sedutan-sedutan dari MV ‘Replay’ itu. Secara kebetulan, banyak kali pulak Taemin muncul dalam video tu. Sedang Nana asyik menonton adik-adik comel itu, [siap ikot nyanyi lagi], seperti biasa [namun tidak disangka-sangka], muncul la muka perempuan dengan darah meleleh kat mulut, siap dengan sound effect!

Terkejutkah Nana?

SANGAT! Ye la, tengah leka menonton SHINee, mane la nak sangka muncul pulak muka yang tak diundang itu [Muka hantu itu muncul atas muka Taemin pulak tu!!]. Dah la Nana kalau guna headphone, memang la memekak tahap maksimum. Jadi sound effect itu sangatlah menyentap jantung! Nana terus cabut headphone dan dengan tidak sengaja melempar headphone tersebut ke lantai! Kesemua warga CC memandang Nana, terkejut dengan tindakan melempar headphone itu, [pasti juga kerana dikejutkan oleh jeritan Nana.. XD]~

“Kenape, yang? Kenape?” tanya operator CC kesayanganku yang memang suka panggil Nana “sayang”.

Nana tatawu ape nak cakap. Nana terus kutip balik headphone itu sambil meminta maaf berkali-kali kepada operator dan warga CC yang sudah terganggu dengan perangai burukku itu~

p/s : sebenarnya, muka hantu itu tidaklah menakutkan. Cuma terkejut. SANGAT terkejut. Haish.. malunya beta..

p/s 2 : Video itu ada di sini. Sila tengok ^^




Owh, baru perasan. The uploader eja 'secret' salah~ Di sini, Nana ingin berkongsi beberapa komen terpilih untuk video tersebut.

You're one wasted retard.

Shit! You di*k! Just gotta say that...God! I friggin almost had a heart attack watching this lame video of yours! Ugh!

IDIOT!!!! STUPID! WHY POST THIS UP!!!



Owh.. jangan lah marah sangat..~ Dia maw main-main saja~

Ini pulak, komen-komen yang Nana rasa kelakar!


lol, haha i fell for this like a three months ago and here i am , again, haha

i cant believe i watched it a year ago, fell for it, and now, again. xD

i just maxed my vol when that girl screamed...my mom woke up and shouted at me!! [ini sangat kelakar, oK!]

i don't like the way you use Shinee! Why don't you use Morning Musume instead --;; [hoho.. ini sangat jahat~]

Haha thank Goodness i read the comments before watching [pandai!]

Tamatlah kisah "lekejut'!

Friday, March 6, 2009

She's 20

Hari ni birthday kawan baik Nana *smiles*
Q-chan, otanjobi omedetou!
Saye sayang kamu.


9 random facts about her

Q suka mint. [ya, dia suka pudina XD]
Q tak suka nasi lemak.
Q pandai masak.
Q comel.
Q sedang dilamun cinta dengan angklung.
Q listens to my fav. songs. But I don’t listen to hers [gomen..].
Q is my roommate-to-be.
Q berkongsi tarikh lahir yang sama dengan her fav. FT Islander [Jonghun].
Q is younger by one year than me ^^;

Kenapa Nana pilih 9?
Sebab.. Q = kyu = 9 [in Japanese] XD

Sedikit sebanyak tentang Q.. walaupun dia lebih muda [setahun je pun~], budak ini banyak pengetahuan am. Nana belajar banyak benda dari Q. Antaranya, kalau nak beli air mineral, pastikan penutup botol tu kaler biru atau hijau. Jangan beli yang penutup botol tu kaler putih. Lagi.. dia jugak bagitaw Nana apa maksud nombor-nombor yang ditulis dengan marker pen di bawah botol-botol sos yang boleh didapati di KFC. Lagi.. [dah, dah. Mane boleh kongsi banyak-banyak. Kalau nak taw, boleh kawan dengan Q, XD]

Dia sangat mengambil berat [ya kah?]. Ya la.. masa Nana dijangkiti demam selesema, dia belikan sekotak besar jus oren untuk Nana. Bila Nana demam, dia datang melawat dengan sebotol jus oren lagi [ya, dia memang suka orange juice]. Dia juga amat risau kalau Nana jalan balik mahallah sorang-sorang pada waktu malam.

Um, dipendekkan cerita, dia kawan yang sangat baik, dan Nana sayang dia ^^.

Q, blinkie ini untuk kamu!

Image Hosted by ImageShack.us


Love, Nana-chan

p/s : Ape? Nak hadiah? Boleh amik atas meja kamu. Saye dah gi letak semalam :)


Ini Q-chan. Gambar ni Nana amik sebelum kte orang g PWTC.


--- Topik Selingan ---



Dear FT Island's leader, Choi Jonghun.

Saengil chuka hamnida!

Saranghae ^^

Tuesday, March 3, 2009

On HIATUS



-- Topik Selingan --

My little Taemin is a highschooler, now ^^. I found his picture at the orientation ceremony XD!

“March 2nd, 2009. SHINee’s youngest member, Lee Taemin went to the orientation ceremony at Chongdam Secondary School (Seoul), for the first step to be the high school student.” – Credits to SFI



-- Topik Selingan [yg seterusnya] --

“March 2nd, 2009. The latest news about ex-FT Islander, Wonbin. He was found at the Orientation Ceremony at Gyeonggi University today. He attended the event with FT Island's Choi Jonghun who will also attend the same University.” – Credits to allkpop.com



I'm happy for them! *smiles*!
Bloggers, marilah kita semua belajar rajin-rajin XD [Nana dah merapu lagi~]

-- Topik Selingan [XD..] --

Nana tulis entri ni dalam bilik, and my rumate ade kat sebelah.

Rumate : Eh? Yang dua orang ni baru nak masuk U? Berapa umur dorang?
Nana : 19.
Rumate : Yang ni? *menghalakan jari telunjuknya ke arah gambar Taemin*
Nana : 16.
Rumate : Owh.. *diam seketika* Nana, ko pedo ek? [dengan selambanya beliau mengajukan soalan itu!]
Nana : Ye. [Adoi la..]

p/s : Pedo itu singkatan kepada 'pedophile'. Kalau da tawu maksudnya, bagus! Kalau belum, sila cari sendiri dalam kamus. Kite belajar perkataan baru ye hari ni, kawan-kawan *smiles*

Monday, March 2, 2009

T E N S I O N

Nana paling tak boleh bertolak-ansur dengan manusia lembab.

Semua lembab. Jalan lambat, cakap lambat, dengan frekuensi suara yang amat perlahan.

Buat kerja lembab, ni yang paling tak boleh ampun ni.

Disebabkan manusia seperti ini, masa Nana terbazir.

Kerja tak siap, sakit hati ada la~

Disebabkan manusia macam ni jugak, Nana tak dapat gi praktis angklung smalam.

Malam ni pun tak boleh jugak, sebab ada kelas.

Haish.

Kepada para bloggers, jangan contohi orang-orang yang lembab tak bertempat ni.

Sekian.

-- Topik Selingan --

Dear FT Island's vocal, Lee Hongki,
Saengil chuka hamnida!

Saranghae ^^