Thursday, May 28, 2009

Sombong

Semalam Nana jalan balik mahallah dengan kawan Nana.
Kawan Nana yang namanya L itu, turut membawa rakannya bersama.
Kawan si L itu, kita namakan sebagai M sudahlah.

Nak dijadikan kisahnya,
M ni suka benar bercerita tentang barangan berjenama yang dibelinya.
Mahal-mahal sungguh menurut ceritanya.
Sampai ternganga L mendengarnya.

Bapanya seorang businessman.
Maka keluarga mereka amat kaya.

“I rase hidup I best gile, sebab family I senang. Mintak je ape pun, father I mesti bagi.”

Father I?
[Sepatutnya “my father”, bukannya “father I”]

Nana bukan maw bercakap pasal bahasa yang digunakannya.
Tapi sikap si M ini.

Di awal perjalanan, dia ada call roomatenya, dan meminta tolong rakan sebiliknya itu belikan chicken chop.

Yang Nana tidak suka tentang sikapnya ialah :

Dah dia suka beli barang berjenama, tak apa lah.
Masalahnya, sepanjang perjalanan dari center ke mahallah, tak henti-henti dia mengutuk roommatenya, hanya kerana roommate nya itu pakai kasut BATA.

“I tak faham betul, kasut macam tu punye buruk… [dan entah apa-apa lagi la kan, malas nak taip semuanya]”

Kata Nana dalam hati : Aku pun pakai kasut BATA jugak, ok. Perlukah bising hanya kerana kamu tidak pakai jenama ini? Bukannya buat daripada kulit babi pun.. *Bila Nana menyampah, memanglah mulutku tidak terkawal. Tapi Nana cakap dalam hati saja*

Slipper yang Nana pakai sekarang langsung tak ada jenama. Rm8 saja beli di kedai.

Kita sambung lagi. Dah habis kutuk pasal kasut BATA, dia kutuk lagi, kerana roomatenye beli beberapa helai t-shirt kat reject shop.

“Dia suka beli kat situ kot..” kata Nana, menyampuk.

Dia sekadar memandang Nana, dan tidak berkata apa-apa. Selang beberapa ketika, dia bersuara lagi.

“Prinsip I, I memang takkan beli ape-ape kat reject shop. Habis la standard I, malu I dengan Isma nanti,” [Isma itu boyfriend nya]

ada lagi..

I malu nak ajak roomate I tu datang rumah. I bukan nak kutuk, tapi you tawu la dia tu macam mane. Cara dia dressing tu kolot," katanya dengan lantang.

Amboi, sombongnya dia. Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong. Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Tak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia dan hartanya ditelan bumi akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Bila kelaparan, mintak kawan belikan makanan. Tapi bila kawan tu tak ada, kutuk kasut yang dia beli. Kutuk baju-baju murah yang dia beli. Lagi maw cakap pasal standard? Standard apa yang anda maksudkan?

Nana patut berhenti sekarang.

Pening memikirkan manusia yang sombong tak tentu hala ni.

Pesanan untuk para bloggers, jangan sombong, jangan takhbur.

31 comments:

Luna said...

Saya harap, saya tak macam tu.

Nana, if I were ever to act like her, snap me okey?

NaNa PynkFaery said...

2 Luna :
i will.. hehe!

Chom said...

kak nana. wujud jugak eh orang cenggini. cakap bunyi mcm nak bersyukur, last takbur jugak...

saya ada jugak kawan cenggini, suka cakap dia kaya, mewah, belagak macam2 lah.. kata dressing kengkawan saya tak best lah..

tapi seingat saya, dia tak kawan dh dgn orang lain melainkan saya dgn kawan-kawan saya..

kami pun kawan atas dasar simpati. yalah, kawan dia pun boleh bilang dgn jari.. tu pun bnyk lagi jari yang lebih.

bila dia cakap pasal kemewahan dia, tak pernah pulak nampak buktinya.. tahu cakap je..

kalau boleh malas nak layan orang camni. tak sedar diri langsung.

NaNa PynkFaery said...

memang ada manusia mcm ni, chom.
kak nana pun hampir ternganga bila terjumpa manusia sebegini rupa.

kalau dah kaya tu, sila bersyukur.
buat apa kutuk orang~ aish.. tak paham.

owh, banyak jari lagi dari kawan-kawan dia XD? ROTFLMAO!!

kesian.. tu la..
dah takbur tak bertempat, sapa maw kawan..

Max J. Potter said...

lain kali habaq kat dia, org yg mintak apa semua dpt tu ramai lagi dlm dunia ni. yang tak minta tp dpt mcm2 pun ada (bg contoh diri kita la).

org mcm ni, kalau dgr kita ckp mcm ni, dia akan kata kita jeles. tp kita masing2 tau, tak dak apa nk jeles sbb kita ni tau bersyukur.

dia buleh sembang berapi la beli brg branded segala, buleh kutuk rumet dia selagi Allah SWT tak tarik balik nikmat bercakap tu, tp dia tak sedar:

dia beli brg branded berapa byk pun, tu hanya harta dunia. patut dihargai dgn perangai elok supaya Allah SWT jaga kebajikan kita. org baik budi lagikan Allah SWT uji dgn mcm2 kehilangan. apa lagi dia yg bongkak tu, entah apa Allah SWT nk ambik kalau dia berterusan mcm tu.

rumet dia mmg pakai kasut buruk. baju pun reject. tapi kalau masa dia pesan chicken chop tu rumet dia kata tak mau beli, barang branded segala tu buleh tolong dia buat apa?

ngang. brand bukan segalanya.

itu pun tak tau ka?

Max J. Potter said...

eh, awat notification your comment must be approved by the blog owner tak muncul? komen tadi lekat ka dak?

janedoe said...

kalau kaye mcm mane pon, igt je la:
- kite semua diciptakan dari tanah, bkn ade yg dr emas,perak dsb
- kite semua PASTI akan mati,kaye mcm mane pon takleh bagi rasuah kat malaikat utk lanjutkan usia
- makin kite rase kite besar,lagi kecil org pandang kite

lgsg tak berpegang pd bumi yg nyata.
surprisingly, she's from a wealth family, tapi pemikiran yg sgt kolot.
hurmm, kaya harta benda, miskin thinking skills kot?
:)

EmcEE_SubZeRo said...

salam.


apakah yg sy dpr daripada ber latihan industri selama 6 bulan ini?


"memang wujud sejahat2 manusia yg kita sangka hanya wujud dlm drama/movie"


series. dh msuk alam pekerjaan bru nk jumpa org2 mcm ni. so nana bersyukur lah ya sbb 'celik mata' awal sikit =)

segala yg berlaku ada hikmah disebaliknya.

hikmahnya? nana dpt 'lihat' dunia ^^

Adry said...

astagfirullah... sombongnya... menyampah tul ngan orang camni...

Adry @ http://www.adrysabry.com

pembebel yang setia ~ said...

uih takbleh blaj nye, sapela beliau nih, mesti de ade kete besa, umah besa, dan sume yg besa laa,hui3, takpela, kasut bata ok ape?????kn???

carlzeguet said...

wahahahhaaa...mati sok pon pakai kain kapan harda standard gak.. mengong.. bguz post u..

Zwa_N said...

salam,sy nk nyampok gak ni..org len pon beli gak yg mahal2..xmcm tu pon,lagi dorang galak kan beli apa yg perlu dan termampu je...wah wah wah..kawan si L yg bernama M tu mmg dasar nak makan selipar jepun tu.beli baju mahal2 harga beribu pon,kalo kene bakar,terbakar gak,kalo kene simbah air,basah gak.pendek kate..sama je..ntah apa la yg dia nk bangga sgt tu kan..tatau la..ish ish ish..

lagi satu,dia kata kawan dia tu pakai kolot..kolot camne tu?pakai tudung?baju kurung?tshirt besar ke ape ke..dia pakai elok sgt ke? masok UIA cakap sebegitu rupa mmg tak lama lah tu..mungkin dia ingt dia ada family gitu dia gah sgt la kot kan.dia pon org jugak.yg kaya tu BAPAK DIA bukan DIA pon..kan?betui dak?

macamtu la manusia,bila dia perlukan org,camtu la dorang,bila ada,buang,bila takda,cari..manusia la manusia (bukan la sume)

sy pon tamau la mengomel bnyk2,jarang sy nk bg komen pjg berjela camni..cuma rasa xselesa la kalo xluah pendapat.hehependapat,pendapat jugak,jgn lupa amik iktibar ye kengkawan xD..

salam..

p/s: nana pulun short sem ni abeh2..jia you =D

ღ~n0n0i~ღ said...

Nana J. Potter, (hee suka ati je tukar nama)
Thanks ya wish birthday Kak Noi *hugsss*

Pasal orang sombong ni,
sebenarnya kaknoi kesian lah ngan orang macam ni... sebab takbur sangat. Dia tak tau ke semua yang dia ada tu cuma pinjaman dari Allah je. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik.

Tak kisah le kalo dia nak berlagak pasal barang branded ke apa ke (sometimes, akak pon berlagak gak ngan apa yg akak ada..but.. taklah berlagak ape..just show off.. HAHA)..tapi jangan hina orang lain!!
Perbuatan merendahkan orang lain, meninggikan diri sendiri tu..perbuatan orang yang lupa diri!
Nyampah lah orang camni!

Akak pernah tau.. pergi SR ngan seorang kawan yang takde lah kaya mana..tapi.. biasalah makan kat luar. Dia ngan berlagaknya citer pasal sorg kawan yang kononnya tak pernah gi SR, kampung sangat..(apa sangat le SR pon, nak berlagak sangat apsal, tah le).

Then akak cakap

"Ala.. bf noi pon tak reti makan kat SR.. nape? best sangat ke makan kat sini? Jadi bf Noi pun kampung gak lak ekkk?"

dia terdiam..

then akak cakap

"Lain kali..jangan berlagak sangat, jangan pandang rendah kat orang lain!"

Lain kali Nana tegur je orang camtu.

NaNa PynkFaery said...

2 kak nani : kalau rumate dy tak maw beli, patutnya suruh dia makan saja kasut2 dan baju2 dia yang bapak mahal tue.. XD. jgn risau, komen anda lekat di sini.. haha

2 mimi : stuju, stuju. miskin thinking skills.

2 azeem-kun : salam. apa? ""memang wujud sejahat2 manusia yg kita sangka hanya wujud dlm drama/movie." omo~ takot beta mendengarnya.. selmat mengharungi dunia.. uh.. dunia luar.. XD

2 adry : nana pun nyampah jugak dengan manusia mcm ni..

ButirStar said...

kaklong dah lama tak jumpa manusia yang jenis macam ni. yang suka kutuk org yang kurang kaya dari dia.

jgn ingat harta kita boleh bawa sampai ke mati. macam nana cakaplah, Qarun yang kaya tu pun Allah tarik balik, inikan pula kita yang tak sekaya Qarun.

Kalau setakat kasut mahal, lama2 pakai ia akan jadi buruk jugak. Baju yang kita beli pun, lama2 akan lusuh jugak.

pasal jaga standard depan boyfren, itu orang gila namanya.

Jin tak wat cam tu tau.

Para Jamaludin said...

nana...siapakah biatch itu?

kasut mahal macam mana pun letak kat kaki jugak.

dah, makan ciken cop je pun. last2 keluar jadi taik jugak ciken cop tu.

busuk jugak.

no manners and no class!

nasib baik nana ade selipar rm8.
nak beli jugak...

lalala~

NaNa PynkFaery said...

2 couzie : tu la, ape salahnye pakai kasut bata kan? haha.

carlzeguet : haha, betul tu!

2 izad : betul, beta sgt bersetuju dgn pendapat tuan hamba! mcm yg carlzeguet kata, mati nnt pakai kai kafan harga standard juga. skang ni leh la menyombong..

NaNa PynkFaery said...

2 kaknoi : *hugs baliK!* hehe. tu la, pening nana tgk org yg berlagak tak bertempat ni.. ntah ape2 je..

2 kaklong :
owh.. org begitu org gila ya kak? nasib baik nana tak terjangkit penyakit gila tu dr dia..

2 para : owh.. perbandingan chicken chop mu itu sgt bagus. beta suka!

xiao chun said...

erhh... berbagai jenis manusia wujud atas muka bumi ni syg... kamu baru jumpa srg.. ade yg lagi teruk dari itu... haha.

si nisha said...

nisha pakai sandal rm 10, beli kat danau je.

berjalan sampai jugak.

tak faham.

apa masalahnya kalau pakai benda murah?
sangat hina ye?

nauzubillah.
minta jauh jadi mcm tu.

tempat hamba di sisi tuhan sama je.
tak kisah la pakai kasut Aldo ke baju Topshop ke.

kalau nak berkawan kena pakai brg mahal, gamaknye takda org la kn kwn dgn sy ye?
haih..

=)

NaNa PynkFaery said...

2 kak atun :
yg lagi teruk?? hebat tue..

2 nisha : rm 10? lebih kurang dgn slipper nana XD.

tu la, kalau harga barangan yang kita pakai d jadikan kayu ukur utk berkawan, susah la maw cari kawan...

myadlan said...

ish3 budak tu. so materialistik..

saya ske pakai kasut Power yang di beli di kedai Bata.

setiap kali tengok kasut2 sukan yang cantik tu, mesti terfikir, designer kasut tu mesti kreatif gile.. hehe

P/S - lecturer saya penah design kasut kat Bata jugak..

P/Ss - at least kasut Power lagi mahal dari kasut Vinci.. hehe

NaNa PynkFaery said...

2 adlan : kalau stakat materialistik tu xpe lagi.. ni masalahnya, smpai tahap menghina orang..~

owh, kasut power lagi mahal?? i see, i see..

Chagall said...

Sure ank expect comment aku kan? (hahaha...perasan....la aku ni). Aku macam kenai ja situasi itu. lebih kurang situasi yang aku pernah lalui. Apa salahnya kalau pakai kasut bata? Ishhh...ada jugak manusia yang seperti itu. Herm....astaghfirullahalazimmmm...

Trini said...

owh nana...btul pun smbong gle dak tue...xske dye..nk syg nana je...

Trini said...

eh ksut power..nana..sport shoes nining brand power kaler pink.. (sje nk nunjuk bgi nana jeles sbb nana ske pink jgk...) hehe..n btulla lgi mhl cket dri ksut vinci..

syg nana di dpnku ini..:)

myadlan said...

eh nana. sy tak bermaksud kasut power tu lagi mahal ke ape. kalo ikut kelas nya (kasut sukan) kasut power ni antara yang murah. takdela mcm nike dan adidas. brand2 lain tropicana, quiksilver etc. pun ratus2..

akhirnya sy baru beli kasut bata paling mahal td. tak sabar nak pakai.

kasut bata paling mahal pun tak smp RM100. huhu

NaNa PynkFaery said...

2 ace : aku rasa aku kenal sapa.. haha

2 nining : yay, sila sayang nana saja XD!!

♥ baiti ♥ bayataya ♥ rumahku ♥ micasa ♥ said...

sape bdk 2 nana??
show off!!!

watahel kalo bpk ko kaye poN??
nape??
bleh beli tiket masok syorga kah???
lalalalalalala~

selipar akak g klas zazu yg bg~
sbb die da xnk pakai~
lalalalalala~

NaNa PynkFaery said...

2 adlan : wah, dah x sabar nk pakai? mesti kacak XD

2 kak b : tu la.. duit punya banyak, kalau boleh beli tike ke syurga tak pe jugak kan ^^

Furishi said...

kak Nana, sye pun ada jugak kwn sejenis mcm tu, tapi x lah dari wealth family mcm kak nana cerite tadi.
Die sombong pasal die pikir die lagi pandai dari org lain...
nasib baik die dah reject saya. kalau x dah lama saya marah kat die...
(sigh) insaf lah...