Friday, May 22, 2009

Bila Ustaz Soleh Bercerita [p1]

Nana sangat suka Ustaz Soleh.
Betul, tak tipu!
Hari-hari, bersemangat pergi kelas bahasa arab.
Sangat suka dengan ustaz XD.

Ustaz Soleh suka bercerita.
Semalam Ustaz cerita tentang tanggungjawab lelaki.
Seseorang lelaki ni, terikat dengan sangat banyak tanggungjawab.
Isteri, anak-anak, mak ayah lagi.

Nanti, bila dah sampai masa untuk dia masuk syurga, isteri dia akan tunggu di depan pintu syurga. Isteri dia akan berkata :

"Awak tak boleh masuk syurga, sebab masa di dunia dulu, awak tak tegur saya bila saya tak pakai tudung."

Adik perempuan dia akan berkata perkara yang sama.

Anak perempuan dia pun..

Maka, dia akan ditahan lagi setengah hari. Anak-anak dan isteri dia akan masuk syurga dulu. Lagi setengah hari baru dia boleh bersama dengan anak-anak dan isteri dia. Kata Ustaz Soleh, setengah hari di akhirat sama dengan 500 tahun di dunia kita.

Lalu Ustaz Soleh bertanya kepada pelajar-pelajar lelaki dalam kelas Nana :

"Nak ke masuk syurga lambat 500 tahun, sedangkan orang lain yang buat dosa?"

Lalu mereka semua menggeleng-gelengkan kepala. Sapa yang maw? Nana pun tamaw..

Jadi, kesimpulannya, marilah kita semua saling menegur, dan berpesan-pesan, dan mengajak ke arah kebaikan!!!

Angel J. Potter

7 comments:

Max J. Potter said...

oho ini post yang best.

tapi zaman skrg ni, ramai lelaki yg menganggap tidak menegur kepala bogel isteri tu satu bentuk kemodenan. tak mau memaksa isteri buat perkara yg dia tidak suka walaupun jelasnya itu sudah dosa. mmg hebat lelaki zaman skrg ni. yakin sungguh dgn jumlah pahala sendiri sampai sanggup tanggung dosa org lain. tabah dan nekadnya depa menunggu 500 tahun lagi asalkan isteri/adik ppuan/anak ppuan bebas berbogel kepala di dunia. pergh.

noble kah itu? atau BANGANGity in its purest form? mungkin juga cowardice of the cheapest value (takut bini kecik hati lebih dr takut neraka Tuhan)?

bini2 skrg pun sama juga. sayang suami tu di mulut saja. praktikalitinya? zero. tak perlu dihurai dah kot, part ni.

adinda. mungkin post ni patut dipromote kepada lelaki2 beristeri di luar sana, yang dikongsi aurat isterinya itu dgn seluruh dunia.

ah well.

like you said in the post, marilah kita saling menegur ke arah kebaikan.

kita semua dari syurga.

tak maukah kita pulang ke kampung halaman kita satu hari nanti?

NaNa PynkFaery said...

"bini2 skrg pun sama juga. sayang suami tu di mulut saja. praktikalitinya? zero. tak perlu dihurai dah kot, part ni." <-- ini mmg tak perlu d hurai, fina paham. hehe

"like you said in the post, marilah kita saling menegur ke arah kebaikan."
ini la yg paling penting.
semoga kesemua kita selamat dari api neraka, amin...

"kita semua dari syurga.

tak maukah kita pulang ke kampung halaman kita satu hari nanti?"

maw, maw!
sapa yg tamaw, mmg lah dia tidak waras!!
nanti fina post lagi satu cerita ustaz soleh [haha~~ ustaz soleh lagi] tentang kehidupan d syurga!

Zwa_N said...

nana..pakai tudung!! *suara garang* dah pakai tudung pun pakai ja lagi tudung..tudung saji pon xpa xD

inna hayati said...

lagi seksi si isteri bukankah lagi bangga sang suami?? <-- mentaliti orang sekarang.

ish..ish..ish..(geleng2)..tergoda betul bila bukak blog nana ni. hensem betul hero bbf itu..oh!

NaNa PynkFaery said...

2 izad : buat apa pakai tudung saji~~ buruk benar..

2 kak inna : mentaliti apakah itu.. hoho. tp, mcm betul saja apa yg kak inna cakap itu.

yep, lee minho sangat kacak!

Luna said...

nak komen byk2 x le gak.. hm.. cm2 la..

NaNa PynkFaery said...

luna : x apa, saya faham :)