Tuesday, September 23, 2008

Gadis berbaju kurung merah

“Milik siapakah telefon bimbit ini”
Tempat kejadian : rest room sebelah masjid besar UIA
Masa kejadian :Kira-kira jam 3.40 petang
Manusia yang terlibat : Nana, Syasya, Hanin, Raihan, dan gadis berbaju kurung merah..

“Sya, tolong pegang fail ni kejap. Nana nak ‘repair’ tudung..”, kata Nana sambil menghulurkan fail ke tangan Syasya. Pantas Syasya menyambutnya.

Nana melangkah ke arah ‘rest room’ berdekatan untuk me’repair’ tudung. Apabila tiba di pintu ‘rest room’ tersebut, Nana terserempak dengan Hanin.

Hanin : Nana!
Nana : Hye, anin!
Hanin : Nana, leh x Anin nak pinjam notes Drama Nana? Last week Anin tak gi kelas..
Nana : Owh.. boleh.

Dengan sopan (cewwah!), Nana menghulurkan buku nota kepada Hanin. Tiba-tiba, Raihan muncul entah dari mana dengan keadaan tudung yang agak ‘lingkup’ (Jelas sekali, semua pelajar perempuan melawat rest room berkenaan untuk me’repair’ tudung macam Nana jugak).

Raihan : Hanin, handphone sape colour merah tu?
Hanin : Tak tawu, dari tadi lagi ada kat situ.

Nana menjenguk ke dalam. Ada seorang lagi gadis yang sedang me’repair’ tudungnya. Berbaju kurung merah menyala.. Kelihatannya, dia langsung tidak ambil peduli dengan soalan Raihan tadi. Biarpun soalan tersebut diajukan pada Hanin, tapi apabila dia tidak menunjukkan sebarang respons, maka.. tentulah telefon bimbit tersebut bukan miliknya, begitu fikir Nana.

Nana : ada orang tertinggal kot.. ? (menoleh ke arah Raihan)
Raihan : Ye la kot.

Masih tiada sebarang respons dari gadis berbaju kurung merah tersebut. Dari tadi, asyik benar dia me’repair’ tudung depan cermin. Setelah mengucapkan terima kasih, Hanin menghilangkan diri bersama Raihan.

Setelah berpuas hati dengan keadaan tudung Nana yang dah di’repair’ secomel yang mungkin, bola mata Nana tertancap tepat pada telefon bimbit merah tersebut. Sony Ericsson. Cantik. Mesti mahal, begitu fikir Nana. Nana mencapai telefon bimbit terbabit. Gadis tersebut masih membatu, masih membisu.

“Sape yang tinggal handphone ni kat sini?”, tanya Nana dengan suara yang agak kuat.

Gadis berbaju kurung merah tersebut masih lagi diam membisu, sibuk me’repair’ tudung sejak tadi, walaupun pada pandangan Nana, tak ada yang perlu di’repair’ lagi. Elok je..?

Nana meninggalkan gadis berbaju kurung merah tersebut bersama-sama handphone tadi. Lantas Nana menyisih langkah ke arah Syasya.

Nana : Sya, kalau kita jumpa satu barang yang berharga, yang kita syak tuan dia tertinggal barang tu, nak buat apa ek?
Syasya : Kalau jumpa purse, amik, tengok matric card atau i/c dia, gi tanya kat library. Dalam akaun library mesti ada number phone dia. Call la, cakap kita jumpa purse dia.
Nana : Kalau handphone?
Syasya : .. (tak jawab..)..
Nana : Tadi Nana jumpa handphone Sony yang sangat cantik kat dalam sana.
Syasya : Amik la, Nana! Nanti mesti tuan dia call, kesian dia cari. Pi amik!

Hmm.. Tak sampai seminit pun Nana meninggalkan rest room tersebut. Harap-harap tak ada orang curi! Nana pun bergegas ke rest room tersebut semula, diikuti Syasya.

Telefon bimbit tersebut masih di situ. Gadis berbaju kurung merah? Ya, dia masih ada di situ, masih me’repair’ tudungnya yang dah elok dan tak perlu di’repair’ tu.

Nana : Tu la handphone tu.
Syasya : Sian kat tuan dia..
Nana : Nak amik ke?
Syasya : Amik la, nanti kita contact number yang ada dalam tu, cari pemilik dia.
Nana : ok!

Tiba-tiba, gadis berbaju kurung merah tersebut mencelah di antara Nana dan Syasya dan berkata :

“Handphone saye.”

Syasya : hah? Ya allah, nasib baik tak amik lagi!
Nana : laaa.. ye ke. Sorry, kite orang ingat ada orang tinggal!

Gadis tersebut sekadar tersenyum, terus menghilangkan diri selepas mengambil handphone tersebut.

Syasya : tu la Nana, lain kali tanya dulu!
Nana : mana la Nana taw~ *sekadar tersenyum*

Kemudian, Nana terfikir..

1) Time Raihan tanya “handphone sape colour merah tu?”, kenapa gadis tu membisu? Nak kata dia tak dengar, rest room tu kecik je. Kalau berbisik pun mesti bergema. Takkan la tak dengar pulak..?

2) Time Nana kata “ada orang tertinggal kot?”, pun dia masih membisu. Susah ke nak cakap “tu handphone saye”, daripada membiarkan Nana dan Raihan tertanya-tanya? Hmm..

3) Time Nana amik handphone tu, pun dia masih membisu dan membatu. Kalau ikot logik akal la.. kita nampak orang yang tak dikenali pegang handphone kita, handphone mahal pulak tu, takkan kita diam je? Dia bukan setakat tak cakap apa-apa, malah langsung tak menoleh ke arah Nana. Seolah-olah, handphone tu tak ada kena-mengena dengan dia..

4) Time Nana tanya ‘Sape yang tinggal handphone ni kat sini?” dengan suara yang agak kuat, yang memang mustahil la kalau dia tak dengar, yang sememangnya merujuk kepada handphone sony warna merah di tangan Nana tu, kenapa dia tak bagitau yang handphone tu kepunyaan dia?

5) Kenapa dia repair tudung yang tak perlu di’repair’ begitu punya lama…?

Persoalan yang bermain-main di minda Nana :

Benarkah telefon bimbit tersebut milik gadis berbaju kurung merah berkenaan..?

Apa pendapat para bloggers sekalian?

16 comments:

NANOMEOW said...

psycho la budak perempuan berbaju kurung merah tersebut (teringat kata-kata kawan kalau tgh bengang ngan seseorang "arwah tu dulu baik orangnya" XD)

risau jugak, mcm bukan je. kalau akk la...akk nk dia tnjuk la bukti yg phone tu dia nye...tp dlm nada gurau2 tp siyes (hmmm cene tuh?) sbb...ye la...elak mende2 x besh blaku kt sesape :)

Nana Mint Lee said...

2 kak nana :
tu la, nana pun mcm menyesal tak amik phone tu awal2.. >.<

Naz said...

herm..
musykil gak kan..
kalau naz la..
ms org tanya2, mesti dh tersengeh2 n amik smpan hp.. yerlah hp kta kan?

tp yg musykil nya..
Fina smpat pgg n belek2 hp tuh kan?

Tah2 dia nak hp tuh kottt...
Tgh tunggu line clear..

S.Azeem Ong said...

salam.

penah jmpa x or yg bile tngk TV/baca buku, dia xdgq kalau kita ckp dgn dia unless kita sentuh dia?

dak ppuan berbaju merah tu dia xdgq mesti sbb absolute concentration smasa me-repair tudung beliau.


tapi tapi. mcm pekak je bila org dh angkat dan tnya. haha. xpe lah. abaikan.


itu antara dia dgn Allah. kalau betul dia punya, xpe lah. tahniah krn henset anda hensem. klu bukan dia pnya, dia akn dpt balasan setimpal. dh le Ramadhan. stylo lah.

Max J. Potter said...

scary sial cerita ni...seram siot..

fikiran kanda sudah mula mencemar duli ni, hahaha. apa pendapat peribadi dinda?

Sonnet said...

hmmm pelik tul la gadis berbaju merah tu. kalau akak la kan, akak ckp je 'tu hp sy'.

satu lagi, kenapa dia nak repair tudung yg dah elok? memula ingat di tu bukan orang (ten! ten! ten!) tapi takkanlah bukan org kot.

hmm....mmg pelik. akak rasa, tu bukan hp dia....

Nana Mint Lee said...

2 naz :
tu la, smpai fina dah pegang, dah belek2 pun dia buat xtaw lagi.. tu yg pelik tu..

2 azeem :
w'salam. mungkin jugak la. nana pun ingat, dia ni ada masalah pendengaran kot. sbb tu nana tanya dengan suara yang agak kuat. dah tak dengar jugak, xtaw nak kata la..

2 kak nani :
pendapat peribadi? fina rasa dia tipu .. sbenarnya ada lagi satu perkara yg lupa d masukkan dlm entri ni. handphone tu, kedudukannya agak jauh dr perempuan tu. berdekatan dgn hp tu, ada cermin jugak. tp perempuan tu repair tudung kat cermin yang agak jauh. kalau betul hp dia, buat apa dia tinggal hp jauh-jauh, membelakangkan hp tu, n repair tudung kat cermin lain yg lagi jauh? bunyi pelik.. tp itu la yg berlaku..

2 butirstar :
huih.. nana rasa dia org.. (ten! ten! ten!). hehe. tu la, bila nana cerita dengan kawan nana pun, dorang berpendapat yang pmpuan tu tipu..

Trinisaurus said...

uish nana...seram siot cte ni..mulenye igt puang tue bukan org btol. haha!
tula..ish xbek tol lau dye tipe. tp gile berani, msti la nana cam muke dye kn.

appini said...

aiyee nana.. budak tu mengambil kesempatan..!!!
sempat aa dia plan dlm masa yg singkat. dia musti amat hebat!

Nana Mint Lee said...

2 trini :
hehe, nining org kedua yg syak pmpuan tu bukan manusia, huu. jangan.. bulan puasa ni. nana pun takot gak.

2 pini :
tu la, sikap dy memusykilkan! x pe la, kalau btol dy curi hp tu, urusan dy ngan Allah.

Encik Luzzi said...

ade 2 faktor :

1. Gades brbaju kurung merah tu trlalu khusyuk mmbtulkan tudung smpai tak sedar pape yang trjadi kt dunia luar.

2. Gades brbaju kurung merah tu tengah perasan ape yang lirin ckp and then buat2 btulkan tudung lama skit coz nak tnggu line clear after lirin kluar.

"Tiba-tiba, gadis berbaju kurung merah tersebut mencelah di antara Nana dan Syasya dan berkata :

“Handphone saye.”"


dan tu ialah backup plan beliau. :)

Adlan said...

salam nana.

nampaknya gadis berbaju kurung merah itu memang misteri. dah la handphone pun merah.

em.. mgkin die pakai MP3 ke.. tu psl tak dengar kot.. huhu

Mira said...

hmm. hp die ke ar?
cm x caye ade gak..
tp x pe.
kt kna bersangka baik.
ntah2 dia x brape dgr ke?
hehe

Nana Mint Lee said...

2 ezul :
itu jugak yg lirin pk kan. khuyuk smpai x sedar ape2, n tengah tunggu line clear. humm...

2 myadlan n mira :
betol jgak.. ni bulan pose, meh kite sume berbaik sngka ngan orang. agaknya btol mcm yg myadlan ckp, dy pkai mp3 player kot, sbb tu x dengar..

husni said...

bley disyaki neh...
hp tu bkn dak kurung merah..
kena siasat lg...

Nana Mint Lee said...

2 haniko :
nana dan para bloggers yg lain pun mengesyaki perkara yg sama!