Wednesday, September 30, 2009

TAK SUKA

“Sya, Nana x pegi kelas ari ni. Nana nak g mengamuk kat AnR jap. UIA ni memang suka cari pasal ngan Nana!”

SMS di atas telah dihantar kepada Syasya pagi tadi.

Hari ni Nana ponteng kelas.

Bukan malas. Tapi terpaksa.

Cerita yang penuh kemenyampahan ini bermula semalam.

Al-kisahnya, semua pelajar UIA diarahkan menukar password untuk login web UIA. Password yang sudah digunakan sejak azali lagi, dikatakan sudah tidak selamat. Atas alasan ‘security’, maka arahan untuk menukar password itu Nana turuti.

Requirement untuk password pulak macam-macam ada. Huruf besar, huruf kecik, underscore, tanda seru semua ada untuk membolehkan kita mencapai piawaian yang sudah ditentukan untuk meluluskan penukaran password terbabit. Setelah berhempas pulas Nana mereka password baru, akhirnya berjaya jugak Nana menukar password. [Password yang Nana guna untuk email, blog, akaun-akaun forum semua tidak mencapai piawaian yang sudah ditetapkan, maka perlu cipta yang baru]

Kemenyampahan bermula apabila Nana tak boleh login akaun UIA sebaik sahaja password ditukar. Password lama tak boleh, baru pun tak boleh jugak. ‘Wrong Password’ katanya. Hampir sepuluh kali Nana mencuba, namun tetap gagal.

Kemenyampahan semakin bertambah kerana Nana PERLU login akaun UIA untuk daftar subjek-subjek baru untuk semester depan pada keesokkan harinya, iaitu hari ini. Tak boleh login, macam mana nak register??! Mengapa perlu tukar password musim pendaftaran ni, aish..

Nana pun berkejar ke shop berhampiran untuk membeli kad topup handphone. Setelah berjaya menambah baki akaun nombor telefonku ini, Nana pun membuat panggilan rasmi ke AnR. Si Operator yang menjawab panggilan Nana, dengan penuh kepandaiannya menjawab :

“Password kamu panjang sangat ni! Sepatutnya tak boleh lebih dari 8,”

“Tapi masa saya register tadi, kat tepi tu ada tulis minimum 8, maksimum 15,”

“Oh ye ke. Saye pun tak tahu,”

Hei, jawapan apa ni? Macam mana jaga kaunter tapi apa pun tak tau?

Lalu, katanya masalah Nana akan diforward ke ITD. Katanya lagi, ITD akan contact Nana setelah masalah diselesaikan. Seperti biasa, untuk menambahkan lagi darjah kemenyampahan Nana, tiada apa yang diselesaikan sehingga terbenamnya matahari. Bagus betul.

Beberapa jam kemudian, matahari terbit lagi. Hari baru pun bermula. Mengenangkan pendaftaran semester baru akan tiba beberapa jam lagi, Nana pun dengan berat hatinya mengambil keputusan untuk ponteng kelas untuk pergi buat apa-apa yang perlu di AnR supaya dapat daftar petang nanti. Wah, rupanya bukan Nana sahaja yang bermasalah sedemikian. Ramai lagi, dan semuanya bersumbu-sumbu di kaunter laksana semut mengurung gula.

Masalah yang dihadapi kami semua, kemudiannya diisytiharkan sebagai salah kami sendiri [apa?!!], lalu untuk mendapatkan password baru, perlu bayar tiga ringgit. Wah, banyaknya wang yang berjaya mereka kumpul pada hari ini, kan?

Tak apalah, bayar saja asalkan dapat daftar tepat pada masanya petang ni! Begitu fikir Nana.

Dengan password baru tu, Nana berjaya login, akhirnya! Sangat gembira, maka mampu mengukir senyuman yang cukup lebar hingga ke telinga.

Nana ingatkan, tamat sudah kemenyampahan pada hari ini. Rupanya Nana silap..

Tadi, sebaik sahaja tamat kelas American Literature, Nana terus bergegas pulang ke mahallah. Ada lagi sejam setengah sebelum pukul lima. Harap-harapnya masih ada PC kosong di cyber café. Fuh, ada lagi satu! Lega lah hati Nana.

Lalu Nana pun online dari jam 3.30, menunggu waktu pendaftaran pada pukul lima nanti. Tepat jam lima, Nana yang sangat berkobar-kobar untuk mendaftar subjek-subjek baru terus memasukkan matric number dan password baru tersebut.

Kemenyampahan paling ultimate memunculkan diri.

Katanya, aku tak boleh register sebab aku BELUM BAYAR YURAN.

Aku dah bayar, OK?

Aku rasa, undang-undang yang paling hebat sekali ialah :
Pendaftaran bermula jam 5 petang.

Maka jika ada lagi pelajar yang mengalami masalah seperti aku, memang tak boleh buat apa-apa, sebab office sudah tutup pada jam terbabit. Call pun tak ada yang sudi nak jawab. Ya lah, dah tamat waktu berkerja, siapa saja yang nak berkerja lebih masa menjawab panggilan aku ni? Penyelesaian? Kena tunggu matahari terbenam dan terbit semula keesokkan harinya, tuggu ofis bukak, dan tunjukkan pada mereka salinan slip bayaran semester ini sebagai bukti yang aku sudah bayar.

Memanglah mereka ni suka cari pasal dengan aku. Dulu aku tak boleh ambil bahasa arab, sebab katanya aku tak lulus lagi level dua. Padahal pada masa tu aku sudah belajar di maincamp selama setahun. Syarat untuk ke maincamp ialah lulus bahasa arab sehingga level 2. Kalau aku tak lulus, macam mana aku boleh sampai Gombak. Tak fikir kah?

Tajuk entri pada kali ini ialah TAK SUKA. Jangan salah faham, aku bukannya tak suka belajar di sini. Tapi aku rasa, tempat ini yang tak suka aku. Setiap semester pun ada saja masalah yang menyebabkan kelembapan. Macam tak suka aku belajar di sini saja.

Mood : Menyampah
Headphone : Menyampah


p/s : Aku tau semuanya ada hikmah.

p/s lagi : Mungkin entri ni bunyinya sangat serabut. Harap maaf. Sekarang aku memang tengah serabut, maka terbawa-bawa ke penulisan blog.

14 comments:

Aamir said...

hurmm ... birokrasi ... memang aamir pon xsuka sangat ... dulu pon aamir penah gak lebih kurang cam kakak kat sini ... pening2 ... yg nak sakitnya kita ... bukan depa

Anna J. Potter said...

2 aamir-kun :
taw tak pa!

ღn0n0iღ said...

Adoi..
Dulu pun tak suka UMP sebab management cam hampeh..
tapi lama2 tetiba rindu le plak..

Tiap sem mesti ada prob.. *Sigh*

Takpe la Nana..
Tabahkan hati, demi mengejar ilmu walaupun.. errrrrrr.. tu la.. bukan kita nak tak suka, tapi dorang tu buat kita nyampah. Nak study pon ilang mood.. T__T

Harap Nana ceria kembali nanti ek.. =)

Oh ye, kak noi ada buat blog khas untuk A&L, kalau ada masa jenguk la ye..

http://lucky-mousey.blogspot.com/

CaRiSbRoOk_ItAm said...

bodo kowt!!?? xigt nk mti ka apa??
(tgh tension pas jwb arab, thnx sbb bg pluang untk maki org) XD

xiao chun said...

complicated cant be separated from bureaucracy. that's fact. yg jadi mangsa adalah kita. mereka nak improve system, bagus. depa nak implement concept ni sbnrnya,satu uia =satu malaysia. bagus, menyahut seruan kerajaan. yg tak bagusnya, tak prepare for the consequences. ce try n error awal2 sket. ini da masuk critical period cani baru nak try n error. mmg x bagus. heh.. this kind of mentality need to be reupgrade, bukan system sahaja. akhir kata, sabar ya dik.. cobaaaannnnn....

ButirStar said...

kaklong pun pernah mengalami situasi macam ni masa belajar dulu. Memang menyampah tahap dewa Sampah!!!

Pernah sekali subjek yang kaklong nak amik tak ada dalam senarai register. Bila pergi tanya Admin, dia kata tak tahu. Kena pergi Main Camp. Sampai kat sana, depa kata kaklong dah terlebih satu sem. Iaitu sem 8.

Memang TESL ada 8 sem. Pastu dia tuduh plak kaklong menyusahkan orang sebab kena repeat satu sem lagi. Memang menyampah la time tu.

tak pe Nana, mungkin Allah nak uji Nana dengan ujian yang macam ni

janedoe said...

saba je la nana.
kite setiap sem pegi mengadap staff2 yg konon2 bagos kat finance tuh sbb bende yang same "tak bayar yuran first year second sem".kepale hotak die la.every sem pegi finance, print sume resit yang ade.rasenye diorg dah donate copy resit2 tuh utk dikitar semula kot?entahlah!

next sem, 2 days before prereg period, pegi mintak financial statement kt finance,utk check kalau ade yg tersalah ke ape2.

sesungguhnya mmg ada hikmah.COBAAN! :D

nana dpt reg ape?

emy said...

ya nana!!! aku pun benci ngn sistem uia yang entah aper2 nie..

aku pun kener block x leh register ari tue..

mmg superb menyumpah uia

namer jer INTERNATIONAL...tp system pengurusan aku bagi ZERO!!!

Anna J. Potter said...

2 kak noi : thanks ya kak. nanti nana free, nana g lawat url yg kak noi bg tu ok!

2 carisbrook : sabaq.. jangan mengamok~

2 kak aton : baik lah kak.. nana akan bersabar dgn kelembapan ini..

Anna J. Potter said...

2 kaklong : apa? mereka yg silap, tp kaklong pula yg d tuduh?! mmg nak kena dorang ni!

2 mimi : oh, nampaknya kes mimi mcm lebih dasat. XD. um, nana amik semantics, research method [gile kan, skang baru nk amik], um.. ntah, lupa XD!!

Anna J. Potter said...

2 emy : ko pun kene block gak eh! mmg la uia ni suke cari pasal kan~

myadlan said...

hm.. poor nana. sabar je la k. mujur time kat UIA takde kena tukar2 password. leceh.

tp FYI, kes saya lagi pelik. da buat clearance. tinggal nak grad je. tapi bila nak check final exam slip, dia tulis "please check with Finance division regarding tuition fees". tension je. taktau final CGPA bape.. pdhal nak konvo da pun..

Max J. Potter said...

mungkin bangunan tersebut perlu dibom saja.

CaRiSbRoOk_ItAm said...

haha.. bom.. btol3..