Tuesday, September 8, 2009

The Power of NETIZENS

Hampir kesemua SBOX di forum yang Nana join pada hari ini bercakap tentang netizen disebabkan kes Encik Jay dari kumpulan 2PM [di Korea sana, sila jangan terkebil-kebil jika anda tidak pernah dengar nama kumpulan ini].

Nana rasa terpanggil untuk menulis tentang netizen ini.

Netizen = net + citizen

Netizens can use the Internet to engage in activities of extended social groups, such as giving and receiving viewpoints, furnishing information, fostering the Internet as an intellectual and a social resource, and making choices for the self-assembled communities. Generally, a netizen can be any user of the worldwide, unstructured forums of the Internet. Generally, Netizens are Internet users who utilize the networks from their home, workplace, or school (among other places). Netizens' use of the Internet around the world has been marked by:

e-mail
online chat
blog [I'm a netizen, too XD]
file sharing
wiki
dan lain lain
Sila google sendiri ya XD

Baru-baru ini, seorang netizen berjaya mengesan salah satu komen yang ditinggalkan oleh Encik Jay kepada rakannya di laman web MYSPACE pada tahun 2005 [iaitu tiga tahun sebelum Encik Jay debut bersama ahli-ahli sekumpulannya yang lain]. Hebat betul, berjaya korek komen-komen lama sampai macam tu sekali~~

Komen yang menimbulkan kontroversi itu ialah :

koreans are gays.. i hate koreans..

Ikutan pendedahan komen Encik Jay itu, lelaki yang mengetuai tujuh lelaki dari kumpulan yang bernaung di bawah JYPent itu dikecam dengan sangat hebat, bukan sahaja di kalangan peminat dunia K-POP, malah yang tak minat pun turut mengecam juga. Kejadian ini berlaku kerana ayat itu ditujukan kepada 'koreans', maka seluruh rakyat Korea pastinya terasa hati dengan komennya itu.

Biarpun Encik Jay sudah meminta maaf secara rasmi, para netizen terus-menerus menghentam Encik Jay. Malah rakan-rakan Encik Jay, dan artis-artis lain yang memberi sokongan terus dihentam dengan dahsyatnya hinggakan laman web mini milik Encik Wooyoung hampir mati akibat kutukan-kutukan para netizen.

Kebencian mereka semakin membuak-buak, lalu para netizen ini sebulat suara memulakan satu petition yang meminta Encik Jay membunuh diri XD. Adoi la..

Setelah dihentam bertalu-talu, akhirnya Encik Jay mengambil keputusan untuk menarik diri dari kumpulan yang sedang bersinar dengan hebatnya pada masa ini. Menyedari dirinya amat dibenci ikutan petition itu, dan juga ayat-ayat menghiris hati dari para netizen seperti :

"Go back to America, Jay. We don't need you here!"

"F*** you, Jay!"

dan ada la lagi ayat-ayat lain yang penuh bintang-bintang seperti **** XD

Walaupun 2PM mempunyai fanbase [digelar The Hottest] yang kukuh dan hebat di Korea, namun kehebatan netizen-netizen yang tidak penat-penat menghentam Encik Jay, telah menyebabkan Encik Jay mengambil tindakan drastik, bukan sahaja meninggalkan 2PM dan JYPent, malah baru saja berlepas kembali ke Amerika sejam yang lalu.

The Power of Netizens = Gunung Everest XD

Pengajaran dari kisah ini..

Kita perlu berhati-hati dengan sebarang kenyataan biarpun hanya sebagai komen di Myspace, terutamanya berkenaan isu sensitif [tak kira la kita maksudkannya atau tidak], kerana bila-bila sahaja orang yang dengki boleh menggunakan sebarang ayat negatif dari kita untuk menjatuhkan kita.

Encik Jay, sila belajar dari kesilapan. Semoga anda gembira di Amerika sana.

Netizens, Nana tiada sebarang pesanan untuk anda, LOL. Oh, ada satu! Sila jangan terlalu membenci XD. Tidak baik untuk kesihatan.

Kepada mana-mana hottest yang membaca entri ini [glares at Kak Fai], sila kuatkan semangat :). Nana tidaklah sedih, kerana Nana part-time The Hottest XD

Nana perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk stay up malam ini. Tiga midterm menunggu untuk diselesaikan pada hari yang sama, iaitu esok! Bloggers, wish me luck!

Mood : Tired
Headphone : f(x)'s LA chA TA


GALLERY

Image Hosted by ImageShack.us
Encik Jay [paling kiri] bersama 2PM

Image Hosted by ImageShack.us
Encik Jay di lapangan terbang

Image Hosted by ImageShack.us
Masih di lapangan [description apa ni?]

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
The Hottests yang membanjiri lapangan terbang~

7 comments:

hanna said...

it happenned 4 years ago...
perlu ke ungkit lagi..
kesian jgk kat jay..
huhuk..
2PM won't feel the same kalu x ada dier..
=(

Luna said...

You..
kesedihan. Kenapa sampai suruh dia bunuh diri?

The past is the past...

2pm takkan jadi sama dah tanpa Jaebum..

Aamir said...

perrghh ... dasat gila power netizen ya ... mmg betoi slogan celcom, the power is in ur hand ...:D

Anna J. Potter said...

2 hanna :
mungkin netizen yang mengungkit itu sangat patriotik XD? makanya ucapan maaf dari jaebeom tidak diterima lalu memaksanya mengambil tindakan drastik itu. mungkin la..

2 luna :
spt yg sy jawab kpd cik hanna di atas, mungkin mereka semua sgt patriotik, dan membenci jaebeom, dan merasakan jaebeom patut mati. lalu memulakan petition itu. namun, ramai juga yang sign dlm tempoh yg singkat. nampaknya ramai manusia patriotik d korea sana, lmao

Anna J. Potter said...

2 aamir :
tu la pasai.
pandai sungguh celcom ni ya

♥ 나나 ♥ said...

huhuhuhu~ kalau ye pun semangat...tp xyah la suh org bunuh diri. tak kira la korea ke jepun ke...ske beno kalau dpress aje jalan selesai tu bunuh diri. dh xde kije len? otak g mane? *oh...maaf...ter-emo huhu*


yg pasti nya...akk speechless dgn kjadian ini......huhuhuhu~

yumi.love.love said...

omo!omo!
pity jaebeom!btl2,ksian ngn jaebeom.
citer lme tak prlu d'ungkit2.
biar ar jdi knangn phit buat jaebeom.