Monday, June 15, 2009

"Jealous ar tu.."

Sekadar hiasan. [The Mad Fox by m0thyyku]

Eavesdropping is bad.
Tapi kadangkala, ada faedahnya juga.
Hari ni Nana berjaya mengenal pasti salah satu faedah eavesdropping ni.
Kita dapat taw hati budi manusia lain.
Kita dapat taw sapa yang mulutnya semanis tebu di depan kita, tapi di belakang mengalahkan peria kot pahitnya! [Pahitkah peria? Nana pun tataw, x pernah makan. Kalau tidak pahit, ganti lah dengan apa-apa saja yang pahit.]

"Ko taw tak Nana tu sakit hati dengan aku?"

"Nana mane?"

"Nana Syasya tu la!" [Ok, ada dua Nana dalam batch Nana, maka untuk membezakan kami, kena ada tambahan sikit. Nana Syasya, Nana Pink, Nana-chan, tu semua untuk Nana. The other Nana is Nana Along.]

"Nape, ape yang die sakit hati dengan kau?"

"Dia hina boyfriend aku minggu lepas. Tahu la __[nama boyfriendnya]__ tak kaya, tak banyak duit, tak dapat sponsor MARA macam die tu. Tak payah la kutuk-kutuk!"

Hebat betul mengutuk Nana.
Dalam library pulak tu.
Nana pulak ade kat belakang die je.
Jahat mulut.

Jahat sangatkah Nana ni sampai nak hina boyfriendnya itu?
Salah Nana kah kalau Nana dapat sponsor dari MARA?

Bloggers, ini sebenarnya yang terjadi pada minggu lepas.
Lokasi : Hentian Bas

"Tunggu bas ke, Nana?"

"Ha ah, malas nak jalan kaki balik mahallah. Jauh,"

"Mahallah mane?"

"Haleemah," jawab Nana. Suka cita diingatkan, nama penuh mahallah ini ialah Halimatus Saadiah XD.

"Owh. Aku tengah tunggu _[nama boyfriend]_ ni,"

"Nak balik dengan die ke?"

"Ha ah. Die memang tak suke aku balik sorang-sorang. Pegi mane pun mesti die hantar. Kalau malam-malam nak pegi library pun die akan hantar,"

"Owh, dia bawak kereta apa?" tanya Nana. Dia mengambil masa 30 saat untuk menjawab soalan itu.

"Jalan kaki je," balasnya.

"Yang hantar hari-hari tu, jalan kaki la?" tanya Nana, tiada niat untuk menghina.

"Ha ah,"

Itu yang berlaku.
Huh~ terasakah?
Nana betul-betul ingat boyfriend dia hantar dengan kereta.
Sebab room mate Nana yang selalu keluar dengan boyfriend die tu, boyfriendnya ada kereta.
Mana la Nana tahu mereka berjalan kaki?
Nana tanya saja, bukan hina.
Tolong la jangan perasan.
Sebenarnya Nana malas nak layan orang-orang macam ni.
Masa Nana nak simpan buku yang Nana pinjam tu, tiba-tiba kawannya bertanya.

"Aku tak tahu pun perangai die macam tu. Nape die nak kutuk boyfriend kau?"

"Alah, die jealous la tu.." katanya.

Dem!
[konon-kononnya ini ejaan 'damn' versi comel]

"Buat apa la Nana nak jeles kat boyfriend awak tu? Apa yang dia ada?" tanya Nana, menyampuk dari belakang.

Dan muka mereka pucat lesi laksana kain telekung.
Okay, kain telekung terlalu mulia untuk diletak di muka mereka yang jahat mulut itu.
Pucat lesi laksana.. nasi basi.
OK. That's better. [putihkah nasi basi? Nana pun tak taw]

Seriously, buat apa Nana maw jealous?
Untuk membuatkan Nana jealous, anda perlu ada lebih daripada itu.
Sekadar seorang boyfriend yang menemani anda ke library pada waktu malam di atas dua kaki, saya tak akan jealous.
Kalau awak tak jahat mulut, saya pun tak akan jahat mulut jugak.
Saya bukan nak menyombong, jauh lagi nak menghina.
Tapi bila awak buat saya menyampah, saya memang sukar nak mengekalkan kesopanan.

Penutup cerita ini?

Handphone Nana dipenuhi SMS daripada si dia, meminta maaf kerana :

"fikir yang bukan-bukan pasal Nana. Sori yek,"

Headphone : Senorita by SHINee
Mood : Menyampah

25 comments:

♥ baiti ♥ said...

ahakz!!!
kantoi beb!!!
akak pon penah kena gak nana~
dgn rumate sendirik~
hahahaha~
terpucat lesi muka diorg laksana tapai yg da expired 2 bulan bila taw akak ade dlm bilik dan mendengar ape yg diorg kutukkan!!!

wahahahaha~

mmg saket ati~
tp agak best n klakar bila diorg takot n mintak maap kn!!!
baru ko taw nk glabah~

dem!
aiseh2~
ckp kt minah 2~
ckp siang pandang2~
kalo kantoi gitu kn kemaluan!
opsss!

musti niat die mula2 nk show off kt nana yg bf die seorg yg caring dan penyayang abes~
skali nana tnye camtu~
die x jadik nk show off!!
2 yg die bengang tuh!

^.^

Max J. Potter said...

oho ni mmg lawak antarabangsa ni! oiyo, the fact that engko ade BF pon dah cukup turn-off nafsu adik aku nk jeles kt engko, hape lg nk hina bf engko tu. nk pandang hina bf ko dtg jemput jalan kaki pun takde mase, hape lg nk jeles.

btw, nasik basi tak bapa putih la..mcm ada kuning2 kegelian loya ngeri skit, hahaha.

org mcm ni ramai ya, tuan2 dan puan2. yg bertuah bila dpt catch them in action. susah tu, mcm nk dpt tgk ikan duyung susahnye. tp bila dpt..fuh, mmg puas hati. boleh sembur on the spot.

oh. pandai pula dia ya? sudah kecut perut takut tersumpah oleh adik aku la tu yg mintak hampun segala tu? kami ni ada daulat tau, dpt pinjaman MARA! *gelak iblis yg kerasukan* tulah sekali br sedar ko tu langit kaler hape.

meluat aku.

Luna said...

siapa kah yang kurang asam (dan gula, dan cuka, dan kicap, dan wasabi, dan cinnammon dan lain2) ini?

I'm through with people like this.
|-(

Scarred Soul said...

Huhu...

Pernah juga jadi, but she never know that I was there.

Sabar je lah Nana... Maafkan je for your own sake, bukan dia.

Untuk tenangkan hati sendiri.

:)

EmcEE_SubZeRo said...

salam.


hey!

"Saya bukan nak menyombong, jauh lagi nak menghina.
Tapi bila awak buat saya menyampah, saya memang sukar nak mengekalkan kesopanan."

nana sangat kacak! hahaha.


anyways~ xperlu lah nana menyampah sngt2 k? i dont think they're worth for ur attention.

rileks. cool. n dgr SHINEE bnyak2 or anything yg nana suka buat ^^



hepi hepi kudasai~~

Chom said...

kak nana maaf kan die tak..?

mmg lah dia jahat mulot.. mungkin itu nature dia semula jadi. tapi sbb ada salah paham baru dia start jahat mulot.

Dia pun satu. Mestilah sangka baik. Tak baik pikir bukan2 dekat orang.

Apapun, persahabatan tetap harus terjalin. :)

Chagall said...

ISH... Tak pa. Biasa la kan, salah faham. Kadang2 jadi ja menda cam tu. No hal. Jangan marah2. Nanti cepat tua. Ok Fina?

caterina_912 said...

sabar je la nana..
kate faham perasaan nana..
prnh jd kat kate dlu..
mmg nyampah la kalo jmpe org cmtu..
tp nk wat cm mane..
biarkn je la..
x pyh nk susah hati..

inna hayati said...

eish..eish...mulut orang ni memang payah betul kita nak jaga...

biasala nana, manusia memang suka berprasangka...harapnya kita tidaklah k...

Zwa_N said...

hadoi la..macam2 la hai..nana lah nana..pukul 3 pagi anta blog..rajin beno..

erm..manusia..biasalah tu salah tafsir kot..tapi kalo tak sure patot nye jgn cite kt org,tol x?xbaik,kalo ye pon org nk jeles,dia gi sambung cite kt org,skg ni yg dpt dosa tu sape?kita kah? mereka kah?tak tahu lah.. huhu..tapi atas sebab ni nana jgn la kecik hati ke ape pulak ye,exam dulu baru pikir ok? ala dia msg pun lantak je lah
payah sgt,block je msg dia tu..bukan nak ngate apa la kt dia tu..tapi..nyata lah dia tu kurang cerdik dalam erti kata lain nya bangang bodo nk mampos..adakah jalan kaki marupakan satu penghinaan?patot bangga la..pelik laa org2 skg ni...haha..tapi ape pon,kite sbg manusia,maaf2 kan la org lain,lagipon dia kan kawan nana? =) take ur time..

goodluck final exam lagi skali ya.. ^^

wanie sk said...

haha...sabar jela ye nana ^0^

ღ~n0n0i~ღ said...

At least dia minta maaf, Nana...
Maafkan lah dia..maybe dia salah faham je kan.. eventho..yeah..kalo akak pon nyampah gak le...
Tapi at least dia minta maaf..
Ada kenalan akak, minta maaf pun tak reti! Isk... LAGI LE BUAT AKAK MENYAMPAH!

NaNa PynkFaery said...

2 kak baiti : dengan rumate? lagi dahsyat tu! hoho, pasal kawan nana tu. entah la die nk menayang ke ape ke pasal boyfriend die tu, tp one thing for sure, nana x penah jeles la bab ni.

2 kak nani : mmg lawak antarabangsa. apa sgt la nk d jeles dgn jalan kaki tu. fina pun reti jalan kaki jugak. kuning2 kegelian loya ngeri? haha.

NaNa PynkFaery said...

2 luna : ada la.. tak perlu la d sebut namanya. mmg la dia kurang asam dan guna, serta wasabi dan sebagainya. biar saja lah.. XD

2 scarred soul : tu la. maafkan saja la. nak meluat lama-lama pun buat sakit hati saja..

2 azeem-kun : nana kacak? wah.. first time org kata nana kacak :) hehe. tu la, malas la nak menyampah lama-lama kat dia. baik! nana akan dengan shinee banyak2, itu sudah semestinya :)

NaNa PynkFaery said...

2 chom : betul tu, akak stuju dgn kamu. akak pun dah malas nak sakit hati dgn dia lama-lama. buat apa kan?

2 ace : ya la, aku dah x marah sgt pun. malas la nak meluat dgn dia.

2 kate : ramai rupanya org jahat mulut x bertempat ni kan? haih..

2 inna : tu la masalahnya. suka benar berprasangka. sapa saja yang nak hina bab jalan kaki ni. kan semua org pun berjalan kaki ..

NaNa PynkFaery said...

2 izad : tu la yang terjadi bila manusia berburuk sangka. orang langsung tak ada niat nak hina dia, dia pula terasa hati~

2 kak nana : baik! nana akan bersabar ^^

2 kak noi : tu la. nana maafkan saja la budak tu. skurang2nya dia mintak maaf kan ... :)

pembebel yang setia ~ said...

tlgla nk jeles sbb de ade bf?de ingat nih zmn bile nih, astaga, ape hensem sgt ke bf de tuh? mende2la...tlgla get a life~~or at least get a brain~

Hafidza Halim said...

Nana,

DEM! (versi kejam dan menyampah!)

Eiiuuuww! (versi mengada-ngada)

"ko igt heran sgt ke ada bf jln pakai kaki hanta ko" (Versi stret to da point)

menyakitkan hati je.

Nana~

Nana laa org plg cool n best bila menyampuk masa diaorg mengumpat Nana tu. cayalah Nana!

p/s: Fidza emo lebih plk

NaNa PynkFaery said...

2 couzie : tu la pasal ..

2 fidz : nana cool? terima kasih :)!

♥ 나나 ♥ said...

as ur friend said, tabik spring la kt kamu sbb tegur (dgn baik) camtu..

kalau akk, mgkin budak tu dh kena kusi yg akk lempar kt library tu hahaha. pahtu bg dia bisu sepanjang hayat dan mbawa dosa sensorang. ngumpat2, mdengar ngumpat..subahat kan? haha. i dunno..

papepun, pesanan kt budak tu: "malas nk layan, lu pikir r sendiri ~zasssss!" (sambil baling kusi seblah lg kt budak tu *evil laugh*

NaNa PynkFaery said...

2 nana unnie :
wah, garang tol nana unnie ni rupanya.

bagus jugak kalau dia bisu.

kurang sikit dosa tu kan?

♥ 나나 ♥ said...

hehe, baru taw ke ;p
dear...i just stumbled n found this vid..http://www.youtube.com/watch?v=qndz9Mc74WE kawaiiiiiii~!!!!! ngehehe

e-zul Iswhat said...

rasanya kawan nana tu ada masalah menafsir kata2 orang.

NaNa PynkFaery said...

2 nana unnie : jap, nana tgh load vid yang kak nana bagi tu!

2 wuchan : nana pun rase mcm tu :)

Furishi a.k.a Nina said...

Hish...
Tak sangka ada jugak orang mcm tu kat UIA...
Nina pun kene gak. Ngan bestfriend plak tu. Tapi nasib baik Nina dapat maafkan dia, but still can't accept the thing that she said to me.