Semalam Nana jalan balik mahallah dengan kawan Nana.
Kawan Nana yang namanya L itu, turut membawa rakannya bersama.
Kawan si L itu, kita namakan sebagai M sudahlah.
Nak dijadikan kisahnya,
M ni suka benar bercerita tentang barangan berjenama yang dibelinya.
Mahal-mahal sungguh menurut ceritanya.
Sampai ternganga L mendengarnya.
Bapanya seorang businessman.
Maka keluarga mereka amat kaya.
“I rase hidup I best gile, sebab family I senang. Mintak je ape pun, father I mesti bagi.”
Father I?
[Sepatutnya “my father”, bukannya “father I”]
Nana bukan maw bercakap pasal bahasa yang digunakannya.
Tapi sikap si M ini.
Di awal perjalanan, dia ada call roomatenya, dan meminta tolong rakan sebiliknya itu belikan chicken chop.
Yang Nana tidak suka tentang sikapnya ialah :
Dah dia suka beli barang berjenama, tak apa lah.
Masalahnya, sepanjang perjalanan dari center ke mahallah, tak henti-henti dia mengutuk roommatenya, hanya kerana roommate nya itu pakai kasut BATA.
“I tak faham betul, kasut macam tu punye buruk… [dan entah apa-apa lagi la kan, malas nak taip semuanya]”
Kata Nana dalam hati : Aku pun pakai kasut BATA jugak, ok. Perlukah bising hanya kerana kamu tidak pakai jenama ini? Bukannya buat daripada kulit babi pun.. *Bila Nana menyampah, memanglah mulutku tidak terkawal. Tapi Nana cakap dalam hati saja*
Slipper yang Nana pakai sekarang langsung tak ada jenama. Rm8 saja beli di kedai.
Kita sambung lagi. Dah habis kutuk pasal kasut BATA, dia kutuk lagi, kerana roomatenye beli beberapa helai t-shirt kat reject shop.
“Dia suka beli kat situ kot..” kata Nana, menyampuk.
Dia sekadar memandang Nana, dan tidak berkata apa-apa. Selang beberapa ketika, dia bersuara lagi.
“Prinsip I, I memang takkan beli ape-ape kat reject shop. Habis la standard I, malu I dengan Isma nanti,” [Isma itu boyfriend nya]
ada lagi..
I malu nak ajak roomate I tu datang rumah. I bukan nak kutuk, tapi you tawu la dia tu macam mane. Cara dia dressing tu kolot," katanya dengan lantang.
Amboi, sombongnya dia. Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong. Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Tak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia dan hartanya ditelan bumi akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Bila kelaparan, mintak kawan belikan makanan. Tapi bila kawan tu tak ada, kutuk kasut yang dia beli. Kutuk baju-baju murah yang dia beli. Lagi maw cakap pasal standard? Standard apa yang anda maksudkan?
Nana patut berhenti sekarang.
Pening memikirkan manusia yang sombong tak tentu hala ni.
Pesanan untuk para bloggers, jangan sombong, jangan takhbur.
Thursday, May 28, 2009
Sunday, May 24, 2009
Letih~
Nana baru saja pulang dari CFS IIUM~
Hantar adik Nana..
Ya, adik Nana mengikut jejak langkah Nana [ayat poyo] dan kini merupakan seorang pelajar UIA! *tersenyum bangga* [ayat poyo lagi]
Kaki beta sudah lenguh-lenguh.
Harap-harapnya my beloved dongsaeng itu berjaya mengharungi Taaruf Week dengan lancar, dan .. sempurna.. [mengapa banyak sangat ayat poyo pada entri kali ini???]
OK.
Setakat ini saja.
Nana sedang frust.
MV Juliette yang bapak HQ sudah d released dan boleh d download,
malangnya connection sangat slow.
162mb = 9 hours = APAKAH KELEMBAPAN INI??
Tension.
Mood : -
Headphone : SHINee's Juliette

Friday, May 22, 2009
Bila Ustaz Soleh Bercerita [p1]
Nana sangat suka Ustaz Soleh.
Betul, tak tipu!
Hari-hari, bersemangat pergi kelas bahasa arab.
Sangat suka dengan ustaz XD.
Ustaz Soleh suka bercerita.
Semalam Ustaz cerita tentang tanggungjawab lelaki.
Seseorang lelaki ni, terikat dengan sangat banyak tanggungjawab.
Isteri, anak-anak, mak ayah lagi.
Nanti, bila dah sampai masa untuk dia masuk syurga, isteri dia akan tunggu di depan pintu syurga. Isteri dia akan berkata :
"Awak tak boleh masuk syurga, sebab masa di dunia dulu, awak tak tegur saya bila saya tak pakai tudung."
Adik perempuan dia akan berkata perkara yang sama.
Anak perempuan dia pun..
Maka, dia akan ditahan lagi setengah hari. Anak-anak dan isteri dia akan masuk syurga dulu. Lagi setengah hari baru dia boleh bersama dengan anak-anak dan isteri dia. Kata Ustaz Soleh, setengah hari di akhirat sama dengan 500 tahun di dunia kita.
Lalu Ustaz Soleh bertanya kepada pelajar-pelajar lelaki dalam kelas Nana :
"Nak ke masuk syurga lambat 500 tahun, sedangkan orang lain yang buat dosa?"
Lalu mereka semua menggeleng-gelengkan kepala. Sapa yang maw? Nana pun tamaw..
Jadi, kesimpulannya, marilah kita semua saling menegur, dan berpesan-pesan, dan mengajak ke arah kebaikan!!!
Angel J. Potter

Tuesday, May 19, 2009
Award!
Thanks to Kak Wanie :)
Nana dapat award, yay.
Paling suka sebab award ni.. colour pink XD!
Rasanya, Kak Wanie tak ada gitau kepada berapa orang patut Nana forwardkan award ini..
Nana pilih sendiri la.
6 bloggers yang Nana ingin hadiahkan award ini ialah :
Kak Nani
Q-chan
Kak Fai
Kak Nana
Adlan K
Butirstar
:)
Nana dalam proses pembelajaran buat layout blog sendirik.
Tadi bila upload [dalam blog yang dicipta khas untuk proses pembelajaran], semuanya berterabur. Bleh~ hari tu first time buat, nampak macam elok, walaupun buat cincai saja.
Hari ni, dah buat elok-elok, terpotong pulak gambar-gambar.
Tak apa, Nana akan balik ke bilik dan buat sekali lagi!
Masih ada masa sebelum Nana mula menggunakan layout pertama Nana pada 25hb ni!
*sangat bersemangat*
Mood : Happy
Currently listening to : SHINee's Juliette
p/s : to Kak Fai, mengapa pandangan kita tentang Juliette amat berbeda sekali XD?
p/s 2 : Bila tengok kawan-kawan bloggers dan kawan-kawan di SFI semuanya ada English name, Nana juga nak ada satu. So, setelah beberapa minit berfikir, Nana memutuskan untuk menggunakan Angel J. Potter.
Angel = Because she is my fav. in the flock [Maximum Ride]
J = Perlu beritahu kah? Fellow shawols pasti sudah taw.
Potter = Kerana Nana suka Harry Potter. Dan juga, kerana Kak Nani guna nama itu juga XD. [Alasan apakah ini?]
p/s 3 = sila maafkan p/s 2 di atas yang terlalu panjang itu.
Okay lah, Nana maw gi main angklung ni. *waves*
*pops out*
Thursday, May 14, 2009
Amazing Arts
Nana nak kongsi gambar-gambar ni dengan bloggers sekalian.
Nana sangat suka gambar-gambar ni :)
Nana sangat suka gambar-gambar ni :)
----
New header, featuring Lee Minho :)
Header ni takkan bertahan lama.
Waiting for SHINee's comeback this May 19th.
Hampir pengsan tengok Taemin with his long, wavy, red hair XD
Dah SHINee wat comeback, takkan la header gambar Minho oppa lagi, kan XD.
Semalam Nana tengok 'Alone' dengan rumates.
Wah~ menakutkan~~
Tapi paling tak suka bila ada binatang mati dalam cerita tu.
Biar hantu tu bunuh orang jahat sudah la.
Kenapa anjing mati dilanggar kereta, tikus mati diramas, dan anjing lain pulak mati dipotong kepala? Tak suka!!
Dan semalam Nana tidur bukak lampu~ sebab terkenang hantu dalam cerita itu XD~
Monday, May 11, 2009
Untitled
Dari zaman matrik lagi, kawan-kawan Nana asyik bercerita tentang kakak-kakak dan abang-abang masing-masing.
"Esok abah aku datang amik aku. Then kite org ramai-ramai gi USM, abang aku yang second nak grad dah,"
"Jom teman aku gi post office, nak post baju kurung aku ke kampung. Mak aku mintak, nak buat contoh. Kiteorang sume akan pakai baju dari kain yang same hari kakak aku kawin nanti, design je lain-lain,"
"Next week aku tak pegi kelas, abang aku nak kawin!"
"Abang aku yang kawin tahun lepas tu, isteri die dah pregnant. Tak sabarnye aku!"
"Smalam aku dapat anak saudara baru!"
Ok, ayat yang first tu, Nana dah pernah cakap. Sebab Kak Nani dah grad. Jadi Nana boleh cakap dengan kawan, "minggu depan kakak Nana grad :)".
Tapi ayat-ayat yang lain-lain tu?
Nana tak ada peluang nak sebut.
Kenapa?
Sebab.. Nana ada seorang kakak saja.
Sebab Nana anak kedua.
Sebab jarak antara Nana dan Kak Nani tiga tahun saja.
Kawan-kawan Nana ada banyak abang dan kakak.
Jadi mereka dah banyak kali melalui peristiwa 'kakak / abang aku dah grad!'
Kawan-kawan Nana anak yang ke 4 atau 5.
Jadi walaupun mereka sama umur dengan Nana,
abang-abang dan kakak-kakak mereka semuanya dah dekat 30.
Umur yang sesuai untuk mereka berkeluarga.
We were 18 masa Syasya dapat anak saudara.
Kak Nani cuma 21 masa tu.
Takkan la Nana nak cakap,
"Kak Nani, cepat la kahwin, dan dapatkan anak cepat-cepat!"
haha~~
Sekarang, Kak Nani dah grad.
Kak Nani dah kerja pun.
Satu hari nanti, Kak Nani akan kahwin.
Dan Nana akan dapat anak saudara :)
Nana pun boleh bercerita macam kawan-kawan Nana :)
Satu saja Nana fikir,
Bila Kak Nani dah kahwin nanti,
bolehkah Nana bercerita dengan Kak Nani lagi macam biasa?
Spazzing pasal anime, j-drama, k-pop dan lain-lain lagi macam biasa?
Oh, cara Nana menulis macam la Kak Nani nak kahwin esok XD!
Haha, sorry Kak Nani,
adikmu semakin merapu hari demi hari.
Thursday, May 7, 2009
Nana dan Kisah Moskiu
Bloggers, I'm back.. ^^
Um.. sebenarnya Nana dah mula online sejak 3 May yang lalu.
Tapi Nana sangat sibuk.
Sangat banyak perkara yang perlu dilakukan, jadi Nana tak sempat nak update blog.
Nana teringat satu cerita [random~].
Kisah ini berlaku ketika Nana berusia 8 tahun.
A : Wei, masjid dalam bahasa inggeris, apa dia?
B : Yang tu pun tataw. Moskiu [mosque] la.
A : Oh.. moskiu..
Nana taw sebutannya 'mosk' saja, bukan moskiu.
Nana nak bagitaw la yang sebutan mereka salah.
Belum sempat Nana bersuara, muncul la seorang penyelamat.
C : Wei, moskiu bukan masjid.
A, B dan Nana menanti sambungannya.
C : Moskiu tu ubat nyamuk.
Adoi la! Bila Nana teringat balik, memang nak gelak guling-guling!
Ubat nyamuk??
Nyamuk = mosquito
Ubat nyamuk = moskiu XD!
--
Ok, esok Nana ada program.
Nana akan jadi fasilitator buat kali pertama.
Sila wish me luck XD!

Subscribe to:
Posts (Atom)