Wednesday, September 30, 2009

TAK SUKA

“Sya, Nana x pegi kelas ari ni. Nana nak g mengamuk kat AnR jap. UIA ni memang suka cari pasal ngan Nana!”

SMS di atas telah dihantar kepada Syasya pagi tadi.

Hari ni Nana ponteng kelas.

Bukan malas. Tapi terpaksa.

Cerita yang penuh kemenyampahan ini bermula semalam.

Al-kisahnya, semua pelajar UIA diarahkan menukar password untuk login web UIA. Password yang sudah digunakan sejak azali lagi, dikatakan sudah tidak selamat. Atas alasan ‘security’, maka arahan untuk menukar password itu Nana turuti.

Requirement untuk password pulak macam-macam ada. Huruf besar, huruf kecik, underscore, tanda seru semua ada untuk membolehkan kita mencapai piawaian yang sudah ditentukan untuk meluluskan penukaran password terbabit. Setelah berhempas pulas Nana mereka password baru, akhirnya berjaya jugak Nana menukar password. [Password yang Nana guna untuk email, blog, akaun-akaun forum semua tidak mencapai piawaian yang sudah ditetapkan, maka perlu cipta yang baru]

Kemenyampahan bermula apabila Nana tak boleh login akaun UIA sebaik sahaja password ditukar. Password lama tak boleh, baru pun tak boleh jugak. ‘Wrong Password’ katanya. Hampir sepuluh kali Nana mencuba, namun tetap gagal.

Kemenyampahan semakin bertambah kerana Nana PERLU login akaun UIA untuk daftar subjek-subjek baru untuk semester depan pada keesokkan harinya, iaitu hari ini. Tak boleh login, macam mana nak register??! Mengapa perlu tukar password musim pendaftaran ni, aish..

Nana pun berkejar ke shop berhampiran untuk membeli kad topup handphone. Setelah berjaya menambah baki akaun nombor telefonku ini, Nana pun membuat panggilan rasmi ke AnR. Si Operator yang menjawab panggilan Nana, dengan penuh kepandaiannya menjawab :

“Password kamu panjang sangat ni! Sepatutnya tak boleh lebih dari 8,”

“Tapi masa saya register tadi, kat tepi tu ada tulis minimum 8, maksimum 15,”

“Oh ye ke. Saye pun tak tahu,”

Hei, jawapan apa ni? Macam mana jaga kaunter tapi apa pun tak tau?

Lalu, katanya masalah Nana akan diforward ke ITD. Katanya lagi, ITD akan contact Nana setelah masalah diselesaikan. Seperti biasa, untuk menambahkan lagi darjah kemenyampahan Nana, tiada apa yang diselesaikan sehingga terbenamnya matahari. Bagus betul.

Beberapa jam kemudian, matahari terbit lagi. Hari baru pun bermula. Mengenangkan pendaftaran semester baru akan tiba beberapa jam lagi, Nana pun dengan berat hatinya mengambil keputusan untuk ponteng kelas untuk pergi buat apa-apa yang perlu di AnR supaya dapat daftar petang nanti. Wah, rupanya bukan Nana sahaja yang bermasalah sedemikian. Ramai lagi, dan semuanya bersumbu-sumbu di kaunter laksana semut mengurung gula.

Masalah yang dihadapi kami semua, kemudiannya diisytiharkan sebagai salah kami sendiri [apa?!!], lalu untuk mendapatkan password baru, perlu bayar tiga ringgit. Wah, banyaknya wang yang berjaya mereka kumpul pada hari ini, kan?

Tak apalah, bayar saja asalkan dapat daftar tepat pada masanya petang ni! Begitu fikir Nana.

Dengan password baru tu, Nana berjaya login, akhirnya! Sangat gembira, maka mampu mengukir senyuman yang cukup lebar hingga ke telinga.

Nana ingatkan, tamat sudah kemenyampahan pada hari ini. Rupanya Nana silap..

Tadi, sebaik sahaja tamat kelas American Literature, Nana terus bergegas pulang ke mahallah. Ada lagi sejam setengah sebelum pukul lima. Harap-harapnya masih ada PC kosong di cyber café. Fuh, ada lagi satu! Lega lah hati Nana.

Lalu Nana pun online dari jam 3.30, menunggu waktu pendaftaran pada pukul lima nanti. Tepat jam lima, Nana yang sangat berkobar-kobar untuk mendaftar subjek-subjek baru terus memasukkan matric number dan password baru tersebut.

Kemenyampahan paling ultimate memunculkan diri.

Katanya, aku tak boleh register sebab aku BELUM BAYAR YURAN.

Aku dah bayar, OK?

Aku rasa, undang-undang yang paling hebat sekali ialah :
Pendaftaran bermula jam 5 petang.

Maka jika ada lagi pelajar yang mengalami masalah seperti aku, memang tak boleh buat apa-apa, sebab office sudah tutup pada jam terbabit. Call pun tak ada yang sudi nak jawab. Ya lah, dah tamat waktu berkerja, siapa saja yang nak berkerja lebih masa menjawab panggilan aku ni? Penyelesaian? Kena tunggu matahari terbenam dan terbit semula keesokkan harinya, tuggu ofis bukak, dan tunjukkan pada mereka salinan slip bayaran semester ini sebagai bukti yang aku sudah bayar.

Memanglah mereka ni suka cari pasal dengan aku. Dulu aku tak boleh ambil bahasa arab, sebab katanya aku tak lulus lagi level dua. Padahal pada masa tu aku sudah belajar di maincamp selama setahun. Syarat untuk ke maincamp ialah lulus bahasa arab sehingga level 2. Kalau aku tak lulus, macam mana aku boleh sampai Gombak. Tak fikir kah?

Tajuk entri pada kali ini ialah TAK SUKA. Jangan salah faham, aku bukannya tak suka belajar di sini. Tapi aku rasa, tempat ini yang tak suka aku. Setiap semester pun ada saja masalah yang menyebabkan kelembapan. Macam tak suka aku belajar di sini saja.

Mood : Menyampah
Headphone : Menyampah


p/s : Aku tau semuanya ada hikmah.

p/s lagi : Mungkin entri ni bunyinya sangat serabut. Harap maaf. Sekarang aku memang tengah serabut, maka terbawa-bawa ke penulisan blog.

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran

Bloggers sekalian,

Selamat Hari Raya :)

Kalau ada sebarang post Nana yang mengecilkan hati para bloggers, sila maafkan Nana.

Sekian, terima kasih!

*nak makan laksa XD*

Sunday, September 13, 2009

:)

Nana dah sampai rumah :)
Cuti dah mula, dan Nana sangat gembira, LOL.
Kegembiraan berada di rumah tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.
Dapat berbuka puasa bersama keluarga.. sangat bahagia.

Oh ya, Nana nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Kak Fai!
Nana tak ada gambar Junsu K. dalam simpanan~
Jadi Nana guna Seunghyun ~ XD.

Image Hosted by ImageShack.us

Mood : Happy
Headphone : -

Thursday, September 10, 2009

To Piko M with Disgust, from Max J.

Cik Piko M kembali lagi, kali ini di tagboard pula.
Ada di tepi sana, malas nak quote lagi.
Katanya, Nana over. Oh, kata lah apa saja.
Nana tidak terasa hati dengan anda.
Tapi berkenaan dengan soalan anda :

"tak ade ye yang nak buat esei hentam i?"

Macam tau-tau pulak anda ni. Ada, ada. Esei di bawah ini khas untuk anda. Terpampang secara umum di ruangan komen. Hairan sungguh dengan orang pelupa seperti anda ni, last time dah komen, kali ni nanyuk pula tak tahu nak tengok di mana. Haha. Ada hati pula nak ketawakan orang lain. XD

Sila buka mata luas-luas untuk baca, ya? Jangan salah faham lagi.


*edited*

Assalamualaikum,


OK, ni memang sumpah malu, K? Blog tulis Melayu pun tak faham, nak serang-serang pulak - heh, lepas tu ada muka lagi setebal entah berapa inci berani nak ingatkan orang ni bulan puasa. Otak dia lesap sebab lapar sangat kot (kalau puasalah)? *ketawa*

Aku paling meluat sekali dengan orang-orang macam ni yang tak ada asal-usul dan suka HISTERIA di blog orang. Kat blog aku ke, kat blog adik aku ke, pesawan-pesawan macam ni memang buat aku hangin. Sorry dinda, kanda perlu bersuara.

Wei minah Msian (ko ni bangsa apa, Malaysian pun malas nak eja?) yang bengap tak reti eja hottesT, pergi study English spelling darjah satu balik la. Kalau macam tu punya casual writing ko boleh salah faham (gamaknya kalau adik aku tulis English ko berbuih mulut terus kot?), ko tak payah nak psyko jiwa meh bagi komen I-You sana-sini macam budak tadika baru belajar English - disgusting sangat, tau tak? BM pun tak faham, nak sembang campur-campur English konon. I'd suggest you go and commit suicide for the sake of global peace. The world is already breaking even without morons like you. *LOL*

Bila masa adik aku ungkit apa? Ko taip guna jari tapi fikir guna kaki ke? Nak sorry komen ko bunyi kurang ajar apa bendanya kalau ko menulis Melayu pun macam orang tak pernah pergi sekolah? It takes so much more than THAT BLOODY RETARDED WRITING SYSTEM YOU USED TO SOUND KURANG AJAR la, perempuan. Tak perlu perasan.

Adik aku deserve apa? Komen cuba-kurang-ajar-tapi-jadi-kerencatan-otak ko? Sudah-sudahlah berangan benda-benda karut macam tu dalam bulan puasa ni. Kalau ko tak boleh berhenti sakit jiwa sebab artis, at least kurangkan kadar sawan ko sambil buat benda baik (seperti melawat blog orang secara berakal) - daripada duk berkabung kerana penghijrahan seorang artis kafir yang langsung tak kenal ko malah belum pun mati. Ko ni mental sangat dah eh?

Lain kali nak ingatkan orang hal-hal bulan puasa dan ibadat, sila beri salam (aku assume ko Islam lah sebab bijak sangat nak ingatkan orang pasal bulan puasa dalam keadaan mental ko yang kurang stabil tu). Takkan tu pun nak kena ajar?

Kalau ko buta adab blogging pun, sekurang-kurangnya tolong hormat tuan punya blog. Maaf kalau komen aku ni bunyi kurang ajar - tapi aku rasa orang macam ko memang deserve respond macam ni sangat-sangat.

Bila ko yang sakit jiwa sebab fanatik artis, jangan nak sawan kat blog orang - sila pergi psyko jiwa di blog sendiri, kalau ada. Dan kalau ko dah ketagih sangat nak mengkomen blog orang, pergi belajar membaca dulu supaya ko tak hilang akal secara online dan buat malu diri sendiri di post orang lain dengan menulis komen macam jakun tak pernah tengok blog.

HAVE SOME RESPECT, PLEASE. Suka aku nak end komen aku dengan ayat ko. Bermaruah sungguh bila aku yang tulis, kan?

OK OK. Makian aku tamat di sini.

This would be the first and last kind respond from me. If you are to drop by again with that incomprehensibly moronic of an attitude, you can be sure that the whole force of my extremely condescending vocabulary will rain onto you, without mercy. If you are smart, you'll leave quietly.

So Piko M, go away and stay there. Tolong bermaruah dalam bertindak, dan berambus dari tempat di mana ko tak dialu-alukan. And if you really have to come again, don't forget to bring your brain along next time. Here is a place for people who can utilize their brains before communicating their ideas. If you can't do that, you have my pity.



Sincerely,
The proud sister of the blog owner who doesn't give a shit about trivial things such as Korean entertainment or anything else of the sort (I'm sorry if it makes your world go round. I guess some people are just pathetic), MAX J.


MAX J. might sound harsh [on certain occasions], but she's actually such a loveable sister, and a protective one, too. Deal with it.


Wednesday, September 9, 2009

SALAH FAHAM terhebat abad ini

Untuk pengetahuan para bloggers, Nana tidak tidur walau seminit pun semalam kerana terlalu banyak chapter dari tiga subjek yang berlainan perlu dibaca. Sambil membaca, Nana online sepanjang malam juga, ngehehe.

Nak dijadikan cerita, ada pula orang yang terasa hati dengan entri Nana yang bertajuk 'The Power of Netizens" di bawah. Komen tersebut di'submit' lebih kurang jam 3 pagi tadi. Nana rasa terpanggil untuk membiacarakan komennya di sini. Kepada Cik MsianProudHottes, sila berbangga kerana komen anda sudah terpampang dengan terang dan nyata di sini.

"Hello.First, i nk bgitawu you, juz in case you tak ingat, skang nie bulan pose. tak baek tawu kutuk-kutuk orang...tu pown nak kene aja ke...?bukan salah jaebeom la...bende tu dah lame...buat ape you ungkit-ungkit?siap suro die gi mati pulak.you ingat you sape yang die nak dengar cakap you... sorry la kalau bunyi komen nie kuang aja...tapi i rase you deserve it...the hottes belum pun habis berkabung...you dah kecoh-kecoh...have some respect ples.

proud hottes,
Piko M"

"Apa ni~?" <-- inilah ayat yang terkeluar dari mulut Nana sebaik sahaja ternampak komen di atas. Banyak sungguh tuduhan cik yang seorang ini. 1. Sapa kutuk sapa ni XD? Bila pulak Nana kutuk Jaebeom / Encik Jay? Aneh sungguh Cik MsianProudHottes ni. Entri di bawah ditulis untuk membuktikan kekuatan netizen, dan kes Encik Jay adalah salah satu kejadian yang yang kedahsyatan netizennya terbukti dengan jelas, maka Nana jadikan contoh. Lagipun, kes tu sangat TERKINI, Nana tulis lewat sejam saja. Sekadar menjadikkannya sebagai contoh, nak mengutuk tu jauh sekali la, Cik. Saya pun suka Encik Jay juga, buat apa mau kutuk dia?

2. Bila pulak la Nana ungkit XD? Tolonglah baca entri di bawah betul-betul. Bukan Nana yang pergi menggali MYSPACE Encik Jay sampai terdedah komen kontroversinya itu. Bukan Nana. Dan Nana langsung tidak berniat untuk mengungkit hal terbabit. Adakah ayat yang Nana gunakan dalam entri di bawah mengelirukan? Sampai tertukar pemangsa, mangsa dan pencerita? Nana guna ayat bombastik kah di bawah sana?

3. Ni salah faham paling hebat ni. Bila la pulak Nana suruh Encik Jay pergi bunuh diri? Nana dah tulis dengan jelas bahawa kebencian yang membuak-buak dalam diri para netizen membuatkan mereka sebulat suara memulakan petition yang meminta Encik Jay membunuh diri. Banyak sungguh perkataan-perkataan bombastik yang Nana guna, sehingga terkeliru Cik MsianProudHottes dibuatnya.

4. Apa..? Anda semua berkabung XD? Encik Jay selamat di sana, mengapa anda semua berkabung seolah-olah dia mati pula.. Perlukah berkabung berkenaan perkara sebegini~? Saya juga sedih sewaktu Wonbin meninggalkan FTI dulu, tapi.. berkabung XD? LMAO. Bunyinya melampau. OK, ini sangat random. Sorry.

Sila lah kata Nana tidak faham perasaan 'proud hottest' kerana Nana part time saja. Nana tidak akan berkecil hati. Mungkin benar kata anda. [Tapi bukankah kita masih miliki banyak kegembiraan dalam dunia ni yang tak mungkin hilang hanya kerana penyanyi kegemaran kita pulang ke negara asalnya? Nana tak nampak keperluan untuk 'berkabung' di sini.]

5. It's Hottest, not Hottes XD. Anda tertinggal huruf 't' di situ beberapa kali. Ini juga sangat random, harap maaf.

Jika ada lagi para bloggers atau hottest-hottest lain yang turut terkeliru dengan entri di bawah, saya mohon maaf. Kadang-kadang gaya penulisan saya sukar difahami~ Yang jelasnya, saya memang tiada niat untuk mengungkit, memburukkan Jaebeom, ataupun mahu dia membunuh diri.

Nana sangat happy kerana semua midterm sudah habis!

Rakan-rakan bloggers, selamat berbuka puasa :)!

Mood : Happy
Headphone : -


Tuesday, September 8, 2009

The Power of NETIZENS

Hampir kesemua SBOX di forum yang Nana join pada hari ini bercakap tentang netizen disebabkan kes Encik Jay dari kumpulan 2PM [di Korea sana, sila jangan terkebil-kebil jika anda tidak pernah dengar nama kumpulan ini].

Nana rasa terpanggil untuk menulis tentang netizen ini.

Netizen = net + citizen

Netizens can use the Internet to engage in activities of extended social groups, such as giving and receiving viewpoints, furnishing information, fostering the Internet as an intellectual and a social resource, and making choices for the self-assembled communities. Generally, a netizen can be any user of the worldwide, unstructured forums of the Internet. Generally, Netizens are Internet users who utilize the networks from their home, workplace, or school (among other places). Netizens' use of the Internet around the world has been marked by:

e-mail
online chat
blog [I'm a netizen, too XD]
file sharing
wiki
dan lain lain
Sila google sendiri ya XD

Baru-baru ini, seorang netizen berjaya mengesan salah satu komen yang ditinggalkan oleh Encik Jay kepada rakannya di laman web MYSPACE pada tahun 2005 [iaitu tiga tahun sebelum Encik Jay debut bersama ahli-ahli sekumpulannya yang lain]. Hebat betul, berjaya korek komen-komen lama sampai macam tu sekali~~

Komen yang menimbulkan kontroversi itu ialah :

koreans are gays.. i hate koreans..

Ikutan pendedahan komen Encik Jay itu, lelaki yang mengetuai tujuh lelaki dari kumpulan yang bernaung di bawah JYPent itu dikecam dengan sangat hebat, bukan sahaja di kalangan peminat dunia K-POP, malah yang tak minat pun turut mengecam juga. Kejadian ini berlaku kerana ayat itu ditujukan kepada 'koreans', maka seluruh rakyat Korea pastinya terasa hati dengan komennya itu.

Biarpun Encik Jay sudah meminta maaf secara rasmi, para netizen terus-menerus menghentam Encik Jay. Malah rakan-rakan Encik Jay, dan artis-artis lain yang memberi sokongan terus dihentam dengan dahsyatnya hinggakan laman web mini milik Encik Wooyoung hampir mati akibat kutukan-kutukan para netizen.

Kebencian mereka semakin membuak-buak, lalu para netizen ini sebulat suara memulakan satu petition yang meminta Encik Jay membunuh diri XD. Adoi la..

Setelah dihentam bertalu-talu, akhirnya Encik Jay mengambil keputusan untuk menarik diri dari kumpulan yang sedang bersinar dengan hebatnya pada masa ini. Menyedari dirinya amat dibenci ikutan petition itu, dan juga ayat-ayat menghiris hati dari para netizen seperti :

"Go back to America, Jay. We don't need you here!"

"F*** you, Jay!"

dan ada la lagi ayat-ayat lain yang penuh bintang-bintang seperti **** XD

Walaupun 2PM mempunyai fanbase [digelar The Hottest] yang kukuh dan hebat di Korea, namun kehebatan netizen-netizen yang tidak penat-penat menghentam Encik Jay, telah menyebabkan Encik Jay mengambil tindakan drastik, bukan sahaja meninggalkan 2PM dan JYPent, malah baru saja berlepas kembali ke Amerika sejam yang lalu.

The Power of Netizens = Gunung Everest XD

Pengajaran dari kisah ini..

Kita perlu berhati-hati dengan sebarang kenyataan biarpun hanya sebagai komen di Myspace, terutamanya berkenaan isu sensitif [tak kira la kita maksudkannya atau tidak], kerana bila-bila sahaja orang yang dengki boleh menggunakan sebarang ayat negatif dari kita untuk menjatuhkan kita.

Encik Jay, sila belajar dari kesilapan. Semoga anda gembira di Amerika sana.

Netizens, Nana tiada sebarang pesanan untuk anda, LOL. Oh, ada satu! Sila jangan terlalu membenci XD. Tidak baik untuk kesihatan.

Kepada mana-mana hottest yang membaca entri ini [glares at Kak Fai], sila kuatkan semangat :). Nana tidaklah sedih, kerana Nana part-time The Hottest XD

Nana perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk stay up malam ini. Tiga midterm menunggu untuk diselesaikan pada hari yang sama, iaitu esok! Bloggers, wish me luck!

Mood : Tired
Headphone : f(x)'s LA chA TA


GALLERY

Image Hosted by ImageShack.us
Encik Jay [paling kiri] bersama 2PM

Image Hosted by ImageShack.us
Encik Jay di lapangan terbang

Image Hosted by ImageShack.us
Masih di lapangan [description apa ni?]

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
The Hottests yang membanjiri lapangan terbang~

Sunday, September 6, 2009

The ANTI-SEC MOVEMENT

Nana dah lama nak post tentang anti-sec movement ni, tapi asyik lupa. Sekarang, sementara masih ingat, Nana patut bercerita XD! [Random : dah lama tak buat gif. Gif Amber di sebelah antara yang terbaru. Amber FTW!]

'Forum'ing ke sana sini adalah antara hobi Nana. Tiga forum favourite yang menjadi rumah kedua Nana ialah SFI, aff(x)tion dan 4Minutes. Beberapa minggu yang lalu, mata Nana berpinar-pinar sebaik saja Nana melawat 4Minutes. Forum tersebut kelihatannya sangat kelam-kabut, dengan background, buttons dan header yang entah hapa-hapa. SBOX pula kacau bilau dengan soalan-soalan dan rungutan daripada pengguna-pengguna lain yang turut berpinar-pinar seperti Nana. Apa yang telah terjadi?

Rupa-rupanya, Imagshack telah di 'hack' oleh satu kumpulan yang menggelar diri mereka 'Anti-Sec Movement'. Apa yang telah mereka lakukan? Mereka telah me'replace' hampir kesemua gambar yang di'upload' di Imageshack dengan manifesto mereka.

Memang la buruk betul rupa forum tersebut. Header, background, button, semuanya diganti dengan gambar di bawah :

Alamak, gambar ter'besar' sangat la pula.
Sila klik thumbnail di bawah untuk membaca manifesto yang ditinggalkan untuk Imageshack.
IMAGESHACK dieja dengan huruf 'S' digelapkan.
Yang tinggal hanya "Image Hack" XD.



Siapakah mereka?

"The group says they want to give everyone an “image of what we’re all about.” Anti-sec hacked ImageShack to deliver a message: eradication of full disclosure.

The Anti-sec movement claims that disclosure of security exploits by the security industry is self-serving. Instead of helping users, full disclosure acts merely as a scare tactic to convince people to buy their firewalls, anti-virus software, and auditing services.

In addition, it encourages other hackers to compile the exploits and use them to attack other websites. Anti-Sec says it creates an endless cycle between security fixes and hacker exploits, which only makes the security industry richer.

The group ends with a warning that supporters of full-disclosure and the security industry will not be spared."


credits to thenewschronicle

Para bloggers, sila berjaga-jaga jika anda tersenarai dalam ciri-ciri manusia yang akan diserang oleh The Anti-Sec Movement ini seperti yang dinyatakan dalam manifesto mereka.

p/s : 4minutes sudah kembali seperti dalam masa kurang dari sejam dengan meng'upload' kesemua graphics sekali lagi, kali ini di photobucket pula. Mungkinkah photobucket juga akan diserang selepas ini? Sila jangan XD, Nana tak suka menjegilkan mata untuk melayari forum yang dikucar-kacirkan oleh gerakan itu.

Mood : Risau [ada tiga lagi midterms sebelum boleh balik raya~]
Headphone : MUZIK by 4Minute

p/s : f(x) finally released their debut MV. LA chA tA = ♥♥♥. Amber = ♥♥♥♥♥. f(x) = ♥♥♥♥♥ maka Nana memilih mereka untuk ditampilkan sebagai header Pynk Happiness pada kali ini ^^