Saturday, August 1, 2009

Percy Jackson, hayaku XD!

Semalam, selepas tamatnya kelas Family Management & Parenting, Nana dan Kak Didi yang baik hati bersama-sama ke KLCC. Niat di hati nak beli buku-buku yang diperlukan untuk subjek American Literature dan English Literature. Ya, kepada senior-senior Nana, Nana ambil dua subjek itu serentak, dalam sem yang sama. Walaupun sudah berkali-kali dinasihatkan supaya drop salah satu, Nana tak mampu kerana sudah tiada kekosongan untuk subjek lain. Kalau Nana drop, tak cukup la credit hours beta, nanti duit dipotong MARA pula. Maka terpaksa meneruskan hidup dengan dua subjek itu~ Sila ucapkan selamat maju jaya kepada Nana. XD

Seperti, setibanya di KLCC, perkara wajib ialah ke panggung untuk menonton trailer-trailer movie terbaru. Sebenarnya Nana ternanti-nanti trailer untuk movie MaxRide. Pasti luruh kesemua gigi Nana jika trailernya sudah ditayangkan nanti, hoho.

Ok, nak dijadikan cerita, terwujudlah trailer movie yang memang Nana dah lama tunggu, tapi tak disangka-sangka akan tertayang di depan Nana pada masa itu!

Percy Jackson and The Lightning Thief !!
click here to watch the teaser :)

Walaupun hanya teaser, dah cukup untuk membuatkan Nana menjerit XD! Nasib baiklah manusia begitu ramai pada ketika itu, dan tiada siapa yang memberi perhatian kepada jeritan Nana.

“Some heroes are made” <- Nana sudah mula mengesyaki apabila terbaca perkataan heroes. Percy Jackson, kah? “But some are born of the Gods” <- Lalu beta menjerit akibat terlalu excited! Memang Percy Jackson!! Memang!! Memang XD!! [sampai sekarang Nana masih excited, XD!]

Nana terus keluarkan handphone dari beg, nak call Kak Nani. Apa??! Kredit ada tiga sen saja?! Macam mana nak spazzing ni!! Para bloggers, sila bayangkan, Nana menyimpan perasaan over-excited Nana selama lapan jam. Dari jam 1.30 petang hingga ke 9.30 malam. Selepas Nana topup pada malamnya, Nana terus call Kak Nani dan spazzing sampai habis kredit XD!

Yang menariknya, di awal perbualan telefon tersebut, Kak Nani terus tau apa yang ingin Nana ceritakan, walaupun Nana belum sebut lagi tajuknya XD!

Nana : Tadi Fina pi KLCC, masuk cinema, nak tengok trailer-trailer baru. Paih tu, ada la satu trailer ni.. ada sorang budak yang kacak.. dia naik lif.. [lalu nada suara Nana mula berubah kerana rasa excited itu membuak-buak XD].

Kak Nani : Kak Nani rasa Kak Nani tau dah trailer apa..

Lalu kami berdua menjerit bersama-sama XD! Kami sisters yang best, maka ada telepathy power, XD! Mungkin itulah penjelasannya, haha.

Sedikit komen tentang teaser tersebut.
Percy Jackson kacak, Nana suka.
Mount Olympus nampaknya hebat, Nana suka.
Hurus Y di nama Percy diwakili oleh Trident milik Poseidon! [Rasa mau jerit lagi XD!] Hebat, Nana suka!

Itu saja yang boleh dikatakan buat ketika ini, kerana teaser itu terlalu pendek [nama pun teaser, huhu].

Harapnya movie itu tidak mengecewakan, especially because the movie is directed by Chris Columbus. He directed the best Harry Potter movies out of the six so far.
The rest of HP movies directed by other directors =
$#@%^$&*#!

Kepada peminat movie HP, harap maaf jika tersinggung dengan statement di atas.

Mood : Masih over excited
Headphone : Hot Issue by 4Minute.


Random : Ah, tajuk lagu yang Nana sedang dengar nampaknya kena betul dengan entri pada kali ini. Percy Jackson memang HOT ISSUE, ok XD!

* hayaku = hurry

18 comments:

S.Azeem Ong said...

salam.

oh nanachwan. sila tarik nafas panjang dan bertenang.

dpt fhm ke-excited-an nana tu masa sy tgk trailer tokyo drift.


its not the story but the drifting and the cars. omaigodd!!!! XD


anyways, slmat menonton!


p/s: citer ni series best? klu best nk g tgk ni.

Max J. Potter said...

HAHA, POST JIWA NI, POST JIWA~~! mmg tak sah kalau tak sakit jiwa setelah mmbaca semua 5 buku dan menonton trailer ini pula!!

huruf Y tu api BIRU OK!?? read: BLUE which is so freaking poseidon!! OMG!

and the trailer is gila awesome because it was made clear that the building really IS the EMPIRE STATE BUILDING - ada papan tanda, OK!!??? OMG and the elevator buttons sgtlah super-correct-gila-mantap langsung tak salah and please lah,


MOUNT OLYMPUS ITU SANGAT BLOODY NERAKA PUNYA GEMPAK OK!!??? oh damn mari spazzing sicko ttg tailer ini cepat!!!

Max J. Potter said...

azeem, 'series best' is an insult if you're asking about percy jackson. and that, is an UNDERSTATEMENT, because it came from me. *smirks*

Nana Mint Lee said...

2 azeem-kum.
salam. wah, pakai sunglasses! *points to your avie ^^*

dah tarik nafas banyak kali dah XD! ya ya, series ini SANGAT best, d jemput menjadi peminat bersama nana dan kak nai XD!!

Nana Mint Lee said...

2 kak nani :
owh, api biru itu gila best!
the trident yang paling best!
tak pernah tgk huruf Y yang lebih cool dari itu, ok??!
ayat gila apa ni, LOL.

ya ya, ada papan tanda.
empire state building!
rasa maw maki akibat terlalu suka XD!!

Max J. Potter said...

announcement: my new favourite letter in the alphabets - Y!!!! darn it gila syok huruf Y yg cool begitu!!

oh jantung kak nani sgt sakit! tolong!!

haha.

mmg perlu maki, OK? itu empire state building mmg takkan terlupakan, sekali baca terus igt tmpt tu ada lif rahsia ke floor 600, OK???

straight to mount olympus yg bloody-majestic tu, OK!??

Bayang said...

hahaha ... aamir xtau la betapa dasat thp ke-excited-an kakak tapi aamir dapat nampak dari cara kakak tulih post ni ... terus aamir tgok trailer ... so far, mmg terbaek la teaser dia ... cam 1st time tgok teaser transformers ...

Caramel Foxx said...

hehe, selamat ber-jaya ye cik nana :)

Encik Luzzi said...

"The rest of HP movies directed by other directors =
$#@%^$&*#!"


memang stuju dgn ur statement. :)

Nana Mint Lee said...

2 kak nani : saya juga suka huruf Y! hoho!

marilah kita sama2 menjejakkan kaki ke empire state stau hari nanti XD!

Nana Mint Lee said...

2 aamir : wah, terima kasih! krn menyukai teaser itu XD!!

2 couzie : terima kasih :)

2 e-zul : terima kasih krn bersetuju :) !!

Max J. Potter said...

ya betul, mari menjejak empire state dan cari lif rahsia itu!!! aku ini demigod jugak, teramat dyslexic smapi tak buleh baca greek, tau baca english ja! haha.

ya. HP movies were simply dustbin-worthy since columbus left.

and that's an understatement.

Jai said...

hahaha... adik and kakak share the same interest. best2... I am also getting absorbed with the excitement. huhu... XD

Nana Mint Lee said...

2 Jai :
yay, Jai, marilah sama2 menunggu movie itu tahun depan :)

Max J. Potter said...

wei apa ni reply komen jai komen kak nani tak reply!

Nana Mint Lee said...

2 kak nani :
alamak, tertinggal XD!
sila jgn marah!

apa? teramat dyslexic smpai tak buleh baca greek, tau baca english ja! haha.

dahsyat~

fina pun dyslexic jugak, taw baca arab saja. XD

Nana Mint Lee said...

2 kak long :
apa??? hantu air XD???
betul kah??

NANOMEOW said...

setuju ngn kamu pasal director yg len, yg buat citer HP....sgt xbest~!