Thursday, August 20, 2009

Uhljjang Maniac!

Hari ni, Nana nak bercerita tentang Uhljjang Maniac. Kepada para bloggers yang langsung tiada basic Hangeul [bahasa korea], Uhl membawa maksud muka atau wajah. Rupa pun kira sekali lah. Jjang pula adalah antara perkataan korea yang popular di kalangan peminat k-pop dan k-drama, yang bermaksud hebat, best, dan .. apa-apa yang seangkatan dengannya.

Maka, Uhljjang bermaksud good looks, atau best face, macam tu lah lebih kurang.

Uhljjang Maniac bermula di Selatan Korea, tahun berapa Nana pun kurang pasti. Sungguh ramai remaja-remaja Korea yang mula membabitkan diri dalam dunia Uhljjang, dan mereka digelar Uhljjang Wannabes [standard la kan]. Disebabkan kegilaan Uhljjang ini, banyak lah website-website dan forum-forum ditubuhkah khas untuk meraikan remaja-remaja ini. Banyak juga pertandingan-pertandingan baik secara online ataupun tidak dianjurkan untuk memilih Uhljjang yang paling jjang sekali [ayat apa ni? LOL]. Bagaimanapun, jalan yang paling popular adalah melonggokkan gambar-gambar mereka di internet, dan memang ramai yang popular, serious.. Ada di antara rakan-rakan Nana yang sangat suka dengan Uhljjang-Uhljjang ini, lebih dahsyat dari tahap kesukaan Nana terhadap SHINee dan FT Island. Betul, tak tipu.

Penyakit ini merebak dari Korea ke Jepun dan Taiwan. Ada yang sanggup meng'edit' gambar-gambar mereka dengan Photoshop supaya mata mereka lebih besar, hidung lebih kecil, menutup segala cela yang ada, dan entah apa-apa lagi. jadi, dapat disimpulkan di sini, kebanyakkan Uhljjang memalsukan ke'jjang'an mereka.

Di sini, Nana nak berkongsi beberapa gambar gadis-gadis Ulhjjang yang Nana jumpa XD.
Credits to google, yahoo, xanga.

Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us

Ya, mereka comel. Mata besar, hidung kecil, kulit putih gebu.
Tapi ada juga pendapat yang mengatakan mata-mata mereka menakutkan..
Apa pendapat para bloggers?
Bagi Nana.. mereka semua nampak.. sama XD.
Mata besar, muka comel, semua nak puff cheeks.
Saya bukan jealous. Ini pendapat rasional XD.
Tapi memang mereka comel, beta akui hakikat itu.

Jangan ingat perempuan saja yang terjangkit penyakit Uhljjang ini.
Lelaki pun sama saja.
Lihatlah contoh-contoh di bawah ^^

Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us
Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us

Ya, mereka ini juga comel, tidak Nana nafikan.

Tapi, bila Nana ada SHINee dan FT Island yang natural comelnya, saya tidak berminatlah dengan kecomelan yang memerlukan segala jenis kepalsuan untuk ditampalkan di seluruh muka.

Oh ya, kepada peminat drama Korea, pasti anda semua kenal dengan actress di bawah =)

Image Hosted by ImageShack.us

Ya, heroin Boys Over Flower @ Kkotboda Namja.
She was an Uhljjang. Dan ada banyak lagi Uhljjang-Uhljjang lain yang mula meraih populariti selain dari Goo Hye Sun ini. Nana kenal yang ini saja, sebab Nana tak berapa tengok sangat k-drama.

Mengertilah anda semua mengapa semua orang berlumba-lumba membabitkan diri dengan Uhljjang Maniac ini.

p/s : Sebenarnya ada lagi yang Nana nak kongsi tentang kegilaan ini, tapi masa tidak mengizinkan. Kita jumpa lagi di entri seterusnya ^^

Mood : Happy
Headphone : Hot Issue by 4Minute

16 comments:

Aamir said...

hahaha ... aamir ingat tadi kakak nak cakap pasai majalah ujang ... perghh ... rupa2nya trend camni ada nama ... xtau plak ... sampai xleh beza mana satu cina mana satu korea ... jenuh2

Anna J. Potter said...

apa? majalah ujang? huhu, kak nana baca majalah tu skali setahun, bumper raya. tu pun pinjam yang kawan.

memang ada trend macam ni. takut pun ada kan XD?

Luna said...

uloh~

ltak la gambar transform tuh~
hahaha!

lagi gempak..

muka seblom n selepas~

Anna J. Potter said...

Q, yang itu akan di'include' dalam entri yang seterusnya, hehe.

EmcEE_SubZeRo said...

salam.

wah!! yg aweks2 tu chumell~~~


hai! nk kenal.

XD


tengok kat cermin: "hmm. itu chinese ke korean?" hahaha. kiddin. XD

Luna said...

hingga saatnya kan tiba~
aku kan menanti~
hahaha!!

Anna J. Potter said...

2 azeem-kun :
salam :). ya ya, mereka mmg comel ^^

2 Q : sila tunggu .. haha

ButirStar said...

sebutan uhljjang (tak tau la betul ke tak ejaan ni) macam Ujang.

Tapi pelukis majalah Ujang mmg ske wat editting muka2 kartunis diaorang. Ada edit muka jadi tua la, muka macam alien la.

tapi gambar2 yang nana tunjuk ni ada yang comel, ada yang ngeri gile bile tengok sebab tak normal.

kaklong pernah gak tgk benda yang tak normal ni (jin la kebiasaannya) tapi tak la menakutkan cam ni. kalau toyol tgk gambar ni, tentu diaorang mati.

Anna J. Potter said...

2 kaklong :
xlah, sebutannya x sama. apa? toyol pun mati bila tgk para uhljjang ini? haha XD!!

Max J. Potter said...

wei..benda uhljjang ni ppuan buat kak nani paham la. yg laki pun nk camwhore amik gmbr muka senget tgk ataih jegey-jegey smpai tergeliat urat dahi buat apa?

ok yg ppuan tu mmg chomey.

yg laki tu semua muka gay.

muka dan tingkah laku serta pose. gay.

Anna J. Potter said...

2 kak nani :
apa? tergeliat urat dahi XD??
hoho. tp memang pelik pun laki buat pose macam tu. pening tgk~

ButirStar said...

tergeliat urat dahi? macam terseksa je bunyiknya.....

tapi depa mmg nampak gay. lelaki mata besar cam depa buat tu mmg buruk!!

Anna J. Potter said...

2 kak long : haha. tergeliat urat dahi, x leh bayang. sakit sungguh bunyi nya XD

Chazzie Minho said...

it's been a while since i visit here.. lolz, looks like you're being a true prima, unlike me, who're totally Seunghyun biased for his bday! ahahaha...

lolz, itu muka jang for namja klihatan sperti golf&mike! and i have a friend (mayb u've meet her @ dd before) name anna sungmin.mata sgt bulat dan super comey!

Max J. Potter said...

boleh publish:

http://www.youtube.com/watch?v=LjMkNrX60mA

go and watch it. share with your frens. gila best!!

Anna J. Potter said...

2 kak fai :
yeah, im a true pri XD!
biased, biased jugak.
tapi kali ni rasa nak feature semua :) hehe

anna sungmin? tak perasan pula~~ siapa golf&mike XD?

2 kak nani :
okay!!