Tuesday, July 28, 2009

Doktor Gigi Tak Bertauliah

Kepada para blogger yang dah lama baca blog Nana, pasti sudah tahu perangai Nana yang suka letak tajuk entri yang susah betul nak ada kaitan dengan isi entri terbabit.. XD

Sudah dua hari Nana batuk-batuk.
Selesema juga ada.
Sakit tekak juga, dan demam ..
Ya, Nana tahu. Semuanya .. tanda-tanda ..

INFLUENZA

Nana sangat takut, lalu terus cepat-cepat ke klinik UIA.
Nampaknya, ramai lagi manusia yang senasib dengan Nana.
Klinik itu penuh dengan manusia yang terbatuk-batuk dan pucat lesi dari kaunter hingga ke pintu XD!
Adoi la.. walaupun ramai orang, Nana masuk juga dan tunggu giliran Nana dengan penuh kesabaran.

Ada seorang pelajar UIA yang dikejarkan ke hospital setibanya Nana ke pintu masuk klinik tersebut.
Takut la pula..

Kata Syasya, kelas American Literature sudah cancel.
Sebab lecturer kesukaan kami itu sudah dikuarantin!
Menambahkan ketakutan Nana.

Sedang Nana menunggu giliran, Nana berbual-bual dengan seorang rakan yang Nana jumpa di sana.

"Demam ke?" tanya Nana.

"Ha ah. Burung ke Babi, aku pun tak tawu seleseme ape!" jawabnya.

XD <-- ini reaksi Nana kepada jawapannya.

Nana disahkan demam biasa yang teruk.
Apa tu? Dah biasa, teruk pula?
Demam biasa, maksudnya bukan influenza la.
Dan disebabkan deman beta yang teruk, Nana diarahkan pakai mask itu!
Yang tutup separuh muka tu XD!

Rupa Nana ketika memakai mask itu, tak ubah seperti seorang doktor gigi yang tak bertauliah.

XD

Itu lah asal usul tajuk entri pada kali ini.

Ok, nak balik tidur.
Demamku belum kebah sepenuhnya.

p/s : Baru dapat SMS dari Kak Nani. Nampaknya influenza sudah merebak di bahagian utara malaysia. MRSM Kubang Pasu dan UNIMAP sudah ditutup. Kak Nani, Mak, Ayah, dan kucing-kucing sekalian, sila jaga diri baik-baik!!

*sangat risau .. T.T*

Para bloggers juga, sila berhati-hati!

9 comments:

inna hayati said...

uitm sudah tutup.
ada orang cadangkan, kuarantin semua student yang ipt,sekolahnya disyaki ada kes influenza ni dalam ipt n sekolah mereka.
mujurlah uitm sudah selamat cuti siap2.
tak dapat bayang kalau semua kena kuarantin dalam kampus,tak boleh keluar seminggu...
haish...isk..isk...

janedoe said...

laaaaaaaaaaa.patot laa tak jumpe nana dah 2 hari!
:)
get well soon bebehs

Aamir said...

aamir harap kakak dapat sembuh dgn segera ... hari tu pon aamir ada gak kena demam sekali batuk2 gak, tapi dah ok dah skrg ... x sangka kat uia pon ramai gak yg kena demam2 ... hurmm pa bleh buat kan ... dah musim dia skrg ni

Anna J. Potter said...

2 kak inna :
aish... takotnya..

2 mimi :
tu la.. rindu sama mimi .. :)

pEmBeBeL yAnG sEtIa said...

hehe anda pon dmam yeh???get well soon, sy bru bek dmam sbb kesedihan kucing kesygn hilang~~~

ButirStar said...

kaklong pun mengalami batuk2 jugak tapi tak demam la. kaklong asthma. nasib baik tak kena selsema babi

Eeee....!!! Babi!!! Geli dowh!

Max J. Potter said...

mari kita bersama2 mengkebahkan demam dan kembali menjalani hidup sihat~!! oh demam ini sungguh tak menarik. buat apa pon rasa tak syok!

mrsm merbok pun tutup. ikm beseri yg cuma dipisahkan pagar dawai dgn mrsm beseri sudah disahkan 8 saspek sesema babik jadah ini...

takutnya!!!

Anna J. Potter said...

2 aamir : tu la.. risau betul dibuatnya

2 couzie : ya, beta demam..
apa, hilang kucing? laa..

2 kak long : nasib baik tak kena selesema babi ^^

2 kak nani : apa? 8 suspek!!?

Max J. Potter said...

ya! LAPAN!!