Monday, July 13, 2009

COOL

Hello, bloggers!

Nana dah lama sangat tak update blog.
Sebenarnya, Nana tak ada apa-apa untuk dikongsi bersama.
Maka, Pynk Happiness tersadai begitu saja.
Harap maaf.

Oh ya, dalam dua tiga hari ni, Nana ada berfikir maw tukar header dan layout baru.
Nana berkira-kira untuk menampilkan FT Island untuk kali ke-6 [kerana mereka akan muncul dengan album baru dalam beberapa hari saja lagi] ataupun Taemin untuk kali ke berapa entah, Nana pun dah tak ingat XD [kerana dia bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-16 dalam masa empat hari lagi].
Fikir punya fikir.. Nana masih tak dapat nak pilih.

Al-kisahnya, Nana baru saja menonton TRANRFORMERS: Revenge of The Fallen semalam.
[Ya, semalam. Nana pasti para bloggers sudah menontonnya jauh lebih awal].

Kedahsyatan movie itu sukar digambarkan dengan kata-kata.
Nana rasa, sepanjang masa tontonan, Nana asyik ternganga saja XD.
[Kenapa? Kung kang ssup zapp, poooooffth! Jadi Optimus Prime. Zheeet zhooottt gedegung gedegang gedebush! Jadi jet pulak! Macam mana nak tutup mulut XD?? Kagum, OK!]

Definisi terbaik untuk perkataan COOL adalah Transformers.
Jika anda merasakan anda tahu dan faham maksud perkataan COOL, tetapi anda belum menonton movie-movie Transformers, anda tipu.

Pendapat-pendapat seperti :
Terlalu banyak letupan, tak faham jalan cerita
Kemusnahan yang melampau
Megan Fox itu lelaki, dia ada halkum
Optimus Prime tak best, rupanya tak sama dengan rekaan asal dalam animasi [Optimus Prime tak best?? Rabunkah anda? Ya, anda pasti rabun.]
Shia kekurangan dari segi rupa, dia tidak handsome, kurang sesuai jadi hero

..dan macam-macam lagi, dan keesemuanya LANGSUNG tidak mengurangkan keCOOLan movie ini walau sedikitpun!

Maka, akhirnya Nana memilih untuk menampilkan movie COOL ini sebagai header dan layout PYNK HAPPINESS yang terbaru. Signature Nana juga menggunakan font Transformers XD.

Dan buat pertama kalinya, header Nana tiada kaitan dengan SHINee, FT Island dan artis-artis Korea + Jepun yang lain. Sila beri tepukan kepada robot-robot macho ini ^^

Mari kita bersama-sama nantikan sequel seterusnya 2011 ini. Encik Bay, all the best, dan sila cepat. Nana sayang sama Encik Bay XD!

Mood : Masih ternganga XD
Headphone : Hate You by 2PM


p/s : Semester baru dah mula. ^^

18 comments:

inna hayati said...

waahhh....macam tu sekali penangan transformer pada Nana yek...

meghan fox lelaki? ada halkum? erk!

Anna J. Potter said...

ye, mmg begitu dahsyat skali, kak.

nana ada terbaca yang aktres itu sebenarnya lelaki. tataw la beta. kalau dia perempuan, dia perempuan yg sgt cantik. kalau dia lelaki, dia lelaki yang apabila menjadi perempuan, dia sangat cantik XD

Chagall said...

Hai. Lama tak dengar berita. Sekarang ni ada kat U dah ka?

Anna J. Potter said...

2 ace : yep.
baru saja smpai.
hari ni hari ke3 ^^

ღ~n0n0i~ღ said...

Patutlah lama tak nampak Nana kat blog, rupanya tengah busy layan transformer ek.

Take care of urself ok =)

Akak pon sejak kebelakangan ni takde benda menarik untuk dikongsi. Cam kosong je. Anyway, enjoy the life no matter what ^_______^

Selamat kembali ke U. Hihihi

Anna J. Potter said...

2 kak noi : terima kasih :)!

Max J. Potter said...

megan fox is a male = jadi kenapa?
shia la beouf tak hensem = jadi kenapa?
prime tak syok = are you bongok?

hue hue sapa ada sila copy ya?? hehe.

EmcEE_SubZeRo said...

salam.

wah!!! terkejut sy msa memula bukak blog nana! transformer!!!


spe kata optimus prime tak best? gila owning beb! lagi2 masa dia kata "i'll take on all of you at once!!" pastu die kluarkn pedang kt 2 2 tangan.


waaa~~~!!!

oh ye. SNSD yg nana suka tu nama pe? die la yg comel dlm vc Gee tu. pakai topi koboi besa. XD

Anna J. Potter said...

2 kak nani :

"are you bongok?" <-- bapak lawak ok!
soalan tak boleh blah XD!!

ya ya, fina tgh tunggu boyfren ex-rumate fina download XD.

sila tunggu ^^

SyArEeN said...

wah!cool giler header!!!

tapi..bumblebee xde?

ButirStar said...

fuyoo~!!!!

*tepuk tangan kuat2*

mmg hebat!!!

Kaklong suka Megatron. Hahahaha!!! Dari kecik lagi suka Megatron tu sebab kaler dia menarik.

Anyway, this is the coolest blog ever!! XD

Anna J. Potter said...

2 azeem-kun :

salam.

optimus prime la yg paling best! sangat macho!

owh, yg pakai topi koboi itu mmg my favourite. she's the dancing queen of SNSD, Hyoyeon ^^

2 syareen :
hoho, nana tataw mana nak letak bumblebee .. ^^

2 kaklong :
apa? suka megatron?
haha, tak pa. decepticon n autobots mmg semuanya macho!

Jai said...

OK. Sy bukak je blog nana, nampak header transformers yang sangat cantik. Lalu terfikir:

"Ape kena dgn minah nie? huhu.."

So, baru lepas tengok Transformers rupanye. Huhu... transformers mmg best gile... sedikit kurang di situ dan disini tak membantutkan pon ke'best'an transformers tu! huhu...

Anna J. Potter said...

2 jai :
bukan setakat header, background blog nana pun ade optimus prime :) !

ye betol, transformers sgt best!

♥ baiti ♥ said...

ahakz~~
nana~
transformers mmg besh gile~~
masyukk!!!!

ade dak laki neh~
siap2 nak gado2 dgn akak~
die ckp too many cgi~
2 namenye bodoh~
da name robot~
da tentu la pakai cgi~
kn kn kn~

ape2 pon prime, bumblebee, megatron sgt masyuk~
^.^

Anna J. Potter said...

2 kak baiti :
cari gaduh betol org tue.
dah nak buat robot, takkan x guna cgi kot?
apa la...

Aamir said...

trans 2 terlampau byk action la kak ... storyline agak simple sangat ... tapi grafik xbleh kata pa ... nothing could challenge it till now la ... too complicated to express

Anna J. Potter said...

2 aamir : apa saja komen yg postif pasal tranformers, akak stuju! XD