Tuesday, July 28, 2009

Doktor Gigi Tak Bertauliah

Kepada para blogger yang dah lama baca blog Nana, pasti sudah tahu perangai Nana yang suka letak tajuk entri yang susah betul nak ada kaitan dengan isi entri terbabit.. XD

Sudah dua hari Nana batuk-batuk.
Selesema juga ada.
Sakit tekak juga, dan demam ..
Ya, Nana tahu. Semuanya .. tanda-tanda ..

INFLUENZA

Nana sangat takut, lalu terus cepat-cepat ke klinik UIA.
Nampaknya, ramai lagi manusia yang senasib dengan Nana.
Klinik itu penuh dengan manusia yang terbatuk-batuk dan pucat lesi dari kaunter hingga ke pintu XD!
Adoi la.. walaupun ramai orang, Nana masuk juga dan tunggu giliran Nana dengan penuh kesabaran.

Ada seorang pelajar UIA yang dikejarkan ke hospital setibanya Nana ke pintu masuk klinik tersebut.
Takut la pula..

Kata Syasya, kelas American Literature sudah cancel.
Sebab lecturer kesukaan kami itu sudah dikuarantin!
Menambahkan ketakutan Nana.

Sedang Nana menunggu giliran, Nana berbual-bual dengan seorang rakan yang Nana jumpa di sana.

"Demam ke?" tanya Nana.

"Ha ah. Burung ke Babi, aku pun tak tawu seleseme ape!" jawabnya.

XD <-- ini reaksi Nana kepada jawapannya.

Nana disahkan demam biasa yang teruk.
Apa tu? Dah biasa, teruk pula?
Demam biasa, maksudnya bukan influenza la.
Dan disebabkan deman beta yang teruk, Nana diarahkan pakai mask itu!
Yang tutup separuh muka tu XD!

Rupa Nana ketika memakai mask itu, tak ubah seperti seorang doktor gigi yang tak bertauliah.

XD

Itu lah asal usul tajuk entri pada kali ini.

Ok, nak balik tidur.
Demamku belum kebah sepenuhnya.

p/s : Baru dapat SMS dari Kak Nani. Nampaknya influenza sudah merebak di bahagian utara malaysia. MRSM Kubang Pasu dan UNIMAP sudah ditutup. Kak Nani, Mak, Ayah, dan kucing-kucing sekalian, sila jaga diri baik-baik!!

*sangat risau .. T.T*

Para bloggers juga, sila berhati-hati!

Monday, July 27, 2009

Sungai UIA

Pada hari ini,Nana maw cerita pasal sungai yang merentasi UIA tu.
Warnanya tidak pernah jernih.
[Kalau jernih, pasti tiada warna~]

Ditambah dengan biawak-biawak yang berenang bebas di dalamnya, menambahkan lagi kegelian Nana kepada sungai itu.
Tapi, sejak bermulanya sem ini, Nana sudah tidak nampak biawak-biawak UIA, atau lebih dikenali sebagai 'dhab'.
Sudah matikah?
Mungkin juga, kerana sungai itu terlalu kotor.

Nana, sebagai salah seorang penduduk Halimatus Saadiah, berjalan kaki ke kuliah kebiasaannya. Dan Nana perlu merentasi sungai itu setiap pagi.
Pagi tadi, sesak nafas beta dibuatnya!
Biawak sudah tiada, muncul pula masalah baru.
Sungai itu berbau seperti ratusan stokin busuk dikumpul bersama membentuk sebuah gunung, ok! Nana hampir pengsang melalu sungai itu!
Mana datangnya bau stokin busuk itu?
Mungkinkah pencemaran sungai itu telah membunuh biawak-biawak yang menghuni, dan bangkai-bangkainya mengeluarkan bau stokin itu?
Entah la..

Esok nak jalan ikot jalan lain lah pula..

Jauh pun tak apa..

Asalkan tak perlu hidu bau ratusan stokin busuk..

Saturday, July 18, 2009

Sayang Layout

Hari ni birthday Taemin.
Nana dan plan awal-awal nak buat header & layout bertemakan Taemin untuk diguna hari ni.
Tapi.. Nana suka layout transformers ni~

Jadi, Nana tak jadi tukar XD!

Image Hosted by ImageShack.us

p/s : Ini entry merapu, sekadar mengisi masa lapang~

Monday, July 13, 2009

COOL

Hello, bloggers!

Nana dah lama sangat tak update blog.
Sebenarnya, Nana tak ada apa-apa untuk dikongsi bersama.
Maka, Pynk Happiness tersadai begitu saja.
Harap maaf.

Oh ya, dalam dua tiga hari ni, Nana ada berfikir maw tukar header dan layout baru.
Nana berkira-kira untuk menampilkan FT Island untuk kali ke-6 [kerana mereka akan muncul dengan album baru dalam beberapa hari saja lagi] ataupun Taemin untuk kali ke berapa entah, Nana pun dah tak ingat XD [kerana dia bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-16 dalam masa empat hari lagi].
Fikir punya fikir.. Nana masih tak dapat nak pilih.

Al-kisahnya, Nana baru saja menonton TRANRFORMERS: Revenge of The Fallen semalam.
[Ya, semalam. Nana pasti para bloggers sudah menontonnya jauh lebih awal].

Kedahsyatan movie itu sukar digambarkan dengan kata-kata.
Nana rasa, sepanjang masa tontonan, Nana asyik ternganga saja XD.
[Kenapa? Kung kang ssup zapp, poooooffth! Jadi Optimus Prime. Zheeet zhooottt gedegung gedegang gedebush! Jadi jet pulak! Macam mana nak tutup mulut XD?? Kagum, OK!]

Definisi terbaik untuk perkataan COOL adalah Transformers.
Jika anda merasakan anda tahu dan faham maksud perkataan COOL, tetapi anda belum menonton movie-movie Transformers, anda tipu.

Pendapat-pendapat seperti :
Terlalu banyak letupan, tak faham jalan cerita
Kemusnahan yang melampau
Megan Fox itu lelaki, dia ada halkum
Optimus Prime tak best, rupanya tak sama dengan rekaan asal dalam animasi [Optimus Prime tak best?? Rabunkah anda? Ya, anda pasti rabun.]
Shia kekurangan dari segi rupa, dia tidak handsome, kurang sesuai jadi hero

..dan macam-macam lagi, dan keesemuanya LANGSUNG tidak mengurangkan keCOOLan movie ini walau sedikitpun!

Maka, akhirnya Nana memilih untuk menampilkan movie COOL ini sebagai header dan layout PYNK HAPPINESS yang terbaru. Signature Nana juga menggunakan font Transformers XD.

Dan buat pertama kalinya, header Nana tiada kaitan dengan SHINee, FT Island dan artis-artis Korea + Jepun yang lain. Sila beri tepukan kepada robot-robot macho ini ^^

Mari kita bersama-sama nantikan sequel seterusnya 2011 ini. Encik Bay, all the best, dan sila cepat. Nana sayang sama Encik Bay XD!

Mood : Masih ternganga XD
Headphone : Hate You by 2PM


p/s : Semester baru dah mula. ^^