Tuesday, June 10, 2008

Header FTI & CSD Bulletin

Baiklah, rakan-rakan sekalian. Nana mulakan entri kali ni dengan sebuah kisah yang bertajuk ‘header FT Island’.

Dua bulan lepas, Nana dah siapkan satu set headers bertemakan member2 FT Island. Pada masa tue, Nana langsung xtahu guna photoshop. Letak warna, stamped brushes sesuka hati, masukkan text, maka siaplah header-header tersebut!! Dua bulan telah berlalu. Disebabkan sebab-sebab tertentu yang tak dapat diterangkan, Nana tak nak guna header-header tersebut lagi. Hanya header Hongki dan Minhwan saja yang sempat digunakan di sini. Maka, dengan ini Nana umumkan bahawa header-header itu tidak akan digunakan di blog ini, namun Nana akan simpan sebagai kenangan kali pertama Nana menggunakan photoshop ^^.



Sekarang, Nana nak bercerita pasal Bulletin CSD pulak. Sebagai salah seorang ahli Creative Club di bawah CSD (Counseling Dept.), Nana dan Kak Mady telah diberi tanggungjawab untuk menyiapkan layout untuk bulletin terbitan club kami. Maka, selama lebih kurang tiga minggu, Nana yang xtahu apa-apa ni menuntut ilmu dengan Kak Mady. Setelah sedikit sebanyak menyerap ilmu photoshop dari Kak Mady, Nana telah diberi kepercayaan untuk buat semua headers untuk bulletin tersebut. Alhamdulillah, Kak Mady dan Abang Wan (the chief editor) berpuas hati dengan hasil kerja Nana.

Pada malam hari jadi Nana, Nana dan Kak Mady bercadang nak bertungkus-lumus untuk siapkan bulletin tu pada malam tu jugak, so Kak Mady ajak Nana gi tidur bilik die. Lalu, kira-kira jam 9 malam, Nana pun melangkah ke mahallah Hafsa bersama-sama laptop kesayangan Nana dan bantal yang berwarna pynk. Kami mula buat kerja dalam pukul 9.30 malam, dan pada jam 3pagi, selesailah segala kerja!! (p/s : Mahallah = Hostel)

Tapi Nana x mengantuk lagi, lalu Kak Mady ajak Nana tengok movie The Jikenbo of Young Kindaichi. Owh, best sekali ceritanya (agak takut juga, kerana ada vampire~). Pertengahan movie tu, Kak Mady tertidur. Lalu Nana sambung tengok movie tersebut sorang-sorang sampai habis, pas tu Nana tengok drama Dragon Sakura pulak sambil melayari internet selama lebih kurang 20 minit (Kak Mady ade Maxis Broadband!). Selang beberapa ketika, kedengaran suara azan menandakan masuknya waktu subuh. Huh, kalau Nana taw Nana tak akan tidur, tak lah Nana susah bawak bantal~

Wah, ini lah kali pertama Nana tak tidur sepanjang malam. Setelah mengucapkan salam dan selamat tinggal kepada Kak Mady, Nana pun berangkat pulang ke mahallah Nana sekitar jam 6.30 pagi. Walaupun penat buat kerja ni, tapi Nana gembira. Sebab dapat belajar sedikit sebanyak cara-cara guna photoshop ni dari Kak Mady, and gembira dapat berkenalan dengan kakak senior yang baik macam Kak Mady (walaupun tak sampai dua bulan). Kak Mady dah nak grad, Nana mesti akan rindukan Kak Mady nanti ^^!



4 comments:

Miyn Amin said...

kakak miyn dok mahallah aminah..

haha, nama sama mcm adek dia..ngeh3..

Nana Mint Lee said...

haha, bagus. bila dia igt mahallah dia, mesti dia igt adik dia. hehe

Bayang said...

wah cantiknya gambar2 tu ... terernya kak pakai photoshop ...

Nana Mint Lee said...

2 aamir :
teror apa nya. tu gabungan photophop n publisher. akak x smpai 2bulan pun bljaq photoshop ni. tp i'm sure i'm a fast learner, haha!