Saturday, June 14, 2008

"The Orphanage" & "Gossip Girl"

[click to enlarge]

Rakan-rakan sekalian. Pernah tak rakan-rakan main game 'A.E.I.O.U'? Game ni feymes, tak perlu peralatan pun untuk main game ni. Korang cuma perlu sebut 'A.E.I.O.U', dan pusing belakang. Kawan-kawan lain yang turut sama main game tersebut kena membatukan diri. Kalau gerak walaupun seinci, kalah lah. Tapi, bayangkan korang main game ni dengan hantu ..

Beberapa hari lepas, Nana telah menonton satu movie yang d'suggest' oleh Kak Mady. Dia bagi pinjam DVD movie tu. A beautifully told, terrifying ghost story.. Cerita hantu yang 'bersih' (darah, cekik, bunuh semua tak ada), tapi cukup untuk buat Nana menggigil sampai ke tulang.

Ada satu part masa watak utamanya (Laura) main game ni ("1 2 3, knock on the wall" dlm versi dowrang). Bila pusing belakang je, ada hantu-hantu tu membatukan diri. And setiap kali pusing belakang, hantu-hantu tu makin dekat dengan dia, still membatukan diri! Nana macam nak pengsan tengok part tu!

Nana bagi 4 bintang untuk movie ni.


* * *

[click to enlarge]

Sekarang, Nana nak bercerita tentang satu series yg bertajuk ‘Gossip Girl’. Last week Nana dah tengok siri tu sampai last episode (d M’sia, baru mula ditayangkan di 8tv, 9 Jun). Nana sebenarnya x berapa tengok sangat English series. Yang Nana tengok leh kira dengan jari je. Heroes, CSI, House, Close to Home. N terbaru, Gossip Girl.



Siri ni, bagi Nana, jalan ceritanya tak ada akar tunjang. Just cerita harian remaja-remaja high school, cinta, persahabatan, dan ntah apa lagi. Salah seorang watak dalam cerita ni, tak menggunakan pelakon, hanya sekadar suara. She is a blogger, menggelar dirinya “Gossip Girl”, dan blog dia tak ada cerita lain, melainkan skandal di Manhattan semata-mata. Nana bagi 3 bintang utk siri ni. Kalau nak tau lebih lanjut lagi tentang siri ni, boleh baca di sini.



Skarang, Nana nak bercerita pasal perbualan childish antara Nana dan kawan Nana smalam. Smalam, Nana tengah buat kolaj gambar-gambar watak2 “Gossip Girl”, nak letak kat Friendster. Lalu muncul lah kawan Nana ni, dan bermulalah perbualan childish kami berdua. (atau lebih tepat, jawapan Nana yang childish kepada soalan-soalannya yang Nana malas nak layan)



Dia : Eh, you pun tengok GG ke?
Nana : Yup.
Dia : You dah tengok sampai episode berapa? I dah sampai episode 9.
Nana : Nana dah habiskan satu season. (buat masa skang, mmg ade satu season je, 18 episod)
Dia : Oh, ye ke. You suke sape? I bet Serena!
Nana : Nana suka Blair.
Dia : Eh? You ni biar betul. Kenape tak suke Serena?
Nana : Blair comel.
Dia : Takkan la sbb muke je. Kenape tak suke Serena? (Dah dua kali dia ulang soalan ni)
Nana : Bukan tak suka Serena. Cuma Nana lagi suka Blair. Blair comel.
Dia : Memang la dia comel. Tapi dia tu bitchy la.
Nana : Dah comel, baru lah boleh nak mem’bitchy’ di sana sini. Kalau hodoh, takde sape nak layan ke’bitchy’an die. (Jawapan apakah ini~)
Dia : Tapi dia tu bitchy sangat la (ulang kawan Nana itu buat kali kedua, dengan tambahan perkataan ‘sangat’)
Nana : Dia yang bitchy, bukan Nana. (Jawapan apakah ini ..)
Dia : Ye la, I taw la bukan you.



[Kami berdua diam buat sementara waktu, sambil dia memerhatikan kerja kolaj Nana. Sepi berlabuh di antara kami buat beberapa minit, tidak lama. Sewaktu Nana sedang ‘extract’ gambar Chuck, sekali lagi dia bersuara dengan soalan-soalan yang Nana sangatlah malas nak layan]



Dia : Kenape you focus sangat kat gambar Chuck tu? Kenape nak buat gambar die cantik-cantik? [soalan apa ni? Orang focus, buat cantik-cantik pun dipersoalkan..]
Nana : Nana suka Chuck Bass.
Dia : Hah? Pelik betul you ni. Kenape tak suke Nate. Dia lagi handsome.
Nana : Nate tak maskulin (wah, jahatnya mulut Nana!). Nana suka Chuck Bass. [dua kali dah ulang]
Dia : Tak maskulin? Tengok pun dah tahu lah, die watak lelaki yang paling best dalam cite tu.
Nana : Nana rase Dan Humphrey lagi best.
Dia : Habis tu, kenape you tak suke Dan?
Nana : Nana suka Chuck Bass. [dah tiga kali Nana ulang..]
Dia : Dia remaja corrupt, la Nana. Kenape you suke watak-watak corrupt ni?
Nana : La.. kan semua watak dalam cerita tu memang korap? Serena buat seks dengan boyfriend kawan baik sendiri. Nate tak ade pendirian, pura-pura couple ngan Blair untuk kepentingan bapak sendiri. Lepas break, terhegeh-hegeh kat Blair pulak. Jenny pulak gedik nak jadi popular cam Blair. Pas tu, mak Serena dengan bapak Dan pun gatal, tak ade pendirian, kejap suka orang tu, kejap suka orang ni. Dah alang-alang semua watak corrupt, apa salahnya Nana nak suka yang paling corrupt? Sekurang-kurangnya ada pendirian. Corrupt sepanjang masa, bitchy sepanjang masa, tak berpura-pura. [Jawapan apakah ini ..?? Nana gelak bila teringat balik jawapan ni~]
Dia : You ni .. [dia cuba nak bidas, tapi dia tak ade isi nak bidas. Apa yang Nana kata pasal watak-watak tu memang betul, tak boleh dinafikan.] .. Serena tak sengaja, lah. Time tu dia mabuk. Nate yang gatal.
Nana : Taw. Serena mabuk, Nate gatal. Remaja-remaja corrupt.



[Lalu dia pun diam, tak kata apa-apa lagi, dan Nana meneruskan kolaj Nana]



Komen Nana :
Dah nama pun cerita pasal budak-budak sekolah kat barat sana, mana nak cari yang tak corrupt? Mostly memang la corrupt, minum arak, gatal, tak terkawal. Kan perkara biasa tu, Nana pun tak heran. Cuma Nana pelik bila tanya soalan yang sama berulang-ulang kali. Kenape suke Blair? Kenape suke Chuck?



“Blair comel”.



“Nana suka Chuck Bass”.



Susah sangatkah nak faham dua ayat di atas?

11 comments:

S.Azeem Ong said...

Salam.

hohoho rupanya nana-chan xbnyk tngk English series. xpe. sy pon sama! english series yg sy tengok pon boleh dibilang dengan jari iaitu Prison Break s1 s2 s3, Human Weapon, CSI (kadang2). tu saje. ahahahaha


anyways, perbualan anda mmg childish skali. tapi org yg membangkitkan soalan tu agak childish so kita pon kena la balas dgn childish. nana-chan x salah.

oh ya... remaja barat mmg korup.

diterima tanpa sbrg kompromi. haha

janedoe said...

nana!!!mimi nii :)..best ke orphanage?rase2 ade similarities ngn cite hide&seek(dakota fanning blakon)x?da mls la nk tgk cite cintancintun sgt.nk tgk long khong kecut sgt.haha

Nana Mint Lee said...

2 en. beliau :
prison break best x?
kawan nana kata best, tp nana xde peluang lg nak tengok.

ya, ya, si tukang tanya yg m'bgkitkan soalan childish, maka terpaksa lah d balas dgn childish juga~

2 mimi :
mimiiii!! hehe. aceli nana mmg tak tgk cite hantu. jadi nana tataw kalau cite ni ada persamaan dgn mana2 movie lain .. gomen~~

Miyn Amin said...

nnt tryla tgk one tree hill, crita yg sgt best..tgk dr form 2 lagi..

#suka blair jugak..ekceli suka mat salleh yg rmbot brunette@itam..

Nana Mint Lee said...

nana 2 miyn :
maybe sem depan kot nana nk try tgk. coz rumate nana ade cite tue.
yeah, nana pun suke blair sbb tu jugak. gimme 5!

Encik Luzzi said...
This comment has been removed by the author.
Encik Luzzi said...

usually hollywood yang seram = jijik.

tapi ni,

crite hantu hollywood yang tak mlibatkn darah and all?

interesting. looking forward nk tgk!

Max J. Potter said...

4 bintang krn kamu takot?? hehe.

afiq dharma said...

NANA!!!

saru terbaca post ni.
gtaw ezul pasal cite orphanage.
pastu kitorang br tgk petang semalam.

O_O

itu je yang mampu saru ckp XD

Nana Mint Lee said...

2 ezul n saru :
owh, apakah maksud o_o, hehe

2 k.nani :
ya, sy takot~~

Trinisaurus said...

ala nana ni.. jgnla memarah pulak kawan tu tye je psl gg tue.. cool babe