Friday, October 30, 2009

Hipokrit

Tersebutlah kisah seorang manusia yang sangat hipokrit.

Bila bercakap, suaranya sangat lembut dan dan sopan santun gayanya. Awal-awal dulu, Nana juga tertipu dengan lagak sopannya itu. Setahun mengenali perempuan ini, Nana akhirnya sedar yang dia sebenarnya penuh kepura-puraan.

Cerita sedihnya semua tipu belaka.
Penganiayaan yang diterimanya juga bohong belaka.
Kemuliaan hatinya yang tak henti-henti menolong orang lain, tetapi menerima balasan yang tak setimpal juga tiada satu pun yang kita boleh percaya.

Pendek katanya, memang hipokrit la perempuan yang satu ni.

Nana tak suka duduk dan bersembang dengan manusia seperti ini, kerana topik-topik yang dibincangkan semuanya bosan dan bohong belaka. Hampir semua lelaki yang dikenalinya menaruh hati terhadapnya. Hampir kesemua classmate nya iri hati sekali kepada kepandaiannya. Dia tidak pernah mengulangkaji walau sedikitpun, malah menyentuh kulit buku teks pun tidak pernah, namun dia mendapat markah yang sangat tinggi. Bila buat kerja berkumpulan, dia sorang sahaja yang buat. Orang lain semuannya pemalas.

Kalau sekali sekala, mungkinlah betul.

Takkan la dah empat tahun belajar, dah berpuluh-puluh kali buat group works, asyik dapat group mates yang tak guna saja? Takkan lah dah berpuluh-puluh kali jugak jawab quiz, midterms, dan final exam masih dapat markah penuh walaupun tak pernah ulangkaji? Einstein pun baca buku, kot? Heroin sinetron Indonesia pun paling kurang tiga saja lelaki yang suka padanya. Dia pula sampai berpuluh lelaki yang tergila-gilakan dirinya. Dan dia pula menyimpan perasaan kepada lelaki-lelaki lain yang tidak menghargai dirinya [menurut kisahnya la..]

Oh tidak, Nana tidak iri hati. Jauh sekali. Cuma menyampah saja. Kerana setiap kali dia duduk di tepi Nana, dia hanya bercakap tentang topik-topik yang disebut di atas, dah membawa rajuk hati yang entah apa puncanya akibat ditindas dan dan dianiaya, kononnya lah. Nana sebenarnya bukan rakan rapatnya sehinggakan boleh dibawa bercakap tentang hal-hal seperti itu. Owh, dia memang suka membawa mulut ke sana ke mari, terlupa pula.

Baru-baru ini, dia buat perangai dengan kawan baik Nana. Oleh kerana kawan baik Nana pun tak panjangkan cerita, dan berdiam diri saja, Nana pun tak mau la masuk campur. Ingatkan dah habis setakat tu saja.

Rupanya-rupanya, dengan penuh kejahatan dan kehipokritan, dia membawa lagi mulut jahatnya itu dan menjaja 'kejahatan' kawan Nana tu ke sana sini, malah ke lecturer juga. Sakit hati ni, tuhan saja yang tahu. Sesuka hati menabur fitnah ke sana sini, kamu tak takut neraka Allah, kah?

Kawan Nana tu bukan mangsa pertama. Perempuan ni memang penuh dengan kebohongan. Setakat ni, pepatah 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga," masih belum boleh diaplikasi kepada perempuan ini, kerana dia sentiasa terlepas dari sebarang hukuman.

Tak apalah, lompatlah selagi kamu terdaya. Jangan gembira sangat hanya kerana kamu sudah terlepas dari hukuman dunia. Hukum Allah SWT yang paling agung, sila tunggu saja kamu dibangunkan semula di Padang Mahsyar nanti.

Mood : Sakit Hati
Headphone : -

Monday, October 26, 2009

Demam lagi~

Image Hosted by ImageShack.us
Medice by Detail66

Nana demam lagi.
Hari ni hari ketiga.
Tadi dah pergi melawat klinik.
Dah dapat ubat pun.
Tapi, ubat sakit tekak Nana tak sedap.
Bukankah selalunya ubat sakit tekak rasanya sedap?

Ok, ini sangat random~

Mood : Tak happy kerana demam.
Headphone : -

Tuesday, October 20, 2009

Kembali Happy

Semalam, mood Nana kurang baik diakibatkan oleh satu kejadian yang tidak disangka-sangka akan berlaku. Nana sudah faham perasaan Encik Jaebeom sekarang apabila perkara lama diungkit kembali.

Nana rasa tak perlu komen panjang lebar di sini. Semua orang bebas blogging tentang apa saja. Semua orang pun tahu hakikat tu kan? Asalkan tak menentang kerajaan sudah lah. Nana tak mau masuk penjara kerana blog XD.

Bebas. Nana percaya term tu memang diaplikasikan dalam dunia blogging, maka suka cita Nana ingin tegaskan, semua entri yang Nana pernah post sejak hari pertama Nana menjadi blogger akan KEKAL di sini, dan Nana tak akan padam mana-mana entri pun.

Lupakan hal yang tak menarik itu, lihatlah di atas! Header baru XD!

p/s : Kak Fai, tengok la. Header Nana pun ada butterfly juga XD!

Saya sudah tak bad mood lagi kerana ada banyak perkara best pada hari ini. Buat apa fikir perkara yang tak menarik dan mengusutkan otak? XD

Waiting for the fifth episode of Minami Shineyo XD! *stalks youtube*
Erk, belum ada.. >.< *stalks lagi*

Mood : Kembali Happy
[Inilah asal-usul tajuk entri pada kali ini]

Headphone : SHINee Girl by SHINee
[Mungkinkah lagu ini dicipta khas untuk Nana? LMAO, ini sangat random!]

Friday, October 16, 2009

SATU

Assignment Nana yang berempat tu sudah tinggal satu.
Tiga sudah berjaya ditamatkan dengan jayanya.

*bangga*

XD


---------- RANDOM ----------

The hottest SHINee's MV ever ♥

Thursday, October 15, 2009

EMPAT

Nana sangat sibuk minggu ni.
Ada empat assignment yang perlu di submit.
Sangat banyak~
Ini la padah menangguhkan kerja.
Sila jangan ikut perangai buruk ini, OK?

Ok, Nana perlu cari bahan untuk assignment Parenting pula.

Till the next update,
Nana XD


----RANDOM----

SHINee's new MV teaser is out XD!
The teaser is made up of highlights from the MV,
as it will reveal a different,mysterious,
yet more matured looks of SHINee members.
Waiting for SM to release the MV tomorrow.
The MV will be gorgeous [minus the nonsense lyrics XD]!


Tuesday, October 6, 2009

Takkan la dapat markah macam ni?

Nana tak nak bercerita panjang-panjang kali ni.

Nana buat ringkasan saja, ok?

Sebelum cuti raya hari tu, Nana menjawab midterm Political Science dengan penuh keyakinan.

Beberapa hari yang lepas, lecturer dah pulangkan kertas midterm terbabit.

Nak dijadikan cerita [bukan sengaja nak membongkak tak tentu pasal, ok?] Nana dapat markah yang paling tinggi dalam kelas. Berapa? Tak payah taw la.

Muncul la budak di sebelah Nana yang amat suka menyampuk ketika lecturer mengajar.

Lalu dia bertanya soalan yang entah hapa-hapa.

"Akak, ni kali ke berapa akak repeat subjek ni?"

Heh? Bila pulak Nana ada kena repeat subjek ni XD?

"Ni first time amik course ni," balas Nana, dengan senyuman yang dipalsukan.

"Eh? Takkan la first time amik dapat markah tinggi macam ni?"

Oi, takkan la nak kena fail dan repeat berkali-kali baru nak dapat markah tinggi kot?
Apa punya pemikiran ni~


-- IKLAN --
Image Hosted by ImageShack.us

Taehwa's Fallen Angel sangat best XD.
Jika rasa nak tengok, boleh cari di youtube saja.
Harap maklum. :)