Saturday, May 24, 2008

AF6 - Final Concert

Dah lebih dari seminggu Nana xde tulis ape2. Jadi pada hari ini, Nana memilih utk memberi ulasan ttg Final Concert AF6 yg baru shj berakhir beberapa jam tadi. Memandangkan final concert AF merupakan acara tahunan yg popular d M’sia, jadi Nana rasa mmg menarik kalo leh komen pasal ni. Kita mulakan dgn komen2 Nana ttg finalis2 tahun ini.

TOI
Nama ini sungguh tidak komersial. Bayangkan kalau dia jadi juara, album dia release, ade name TOI gedabak atas cover album. Jangan kata nak beli, nak pegang pon Nana x sanggup.

Lagu pertama yg dinyanyikan encik Toi ialah “Cinta Zulaika”. Nana tamau komen TOI, tapi nak komen pasal Ogy. Ogy ni sebenarnya tak paham lagu nyanyian asal encik Mawi ini. Tapi dia berlagak paham.

"Hendak kuluahkan takut makanlah diri
Hendak kusimpankan meracuni hati
Hendak ku jertikan takut malu sendiri
Hendak kudiamkan kau takkan mengerti

Biar susah bagai cinta zulaikha.."

Lagu ni pasal perasaan cinta encik Mawi kpd gadis idamannya (berdasarkan lirik lagu). Kesusahan si penyanyi utk meluahkan cintanya digambarkan seperti cinta Zulaika. Jadi, jelas skali Cinta Zulaika hanya perbandingan. Tapi si Ogy dgn penuh keyakinan, bermuka sungguh serius memberi pendapat bahawa nyanyian Toi x tonjolkan kehebatan cinta Zulaika dan Nabi Yusuf a.s.

Lagi pasal Ogy, bila dia bg salam kpd Encik TOI dgn “assalamualaikam”. Ada kesilapan huruf vokal dlm sebutannya.

Lagu kedua yg dinyanyikan encik Toi, lagu baru yg bertajuk Panahan Asmara. Lagu x best, Toi pun nyanyi x best. Nada dia rata (dgn kata yg lebih senang difahami, “flat”) macam pembaris. Tapi yg pelik, Ogy kata bertenaga pulak! Nana paling suka komen Adlin : “Aku percaya, kalau kau bagus, dari awal2 lagi kau memang dah bagus dah. Kau cuma ‘filler’ malam ni..” . Haha, sungguh la betul kata2 Encik Adlin itu!

Image Hosted by ImageShack.us

RIZ

Lagu pertama, yg dicipta khas utk encik Riz ialah “Hanya Sandiwara”. Berentak jazz, boleh la tahan nyanyian dia. X la buruk, x la best. Biasa2 sahaja.

Lagu kedua, “11 Januari”. Pun boleh la tahan. Biasa saja, nothing special. Malas nak komen dia ni, x menarik.

Image Hosted by ImageShack.us


NUBHAN

Si Ning selalu puji tone dia sedap. Komen Nana? Biasa jak. Lagu pertama, “Bukan di Sini”. X sedap langsung dia nyanyi. Kayu. Pergerakan atas pentas : nonsense. Satu2 nya penyanyi yg boleh buat suka hati dia, nak kayu ka, nak sumbang ka, tetapi mengekalkan income hanya encik Mawi sahaja. Kayu2 lain, diminta sedar2 lah diri anda. Mulut bukak bukan main punya luas, tapi suara x keluaQ pun..

Si Ogy pun buat perangai lagi. “Saya tahu dalam hati awak tu ada rasa gentar. Tapi awak berjaya MENUTUPINYA.” Terdapat kesalahan tatabahasa di situ, ya kawan2. Satu pujian utk Encik Adlin yang tidak gentar dengan sorakan peminat walaupun semua peminat si Nubhan semuanya memberi sorakan protes bagi menunjukkan rasa tidak stuju dgn komennya, dia kekal dgn pendapatnya.

Lagu kedua yg dicipta khas utk si Nubhan bertajuk “Untukmu”. Elok sikit la dari lagu tadi. Si Ogy pun puji. Si Ning pun puji. Encik Adlin kata suara dia bagus. Komen Nana? Biasa saja ..

Image Hosted by ImageShack.us

NADIA

Lagu yg dicipta khas untuk cik NADIA bertajuk “Karut Lagi Mengarut”. Seperti tajuknya, liriknya juga mengarut dan ntah hapa-hapa. Tetapi persembahan adik kecik ni better than si Toi dan si Nubhan. Suara lantang. Boleh menari sambil menyanyi, tak semput. Encik Adlin pun memberi kritikan berani, “Kau bagus, kau tak macam TOI dan NUBHAN”. Komen Nana? Dia bagus.

Nadia menyanyikan lagu “Aku Lebih Tahu” nyanyian asal si Mila (Juara AF5). Sentuhan si Ramli MS menjadikan lagu itu lebih rancak. Seperti biasa, suaranya lantang, nyanyian jelas, bertenaga. Biar la berapa puluh orang kata dia over-confident and gedik pun, so what? Dah nama pun nak jadi artis, kena la gedik. Nak sopan-sopan, sila balik rumah. Kerjaya penyanyi bukan untuk manusia yang sopan-sopan. Komen Nana? Better than si TOI dan si NUBHAN.

Image Hosted by ImageShack.us

STACY

First time Nana dengar AF6 nye first concert (ye, Nana dgr di radio je, Nana x tengok TV. Final concert je Nana tgk TV coz nk tulis komen d blog), Stacy adalah calon juara pilihan Nana.

First, lagu “Atas Nama Cinta”. Tadi la first time Nana dengar lagu tu, walaupun mengikut kata para pengkritik, lagu tu popular di corong radio. Suara best, nyanyian best. Komen Nana? Dia best.

Lagu kedua, “Aku Stacy”. Sama seperti lagu “Karut Lagi Mengarut”, liriknya tak ada nilai. Tapi seperti persembahan cik Stacy yg lain2 dari minggu pertama, suara jelas, best, tak ada sumbang mambang. Komen Nana sesudah dia menyanyikan lagu tersebut? “Dia lah juara!”, kata Nana dalam hati.

Image Hosted by ImageShack.us


Sebenarnya, Nana expect kedudukan dowrang selepas tamat konsert macam lain. Tapi keputusan akhir meletakkan cik Nadia di tangga terbawah.

Image Hosted by ImageShack.us


Tak apa lah cik Nadia. Rakan2, setelah membaca ulasan ini, mungkin rakan2 sedar yg Nana banyak bagi pujian kepada cik Nadia dan cik Stacy. Jangan la tuduh Nana feminis pulak. Hakikatnya, memang finalis lelaki x best (especially si TOI dan si NUBHAN, x guna seduit pon), dan kenyataan itu tak dapat diubah.

Nak komen pasal si Ning Baizura pulak. Suka sangat tanya soalan bengong. “Riz memang nak menang malam ni ek..?”. Dulu dia pernah tanya soalan yang sama kat Mama Rina, “Mama Rina memang betol2 nak menang ni ek..?”. Sape yang nak kalah? Dah nama pun masuk pertandingan, mana ada orang yang tamau menang. Soalan apa benda entah! Nana nak tambah lagi pasal si Ogy. Tudung tu.. dah pakai tudung, tapi tayang telinga dan leher. Geli beta melihatnya~ Satu bintang utk si Ogy. Satu setengah bintang untuk si Ning. 3 bintang utk encik Adlin. 3 bintang jugak utk encik AC Mizal. (Suka cita d ingatkan, rating ini berdasarkan kualiti artis-artis Malaysia. Kalau ikot rating Nana yang sebetul-betulnya, maka even cik Stacy, paling tinggi Nana boleh bagi 3.5 bintang).

Kawan2, jika ada yg tidak bersetuju dgn saya, saya tidak boleh buat apa-apa. Bak kata encik Fukunaga dalam drama “Liar Game”, dalam dunia ni x ada satu jalan pun untuk membuatkan semua orang gembira. Kalau si A gembira, si B mungkin x suka, si C pula mungkin berkecil hati. Ini adat dunia. Harap maklum.

Tahniah, Stacy!

9 comments:

Bayang said...

wah best review kakak pasal konsert final ... paling best statement "Kerjaya penyanyi bukan untuk manusia yang sopan-sopan" ... pergh mendalam tu ...

sebenarnya lirik2 lagu baru depa tu dibuat oleh orang2 yg menang pertandingan mencipta lirik tajaan astro utk budak2 af ... so mmg ada lirik yg ntahapapa ... standard la ...

aamir pon xpuas hati gak bila mai tang ning dgn ogy tu ... cam hipokrit plak ... tapi adlin mmg best ... tapi kak ada yg lagi best dari adlin ... hetty koes endang masa konsert ke-5 ... dia siap bagi tips n ajaq lagi ... ac mmg x best jadi hos compare to aznil ... tapi pa2 pon stacy menang! yes! ...

p/s : x sangka ada gak yang tengok liar game ...

S.Azeem Ong said...

salam

hoho. Akademi Fantasia. antara rancangan realiti tv yg sy xsuka tengok. haha. maaf la. w/pon ianya antara even besar kt m'sia tp ia tetap x menarik perhatian ku walau sedikit.

apa2 pon. tahniah kpd stacy. :)

Diyana said...

nana!!
diyana dah tukar URL! update link section nanti ya!
diyanasaur.blogspot.com

Encik Luzzi said...

AF6 bosan.tak bermaya.gagal.

wu-chan x nah tgk konsert full AF6, tgk skit2 je..but i've seen nadia pnye performance, dance die sharp(blaja prkataan ni dr fique) and vocal die not bad. mmg pelik la bole tgk die dpt no.5.

well I guess lpas ni diorg jd mcm others, trkubur dlm arena hiburan. Diorg x mungkin dpt luck mcm Mawi, but kalau diorg tau cmne nk hidup, diorg bole jadi mcm Rich, Estranged. Adam (lari ke KRU).

Nana Mint Lee said...

2 aamir :
akak mmg suka liar game ^^!!

ac mmg x best. actually akak mmg x suka dia bila tengok dia kat tv, masa tgh heboh malaysia dikatakan negara yg tidak bersopan (menurut pandangan pelancong asing) dalam majalah reader's digest. dia koyak majalah tu dlm rancangan dia. tindakan itu sungguh bodoh, n start hari tu akak x suka dia.

2 beliau :
rancangan mcm ni mmg x menarik perhatian manusia mcm kita. nana tgk last concert ja, sbb nk buat review ^^, hehe

2 diyana :
okay!

2 wuchan :
ye betol! x mungkin ade yg cpt luck mcm mawi, n kalau dorang x pandai cam rich n adam, sume nya akan jadi mcm yg lelain, tersangkut d kaki gunung, jangan kata nak mnenuju puncak~

2 wawa :
ye, ye! nana pun suka jugak the apprentice. best tgk rncangan berkaitan ngan dwet ni ^^

Max J. Potter said...

ish. AF6 tak rock.

hm, mmg nyanyi ni bkn keje org nyopan. salah tmpt la nk sopan kt pentas.

hehe. good entry. menarik. keep it up.

Nana Mint Lee said...

nana 2 k nani :
TQ!!

Miyn Amin said...

ahahahaa~

kalau kak nana jd pengkritik sure best punya..

stuju, nadia menari mmg cantek..nyanyi xla best sgt, bila nari jd kiut je..gedik biasala, baru 17, sama miyn la..sapa yg ckp tu sure jeles ja..ahahaa..


#psai tudung ogy tu, siti pun sama la..rsa sedey la, isk..bukannya mahal pun nak kaver leher tu...tlinga tapakai subang pun tapa..

Nana Mint Lee said...

2 miyn :
mmg la artis2 ni suka pakai tudung x lengkap. ntah hapa2