Friday, May 30, 2008

Mi Segera

Kawan2, hari ini Nana ada beberapa gambar menarik untuk dikongsi bersama.


Image Hosted by ImageShack.us

Tengok, macam best.


Image Hosted by ImageShack.us
Wah, ada tanda halal! Bagus!

Image Hosted by ImageShack.us
Eh .. perisa apa ni .. ?
Nasihat Nana : Berhati-hatilah ketika membeli-belah. Di bawah ini Nana ingin berkongsi gambar yg sungguh chumell (khas buat peminat Harry Potter).

Image Hosted by ImageShack.us

TAG dari Encik Farrid Husin

7 facts about me
1. Suka anime
2. Suka manga
3. Suka makan waffle
4. Suka minum Ice Lemon Tea
5. Suka baca novel (certain novels)
5. Suka kucing, meow!
6. Learning photoshop
7. i love blogging (thx to Kak Nani)

7 things that frightened me
1. hantu dlm movie
2. cerita pembunuhan dahsyat (mcm Texas Chainsaw~~)
3. barang2 kesayangan kena curik
4. darkness
5. high speed
6. ________
7. ________

7 songs for the meantime
1. Hajimalraeyo (FT Island)
2. Too Shy (Hey!Say!JUMP)
3. Taiyou no Namida (NEWS)
4. weeek! (NEWS)
5. ________
6. ________
7. ________

7 phrases which i always said
1. assalamualaikum
2. ok, bye!
3. hello (bila jwb phone)
4. hontou ni?
5. tak mau la.
6. ________
7. ________

7 valuables things for me
1. family
2. education
3. friends
4. laptop
5. money
6. handphone
7. my talent ..?

Nana xmau tag sape2. Sape rajin, nk buat tag, dipersilakan!

Saturday, May 24, 2008

AF6 - Final Concert

Dah lebih dari seminggu Nana xde tulis ape2. Jadi pada hari ini, Nana memilih utk memberi ulasan ttg Final Concert AF6 yg baru shj berakhir beberapa jam tadi. Memandangkan final concert AF merupakan acara tahunan yg popular d M’sia, jadi Nana rasa mmg menarik kalo leh komen pasal ni. Kita mulakan dgn komen2 Nana ttg finalis2 tahun ini.

TOI
Nama ini sungguh tidak komersial. Bayangkan kalau dia jadi juara, album dia release, ade name TOI gedabak atas cover album. Jangan kata nak beli, nak pegang pon Nana x sanggup.

Lagu pertama yg dinyanyikan encik Toi ialah “Cinta Zulaika”. Nana tamau komen TOI, tapi nak komen pasal Ogy. Ogy ni sebenarnya tak paham lagu nyanyian asal encik Mawi ini. Tapi dia berlagak paham.

"Hendak kuluahkan takut makanlah diri
Hendak kusimpankan meracuni hati
Hendak ku jertikan takut malu sendiri
Hendak kudiamkan kau takkan mengerti

Biar susah bagai cinta zulaikha.."

Lagu ni pasal perasaan cinta encik Mawi kpd gadis idamannya (berdasarkan lirik lagu). Kesusahan si penyanyi utk meluahkan cintanya digambarkan seperti cinta Zulaika. Jadi, jelas skali Cinta Zulaika hanya perbandingan. Tapi si Ogy dgn penuh keyakinan, bermuka sungguh serius memberi pendapat bahawa nyanyian Toi x tonjolkan kehebatan cinta Zulaika dan Nabi Yusuf a.s.

Lagi pasal Ogy, bila dia bg salam kpd Encik TOI dgn “assalamualaikam”. Ada kesilapan huruf vokal dlm sebutannya.

Lagu kedua yg dinyanyikan encik Toi, lagu baru yg bertajuk Panahan Asmara. Lagu x best, Toi pun nyanyi x best. Nada dia rata (dgn kata yg lebih senang difahami, “flat”) macam pembaris. Tapi yg pelik, Ogy kata bertenaga pulak! Nana paling suka komen Adlin : “Aku percaya, kalau kau bagus, dari awal2 lagi kau memang dah bagus dah. Kau cuma ‘filler’ malam ni..” . Haha, sungguh la betul kata2 Encik Adlin itu!

Image Hosted by ImageShack.us

RIZ

Lagu pertama, yg dicipta khas utk encik Riz ialah “Hanya Sandiwara”. Berentak jazz, boleh la tahan nyanyian dia. X la buruk, x la best. Biasa2 sahaja.

Lagu kedua, “11 Januari”. Pun boleh la tahan. Biasa saja, nothing special. Malas nak komen dia ni, x menarik.

Image Hosted by ImageShack.us


NUBHAN

Si Ning selalu puji tone dia sedap. Komen Nana? Biasa jak. Lagu pertama, “Bukan di Sini”. X sedap langsung dia nyanyi. Kayu. Pergerakan atas pentas : nonsense. Satu2 nya penyanyi yg boleh buat suka hati dia, nak kayu ka, nak sumbang ka, tetapi mengekalkan income hanya encik Mawi sahaja. Kayu2 lain, diminta sedar2 lah diri anda. Mulut bukak bukan main punya luas, tapi suara x keluaQ pun..

Si Ogy pun buat perangai lagi. “Saya tahu dalam hati awak tu ada rasa gentar. Tapi awak berjaya MENUTUPINYA.” Terdapat kesalahan tatabahasa di situ, ya kawan2. Satu pujian utk Encik Adlin yang tidak gentar dengan sorakan peminat walaupun semua peminat si Nubhan semuanya memberi sorakan protes bagi menunjukkan rasa tidak stuju dgn komennya, dia kekal dgn pendapatnya.

Lagu kedua yg dicipta khas utk si Nubhan bertajuk “Untukmu”. Elok sikit la dari lagu tadi. Si Ogy pun puji. Si Ning pun puji. Encik Adlin kata suara dia bagus. Komen Nana? Biasa saja ..

Image Hosted by ImageShack.us

NADIA

Lagu yg dicipta khas untuk cik NADIA bertajuk “Karut Lagi Mengarut”. Seperti tajuknya, liriknya juga mengarut dan ntah hapa-hapa. Tetapi persembahan adik kecik ni better than si Toi dan si Nubhan. Suara lantang. Boleh menari sambil menyanyi, tak semput. Encik Adlin pun memberi kritikan berani, “Kau bagus, kau tak macam TOI dan NUBHAN”. Komen Nana? Dia bagus.

Nadia menyanyikan lagu “Aku Lebih Tahu” nyanyian asal si Mila (Juara AF5). Sentuhan si Ramli MS menjadikan lagu itu lebih rancak. Seperti biasa, suaranya lantang, nyanyian jelas, bertenaga. Biar la berapa puluh orang kata dia over-confident and gedik pun, so what? Dah nama pun nak jadi artis, kena la gedik. Nak sopan-sopan, sila balik rumah. Kerjaya penyanyi bukan untuk manusia yang sopan-sopan. Komen Nana? Better than si TOI dan si NUBHAN.

Image Hosted by ImageShack.us

STACY

First time Nana dengar AF6 nye first concert (ye, Nana dgr di radio je, Nana x tengok TV. Final concert je Nana tgk TV coz nk tulis komen d blog), Stacy adalah calon juara pilihan Nana.

First, lagu “Atas Nama Cinta”. Tadi la first time Nana dengar lagu tu, walaupun mengikut kata para pengkritik, lagu tu popular di corong radio. Suara best, nyanyian best. Komen Nana? Dia best.

Lagu kedua, “Aku Stacy”. Sama seperti lagu “Karut Lagi Mengarut”, liriknya tak ada nilai. Tapi seperti persembahan cik Stacy yg lain2 dari minggu pertama, suara jelas, best, tak ada sumbang mambang. Komen Nana sesudah dia menyanyikan lagu tersebut? “Dia lah juara!”, kata Nana dalam hati.

Image Hosted by ImageShack.us


Sebenarnya, Nana expect kedudukan dowrang selepas tamat konsert macam lain. Tapi keputusan akhir meletakkan cik Nadia di tangga terbawah.

Image Hosted by ImageShack.us


Tak apa lah cik Nadia. Rakan2, setelah membaca ulasan ini, mungkin rakan2 sedar yg Nana banyak bagi pujian kepada cik Nadia dan cik Stacy. Jangan la tuduh Nana feminis pulak. Hakikatnya, memang finalis lelaki x best (especially si TOI dan si NUBHAN, x guna seduit pon), dan kenyataan itu tak dapat diubah.

Nak komen pasal si Ning Baizura pulak. Suka sangat tanya soalan bengong. “Riz memang nak menang malam ni ek..?”. Dulu dia pernah tanya soalan yang sama kat Mama Rina, “Mama Rina memang betol2 nak menang ni ek..?”. Sape yang nak kalah? Dah nama pun masuk pertandingan, mana ada orang yang tamau menang. Soalan apa benda entah! Nana nak tambah lagi pasal si Ogy. Tudung tu.. dah pakai tudung, tapi tayang telinga dan leher. Geli beta melihatnya~ Satu bintang utk si Ogy. Satu setengah bintang untuk si Ning. 3 bintang utk encik Adlin. 3 bintang jugak utk encik AC Mizal. (Suka cita d ingatkan, rating ini berdasarkan kualiti artis-artis Malaysia. Kalau ikot rating Nana yang sebetul-betulnya, maka even cik Stacy, paling tinggi Nana boleh bagi 3.5 bintang).

Kawan2, jika ada yg tidak bersetuju dgn saya, saya tidak boleh buat apa-apa. Bak kata encik Fukunaga dalam drama “Liar Game”, dalam dunia ni x ada satu jalan pun untuk membuatkan semua orang gembira. Kalau si A gembira, si B mungkin x suka, si C pula mungkin berkecil hati. Ini adat dunia. Harap maklum.

Tahniah, Stacy!

Friday, May 9, 2008

U read these .. ?

Sebelum rakan2 skalian memulakan pembacaan, lihatlah d atas sana! Nana dah tukar header, dari Min Hwan ke Hong Ki. Hehe, ok, skarang rakan2 boleh la mula membaca ^^.

Rakan2, dengan bermulanya Sem 3 07/08, bahagian “Light Reading” di IIUM Library dah bukak, jadi Nana bebas mencari novel! Selain novel2 english n malay, ade jugak buku2 bergambar fav Nana. Act, buku2 bergambar tu adalah buku2 rujukan untuk KAED students (p/s : KAED = Kuliyyah of Architecture and Enviromental Design). Rekaan2 rumah, halaman, langsir, bilik tidur, sungguh cantik! Nana boleh habiskan berjam2 duduk atas lantai “Light Reading” (seb baik ade carpet) tengok “buku2 bergambar” tue!

Al-kisahnya, Nana terjumpa satu row buku2 yg d tulis Enid Blyton!! Nana pon terus mencapai sbijik buku Enid Blyton yg bertajok “The O’ Clock Tales”. Mase tengah beratur kt machine pinjam buku tue (Self-check Station), terjumpa la dengan seorang makhluk Allah SWT nie. Dia di line satu lagi, beratur utk guna machine yg bersebelahan.

Gadis itu: Hye Nana! Ade kelas ke hari ni?
Nana : xde, saje nk pulangkan balik buku yg Nana pinjam dua hari lepas.
Gadis itu : xde kelas pon dtg center? Naik bas?
Nana : (smbil menuding jari ke arah jam kat dinding), skang mane ade bas. Menapak la.
Gadis itu : Rajin nya U menapak! Dari Haleemah kan? Jaoh ..
Nana : dah biasa.

[Bola matanya ligat merayau ke sana sini sebelum tertancap tepat ke atas cover buku yg Nana pegang, lalu bermulalah adegan yg meng’annoying’kan..]

Gadis itu : Enid Blyton?
Nana : Yep.
Gadis itu : You read these?? (smbil ketawa kecil yg menghina) These .. are for kids lah, Nana. Enid Blyton’s are all for kids. xkan U bace buku mcm ni? (smbil buat mimik muka memandang rendah. Sesungguhnya Nana menyampah melihat wajahnya itu~)
Nana : [Tangan Nana terus membuka buku kat tangan Nana, lantas jari-jemari Nana menyelak beberapa helaian “The O’Clock Tales”, lalu terjumpa satu perkataan..] Look here.
Gadis itu : What?
Nana : [ jari Nana menunjuk tepat ke perkataan “mangy”.] Ape maksud pkataan ni ek? [Dengan wajah ingin tahu yg sungguh natural *well, my drama lecturer kate Nana is the best actress in the drama competition last year!*]
Gadis itu : Well .. erm .. [wajahnya terus berubah]
Nana : xtaw ke?

Gadis itu terus membisu.

Nana : maksud die ‘berkudis’. Semua perkataan senang2 je dalam buku ni. These are for kids, kan?

Gadis itu sekadar mengangguk, wajahnya nampak jelas menahan malu. Nyata dia tersindir dengan ayat bodohnya sendiri.

Nana menutup buku tersebut, menoleh ke depan. Namun bibir Nana masih ingin berbicara.

“I love reading Enid Blyton’s, sejak dulu lagi. Buku for kids ke, adults ke, kalau Nana nk bace, Nana bace je. Semua buku yg Nana baca, help me to improve my English a lot, and Nana dapat Level 6 utk EPT dulu (Nana stress the word ‘six’).” <-- kata Nana sambil tersenyum ceria, seolah2 sungguh gembira bersembang dengan gadis itu.

Gadis itu sekadar mengangguk dan menoleh ke arah lain. Nana puas.

Kawan2, d sini Nana ingin membuat sedikit penerangan tentang EPT. Sesape yg masuk UIA, korang kene amik EPT (English Placement Test), lebih kurang mcm MUET, ade writing, reading and speaking. Keputusan EPT akan menentukan level korang, rate dari level 1 hingga 6. Level 1 n 2 hanya utk para foreigner yg langsung x reti Bahasa Inggeris. Level paling rendah utk student Msia ialah Level 3. N “Gadis itu” yg dengan bangganya melontarkan kata2 “you read these??” tadi, berada di level 4. W’pon Nana dpt level 6, Nana xpernah pandang rendah sape2 di level 5, 4 n 3. (ade kawan2 Nana yg exempted teros dr EPT). Banyak bestfren Nana pon di level 5 dan 4 jugak. Tapi ade jugak jenis yg x sedar diri, yg nk berlagak x tetu pasal ni. Mayb lepas ni dia xkan buat perangai mcm tue dengan org lain. Kalau ye pon nk buat, jgn buat dengan org yg lebih pandai.

Kakak Nana, Nani-onechan berkemampuan berbahasa inggeris dgn dahsyat baik dari segi lisan mahupun penulisan, and Nani one-chan pun baca ada buku enid blyton (di smping novel2 nya yg lain yg beribu jutawan). So, org laen x perlu nak berlagak pandai~ “u read these??” konon..

Thursday, May 8, 2008

Super Junior M

Pada hari ini, Nana memilih utk bercerita dan memberi sedikit ulasan ttg Super Junior M.

SuJu M merupakan pecahan terbaru Super Junior (same mcm SuJu T, SuJu KRY). S.M. Entertainment menubuhkan SuJu M utk mempromosi Super Junior ke Taiwan. SuJu M dianggotai oleh 5 former members of Super Junior (Shi Won, Dong Hae, Han Kyung, Kyu Hyun & Ryeo Wook), dengan tambahan dua ahli baru dari Taiwan (Zhou Mi & Henry Lau). The single, titled ‘U’. Yes, the very same ‘U’ sang by Super Junior in 2006. ‘U’ (new version) berbeza daripada ‘U’ yg asal dari segi penyanyi (7, instead of 13), beat, dance, rap (ketiadaan Eun Hyuk & Ki Bum menjadikan Zhou Mi & Dong Hae-uppa sbg rappers), tambahan instrument (seperti violin) dan dinyanyikan dalam bahasa cina (the original ‘U’ d nyanyikan dlm bahasa korea).Jika Nana menjadikan Hee Chul sbg kegemaran Nana dlm SuJu T, dlm SuJu M pula Nana memilih Donghae-uppa!

Komen Nana : video clip itu sgt best, dance sgt best, lagu sgt best, berbaloi utk d download ^^.


Image Hosted by ImageShack.us

Thursday, May 1, 2008

TAG

Nana telah d-tag oleh Kak Nani!

1. Copy all the links below
2. Add your own link after the last one
3. Tag another 10 people

p/s : paling penting! sila sertakan gambar yg comel! (sila upload gambar sendiri, ya?)



(Kucing itu sungguh chumell..)

[BennyLiew][RamblingMoo][Mum & Kids In Wonderland][JudeLittle][Our Mini Blogsphere][Rooms in My Heart][JaniCeng][ChinNee][Jo-N][LadyLava's Lounge][Strange But True][How's Life Bout][My.Stories.][Rhea Scarlet] [Hanna J. Potter] [NaNa PynkHappinesS]

Rakan2, bersiap sedialah anda semua utk d-tag!!

1. Aamir Aniki

2. Ben Danielz

3. Chom

4. Diyana

5. J-Dayah

6. Nining

7. Nqb

8. Queenie

9. Wanie

10. Wawa