Friday, September 21, 2007
Mengutuk, P*** dan Momusu, Kisah Si Penjual Buah
Well, sbenarnye manusia ni memang sinonim sgt dgn aktiviti mengutuk. Sape yg x penah kutuk sesape seumo hidop die? Nana sendiri sgt suke mengutuk org dulu. Nana igt lg, mase Nana form 1 – 3, Nana paling suke kutuk CT nurhaliza. Xde keje je, kutuk CT. lagu x best la, perasan sopan la, suara x sedap mana pon, dan memacam lg lah. Sume kekawan Nana pon taw, Nana ni mmg anti-ct. Kekawan pon same naek je, bile Nana kutuk CT, dorang tumpang skaki. Tahi lalat palsu la, hisap rokok la, pakai susuk n so on. Kalau ade org puji CT je, Nana akan wat muke hodoh, muke jelik, tanda x suke dgn CT. Pendek kate, mase Nana skolah menengah rendah tue, ntah bape tempayan kutukan Nana bg kat CT. Kenape Nana kutuk ct? Bile pk balik, Nana pon xtaw nape. Bile naik form 4, Nana dah kurang kutuk CT, sbb ny Nana tuka skolah, xde geng nk kutuk CT lg. Majoriti classmates Nana mase form 4 n 5, adalah pelajar cina dan india, dan ramai jugak yg minat CT.
Kehidupan d teruskan bile Nana masuk UNiSEL selama sebulan pd taon lepas. I met this guy, a very nice fren he is. Sampai skang, walopun Nana study d UIA n he’s still in UNiSEL, die memang kawan lelaki Nana yg PAAAALING baik .. Ace, if u’re reading this, want u 2 know that I really love you!! Hehe. Nk d pendek kan cite, Ace yg sangat suke menyanyi, dan sgt pandai menyanyi ni, adalah salah seorang peminat CT. Bile die kate die suke CT, I realize that I xbuwat muke hodoh atau muke jelik. Kenape? Sbb dah dua taon x mengutuk CT, perasan benci, muak, mual kat CT tue dah hilang. Dah x rase nk kutuk CT lg, in fact, Nana suka lagu “Bisakah” yg CT nyanyi, Nana salu suruh Ace nyanyi lg tue utk Nana.
Back to Sein’s question, Nana rase perkara biasa kalau dengar org mengutuk artis, sbb ny artis2 ni mmg la ramai yg berperangai sumbang. Baru2 nie, Nana dpt email yg attach gambar2 Asyraf Sinclair n Bunga berpeluk dan bercumbu d tepi pantai. Kalau smpai mcm tue lupa batasan agama, memang lah org kutuk. Sendiri x pandai bawak diri. Artis wanita yg suka pakai baju mendedahkan susuk tubuh, baju ketat, nampak “lurah dendam”, mcm mane nk lari dr d kutuk? Sendiri yg mengundang kutukan pada diri sendiri. Bagi Nana jugak, boleh di katakan perkara biasa lah kalau org kutuk suara penyanyi x sedap, perasan baik mcm ustaz, harap muka je comel, lagu bodoh, lirik x de seni, lirik lingkupkan bahasa melayu, dye rambut mcm beyonce tp hidung x mancung pon, menari pon x reti, dan memacam lg lah. Satu je, Nana x suka bila org mengutuk rupa, atau badan, atau hidung, atau mulut, atau mata org lain. Bukan artis aje, org lain pun, kenapa kite nk kutuk.
Here, kt UIA ni ade sorang kawan Nana yg sangat suke kutuk Morning Musume. Die kate Momusu berbadan hodoh, kurus, leper, x de bentuk. Die jugak kutuk Bunga, badan x cantek tp pakai bikini, ade jugak yang kutuk hidung sorang kakak senior ni, die kate hidung besar, hodoh. “Nasib baik aku xde hidung mcm tue, geli!”. Ade yg kutuk bibir Angelina Jolie dan Kareena Kapoor, hodoh sgt org yg berbibir tebal nie! Xsuka Adibah Noor, mcm blue hyppo. Geli kt Ali Mamak, hitam melegam mcm mat bangla.
Ada cerita sorang sahabat nabi dulu, dia beli sebiji buah utk isteri dia. Bila isteri dia potong buah tue dan makan, si isteri sgt marah. Kata si isteri, buah tu x sedap, isi nya x manis, penjual buah sudah menipu! Lalu berkata lah si suami “pada siapa yang kau marah ni? Pada buah tue? Buah tu x salah, bukan buah itu yg menentukan rasanya. Pada siapa yg kau marah? Pada si penjual? Si penjual juga tidak pernah makan buah ni, masakan dia tahu buah ini tidak manis. Kerja nya hanya menjual, mencari rezeki. Pada siapa yang kau marah? Pada org yg menanam buah ini di kebun nya? Seperti yg aku kata, dia sendiri tidak makan buah ini, masakan dia tahu buah ini tidak manis? Jadi pada siapa yang kau marah? Tentu lah kau marah pada yg menciptakan buah ini, yg menjadikan rasanya seperti ini, Allah SWT!”Terdiam si isteri mendengar kata2 suaminya. Insaflah dia, dan segera bertaubat kepada Allah SWT.
Sama jugak hal nya dgn manusia. Perlukah complaint dgn kebesaran hidung org, ketebalan bibir org, kehitaman kulit org, kekurusan atau ke-over-weight-an org, ketidakhenseman dn ketidakcantikkan org, perlukah kata org HODOH? First tyme kate org x cantek atau hitam atau gemuk atau kurus (n so on), mende tue boleh d anggap sbg pendapat. Nie sebut berulang2, ataupon cara ckp mmg dah obvious sgt nk mengutuk, “eeee.. hodoh”, nampak sgt x sedar diri, x sedar siapa yg jadikan org yg dia kutuk, x sedar siapa yg jdkan diri die, xsedar siapa yg jadikan semua makhluk atas muka bumi ni.
Pasal Momusu, Nana bukan back up sbb Nana suke Momusu. Masalah ny, si P*** ni HARI2 kata benda yg sama. Mcm Nana ckp td, kalau first tym ckp, boleh la d katakan pendapat die. Tp kalau hehari ulang kutuk org leper, x de breast, badan buruk, pening jugak kte dengar. Dah kutuk, die ade pulak mintak vdeo klip Momusu tue ngan Nana. Sorang member kelate Nana kate kt P***, “kalau kita ni cantek mcm aishwarya rai x pe la nak kutuk org, ini kita sendiri pon gemuk gedempol, buat apa nk kata org? xmalu ke?”. P*** masih x puas hati, dan kata walaupun die agak chubby, skurang2 nye die ade breast dan x leper. Member kelate Nana pon kate, “ko kat sini, dorang kat jepon, xtaw ape2 pon ko ari2 kutuk dorang. Xtakot api neraka ke?”. Bile dngar si P*** mengutuk artis2, Nana teringat zaman Nana kutuk CT dulu. “Macam ni la aku dulu”.. bunyi mcm org gila, x kenal dosa pahala, x ada iman d dada. Bunyi mcm org bodoh.
Bentuk badan, anggota fizikal kita, semua ALLAH SWT yg jadi kan. Besar sgt2 dosa org yg mengutuk ciptaan Allah nie. Biar lah hitam ke, gemok ke, hodoh ke, hidung besar ke, mulut sumbing ke, dada leper ke, semua dtg dr Allah. Sebelum kutuk org, x kira artis atau bukan artis, igt la yg gunting neraka sentiasa diasah tajam utk putuskan lidah kita nanti. Wallahualam.
p/s : Nana masih dalam proses mengurangkan perkataan2 jahat yg kluar dr mulut Nana. Well, Nana xde la sampai tahap suke sebut binatang haram. Hmm .. Nana sgt suke sebot “Bengong”. Tapi Nana x kata kt org. Nana kata kat essay sendiri, assignment sendiri, atau situation yg menimpa Nana, ataw ape2 lawak bengong yg sesuai d kata “Bengong”. Nana sgt takot dgn phrase “gunting neraka sentiasa diasah tajam utk memutuskan lidah” … takot ..
Thursday, September 20, 2007
Dogs, Dogs, DOGS!!
Scene 1
Somewhere around last two months, Nana dah jalan kaki nk g bustand, lebih kurang 6-7 meter d hadapan Nana, berdiri seekor anjing.. Nana sgt takot, rase nye mcm jantung dah berhenti berdegup. Nana terpikir nak lari, tp kalau lari, 4 sure anjing gila tue akan kejar Nana. Nana undur ke belakang sket, then anjing tue terus lari ke arah Nana! Nana terus lari sekuat mungkin, masuk dlm blok, masuk smula dlm bilik dgn kasut skali, x sempat nk tanggal kasut akibat takut d gigit anjing.
Scene 2
Nana baru balik kelas fardhu ain, rase dahaga, teros menuju ke café. Igt nk beli fresh orange. Tetengok kt pintu café ade dua ekor anjing, mcm guard pulak. Nana pusing slow2 .. dan jalan g tempat laen. Takot anjing2 tue nampak Nana..
Scene 3
Nana baru balik dr shop, mase nk masuk blok, ade anjing kt pintu masuk .. seperti d scene yg sebelum nya, Nana berjalan slow2 ke arah laen ..
Honestly Nana benci sgt keadaan nie! Hidop dlm ketakotan, nk g café, shop memalam pon da takot, those haram dogs can b anywhere!! Kerap sgt Nana dgr anjing-anjing ni menyalak2 dan kejar sesiapa saje yg lintas dpn mate dorang. Nana tgk sorang sis tue, lari smbil nangis2 d kejar anjing. Dlm case lain, kawan Nana g toilet, kluar dr toilet je ade anjing dpan pintu toilet. Gile kan? Memang gile. Anjing2 ni makin pandai. Sebelum ni cuma org2 yg tinggal d ground floor mcm Nana ni je takot anjing. Skang anjing2 ni dah taw naek tangga, kacau org tingkat atas pulak. Hari2 boleh dengar org jerit, lari d kejar anjing. Senior Nana d mahallah (hostel) laen, lg dahsyat pengalaman die. Anjing ni pandai bukak pintu bilik, masuk, n duduk atas katil org. kebetulan org ni baru kutip pakaian die kt ampaian n letak atas katil. Habis la pakaian terkene anjing gile sekor nie. Setelah sumenye berjaya d settle kan, org ni malas nk samak pakaian die, die buang je. Bayangkan .. ANJING DI DALAM BILIK TIDUR PELAJAR PEREMPUAN??? Sume ni ngarut.. sgt2 mengarut! Makin mengarut bile kes mcm nie terjadi d UIA. Tindakan UIA? Well, they do sebarkan article mengenai bahaya anjing2 d campus .. that’s all. After three months Nana kt cni, baru dua hari lepas dorang tangkap anjing tue. Dngar cerita nye lah .. xtaw la bape ekor yg d tangkap, sbb ade lagi beberapa ekor anjing berkeliar dalam mahallah (hostel) Nana nie .. saket hati betol ..Utk pengetahuan korang, bukan setakat anjing ade dlm UIA nie, biawak ngan beruk pon ade. Nana bukan nk mengutuk UIA. Memula dtg Gombak, mmg Nana suke. Cantek .. learning environment yg sgt menarik. Paling suke library UIA!! Tp kemunculan anjing2, biawak2 n beruk2 nie .. xleh consider la ..
Sunday, September 16, 2007
Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan ..
Tuesday, September 4, 2007
kepupusan penyu dan amaran pak lah
Baru-baru ini, Nana terbaca sebuah akhbar mingguan. Tak perlu lah Nana nyatakan nama akhbar tersebut, sekadar tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Akhbar tersebut dengan bangganya mempromosi penjualan telur penyu di Terengganu. Hebat kan? Berita yg di tulis itu seolah-olah tidak memahami sensitiviti mengenai hak penyu utk bertelur dan menetas. Bahkan, berita itu sememangnya mempromosi Pasar Payang di Terengganu sebagai lokasi utk membeli telur penyu yg kini kian terancam dek tindakan bodoh sedemikian.
Sudah lah tak berperikemanusiaan, jahat pula tue. Mana x nya, rata-rata para penjual d Pasar Payang tue mendakwa bahawa telur penyu yg mereka jual adalah telur penyu yg d import drpd Filipina dan Sabah. Sedangkan di atas tiap2 bungkusan telur penyu tue terpampang dengan jelas bahawa telur tersebut dr Terengganu, gred B. malah ada wartawan dr akhbar laen yg mengesahkan masih ada telur penyu Terengganu yg di jual d pasar tersebut. Lagi nk tipu? Pegi mampos la sume pembunuh penyu ni. Tak guna nk menipu lagi, d jamin masuk neraka jahanam.Berbalik dgn penulis berita bg akhbar yg Nana nyatakan td, adakah dia langsung xtaw mengenai kepupusan penyu, hebat sgt promote telur penyu sana sini. Kalau dia x bodoh, mungkin editor akhbar tue yg bengap? Hidup d planet marikh agaknya, smpai xtaw masalah kpupusan haiwan d Malaysia ni. Masalah kepupusan penyu mmg makin serius. Sbb tue persidangan “Inisiatif pemuliharaan Penyu Marin Bellagio ; Perancangan Strategik Jangka Panjang Pembiayaan Pemuliharaan Penyu Belimbing Pasifik” d adakan di Kijal Terengganu baru2 nie. Tapi, ape yg pasti, sume usaha ni pasti sia2 selagi kerajaan negeri Terengganu terus menerus membutakan mata dan memekakkan telinga mengenai penjualan telur penyu secara besar besaran d negeri tersebut.
Ada sorang kawan Nana ni, asal ganu lah. Die kate yg makan telur penyu ni dah lama d amalkan d ganu sane. Dah mcm budaya dah. Tolonglah, budaya tue kalau menjahanamkan makhluk Allah, x payah la d teruskan. Mende kecik mcm tue pon x boleh pk ke. X de otak ke hape ni. Banyak sgt faktor yg menyumbang ke arah masalah nie, rakyat ganu sendiri yg x nak berfikir baik buruk budaya yg d amalkan (mungkin bukan semua, tp majority mmg suka makan telur penyu, kalau x, kedai yg menjual telur penyu xkan wujud!!), makan mende2 yg x perlu (mati ke kalau x mkn telur penyu), kerajaan Terengganu yg x ambil peduli masalah dlm negeri, ntah ape yg d sibukkan! D tambah dgn editor akhbar dlm negara yg x peka dgn sensitiviti masalah negara, publish sume artikel sesuka hati. Kenapa banyak sgt org bengap, lembap, ade otak tp x nak pk wujud dlm dunia ni?? Nana ade bace dlm satu magazine, Pak Lah bg amaran pada penulis2 blog internet, jgn tulis pasal politik, kutuk kerajaan, sebarkan fahaman baru, jgn wujudkan propaganda.. bla bla bla. Sudah lah, sbelom bg amaran tue tgk kiri kanan dulu. Kalau dah banyak sgt org bengap membutakan mata, memekakkan telinga, tgn penulis blog pon nk d kudungkan? Nana akan tulis ape yg Nana nak! Ini kenyataan, fakta! Sebab wujud org2 yg bengap2 ni la masalah sume x leh selesai! Terus membunuh penyu yg x berdosa!