Wednesday, December 31, 2008

Saye Tension.

Hye bloggers..

Tadi Nana download video SHINee lagi.

SHINee at 2008 Golden Disk Awards Red Carpet. High Quality, ok??

Dah 97%, tiba-tiba Nana ter'click' CANCEL..





Terkebil-kebil beta selama beberapa saat.. >.<





Haish.. nak offline la.

Bye.

I don't like him.

He's my lecturer,

and I don't like him.

Monday, December 29, 2008

Sinetron & Rakyat Malaysia

Sebagai kata alu-aluan pada kali ini.. check out my new header, guys! The biggest header for PYNK HAPPINESS so far.. (=^^=). SHINee jjang! Dan untuk pertama kalinya, PYNK HAPPINESS tampil bertemakan warna bukan merah jambu. Bluish PYNK HAPPINESS XD~

Bloggers, tiba-tiba saja Nana rasa ingin menulis tentang rakyat Malaysia dan sinetron dari negara seberang. Sebulan bercuti, Nana banyak habiskan masa lapang dengan menonton TV. Nana sempat menonton beberapa episod sebuah sinetron yang bertajuk ‘Mutiara’. Oleh sebab sekarang Nana ada masa terluang, Nana ingin berkongsi pendapat Nana tentang sinetron terbabit.

Sinopsis Nana :

Pasangan kembar yang terpisah selama dua tahun, namun hubungan mereka begitu rapat sekali. Si adik, Mutia menderita lelah yang serius. Tiara, si kakak pula sihat dan cergas. Seperti biasa, yang lemah ditatang bagai minyak yang penuh, dan yang sihat pula dianaktirikan. Tiara, seperti heroin-heroin stereotaip sinetron yang lain, tak henti-henti jatuh ditimpa tangga, terpijak tahi ayam, terlanggar pulak pokok kelapa, tersembam ke tahi lembu dan ditimpa buah cempedak.

Dalam sinetron ini :


- Watak-watak semuanya beragama islam, tapi semua berkepercayaan karut, tak mahu terima takdir Allah apabila orang yang tersayang meninggal dunia atau kelumpuhan kaki, dah menyalahkan Tiara seratus peratus dengan menuduhnya sebagai pembawa sial.
- Hubungan adik-beradik kembar begitu mudah terputus hanya kerana suka pada lelaki yang sama. Mutia terus benci pada si kakak kerana cemburu melihat lelaki yang disukainya lebih mesra bersama Tiara. Padahal, semuanya masih budak hingusan (paling tua pun, Nana rasa mereka semua di bawah 15 tahun). Kegatalan tak bertempat.. bodoh.
- Saudara angkat Tiara, Aulia pun menjadi kacang lupakan kulit, terus lupakan jasa-jasa Tiara hanya kerana lelaki yang disukainya turut menyukai Tiara. Dah tu, bila accident dan lumpuh kakinya, nak bunuh diri pulak kerana kesal Iman tidak akan menyukainya lagi kerana sudah lumpuh. Bodoh.
- Bapa angkat Tiara, walaupun sebagai ketua keluarga, hanya sekadar melihat, menggeleng-gelengkan kepala, sekali sekala menegur kelakuan dahsyat dan biadab isteri dan anaknya kepada Tiara. Apabila Tiara dihalau keluar rumah, dia sekadar berdiri di tepi tingkap rumah dah berkata “maafkan papa, papa tak mampu berbuat apa-apa..”. Untuk pengetahuan para bloggers, bapa angkatnya itu sihat walafiat dan cukup sempurna fizikal dan mentalnya. Tak mampu berbuat apa-apa?? Bodoh.


Dalam sinetron ini dan JUGA sinetron-sinetron yang lain :


Seperti biasa, watak-watak jahat semuanya sangat pandai, sangat kaya, boleh rasuah semua orang seperti doktor, polis, peguam, hakim dan menteri, bijak mengenakan orang dan bijak melepaskan diri. Watak-watak baik pulak, semuanya baik hati tak bertempat, miskin, sentiasa ditipu, ditindas dan teraniaya, bermandi air mata 24 jam.

Contoh terbaik adalah si Bawang Putih. “Kalian akan saya hancurkan!”, wah, hebat betul ayatnya. Tapi dia sentiasa kalah, dan cuma menang di episod akhir. Cerita-cerita seperti ini hanya menunjukkan watak utama yang lembik dan bodoh, walaupun dia sentiasa ingat kepada Allah. Fahaman yang salah!


Sepatutnya, watak yang dekat dengan Allah, sentiasa berdoa, sentiasa bersolat, tak pernah lupa baca ayat-ayat suci al-Quran, mentalnya kuat, fizikalnya sihat, bukan lembik dan bodoh tak bertempat. Tak faham betul!


Dan cerita-cerita macam ni la yang menjadi pilihan rakyat Malaysia hinggakan setiap stesen TV berebut-rebut menayangkan sinetron dari negara seberang, malah diwujudkan sebuah saluran khas di astro yang menayangkan sinetron-sinetron sedemikian 24 jam sehari!


Salah siapa? Entah lah, kalau tak tayang sinetron, nak tayang apa lagi? Drama tempatan pun.. tak perlu lah Nana tulis pendapat Nana tentang drama kita di sini..


Sekian.


p/s : Jika ada peminat sinetron-sinetron negara seberang di sini, Nana mintak maaf jika kalian tersinggung dengan entry Nana pada kali ini.

Saturday, December 27, 2008

TAG by Fidz & Azeem-kun

Nana nak bayar hutang TAG.

First, by Fidz Halim.

The last person to tag you is..
Azeem-kun

Your 5 impressions toward him..
Cool
Funny [sometimes]
____
____
____

[Saye tidak mengenalinya in person, maka tidak dapat melengkapkan jawapan untuk soalan ini~]

The most memorable thing he had done for you..
Apa ya..?

If he becomes your lover, you will..
Hoho, jauh panggang dari api. Dia sudah berpunya XD

If he becomes your enemy, you will..
Saye akan cuba memperbaiki keadaan, kerana saye tak suke ade musuh.

If he becomes my lover, he needs to improve on..
Umm.. I want him to read more XD. Kerana setawu saye, Encik Azeem tidak suka membaca novel.

If he becomes your enemy, the reason is..
Berebut Kak Nani.. [LOL!]

How do you think people around you feel about you..
I'm sweet. [According to the poll kat tepi ni]

The character about yourself is..
Friendly

The most ideal person you want to be is..
Hoho.. Susah maw jawab ini soalan.

For person who cares or likes you, say something for them..
Thanx for loving me. Nana sayang kamu semua jugak!

10 people to tag..
1)Kak Nani

2)Azeem-kun
3)Q-chan
4)Kak Fairuz
5)Ace
6)Naz
7)Kak Ada
8)Kak Wanie
9)DaSarangMin
10)Hearnois

Who is number 2 having relationship with?
Alamak~ Nana tatawu..

Is number 3 a male or female?
A kawaii female.

Is number 7 and 10 together would be a good thing?
Mereka tak pernah jumpa.. Tapi kalau jumpa, maybe dorang jadik bestfrenz.

How bout number 5 and 8?
Ace and Kak Wanie? Hmm.. saye tidak pasti XD

What is number 1 studying?
Kak Nani sudah keje, tidak blajar lg.

When was the last time you chat with them?
1)Kak Nani - Last week, on phone

2)Azeem-kun - Tidak pernah sama sekali
3)Q-chan - Yesterday
4)Kak Fairuz - Tidak pernah jugak, SMS ada la
5)Ace - Umm.. dah sebulan kot
6)Naz - Sudah lama... dua tahun.
7)Kak Ada - Sama, dua tahun jugak.
8)Kak Wanie - Tidak pernah jugak.
9)DaSarangMin - Last semester.
10)Hearnois - Last week.

Is number 4 single..
Kak Fairuz.. is single, but not available. Kerana hatinya sudah dicuri XD

Talk something bout number 2..
Kami berkongsi loghat yang sama XD!!

*** Next, By Azeem-kun.

35 Little Secrets:
Be honest no matter what!

[1] Who was your last text from?
=> Syasya

[2] Where was your default pic taken?
=> shineee.net

[3]Your relationship status?
=> Single

[4] Have you ever lost a close friend?
=> Yes.

[5] What is your current mood?
=> Happy

[6] What's your brother's name?
=> Aimaan

[7 ] What's your favorite color(s)?
=> Pynk, Yellow, Light Blue

[8] Where do you wish you were right now?
=> SHINee's dorm, cooking for Taemin.. XD

[9] Have a crazy side?
=> Yeah.

[10] Ever had a near death experience?
=> No

[11] Something you do a lot?
=> Photoshoping~

[12] Angry at anyone?
=> Nopes.

[13] What's stopping you from going to the person you like?
=> Not sure.

[14]When was the last time you cried?
=> Three hours ago.

[15] Is there anyone you would do anything for?
=> Yes!

[16] What do you think about when you are falling asleep?
=> ..

[17] Who was the last person you talked to on the phone?
=> Mak

[18] What are your favorite songs?
=> FTI and SHINee's songs

[19] What are you doing right now?
=> Doing this tag.

[20] Who do you trust right now?
=> My family, and my best friends

[21] Where did you get the shirt you are wearing?
=> Mak belikan..

[22] Have you kissed someone in the past week?
=> No.

[23] What is your lucky number?
=> I dont have any lucky number but my fav is 5

[24] Who are your friends that are closest to you?
=> Syasya & Q-chan

[25] Describe your life in one word.
=> Great

[26] Who are you thinking of right now?
=> Taemin, coz I'm making a new header for my blog, featuring him.

[27] What should you be doing right now?
=> Sleep. It's 1.15 am.

[28]If you could wish for something over a birthday cake right now what would it be?
=> I saw this mushroom plushy yang sangat comel kat KLCC last semester, kaler pynk. Saye mawu mushroom itu.

[29] What are you listening to?
=> FT Island - Until You Return

[30] Who was the last person who gave you a hug?
=> Q-chan

[31] Who was the last person who yelled at you?
=> Ntah.. Tak ingat.

[32] Do you act differently around the person you like?
=> Nope.

[33] What is your natural hair color?
=> Hitam, kot..

[34] Who was the last person to make you laugh?
=> Syasya

[35] Who will be tagged by u?
=> Q-chan
=> Nining
=> Kak Wanie
=> Fidz Halim
=> Seadig

Friday, December 26, 2008

I got an award ^^

Thx to Kak Nana, yang memilih Nana sebagai salah seorang penerima award ini. Ribuan terima kasih saya ucapkan.. Terharu.. XD


Lama jugak Nana fikir, nak bagi sape award2 ni. Hmm.. Better bagi pada orang yang Nana belum pernah tag. Mengeratkan hubungan sesama blogger, haha! Penerima award ini yang seterusnya ialah :

1. Fidz Halim
2. Fara
3. Niesya
4. Kak Wanie

Nana jugak ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke-20 to Fidz Halim! ^^

Wednesday, December 24, 2008

Pynkfaery @ DorkisticDesign

Moshi-moshi!

Bloggers, I’m officially a designer at Dorkistic Design starting from today!

Thanx to Kak Fairuz for inviting me to be one of DD’s new designers, together with Kak NANA and Kak Azuwa. [yi? Nana baru perasan, I’m the magnae* at DD!]

Jika anda mempunyai sebarang graphic request, you can always find me (and other designers as well) at Dorkistic Design. Do support us, ok!

* Magnae = a Korean word, which means ‘junior’. Usually, the term refers to the youngest.

p/s : My very first post at DD, three sets of SHINee’s icons. SHINee’s fans, do visit DD now. Yang bukan fans pun, turut dijemput. DD bukannya buat graphic utk SHINee saja. It can be anyone, from Asian Idols (Super Junior, Lollipop, TVXQ), Movie/TV Stars (Hayden Christensen, Eva Longoria, Tom Welling), Disney Stars (Miley Cyrus, Zac Efron, Jonas Brothers). You name it! Let’s have fun at Dorkistic Design! [promote..]

Tuesday, December 23, 2008

"Please withdraw.."

I went to my first 'Semantic' class early.

Sharp on 8.30 am, the lecturer, Mr. Subra walked in.

He said, “All 2nd yeard students, please withdraw from this class.”

Terkesima Nana seketika. Terkebil-kebil jugak. Ayat first dari mulut pensyarah terbabit dah x mengalu-ngalukan Nana dalam kelas tersebut.

Mr. Subra meneruskan kata-katanya dengan memberikan seribu satu alasan supaya 2nd year students seperti Nana menarik diri dari kelas terbabit, seperti tak cukup experience, not your standard, banyak 3rd year students dapat F dan sebagainya. Ok, ok, saye faham.


Tapi masalahnya.. dah tak ada subject lain untuk Nana amik. Subjek-subjek lain yang available, semuanya :

1. Pre-requisite untuk subject tu Nana tak ‘complete’kan lagi
2. Section closed
3. Nana dah amik in the previous semesters

So, macam mana nak withdraw? Kalau Nana drop, nanti tak cukup credit hours pulak. Untuk students yang hidup dengan duit MARA macam Nana ni, minimum perlu 15ch. Kalau drop Semantic, dah tinggal 13ch. Macam mane saye nak menyara hidup nanti?

Nana dah try add subjek lain secara online, tapi semua section dah penuh pulak. Takut~ Pas tu gi amik borang untuk add subjek secara manual pulak. Satu borang harganya 20sen. Padahal fotostat je pun. Bukan ke sepatutnya 10sen dapat dua borang XD! Tak pe, tinggalkan pasal harga borang, tak penting. Nana beli dua borang, untuk subjek ‘Political Science’ dan ‘Research Methodology’. Naik turun tangga, bergegas ke sana sini cari lecturer, memang hilang beberapa peratus lemak la hari ni!


Untuk ‘Political Science’, Nana tengok borang manual pelajar-pelajar lain dah penuh sekotak. Ada possibility ke dalam ratusan borang tu, borang Nana yang akan dipilih? Give up lah macam ni..

Untuk ‘Research Methodology’ pulak, langsung tak dapat jumpa lecturer. Alasan? I am a 2nd year student. Menurut kakak yang menjaga kaunter tersebut, hanya graduating students je leh jumpa lecturer. Nana dah jelaskan yang dah tak ada subjek lain yang available untuk Nana add, dan MARA takkan sponsor Nana lagi kalau credit hours Nana bawah 15, namun kakak itu tetap tidak berbelas kasihan kepada Nana. Huh! Tak pe kak, saye ingat muke awak sampai bile-bile! [joking~]

Naik turun tangga, tawaf department beberapa kali, selak buku ‘study plan’ sampai lekang kulit buku, akhirnya masalah dapat diselesaikan! Aman hidup saye!


* * *


Marilah kita bersama-sama menyambut kedatangan ‘Inkheart’ ke pawagam tanah air! Harap-harap movie ni tak mengecewakan sebagaimana movie-movie Harry Potter, Eragon, dan Twilight mengecewakan para pembacanya.

Monday, December 22, 2008

'Pynk HappinesS' Updated!

Hye bloggers!

Wah.. dah lebih sebulan Nana tak update Pynk HappinesS! Maklum la, xde internet kat umah, tak dapat la nak online. Banyak benda yang Nana nak tulis, semuanya dah d summarize!

BEBAN

Bloggers, tak dapat online adalah perkara yang sangat membebankan bagi Nana! Tak boleh update blog, frenster, myspace, on YM pun tak boleh, download video2 terbaru SHINee and FTI pun tak boleh, menyibuk di international forums for SHINee & FTI pun tak boleh.. sangat bosan!
Bila dah kembali ke UIA, means internet free di sana sini! Yang berbayar pun sentiasa available, maka Nana pun tersenyum gembira!

SEMESTER 2

Semester 2 dah mula! Nana sangat bersemangat! Harap2 semangat ni kekal dan tak hilang ditelan hari-hari yang berlalu [seperti semester-semester yang sebelumnya]. Tapi, semangat Nana pada kali ni berbeza. Sebab? Result final exam Nana untuk semester lepas sangat memberansangkan, boleh dikatakan result Nana yang terbaik sejak menjejakkan kaki ke UIA ni. Maka Nana sangat bersemangat tinggi dan berkobar-kobar untuk memulakan semester baru ni, dengan harapan dapat mengekalkan result yang comel itu. Bloggers, wish me luck ok!

Oh ya, kepada Cik Anis, yang selalu takut-takutkan Nana dengan mengatakan kedahsyatan Nana mendownload dan menonton video-video SHINee dan FTI setiap hari akan memberi kesan yang buruk kepada pelajaran Nana, Nana telah buktikan bahawa SHINee dan FTI tidak menganggu pelajaran Nana, yay me! [ala-ala London Tipton – The Suite Life of Zack & Cody] Ini bukan riak atau sombong, ok? Sekedar ingin sedarkan Cik Anis supaya tidak menakut-nakutkan Nana lagi di masa akan datang. Risau!

BEST NEWCOMER AWARD

Oh ya, SHINee had won the best newcomer award, thanx to MKMF 2008, and congratulations to the boys! Nana sayang kamu semua XD! Keep shining ya..

KAK NANI DAH KONVO

Nana juga nak ucapkan tahniah kepada Kak Nani, sebab dah tamat belajar, dah konvo, dah dapat kerja pun, kini seorang guru bahasa inggeris di Kolej MARA Kulim. Kak Nani, tahniah! Best of luck! Saranghae! Fina pun nak jadi macam Kak Nani jugak nanti, doakan adindamu ini ya?

ANAK-ANAK KUCING COMEL

Nak cerita lagi, Nana ada anak-anak kucing baru yang comel-comel.
Introducing, Aji & Eja! [Salji & Teja]

Mereka berdua ni, suka berlari-lari dalam rumah. Hari tu, pasu bunga Mak dah pecah dilanggar mereka!

Introducing lagi : Bob, Simba & Nala!


Bukankah mereka sangat comel? My favourite is Simba! Sangat comel~ Nana penah bagitaw Kak Nani dan Q-chan, “Satu-satunya makhluk comel yang sekiranya Nana disuruh memilih antara dia dengan Taemin, dan Nana terpaksa menolak Taemin adalah Simba!”. Haha XD! [ayat yang berbelit, harap maaf~]

SHINEE's AMIGO
Baru beberapa minit tadi, tatkala Nana and Q-chan sedang makan malam bersama-sama di cafe sambil menonton TV..

Q-chan : Agak2 dorang ade astro KBSworld x?
Nana-chan : Ade kot. Try la, 303.

Ada MUSIC BANK! Dan makan malam kami lebih bermakna setelah menonton SHINee's live performance, singing my fav. song, Amigo!


TAG

Kepada semua bloggers yang dah tag Nana, wait for a few days ok. Nana akan buat semua tag tu nanti!

Yang Happy,
Nana-chan