Monday, May 31, 2010

MOVING!

Dear all readers and followers,

Nana akan tutup Pynk Happiness dalam tempoh
dua minggu dari sekarang.

Tapi Nana masih blogging :)


Click HERE to visit my new blog :)

Salam and thanks ^^

- Nana

Tuesday, February 2, 2010

Percy Jackson! [lagi..]

Sepatutnya Nana on hiatus sekarang. Tapi tiba-tiba saja ter'upload' satu galeri poster-poster Percy Jackson.. O.o ..


Image Hosted by ImageShack.us

Kawan Nana : Nana, apsal ko save gambar tongkat setan ni?

Nana : Jangan mabuk, boleh tak?
[itu riptide, and riptide is a sword~]

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us
yang ini sangat macho, kot ..

Nana ada terjumpa satu komen masa sedang 'bersiar-siar' mencari poster tadi.

The book was not good. This is another in a long line kids of adventures with supernatural powers and mystical places without introducing anything new.

Nana bersama halo di atas kepala : Owh..

Nana bersama tanduk di atas kepala : Sila pergi mati.

Mood : Excited!
Headphone :-

p/s : Nampak gayanya header CNBLUE ni tak akan bertahan lama. Kak Nani, mari la kita cepat pilih gambar untuk dibuat header XD!

Friday, January 29, 2010

Bukan Merah Jambu

Buat pertama kalinya, Pynk Happiness tampil dengan warna BUKAN merah jambu.

Comel bukan?

:)

Tapi signature spoil la. Kaler pink pulak..

Lupa nak buat yang baru~

Esok la.. [kalau rajin~]

p/s : Hari ni CNBLUE menang, maka perlu lah di'feature' sebagai header XD!

Saturday, January 16, 2010

Letih T^T

Nana ada sangat banyak assignment yang perlu di'submit' minggu lepas. Dah muak tengok artikel bahasa inggeris~~ setiap malam cuma tidur 2-3 jam. Dan ada dua malam yang Nana tak sempat langsung nak melelapkan mata kibat assignment-assignment ini. Mata saya sudah kelihatan seperti mata panda. Ya, comel, saya tahu XD.

Weekend ni, Nana sudah berehat sepuasnya. Minggu depan ada lagi dua assignment. Mata saya terus bertukar ke mata panda sebaik sahaja memikirkannya, haha.

Ok, nanti kita sembang lagi. :)

p/s : Owh, CNBLUE baru saja debut di Korea tiga hari lepas. A bunch of talented teenagers they are. Perfect in live performance. Junior-junior FT Island ini memang tidak mengecewakan. [Is 89er a teenager? LOL]



Mood : -
Headphone : Oetoriya by CNBLUE

Monday, January 4, 2010

FREEZE IN UNISON

Date : December 31, 2009
Time : 1:oopm - 1:04pm
Location : IIUM CENTRE








Photos by Freddy :)

Personal Comment : Hari itu sangat panas~ Namun ku gagahkan jua berdiri berjemur di situ. Agak kecewa kerana ramai yang pada mulanya kata mau join tidak memunculkan diri pada hari dan waktu yang sepatutnya. Tidak mengapa lah, kerana event ini masih berjaya walau pesertanya sedikit cuma ^^. Cukup untuk menarik perhatian awam, nghee XD. Dib, nanti kita buat lagi ok?


Mood : Pening
Headphone : Back 2U by 2PM

p/s : Para peserta terdiri daripada BENL students semata-mata O.o..
p/s lagi : Malas nak upload banyak-banyak, connection slow~

Thursday, December 24, 2009

Fangirling Tahap Ekstrim

Dah lama tak menulis, Nana kini ingin benar mengulas tentang fangirls di seluruh dunia yang semakin menjadi-jadi.

Di bawah ini Nana sertakan definisi fangirls oleh wikipedia.

A fan, aficionado, or supporter is someone who has an intense, occasionally overwhelming liking and enthusiasm for a sporting club, person (usually a celebrity), group of persons, company, product, activity, work of art, idea, or trend. Fans of a particular thing or person constitute its fanbase or fandom. They often show their enthusiasm by starting a fan club, holding fan conventions, creating fanzines, writing fan mail, or promoting the object of their interest and attention.

Jika para bloggers pernah melihat peminat-peminat artis K-Pop / J-Pop yang menjerit / squeal dan mengeluarkan bunyi-bunyian pelik hanya dengan menonton live performance artis kegemaran mereka di skrin komputer riba [kadang-kadang hanya dengan melihat gambar sahaja], tak perlu terkejut. Itu masih di tahap biasa.

Nana ingin mengulas tentang fangirls yang sudah sampai ke tahap luar biasa, tahap menggelikan. XD

Mangsa pertama kes fangirl-tahap-luar-biasa-lagi-menggelikan ini ialah Encik Taecyeon dari kumpulan 2PM.

TaecYeon Icon Pictures, Images and Photos

Encik Taecyeon telah menerima sepucuk surat daripada peminat setianya, dan surat tersebut amat menggelikan kerana ditulis dengan .. urm.. macam mana nak kurangkan tahap kegelian ni XD! Um.. ok! Dakwat yang digunakan oleh penghantar surat tersebut bukannya dakwat biasa yang kita gunakan setiap hari, tapi cuma boleh didapati sekali dalam masa dua puluh lapan hari. Still clueless? It was written with the fangirl's own blood. But not a regular blood you get from a paper cut - this was blood from her period with a sprinkle of pubic hair.

Di bawah ini Nana sertakan gambar surat yang menggelikan itu.

Image Hosted by ImageShack.us

English Translations :
I dedicate to Taecyeon my period blood letter
Ok Taecyeon, You cannot live without me
Sprinkled with a few strands of my pubes


Ya, bodoh, saya tahu. Para netizen kemudiannya mempertikaikan kesahihan sumber dakwat tersebut. Fangirl itu, khabarnya sangat berkecil hati lalu meng'upload' gambar yang SANGAT MENGGELIKAN sebagai bukti, dan Nana tak sanggup nak berkongsi gambar tersebut di sini. Serius bodoh.

Mangsa kedua kes-fangirl-tahap-luar-biasa-lagi-menggelikan ini ialah Encik Joon dari kumpulan MBLAQ.

Joon 8 by mikuen Pictures, Images and Photos

Kes ini, bezanya adalah punca dakwat tersebut. Fangirl tersebut mengelar tangannya sendiri dan menggunakan darah yang mengalir sebagai dakwat. Malah dengan penuh keperasanannya mengutuk fangirl di atas. Padahal, dua-dua pun tak berotak.

Di bawah ini Nana sertakan surat tersebut, beserta maksudnya sekali.

Image Hosted by ImageShack.us

Kedua-duanya bodoh, saya tahu.

English Translations :
"Lee Chang Sun (real name) don't forget me, you are everything to me. I love you. Remember that. Soojin"

Mangsa ketiga ialah Hongki [yang adorable] dari kumpulan FT Island.

Image Hosted by ImageShack.us

Pemangsa dalam kes ini mengelar jarinya untuk mendapatkan dakwat. Tiada kes keperasanan dilaporkan, tapi masih membabitkan tahap kebodohan yang sama.

Gambar ada di bawah, dan suratnya membawa maksud "Lee Hongki, awak tahu saya sayangkan awak, bukan?"

Image Hosted by ImageShack.us

Kesimpulannya, semua orang boleh minat dan suka sesiapa saja, tapi sila jangan sampai hilang kewarasan dan menjadi bodoh.

Sampai di sini sahaja ulasan Nana pada kali ini.
Jumpa lagi di ulasan yang seterusnya, :)

credits : allkpop

Belum XD

Dia : Nana, blog awak dah mati ke?

Saya : Belum!!

Ah, dah lama tak update.
Patutlah dia tanya begitu..

XD

Sunday, December 6, 2009

Semester Baru

Esok dah mula sem baru.
Masih tak ada mood nak belajar XD.
Jangan dicontohi sikap buruk ini.
Nana ada 7 subjek semester ni.
Harap-harap mampu bawak semuanya dengan baik :)

ENGLISH LITERATURE: BEOWULF TO JOHNSON
RESEARCH METHODOLOGY
SEMANTICS
TOPICS IN ISLAMIC LITERATURE
LINGUISTICS FOR STUDENTS OF LITERATURE
INTERMEDIATE QURANIC FOR HS IV
COMMUNITY SERVICE 1

Mood : Happy
Headphone : Let's Go Crazy by C.N.BLUE

Wednesday, December 2, 2009

Friday, November 6, 2009

Panda

Esok Nana ada dua paper.
Pukul 9 pagi, American Literature.
Pukul 3 petang, Psycholinguistics.
Masih banyak yang perlu dibaca.
Esok Nana akan ke main hall bermata panda.
Kerana Nana akan stay up sepanjang malam ni.
Sigh~

Mood : Letih
Headphone : Tired of Waiting by 2PM

Thursday, November 5, 2009

She's 24 ♥

Kalau ada orang yang paling kenal hati budi Nana selepas Mak,
Kalau ada orang yang paling faham hati dan jiwa Nana selepas Mak,
Kalau ada orang yang yang Nana akan cari bila Nana menangis,
Kalau ada orang yang Nana akan cari bila Nana ada berita gembira untuk dikongsi,
Kalau ada orang yang boleh buat Nana bersemangat dalam sekelip mata bila-bila masa saja,
Kalau ada orang yang Nana tak suka tengok dia bersedih,
Kalau ada orang yang hatinya cantik dan tak layak dilukai,
Kalau ada orang yang Nana tak sanggup bayangkan satu hari nanti dia akan kahwin dan ada keluarga sendiri, mungkin tak ada masa untuk Nana lagi,
orang tu adalah Kak Nani.

Nana sangat sayang Kak Nani :)
And she's 24 today.
Happy Birthday, Kak Nani.



Image Hosted by ImageShack.us

Jajang! This is my first time making an animated b-day card!

So Kak Nani, feel special :) hehe!

~ ~ ~ ♥ ♥ ♥~ ~ ~

Final exam dah mula.
16hb ni baru tamat. Wish me luck!

Mood : Letih
Headphone : Chu~♥ by f(x)

Friday, October 30, 2009

Hipokrit

Tersebutlah kisah seorang manusia yang sangat hipokrit.

Bila bercakap, suaranya sangat lembut dan dan sopan santun gayanya. Awal-awal dulu, Nana juga tertipu dengan lagak sopannya itu. Setahun mengenali perempuan ini, Nana akhirnya sedar yang dia sebenarnya penuh kepura-puraan.

Cerita sedihnya semua tipu belaka.
Penganiayaan yang diterimanya juga bohong belaka.
Kemuliaan hatinya yang tak henti-henti menolong orang lain, tetapi menerima balasan yang tak setimpal juga tiada satu pun yang kita boleh percaya.

Pendek katanya, memang hipokrit la perempuan yang satu ni.

Nana tak suka duduk dan bersembang dengan manusia seperti ini, kerana topik-topik yang dibincangkan semuanya bosan dan bohong belaka. Hampir semua lelaki yang dikenalinya menaruh hati terhadapnya. Hampir kesemua classmate nya iri hati sekali kepada kepandaiannya. Dia tidak pernah mengulangkaji walau sedikitpun, malah menyentuh kulit buku teks pun tidak pernah, namun dia mendapat markah yang sangat tinggi. Bila buat kerja berkumpulan, dia sorang sahaja yang buat. Orang lain semuannya pemalas.

Kalau sekali sekala, mungkinlah betul.

Takkan la dah empat tahun belajar, dah berpuluh-puluh kali buat group works, asyik dapat group mates yang tak guna saja? Takkan lah dah berpuluh-puluh kali jugak jawab quiz, midterms, dan final exam masih dapat markah penuh walaupun tak pernah ulangkaji? Einstein pun baca buku, kot? Heroin sinetron Indonesia pun paling kurang tiga saja lelaki yang suka padanya. Dia pula sampai berpuluh lelaki yang tergila-gilakan dirinya. Dan dia pula menyimpan perasaan kepada lelaki-lelaki lain yang tidak menghargai dirinya [menurut kisahnya la..]

Oh tidak, Nana tidak iri hati. Jauh sekali. Cuma menyampah saja. Kerana setiap kali dia duduk di tepi Nana, dia hanya bercakap tentang topik-topik yang disebut di atas, dah membawa rajuk hati yang entah apa puncanya akibat ditindas dan dan dianiaya, kononnya lah. Nana sebenarnya bukan rakan rapatnya sehinggakan boleh dibawa bercakap tentang hal-hal seperti itu. Owh, dia memang suka membawa mulut ke sana ke mari, terlupa pula.

Baru-baru ini, dia buat perangai dengan kawan baik Nana. Oleh kerana kawan baik Nana pun tak panjangkan cerita, dan berdiam diri saja, Nana pun tak mau la masuk campur. Ingatkan dah habis setakat tu saja.

Rupanya-rupanya, dengan penuh kejahatan dan kehipokritan, dia membawa lagi mulut jahatnya itu dan menjaja 'kejahatan' kawan Nana tu ke sana sini, malah ke lecturer juga. Sakit hati ni, tuhan saja yang tahu. Sesuka hati menabur fitnah ke sana sini, kamu tak takut neraka Allah, kah?

Kawan Nana tu bukan mangsa pertama. Perempuan ni memang penuh dengan kebohongan. Setakat ni, pepatah 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga," masih belum boleh diaplikasi kepada perempuan ini, kerana dia sentiasa terlepas dari sebarang hukuman.

Tak apalah, lompatlah selagi kamu terdaya. Jangan gembira sangat hanya kerana kamu sudah terlepas dari hukuman dunia. Hukum Allah SWT yang paling agung, sila tunggu saja kamu dibangunkan semula di Padang Mahsyar nanti.

Mood : Sakit Hati
Headphone : -

Monday, October 26, 2009

Demam lagi~

Image Hosted by ImageShack.us
Medice by Detail66

Nana demam lagi.
Hari ni hari ketiga.
Tadi dah pergi melawat klinik.
Dah dapat ubat pun.
Tapi, ubat sakit tekak Nana tak sedap.
Bukankah selalunya ubat sakit tekak rasanya sedap?

Ok, ini sangat random~

Mood : Tak happy kerana demam.
Headphone : -

Tuesday, October 20, 2009

Kembali Happy

Semalam, mood Nana kurang baik diakibatkan oleh satu kejadian yang tidak disangka-sangka akan berlaku. Nana sudah faham perasaan Encik Jaebeom sekarang apabila perkara lama diungkit kembali.

Nana rasa tak perlu komen panjang lebar di sini. Semua orang bebas blogging tentang apa saja. Semua orang pun tahu hakikat tu kan? Asalkan tak menentang kerajaan sudah lah. Nana tak mau masuk penjara kerana blog XD.

Bebas. Nana percaya term tu memang diaplikasikan dalam dunia blogging, maka suka cita Nana ingin tegaskan, semua entri yang Nana pernah post sejak hari pertama Nana menjadi blogger akan KEKAL di sini, dan Nana tak akan padam mana-mana entri pun.

Lupakan hal yang tak menarik itu, lihatlah di atas! Header baru XD!

p/s : Kak Fai, tengok la. Header Nana pun ada butterfly juga XD!

Saya sudah tak bad mood lagi kerana ada banyak perkara best pada hari ini. Buat apa fikir perkara yang tak menarik dan mengusutkan otak? XD

Waiting for the fifth episode of Minami Shineyo XD! *stalks youtube*
Erk, belum ada.. >.< *stalks lagi*

Mood : Kembali Happy
[Inilah asal-usul tajuk entri pada kali ini]

Headphone : SHINee Girl by SHINee
[Mungkinkah lagu ini dicipta khas untuk Nana? LMAO, ini sangat random!]

Friday, October 16, 2009

SATU

Assignment Nana yang berempat tu sudah tinggal satu.
Tiga sudah berjaya ditamatkan dengan jayanya.

*bangga*

XD


---------- RANDOM ----------

The hottest SHINee's MV ever ♥

Thursday, October 15, 2009

EMPAT

Nana sangat sibuk minggu ni.
Ada empat assignment yang perlu di submit.
Sangat banyak~
Ini la padah menangguhkan kerja.
Sila jangan ikut perangai buruk ini, OK?

Ok, Nana perlu cari bahan untuk assignment Parenting pula.

Till the next update,
Nana XD


----RANDOM----

SHINee's new MV teaser is out XD!
The teaser is made up of highlights from the MV,
as it will reveal a different,mysterious,
yet more matured looks of SHINee members.
Waiting for SM to release the MV tomorrow.
The MV will be gorgeous [minus the nonsense lyrics XD]!


Tuesday, October 6, 2009

Takkan la dapat markah macam ni?

Nana tak nak bercerita panjang-panjang kali ni.

Nana buat ringkasan saja, ok?

Sebelum cuti raya hari tu, Nana menjawab midterm Political Science dengan penuh keyakinan.

Beberapa hari yang lepas, lecturer dah pulangkan kertas midterm terbabit.

Nak dijadikan cerita [bukan sengaja nak membongkak tak tentu pasal, ok?] Nana dapat markah yang paling tinggi dalam kelas. Berapa? Tak payah taw la.

Muncul la budak di sebelah Nana yang amat suka menyampuk ketika lecturer mengajar.

Lalu dia bertanya soalan yang entah hapa-hapa.

"Akak, ni kali ke berapa akak repeat subjek ni?"

Heh? Bila pulak Nana ada kena repeat subjek ni XD?

"Ni first time amik course ni," balas Nana, dengan senyuman yang dipalsukan.

"Eh? Takkan la first time amik dapat markah tinggi macam ni?"

Oi, takkan la nak kena fail dan repeat berkali-kali baru nak dapat markah tinggi kot?
Apa punya pemikiran ni~


-- IKLAN --
Image Hosted by ImageShack.us

Taehwa's Fallen Angel sangat best XD.
Jika rasa nak tengok, boleh cari di youtube saja.
Harap maklum. :)

Wednesday, September 30, 2009

TAK SUKA

“Sya, Nana x pegi kelas ari ni. Nana nak g mengamuk kat AnR jap. UIA ni memang suka cari pasal ngan Nana!”

SMS di atas telah dihantar kepada Syasya pagi tadi.

Hari ni Nana ponteng kelas.

Bukan malas. Tapi terpaksa.

Cerita yang penuh kemenyampahan ini bermula semalam.

Al-kisahnya, semua pelajar UIA diarahkan menukar password untuk login web UIA. Password yang sudah digunakan sejak azali lagi, dikatakan sudah tidak selamat. Atas alasan ‘security’, maka arahan untuk menukar password itu Nana turuti.

Requirement untuk password pulak macam-macam ada. Huruf besar, huruf kecik, underscore, tanda seru semua ada untuk membolehkan kita mencapai piawaian yang sudah ditentukan untuk meluluskan penukaran password terbabit. Setelah berhempas pulas Nana mereka password baru, akhirnya berjaya jugak Nana menukar password. [Password yang Nana guna untuk email, blog, akaun-akaun forum semua tidak mencapai piawaian yang sudah ditetapkan, maka perlu cipta yang baru]

Kemenyampahan bermula apabila Nana tak boleh login akaun UIA sebaik sahaja password ditukar. Password lama tak boleh, baru pun tak boleh jugak. ‘Wrong Password’ katanya. Hampir sepuluh kali Nana mencuba, namun tetap gagal.

Kemenyampahan semakin bertambah kerana Nana PERLU login akaun UIA untuk daftar subjek-subjek baru untuk semester depan pada keesokkan harinya, iaitu hari ini. Tak boleh login, macam mana nak register??! Mengapa perlu tukar password musim pendaftaran ni, aish..

Nana pun berkejar ke shop berhampiran untuk membeli kad topup handphone. Setelah berjaya menambah baki akaun nombor telefonku ini, Nana pun membuat panggilan rasmi ke AnR. Si Operator yang menjawab panggilan Nana, dengan penuh kepandaiannya menjawab :

“Password kamu panjang sangat ni! Sepatutnya tak boleh lebih dari 8,”

“Tapi masa saya register tadi, kat tepi tu ada tulis minimum 8, maksimum 15,”

“Oh ye ke. Saye pun tak tahu,”

Hei, jawapan apa ni? Macam mana jaga kaunter tapi apa pun tak tau?

Lalu, katanya masalah Nana akan diforward ke ITD. Katanya lagi, ITD akan contact Nana setelah masalah diselesaikan. Seperti biasa, untuk menambahkan lagi darjah kemenyampahan Nana, tiada apa yang diselesaikan sehingga terbenamnya matahari. Bagus betul.

Beberapa jam kemudian, matahari terbit lagi. Hari baru pun bermula. Mengenangkan pendaftaran semester baru akan tiba beberapa jam lagi, Nana pun dengan berat hatinya mengambil keputusan untuk ponteng kelas untuk pergi buat apa-apa yang perlu di AnR supaya dapat daftar petang nanti. Wah, rupanya bukan Nana sahaja yang bermasalah sedemikian. Ramai lagi, dan semuanya bersumbu-sumbu di kaunter laksana semut mengurung gula.

Masalah yang dihadapi kami semua, kemudiannya diisytiharkan sebagai salah kami sendiri [apa?!!], lalu untuk mendapatkan password baru, perlu bayar tiga ringgit. Wah, banyaknya wang yang berjaya mereka kumpul pada hari ini, kan?

Tak apalah, bayar saja asalkan dapat daftar tepat pada masanya petang ni! Begitu fikir Nana.

Dengan password baru tu, Nana berjaya login, akhirnya! Sangat gembira, maka mampu mengukir senyuman yang cukup lebar hingga ke telinga.

Nana ingatkan, tamat sudah kemenyampahan pada hari ini. Rupanya Nana silap..

Tadi, sebaik sahaja tamat kelas American Literature, Nana terus bergegas pulang ke mahallah. Ada lagi sejam setengah sebelum pukul lima. Harap-harapnya masih ada PC kosong di cyber café. Fuh, ada lagi satu! Lega lah hati Nana.

Lalu Nana pun online dari jam 3.30, menunggu waktu pendaftaran pada pukul lima nanti. Tepat jam lima, Nana yang sangat berkobar-kobar untuk mendaftar subjek-subjek baru terus memasukkan matric number dan password baru tersebut.

Kemenyampahan paling ultimate memunculkan diri.

Katanya, aku tak boleh register sebab aku BELUM BAYAR YURAN.

Aku dah bayar, OK?

Aku rasa, undang-undang yang paling hebat sekali ialah :
Pendaftaran bermula jam 5 petang.

Maka jika ada lagi pelajar yang mengalami masalah seperti aku, memang tak boleh buat apa-apa, sebab office sudah tutup pada jam terbabit. Call pun tak ada yang sudi nak jawab. Ya lah, dah tamat waktu berkerja, siapa saja yang nak berkerja lebih masa menjawab panggilan aku ni? Penyelesaian? Kena tunggu matahari terbenam dan terbit semula keesokkan harinya, tuggu ofis bukak, dan tunjukkan pada mereka salinan slip bayaran semester ini sebagai bukti yang aku sudah bayar.

Memanglah mereka ni suka cari pasal dengan aku. Dulu aku tak boleh ambil bahasa arab, sebab katanya aku tak lulus lagi level dua. Padahal pada masa tu aku sudah belajar di maincamp selama setahun. Syarat untuk ke maincamp ialah lulus bahasa arab sehingga level 2. Kalau aku tak lulus, macam mana aku boleh sampai Gombak. Tak fikir kah?

Tajuk entri pada kali ini ialah TAK SUKA. Jangan salah faham, aku bukannya tak suka belajar di sini. Tapi aku rasa, tempat ini yang tak suka aku. Setiap semester pun ada saja masalah yang menyebabkan kelembapan. Macam tak suka aku belajar di sini saja.

Mood : Menyampah
Headphone : Menyampah


p/s : Aku tau semuanya ada hikmah.

p/s lagi : Mungkin entri ni bunyinya sangat serabut. Harap maaf. Sekarang aku memang tengah serabut, maka terbawa-bawa ke penulisan blog.

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran

Bloggers sekalian,

Selamat Hari Raya :)

Kalau ada sebarang post Nana yang mengecilkan hati para bloggers, sila maafkan Nana.

Sekian, terima kasih!

*nak makan laksa XD*

Sunday, September 13, 2009

:)

Nana dah sampai rumah :)
Cuti dah mula, dan Nana sangat gembira, LOL.
Kegembiraan berada di rumah tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata.
Dapat berbuka puasa bersama keluarga.. sangat bahagia.

Oh ya, Nana nak ucapkan Selamat Hari Jadi kepada Kak Fai!
Nana tak ada gambar Junsu K. dalam simpanan~
Jadi Nana guna Seunghyun ~ XD.

Image Hosted by ImageShack.us

Mood : Happy
Headphone : -