Tersebutlah kisah seorang manusia yang sangat hipokrit.
Bila bercakap, suaranya sangat lembut dan dan sopan santun gayanya. Awal-awal dulu, Nana juga tertipu dengan lagak sopannya itu. Setahun mengenali perempuan ini, Nana akhirnya sedar yang dia sebenarnya penuh kepura-puraan.
Cerita sedihnya semua tipu belaka.
Penganiayaan yang diterimanya juga bohong belaka.
Kemuliaan hatinya yang tak henti-henti menolong orang lain, tetapi menerima balasan yang tak setimpal juga tiada satu pun yang kita boleh percaya.
Pendek katanya, memang hipokrit la perempuan yang satu ni.
Nana tak suka duduk dan bersembang dengan manusia seperti ini, kerana topik-topik yang dibincangkan semuanya bosan dan bohong belaka. Hampir semua lelaki yang dikenalinya menaruh hati terhadapnya. Hampir kesemua classmate nya iri hati sekali kepada kepandaiannya. Dia tidak pernah mengulangkaji walau sedikitpun, malah menyentuh kulit buku teks pun tidak pernah, namun dia mendapat markah yang sangat tinggi. Bila buat kerja berkumpulan, dia sorang sahaja yang buat. Orang lain semuannya pemalas.
Kalau sekali sekala, mungkinlah betul.
Takkan la dah empat tahun belajar, dah berpuluh-puluh kali buat group works, asyik dapat group mates yang tak guna saja? Takkan lah dah berpuluh-puluh kali jugak jawab quiz, midterms, dan final exam masih dapat markah penuh walaupun tak pernah ulangkaji? Einstein pun baca buku, kot? Heroin sinetron Indonesia pun paling kurang tiga saja lelaki yang suka padanya. Dia pula sampai berpuluh lelaki yang tergila-gilakan dirinya. Dan dia pula menyimpan perasaan kepada lelaki-lelaki lain yang tidak menghargai dirinya [menurut kisahnya la..]
Oh tidak, Nana tidak iri hati. Jauh sekali. Cuma menyampah saja. Kerana setiap kali dia duduk di tepi Nana, dia hanya bercakap tentang topik-topik yang disebut di atas, dah membawa rajuk hati yang entah apa puncanya akibat ditindas dan dan dianiaya, kononnya lah. Nana sebenarnya bukan rakan rapatnya sehinggakan boleh dibawa bercakap tentang hal-hal seperti itu. Owh, dia memang suka membawa mulut ke sana ke mari, terlupa pula.
Baru-baru ini, dia buat perangai dengan kawan baik Nana. Oleh kerana kawan baik Nana pun tak panjangkan cerita, dan berdiam diri saja, Nana pun tak mau la masuk campur. Ingatkan dah habis setakat tu saja.
Rupanya-rupanya, dengan penuh kejahatan dan kehipokritan, dia membawa lagi mulut jahatnya itu dan menjaja 'kejahatan' kawan Nana tu ke sana sini, malah ke lecturer juga. Sakit hati ni, tuhan saja yang tahu. Sesuka hati menabur fitnah ke sana sini, kamu tak takut neraka Allah, kah?
Kawan Nana tu bukan mangsa pertama. Perempuan ni memang penuh dengan kebohongan. Setakat ni, pepatah 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga," masih belum boleh diaplikasi kepada perempuan ini, kerana dia sentiasa terlepas dari sebarang hukuman.
Tak apalah, lompatlah selagi kamu terdaya. Jangan gembira sangat hanya kerana kamu sudah terlepas dari hukuman dunia. Hukum Allah SWT yang paling agung, sila tunggu saja kamu dibangunkan semula di Padang Mahsyar nanti.
Mood : Sakit Hati
Headphone : -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
YA Allah, ya Tuhanku..
Baca kisah ni tiba-tiba terimbau pulak kenangan lama...
Kak Noi dapat ROOMATE ok ROOMATE yang macam ni pada tahun 2.
Baik, sopan santun.. tapi..
EXACTLY LIKE THAT GIRL!
Tapi satu hari tu Allah nak tunjuk, terbongkar semua segala penipuan.
Tu first time akak kena.
Then, kali kedua dan ketiga..kena lagi dengan orang lain.
Kiranya dah TIGA kali kena macam ni.
Marah dan sedih sangat, tapi nak buat camne... Betul lah kata ayah, tak semua orang kita boleh buat kawan.
Kita boleh jadi pendengar setia, betul tak? Tapi pada kisah yang patut didengar je. Kalau penuh dengan pembohongan, rasa menyampah ade lah!
orang yang hipokrit ni agaknya tak takut masuk neraka kot....
Kaklong pun ada kawan yang ske cakap tipu...dan jugak hipokrit. dia ske mempermainkan lelaki yang kononnya ske kat dia. Dia jugak telah menipu kaklong n kawan2 dgn memberitahu byk cerita yang impossible berlaku.
aiihh....orang cam ni memang hidup tak lama kat dunia ni. hahahahaha....
dunt tell me yg dye nih stok yg pakai tudng labuh, pakai hand socks, sume2, tp perangai mcm nih?? ok, sungguh pelik~
Nana, ini sgt jahat tapi, thanks :)
gelinya org mcm ni. tak apalah dinda, hidup di dunia ni sementara saja, kalau tak kantoi di sini, dah balik nnt kantoi jugak. semoga dia kantoi cepat sikit, baru terajar sikit kot?
nnt balik cerita tau!
haiyyyaaaa....
mngapa begitu #%^&^%#%^ skali mnusia(?) itu??
prangainya spt ^&(%$@%...
aggp je la die itu seorg yg trlebih menggelabah..
trsgt la ^%#$%&* die itu..
serahkn la kpd yg ESA..
-end-
2 kak noi : tu la, kalau nk jadi pendengar cerita yg penuh kebohongan, nana mmg tak sanggup~ tak pe la kak noi. smoga org2 mcm ni mendapat balasan yg stimpal.
2 kak long : kalau hidup lama pun, mmg x berkat la..
2 couzie-chan :
x, dia x pakai tudung labuh. orangnya biasa2, mcm kita. cuma teramat lemah lembut smpai nak bagi penampar pun ada.
2 Luna :
kamu taw kan sy sayang kamu ^^?
2 kak nani :
baik! orang mcm ni, tunggu balasan tuhan saja.
2 carisbrook_itam :
hoho. penuh censored nampaknya komen anda XD!
gilelah lemah lembut smpi nk bg penampar :P tp ade lg satu type taw, type yg mcm dye tuh amek berat pasal sume org, smpi nek pening laahh~
prangai die yg lmah lmbut, ayu tu mmg sweet..
tp the real her tu mmg $%^&*& r kn..
npe kene spoilkn prangai die yg blh dsensngi tu dgn bnde yg %$@$&* tu kn?
manusia2..
-end-
Post a Comment