Tuesday, June 23, 2009

Tong Sampah dan Paip Getah

Dua hari lepas, Nana teringat satu cerita yang diceritakan oleh Mdm. Sheena tentang satu kejadian aneh yang berlaku di DELL [department of English language & literature]. Ceritanya begini..

Pada suatu pagi yang hening, salah seorang warga DELL yang tidak diketahui namanya tiba ke jabatan tersebut begitu awal sekali. Langit pun masih gelap. Dia mendapati pintu masuk jabatan tersebut dihalang oleh sebuah tong sampah. Lalu, dengan penuh rasa tanggungjawab, dia mengalihkan tong sampah tersebut kembali ke tempat asalnya. Lalu dia melangkah masuk ke jabatan dan memulakan kerja seperti kebiasaannya.

Beberapa jam berlalu, dan dia akhirnya menyedari bahawa dompetnya tiba-tiba kosong! Kesemua wang kertas dan syiling lesap begitu saja tanpa diketahui sebabnya..

Keesokan harinya, seorang lagi warga DELL menerima nasib yang sama. Kesemua wang di dalam dompetnya tiba-tiba hilang. Apabila berita itu tersebar, barulah mangsa yang pertama mengetahui bahawa mangsa kedua juga mengalami perkara yang sama; datang awal pagi, jumpa tong sampah di depan pintu, dan dia alihkan tong sampah tersebut sebelum masuk..

Pada hari yang ketiga, seorang lagi warga DELL tiba begitu awal juga, seperti mangsa-mangsa yang sebelumnya. Cuba teka apa yang dia nampak di depan pintu jabatan tersebut?

TONG SAMPAH

Lalu dia mengambil keputusan untuk mengalihkan tong sampah tersebut ke tempat yang sepatutnya. Tong sampah tersebut baru sahaja digerakkan sedikit apabila dia tiba-tiba teringat kisah wang lesap yang berlaku pada hari-hari sebelumnya. Dia terus memeriksa ‘handbag’nya, dan mendapati purse kepunyaannya dalam keadaan terbuka, tapi wang-wang masih ada. Atau lebih tepat, wang tersebut belum sempat diambil…

Takut kan..? Nana takut XD

Bila Nana cerita dengan Kak Nani, kami berdua merumuskan ada orang jahat yang hantar toyol atau apa-apa saja yang seangkatan dengannya untuk merompak manusia yang sibuk mengalihkan tong sampah itu.. Apa pendapat para bloggers?

Awal pagi tadi, sebelum Kak Nani pergi kerja, tiba-tiba dia mendapati ada segulung paip getah yang masih berbungkus plastik, seolah-olah baru di beli terletak berhampiran dengan tayar keretanya. Dari mana datangnya paip getah itu? Pagar semua berkunci.. dan kami berdua langsung tidak pernah melihat paip getah itu..

“Takut la nak alih pi tepi, sat gi duit Kak Nani semua hilang!” kata Kak Nani, dan Nana terus teringat kisah Tong Sampah di DELL..

“Biaq la kat situ.. Sat gi kita call mak, tanya nak buat apa,” balas Nana. Kak Nani bersetuju dan sebelum dia masuk ke dalam kereta, dia sempat lagi berpesan.

“Fina pun jangan alih tau!” katanya penuh kerisauan.

“Ya, ya.. Fina tak alih..” balas Nana yang masih mamai kerana mengantuk akibat tidur lewat, berharajalela dengan broadband Kak Nani.

Setelah memastikan pintu rumah dikunci, Nana kembali ke bilik tidur untuk .. tidur la, apa lagi? Belum sempat Nana memejamkan mata, tiba-tiba Mak call. Kata Mak, Kak Nani tak jawab handphone masa Mak call sebentar tadi. Nana pun cerita la tentang Tong Sampah di DELL dan Paip Getah di Tepi Tayar Kereta.

“Ayah la tu! Mak suruh dia beli paip baru untuk ganti paip depan rumah kita tu, dah pecah,” kata mak.

“Ha? Awat ayah tak call suruh kami bukak pintu malam tadi?” tanya Nana.

Kata Mak, ayah balik Perlis sekejap saja, kena jenguk students. Mesti dia lempar getah tu dari luar pagar semalam.. hihi.

XD

XD

XD

Mood : Happy

Listening to : Nobody by Royal Pirates

p/s : Tapi kisah tong sampah tu seram, kan..?

10 comments:

Trinisaurus said...

ya Allah....ting sampah pn dell tue nana...betul kew...seram gle weh...ape jdi nie...takowtnyer nana...sape buat onah kat dell ni..aduyai....

Diansiraarja said...

ya allah...seramnyer!! takot ah bende2 ni

Nasiruddin bin Mohd Fazali said...

Uish! Biar betul Fina! Kisah kat DELL tu menakutkan betuiii..!

Nana Mint Lee said...

2 nining : betul la. mdm sheena yang citer.. nana pun takot gak XD

2 dian : tu la, seram kan?

2 ace : betul la ace, aku x tipu~~

Zwa_N said...

baik punye cerita =.=

P/S:reply la msg oi..ish...geram dah ni

Nana Mint Lee said...

2 izad : x ada kredit la..

Sonnet said...

nana, kaklong tau angkara siapa yang mengambil dompet kat tong sampah DELL tu.

macam ni, oada 'orang' sengaja letak or sepak tong sampah tu kat depan pintu. then, bila orang yang angkat tong sampah tu, cepat2 'orang' tu ambik dompet tanpa disedari oleh mangsa yang angkat tong sampah tu sebab mangsa tu terlalu fokus pada tong sampah sambil berkata 'hish, sapa la yang letak tong sampah kat sini'. so depa tak perasan time tu dompet depa kena cilok.

ni pendapat kaklong je la. tapi kaklong pernah dgr dari kwn2 kaklong yang pencuri sekarang mmg wat cam tu.

Nana Mint Lee said...

2 kaklong : boleh jadi jugak. jahat kan manusia macam tu?!

inna hayati said...

uish..dasyatnye..ngan tong sampah pon jadik bahan.
pelik2 ah dunia sakng ni.

Nana Mint Lee said...

2 kak inna : tu la.. jadi mulai sekarang kita perlu lebih berhati-hati. ^^