Tuesday, June 9, 2009

TAG ^^

Nana di'tag' Kak Nani!
Image Hosted by ImageShack.us

1) Bekas kekasih saya – boleh kah tidak jawab soalan ini? [buruk betul perangai saya, soalan first pun dah tamaw jawab~]

2) Saya sedang mendengar – SHINee's Juliette. Perlu dengar lagu lain kah?

3) Mungkin saya patut – pergi makan sebentar lagi. Sebab saya lapar..

4) Saya suka – internet, seriously..

5) Sahabat-sahabat saya – terdiri daripada manusia-manusia yang kerenahnya pelbagai.

6) Saya tak faham – macam mana wujudnya manusia yang tidak suka menggunakan internet!

7) Saya kehilangan – usia remaja.. kerana usia saya sudah 'puluhan', dan bukan 'belasan' lagi.

8) Ramai yang berkata – "Nana mesti anak bongsu, kan? Tak pun anak tunggal,". Mereka semua silap. Saya bukan anak tunggal, bongsu juga bukan. Saya ada seorang kakak yang sangat suka membaca, dan saya ada seorang adik yang baru saja menjejakkan kaki ke alam universiti. Sila beri tepukan kepada mereka berdua. [I'm crazy, don't mind me~]

9) Cinta itu adalah – universal. [betul-betul tak tahu jawab soalan ini ok~]

10) Di suatu tempat, seseorang sedang – menyuruh saya makan. Kerana saya, kalau dapat menghadap internet, memang terus lupa makan dan minum.

11) Saya akan cuba – menaikkan pointer saya, insya Allah.

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud – FOREVER. Seriously, have you completely missed the genius invention called the Dictionary? [maaf Kak Nani, tiru jawapan kamu. Saya tiada jawapan untuk soalan ini, kamus juga tidak ada..]

13) Telefon bimbit saya – kini ber'wallpaper'kan Taemin.

14) Bila saya terjaga – saya akan bangun dan berus gigi.

15) Saya paling meluat – dengan manusia yang sombong tak bertempat, dan menunjuk-nunjuk perkara yang langsung tak best dan tak menarik, lagi maw bercakap seolah-olah dirinya sahaja yang hebat.

16) Pesta/parti adalah – pesta mengingatkan saya kepada Pesta Pulau Pinang.. Parti pula.. entah.

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui – tentulah kucing! Perlu tanyakah?

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah – umm.. awal 20-an.. I'm 21! [proudly]

19) Hari ini – saya nak mula baca novel yang baru dibeli ^^.

20) Malam ini saya akan – download apa-apa yang perlu.

21) Esok pula saya akan – pergi ke kelas Bahasa Arab.

22) Saya betul-betul inginkan – pointer yang hebat.

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini – saya rasa saya kelihatan pucat..

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan – adalah.. pusat beli-belah dan arked permainan, lah..

25) Makanan Barat atau Jepun? – Jepun.

26) Bilik yang terang atau gelap? – Mestilah terang. Menghadap laptop dalam gelap akan merosakkan mata.

27) Makanan segera adalah – makanan yang tidak mengambil masa yang lama untuk disediakan.

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang – "Ok, jap gi Nana makan." kata Nana kepada Syasya yang berpesan supaya Nana tidak lupa makan, dan jangan asyik online saja.

29) Siapa yang anda ingin tag: Azeem-kun, Caterina, DaSarangMin, Fidz Halim, Hearnois, Kak Aton, Kak Wanie dan Nining!

11 comments:

Luna said...

sejak akmu kenal taemin, adakah wallpaper phone pernah bukan tae min, tae mint?

Max J. Potter said...

wei pi makan pi makan!

Nana Mint Lee said...

2 Q : saye penah menjadikan handphone saye ber'wallpaper'kan Minhwan selama dua minggu XD

inna hayati said...

dua adek beradek buat tag yg sama...sangat comel.. :0

S.Azeem Ong said...

salam.

aduh. kena tag. hakhak. baek! thanks.



nmpk gaya mcm akn tiru jwpan nana dan kak nani. XD

Zwa_N said...

bnyk nya soalan..buta mata nk membaca =p ..patot nya jawab pasal cinta tu,cinta adalah...benda yg membazirkan masa xD..salah ek? =p
huhu

Nasiruddin bin Mohd Fazali said...

Hehehe! Fina!

Nana Mint Lee said...

2 kak nani : baik!

2 kak inna : terima kasih :)

2 azeem-kun : hoho, sila jawab sendiri. mana aci main tiru-tiru XD!

2 izad : boleh la diterima jawapan itu. membazirkan masa.

2 ace : :)

Bayang said...

hahaha ... kak nana obses terhadap internet ... kt soklan 6 tu, agak pelik jugak kalau ada manusia camtu wujud, kecuali dia berasal dari zaman dahulukala yg datang ke zaman skrg menggunakan mesin masa doremon

Nana Mint Lee said...

2 aamir : betol! akak sgt bersetuju!

wanie sk said...

tag akak ye??hehe..inshaA nnt akk jwb..good luck arab!