Sekadar hiasan. [The Mad Fox by m0thyyku]
Eavesdropping is bad.
Tapi kadangkala, ada faedahnya juga.
Hari ni Nana berjaya mengenal pasti salah satu faedah eavesdropping ni.
Kita dapat taw hati budi manusia lain.
Kita dapat taw sapa yang mulutnya semanis tebu di depan kita, tapi di belakang mengalahkan peria kot pahitnya! [Pahitkah peria? Nana pun tataw, x pernah makan. Kalau tidak pahit, ganti lah dengan apa-apa saja yang pahit.]
"Ko taw tak Nana tu sakit hati dengan aku?"
"Nana mane?"
"Nana Syasya tu la!" [Ok, ada dua Nana dalam batch Nana, maka untuk membezakan kami, kena ada tambahan sikit. Nana Syasya, Nana Pink, Nana-chan, tu semua untuk Nana. The other Nana is Nana Along.]
"Nape, ape yang die sakit hati dengan kau?"
"Dia hina boyfriend aku minggu lepas. Tahu la __[nama boyfriendnya]__ tak kaya, tak banyak duit, tak dapat sponsor MARA macam die tu. Tak payah la kutuk-kutuk!"
Hebat betul mengutuk Nana.
Dalam library pulak tu.
Nana pulak ade kat belakang die je.
Jahat mulut.
Jahat sangatkah Nana ni sampai nak hina boyfriendnya itu?
Salah Nana kah kalau Nana dapat sponsor dari MARA?
Bloggers, ini sebenarnya yang terjadi pada minggu lepas.
Lokasi : Hentian Bas
"Tunggu bas ke, Nana?"
"Ha ah, malas nak jalan kaki balik mahallah. Jauh,"
"Mahallah mane?"
"Haleemah," jawab Nana. Suka cita diingatkan, nama penuh mahallah ini ialah Halimatus Saadiah XD.
"Owh. Aku tengah tunggu _[nama boyfriend]_ ni,"
"Nak balik dengan die ke?"
"Ha ah. Die memang tak suke aku balik sorang-sorang. Pegi mane pun mesti die hantar. Kalau malam-malam nak pegi library pun die akan hantar,"
"Owh, dia bawak kereta apa?" tanya Nana. Dia mengambil masa 30 saat untuk menjawab soalan itu.
"Jalan kaki je," balasnya.
"Yang hantar hari-hari tu, jalan kaki la?" tanya Nana, tiada niat untuk menghina.
"Ha ah,"
Itu yang berlaku.
Huh~ terasakah?
Nana betul-betul ingat boyfriend dia hantar dengan kereta.
Sebab room mate Nana yang selalu keluar dengan boyfriend die tu, boyfriendnya ada kereta.
Mana la Nana tahu mereka berjalan kaki?
Nana tanya saja, bukan hina.
Tolong la jangan perasan.
Sebenarnya Nana malas nak layan orang-orang macam ni.
Masa Nana nak simpan buku yang Nana pinjam tu, tiba-tiba kawannya bertanya.
"Aku tak tahu pun perangai die macam tu. Nape die nak kutuk boyfriend kau?"
"Alah, die jealous la tu.." katanya.
Dem! [konon-kononnya ini ejaan 'damn' versi comel]
"Buat apa la Nana nak jeles kat boyfriend awak tu? Apa yang dia ada?" tanya Nana, menyampuk dari belakang.
Dan muka mereka pucat lesi laksana kain telekung.
Okay, kain telekung terlalu mulia untuk diletak di muka mereka yang jahat mulut itu.
Pucat lesi laksana.. nasi basi.
OK. That's better. [putihkah nasi basi? Nana pun tak taw]
Seriously, buat apa Nana maw jealous?
Untuk membuatkan Nana jealous, anda perlu ada lebih daripada itu.
Sekadar seorang boyfriend yang menemani anda ke library pada waktu malam di atas dua kaki, saya tak akan jealous.
Kalau awak tak jahat mulut, saya pun tak akan jahat mulut jugak.
Saya bukan nak menyombong, jauh lagi nak menghina.
Tapi bila awak buat saya menyampah, saya memang sukar nak mengekalkan kesopanan.
Penutup cerita ini?
Handphone Nana dipenuhi SMS daripada si dia, meminta maaf kerana :
"fikir yang bukan-bukan pasal Nana. Sori yek,"
Headphone : Senorita by SHINee
Mood : Menyampah