Semalam Nana jalan balik mahallah dengan kawan Nana.
Kawan Nana yang namanya L itu, turut membawa rakannya bersama.
Kawan si L itu, kita namakan sebagai M sudahlah.
Nak dijadikan kisahnya,
M ni suka benar bercerita tentang barangan berjenama yang dibelinya.
Mahal-mahal sungguh menurut ceritanya.
Sampai ternganga L mendengarnya.
Bapanya seorang businessman.
Maka keluarga mereka amat kaya.
“I rase hidup I best gile, sebab family I senang. Mintak je ape pun, father I mesti bagi.”Father I?
[Sepatutnya “my father”, bukannya “father I”]Nana bukan maw bercakap pasal bahasa yang digunakannya.
Tapi sikap si M ini.
Di awal perjalanan, dia ada call roomatenya, dan meminta tolong rakan sebiliknya itu belikan chicken chop.
Yang Nana tidak suka tentang sikapnya ialah :
Dah dia suka beli barang berjenama, tak apa lah.
Masalahnya, sepanjang perjalanan dari center ke mahallah, tak henti-henti dia mengutuk roommatenya, hanya kerana roommate nya itu pakai kasut BATA.
“I tak faham betul, kasut macam tu punye buruk… [dan entah apa-apa lagi la kan, malas nak taip semuanya]”
Kata Nana dalam hati : Aku pun pakai kasut BATA jugak, ok. Perlukah bising hanya kerana kamu tidak pakai jenama ini? Bukannya buat daripada kulit babi pun.. *Bila Nana menyampah, memanglah mulutku tidak terkawal. Tapi Nana cakap dalam hati saja*
Slipper yang Nana pakai sekarang langsung tak ada jenama. Rm8 saja beli di kedai.
Kita sambung lagi. Dah habis kutuk pasal kasut BATA, dia kutuk lagi, kerana roomatenye beli beberapa helai t-shirt kat reject shop.
“Dia suka beli kat situ kot..” kata Nana, menyampuk.
Dia sekadar memandang Nana, dan tidak berkata apa-apa. Selang beberapa ketika, dia bersuara lagi.
“Prinsip I, I memang takkan beli ape-ape kat reject shop. Habis la standard I, malu I dengan Isma nanti,” [Isma itu boyfriend nya]
ada lagi..
I malu nak ajak roomate I tu datang rumah. I bukan nak kutuk, tapi you tawu la dia tu macam mane. Cara dia dressing tu kolot," katanya dengan lantang.
Amboi, sombongnya dia. Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong. Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Tak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia dan hartanya ditelan bumi akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Bila kelaparan, mintak kawan belikan makanan. Tapi bila kawan tu tak ada, kutuk kasut yang dia beli. Kutuk baju-baju murah yang dia beli. Lagi maw cakap pasal standard? Standard apa yang anda maksudkan?
Nana patut berhenti sekarang.
Pening memikirkan manusia yang sombong tak tentu hala ni.
Pesanan untuk para bloggers, jangan sombong, jangan takhbur.