Monday, May 11, 2009

Untitled

Hope by Edhelamarth


Dari zaman matrik lagi, kawan-kawan Nana asyik bercerita tentang kakak-kakak dan abang-abang masing-masing.



"Esok abah aku datang amik aku. Then kite org ramai-ramai gi USM, abang aku yang second nak grad dah,"




"Jom teman aku gi post office, nak post baju kurung aku ke kampung. Mak aku mintak, nak buat contoh. Kiteorang sume akan pakai baju dari kain yang same hari kakak aku kawin nanti, design je lain-lain,"




"Next week aku tak pegi kelas, abang aku nak kawin!"




"Abang aku yang kawin tahun lepas tu, isteri die dah pregnant. Tak sabarnye aku!"




"Smalam aku dapat anak saudara baru!"




Ok, ayat yang first tu, Nana dah pernah cakap. Sebab Kak Nani dah grad. Jadi Nana boleh cakap dengan kawan, "minggu depan kakak Nana grad :)".



Tapi ayat-ayat yang lain-lain tu?


Nana tak ada peluang nak sebut.



Kenapa?



Sebab.. Nana ada seorang kakak saja.
Sebab Nana anak kedua.
Sebab jarak antara Nana dan Kak Nani tiga tahun saja.


Kawan-kawan Nana ada banyak abang dan kakak.
Jadi mereka dah banyak kali melalui peristiwa 'kakak / abang aku dah grad!'


Kawan-kawan Nana anak yang ke 4 atau 5.
Jadi walaupun mereka sama umur dengan Nana,
abang-abang dan kakak-kakak mereka semuanya dah dekat 30.
Umur yang sesuai untuk mereka berkeluarga.



We were 18 masa Syasya dapat anak saudara.
Kak Nani cuma 21 masa tu.
Takkan la Nana nak cakap,
"Kak Nani, cepat la kahwin, dan dapatkan anak cepat-cepat!"


haha~~



Sekarang, Kak Nani dah grad.
Kak Nani dah kerja pun.
Satu hari nanti, Kak Nani akan kahwin.
Dan Nana akan dapat anak saudara :)
Nana pun boleh bercerita macam kawan-kawan Nana :)



Satu saja Nana fikir,
Bila Kak Nani dah kahwin nanti,
bolehkah Nana bercerita dengan Kak Nani lagi macam biasa?
Spazzing pasal anime, j-drama, k-pop dan lain-lain lagi macam biasa?


Oh, cara Nana menulis macam la Kak Nani nak kahwin esok XD!



Haha, sorry Kak Nani,
adikmu semakin merapu hari demi hari.

14 comments:

Luna said...

ye.. ye..

nana da tak sabar nak dapat anak sedara..

Kak Nani, ngeri tak? ;p

Nana Mint Lee said...

Q : hohoo.. semoga kak nani tak ngeri XD

Scarred Soul said...

Kakak saya itulah juga the one and only kakak yang saya ada.

Kerana kami hanya berdua.

Ketika graduation diplomanya, saya tidak dapat pergi. Sekarang dia menyambung pelajarannya lagi.

Sekurang-kurangnya kamu masih boleh berkata ayat yang pertama itu... huhu.

Tetapi tidak saya.

Satu pun belum lagi.

Caramel Foxx said...

sy doakan kak nani cpat kawen, yg laen2 sile amiiinkan~ amiiiiin^^

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

He~ ala..
Nani muda lagi le.
Kalau tak kahwin lagi takpe.. Nana leh cakap

"Kakak aku makin comel!"
or
"Kakak aku hari ni makan ___ (isi tempat kosong!"

HAHA.tetiba lak nak cakap kat kawan camtu. *LOLS*

Encik Luzzi said...

hehe, kira ada chance jugak la tu.

me? anak sulung. :)

Nana Mint Lee said...

2 Q : apa yg kamu ketawa tu~

2 tiqah : tak apa, hari utk kamu berkata ayat yg pertama itu pasti akan tiba jua ^^

2 couzie : amiiinnn.. ^^

Nana Mint Lee said...

2 kak noi :
haha, tiba2 ja nk cerita kakak makan apa, mesti kawan2 nana ingat nana ni takde keje promote kakak sendirik XD

2 wu-chan :
ha ah.. kamu anak sulung :). ade chance jugak sebenarnya. biar adik wu-chan kawen dulu.. haha

Max J. Potter said...

Q, ya. mmg negri sekali!

oh ini entry amat kejadahan~!! kawin!? kamu telah menambah-serabutkan kepala ku! haha, LOL. oh well. kak nani mahu jodoh yg bersih segala. mau jodoh yg dating sifar. mau jodoh yg macho dgn keberanian dtg rumah mau kenal, bukan approach secara personal mcm zaman skrg punya jantan2 loser - mau kapel dan bicara manis saja..tp mak bapak taktau apa2. haha.

amiinkan! jodoh yg baik utk org yg memelihara hati dan iman dgn baik. kak nani mau jd org itu.

wei. pi marathon komen suma entry yg terlepas! tak buleh jadi ni!!

Nana Mint Lee said...

kak nani :
ngeri kah?
haha, harap maaf.
tiba2 saja mau tulis pasal ini,
haha.

ya ya, nnt fina p buat marathon.
hari ni sudah tak larat,
jari ku melecet krn main angklung~

sila sabar ya!

Hafidza Halim said...

Nana...Fidza pn ade sorang kakak!

Tp bezanya, kesemua ayt yg Nana nyatakan di atas sy dah pernah sebut n lalui @_@ hee hee.

"kakak saya nk kawen!" Fidza sebut dr darjah 5 lg..pd masa itu, takde org heran coz kecik sgt, tak kuase nah nk layan akak ko nk kawen; lbh kurang mcm tu la..haha

Saya dpt ank sedare yg pertama ms darjah 6, langsung takde perasaan ;P

And, Fidza bru perasan, Fidza mula excited ttg news tu, when my sis dpt ank yg ke empat, sewaktu Fidza berumur 20 thn hee hee

aaannd [byknye and?] Nana jgnlah risau, Nana mungkin boleh lg bercerita ttg anime dll dgn kakak Nana,esp umur rapat kn.

Fidza beza 8 tahun dgn kakak, dan masih lg share story mcm budak2 smpai sekarang. Notice: without bro in law, haha

>_<

Nana Mint Lee said...

to fidzy :
wah, dah dpt 4 org baru mula excited?? XD

ye la, sbb muda lagi, maka tak rasa apa2 bila dpt anak sedara ^^

and, 8 tahun? wah.. jauh gak tue~~

Sonnet said...

kaklong tak pernah sebut ayat2 yang nana tulis tu sebab kaklong anak sulung...(mmg la, dah nama pun kaklong kan?)

tapi kaklong ada kakak2 sepupu yang rapat so kaklong pernah sebut ayat2 yang nana post tu.

6/5 lepas, kaklong dapat anak sepupu baru~!!!

Semoga kaklong dan Nani dapat jodoh orang yang baik ^__^ amiin~!!

Adlan said...

nana, saya pun da grad. hehe

so adik sy bleh ckp abang n kakak da grad n akan konvo nanti..