AidilfitriWalaupun dah terlambat, Nana masih nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada para bloggers. Nana nak mintak maaf kalau ada entry Nana yang menyinggung perasaan para bloggers, kalau Nana ada terkasar bahasa dan sebagainya, harap para bloggers dapat maafkan!
Bas Lembab dan Pasangan MaksiatDari Perlis ke KL, sepatutnya dalam 6-7 jam sahaja, maksimum 8 jam la. Tapi semalam, perjalanan Nana dan Pony [dengan bas Konsortium] memakan masa 11 jam! Dah la seat bas tu bentuknya semacam.. aircond pulak tak berapa berfungsi. Lenguh? Memang. Panas? Memang. Menyampah? Memang!
Dah tu, ada merpati dua sejoli kat seat depan Nana, asyik buat maksiat saja. 11 jam tu, memang dowrang amik kesempatan untuk buat maksiat.
Yang si lelaki asek meraba-raba tangan si perempuan..
Nana : Mak ayah takde dalam bas, berani la nak meraba sana sini. Galak sungguh.
Pony : Nana! Shhh..
Lalu, pasangan merpati tersebut menjarakkan kedudukan mereka. Selang beberapa ketika, dowrang mula buat maksiat balik. Raba lagi, pegang lagi.
Nana : Kalau orang tangkap gambar, upload kat internet, tau pulak marah. Padahal sendiri yang nafsu tak terkawal, buat maksiat kat tempat awam. Apa nak jadi ni..
Pony : Dah la, Nana..
Seperti tadi, pasangan merpati tu menjarakkan kedudukan mereka. Tapi, selang beberapa ketika, dowrang kembali ke kancah maksiat. Si lelaki tu siap letak kepala atas riba perempuan tu.
Nana : Ya Allah!
[dengan suara yang kuat]Dengan pantas pasangan maksiat tersebut menjarakkan kedudukan, manakala tangan Nana kemerah-merahan dicubit Pony. Pony suruh Nana diam.
“Pony, kalau kita tengok saja orang berzina, tak tegah, kira bersubahat la. Yang buat maksiat pun masuk neraka, kita pun masuk skali.”So, pasangan maksiat tu dah tak buat lagi benda-benda yang mendorong ke arah zina sampai la kami tiba ke destinasi.
SHINee WorldI’m living in the SHINee World. Sepanjang cuti raya, Nana ‘menonton’ SHINee hari-hari, sampai Kak Nani
(my beloved sister) pun dah tahu nyanyi lagu
‘Noona Neomu Yeppeo’ tu. Sukacita dimaklumkan, Nana telah berjaya menjangkitkan penyakit ‘SHINee World’ kepada Kak Nani. Saya amat gembira kerana berjaya menambah bilangan peminat SHINee di Malaysia..
[ayat skema..]Owh, nak tahu apa ayat favourite Nana skang ni?
‘Keep dreaming bout ya, yeppeo!’, kini dah jadi tagline Nana. Bukan boleh main sebut je.. Ayat ni mempunyai nada dan gaya tersendiri. Cuma Kak Nani je yang tawu cara menyebut tagline ini
[sebab sepanjang cuti raya, purata, 5 kali dalam sehari Nana ‘menggayakan’ tagline tersebut]. I’m living in the SHINee World!
BusyStarting from today, Nana akan menyibukkan diri. Bukan apa.. lagi dua-tiga minggu, final exam akan menjelma. Tarikh untuk Drama performance pulak, tak ditetapkan lagi. Tapi, lebih kurang dua minggu dari sekarang. Skrip tak siap lagi, entah bila nak mula practice. Yang pasti, Nana tetap akan cari masa untuk diluangkan bersama para bloggers!
p/s : Happy belated birthday to Azeem-kun, and congratulations to Naqib! Welcome to IIUM!
Ok lah, Nana nak pegi dinner, lapar ni. Salam!