Thursday, August 6, 2009

Kamus Dewan

Sebelum Nana mula membebel pada hari ini.. jajanG! Lihat lah icon terbaru Nana! Percy Jackson XD!

Ya, Nana masih dalam mood ber'Percy Jackson', LMAO. Oh, mata Nana sudah sakit akibat terlalu lama menghadap internet. Dari pukul 1 petang, sekarang dah 7.40 petang. Tak apa, lagi sepuluh minit Nana stop.

Hari ini Nana nak bercerita tentang duit. Rakan-rakan bloggers yang dihormati, sebagai salah seorang penerima bantuan kewangan dari MARA, setiap bulan Nana perlu ke Bahagian Kewangan UIAM / IIUM Finance untuk ambik cek bulanan Nana. Serius malas, tapi demi duit.. XD. Yang tak best nya, manusia yang menjaga kaunter Finance tu tak bagi Nana cari sendiri cek Nana. Dorang yang nak carikan. Dah nak cari tu, tolonglah cari betul-betul.. Jangan la tertinggal sana sini.

Baru-baru ni, Nana dibenarkan cari sendiri cek Nana dalam longgokan cek-cek itu, sebab terlalu ramai orang di Finance, mereka tak sempat nak carikan. Nak dijadikan cerita, Nana terjumpa satu cek bernilai RM565 dengan nama Nana di atasnya, yang dikeluarkan pada bulan Mac. Tempoh sah lakunya tiga bulan saja. Sekarang kan dah bulan Ogos? Ya, cek itu dah mati. Serius nak ngamok beta dibuatnya~~

Dua tiga kali masuk keluar Finance dan Bank Muamalat, akhirnya Nana ponteng kelas American Literature untuk ke pejabat MARA dan mintak pihak yang berkenaan hidupkan balik cek tersebut. Kata ketua bahagian kewangan MARA setelah mendengar cerita Nana :

"Ish, tak patut dorang buat macam ni. Aniaya budak-budak.."

Katanya lagi, Nana lah orang pertama yang buat laporan tentang kes sebegitu. Encik Lim, pasti anda akan pengsan jika anda menyaksikan longgokan cek mati setebal Kamus Dewan di IIUM Finance. [Itu lah asal-usul tajuk entri pada kali ini]

Nana tak tipu, memang setebal kamus dewan.. yang paling lama bertarikh Januari 2008. Kenapa? Kerana kami semua memang tak pernah dimaklumkan perihal cek bulanan ini. Sebab tu banyak orang tak pergi tuntut cek mereka. Mereka tatau...

Setiap keping cek tersebut, nilainya tidak kurang dari RM500. Bayangkan longgokan cek setebal kamus dewan.. puluhan ribu tu, kawan-kawan.. Mungkin juga mencecah ratusan ribu..

Kepada semua manusia, sila berlaku jujur dan jangan makan gaji buta. Ini soal wang. Tak baik, ok? Sila buat kerja baik-baik..

10 comments:

Nasiruddin bin Mohd Fazali said...

Fuiyoo!!! Banyaknya cek dan itu bermakna sebanyak itu juga lah mereka mengabaikan tanggungjawab mereka. Huish...Apa pasai la...jadi lagu tu? Cian...tapi bagus la...ank berani buat laporan. Sikap itu harus dicontohi.

Luna said...

hisy~ memang hangin ngan dorang ni..

tak efisien..

wanie sk said...

erm...finance ye?akakpun pnh gak hadapi situasi yg menyakitkan hati [bkn MARA la]...mang xreti nak AMANAH ngn kerja!

Max J. Potter said...

oh, dalam bahasa greek ada makian khas utk org2 mcm ni: @#$%^&*!!! demigod saja yg fhm.

wei..fina silap reply komen kak aimi kt post lain..apa ni!?

haha.

kak nani amik ani-gif percy jackson mai buat promosi kt ginny, tau! meniupkan semangat ke-greek-an kepada setiap pengunjung! hehe.

Bayang said...

dari bulan satu lagi xdapat duit? perghh amat seksa camtu ... memang naya budak2 la

Trinisaurus said...

ye nana...kali ni setebal kamus dewan..last time doktor gigi xbertauliah..hehe

Nana Mint Lee said...

2 ace :
terima kasih~ harap2 ramai lagi yang mencontohi sikap beta, hehe.

2 luna :
memang pun~

2 kak wanie :
tu la pasal. entah apa2 la dorang ni..

Nana Mint Lee said...

2 aamir :
yep, dari bulan satu, tahun DUA RIBU LAPAN. aish.. kesian kan?

2 nining : hehe, entri nana mmg kaitan tajuknya agak jauh XD

2 kak nani :
wah, fina boleh baca simbol2 tu!
mesti sbb fina pun demigod, kan? LOL.

ha, silap reply? alamak~

ya, sila la amik dah promote :)

Bayang said...

2008? wow ... memang naya budak tu ... ish3 ... btw, aamir ada tag kakak ... check it out :D

Nana Mint Lee said...

2 aamir : tag? ah, ok ^^!