Tuesday, February 3, 2009

Tiga Manusia Jahat

Tempat Kejadian : IRK LR 10 3.69
Watak Utama : Nana
Watak Pembantu : Syasya
Antagonis : Tiga manusia jahat

Sedang Nana asyik menjawab soalan-soalan midterm Islamic Ethics, tiba-tiba Syasya [yang di sebelah kanan Nana] menghulurkan sekeping kertas. Tertulis di atasnya :

Nana, cuba tengok brother baju merah seblah Sya ni, dia bukak notes kat kaki dia. Lepas baca ni, jangan toleh lagi, nanti dia taw kita tulis pasal dia.

Setelah menunggu beberapa saat, Nana pun menoleh ke kanan, mencari brother berbaju merah berkenaan. Seperti yang ditulis Syasya, memang dia bukak notes kat kaki, buku pulak kat sebelah kaki. Helaian demi helaian dia selak, mencari jawapan. Sangat jahat oK! Benci.

Belum pun sempat hilang kebencian tersebut, Nana terpandang pulak lagi dua manusia di belakang Nana. Buku nota, buku teks, empat lima bijik terbentang dengan hebat di sebelah kaki mereka. Banyaknya orang jahat sekelas dengan Nana!

Lantas Nana mengeluarkan handphone dari beg, dengan selambanya pusing belakang menghadap ketiga-tiga manusia jahat itu, dan Nana ‘play’ bunyi camera click, konon-konon Nana snap gambar dorang tengah meniru la. Padahal, Nana tak hingin pun nak amik gambar ‘virus’, habeh lingkup handphone nanti.

Akhirnya Nana faham ayat ‘kelar dengan pisau pun tak berdarah’. Macam tu la pucat lesinya wajah ketiga-tiga manusia jahat itu. Pernah tengok muka orang ketakutan tengok hantu? Muka tiga manusia jahat ini jauh lebih dahsyat. Mereka jauh lebih ‘putih’ dari orang Jepun atau Korea, kerana ketakutan dan gabra yang teramat sangat menyebabkan ke’pucat lesi’an yang ekstrim.

Lalu Nana pun sambung menjawab soalan seolah-olah tiada apa yang terjadi. Beberapa saat kemudian..

“Sis.. sis baju pink,” kedengaran suara seorang manusia berbisik dari belakang. Pasti salah seorang daripada tiga orang manusia jahat yang sedang ke’gabra’an itu.

“Apa?”

“Sis amik gambar kta orang ek tadi?”

“Ha ah.”

“Nak buat apa gambar tu?”

“Kalau awak jadi saye, awak nak simpan je ke, buat kenang-kenangan?”

“……..” lalu mereka membisu seribu bahasa sehingga tamat midterm tersebut.

Peristiwa tersebut berlaku tiga hari yang lepas.

Hari ni, bila Nana masuk kelas, tiba-tiba Sir cakap, ada tiga orang yang kena jawab midterm lagi sekali? Sebab? Mereka dengan penuh kejujuran pegi jumpa Sir dan mengaku yang mereka meniru! Kata Sir lagi, dia puji sikap tiga orang manusia tersebut kerana sanggup mengaku.

Walaubagaimanapun, tak kira berapa pun markah yang akan manusia-manusia itu dapat, Sir akan tolak 5 markah. Sebagai pengajaran.

Sir tak sebut nama tiga manusia yang ‘jujur’ itu.

Semua orang tak tawu.

Tapi Nana tawu siapa.. [ROTFLMAO]



Ini gambar yang Nana amik sebelum kuar kelas. Jajang! Ini lah tiga manusia ‘jujur’ itu. Nasihat kepada para bloggers, jangan lah meniru. Berdosa.

-- Topik Selingan --


Ini Kangta, H.O.T's leader.
Hallyu fans pasti kenal sama Kangta.
Lihat rambutnya.
Pernah bayangkan generasi baru dengan hairstyle ini?



Jajang! Taemin with Kangta's hairstyle!
Nomu yeppo~
I was laughing so hard the first time I watched the video~
Taemin, saranghae ^^

20 comments:

Luna said...

hahaha! sgt hebat nana! saya sgt bangga!

Nape taemin nmpk sgt laen?

Fai Haneul said...

masa mula2 tgk video tu, Nona and I screamed like mad (tak tau la apa oppa sebelah rumah akan kata) coz we're like "Whadda heck???!!!! taemin ah, ni hai hao ba?? is that taemin??!!" rambut tersebut kelihatan pelik pada dia!!! kahkahkah...

oh well, if that's funny enough, tengok pulak Minho. Tolongla coordi noona, drpada anda perlakukan wo de minho yang sedemikian, baik botakkan je la kepala dia.. yang peliknya, Key looks fine (hmm??i guess) maybe sbb dia slalu dapat pakai sesuatu yg sentiasa padan dgn dia... Onew and Jonghyun...?? no comment.. nasib baik sementara je.. maybe lepas ni Taemin and Minho patut senyum masa perform..hehehe.. tapi bila minho extra senyum during one of the performance cam pervert la plak rupa dia..haisy...

bab meniru tu, memang bagus mereka mengaku and maybe sebab mereka takut. Tapi sebelum ni juga pernah berlaku dalam kelas saya di mana sister tersebut mempunyai nota yang sangat kecik ditangan yang akan dibuka ketika lecturer menunduk menulis sesuatu.. licik sungguh...

Nana Mint Lee said...

2 Q-chan :
terima kasih krn berbangga.. haha!

knp taemin-baby nampak sgt lain? nana rasa, pasti kerana rambut palsunya itu ^^

2 Kak Fai :
ha ha, itu sgt kelakar. nana lagi la.. vid yg nana download tu x de sub, so nana mmg x paham. tp ade pkataan HOT tu.. bile nampak 'kangta' tu, nana terus pk "wah, hebatnye, kangta naik stage!".. tapi.. baru perasan, JH, minho, onew n key ade, d mana taemin kesayanganku? setelah 15 saat, baru perasaan itu bukan kangta, rupanya taemin~~ haha. sbb x focus, x nampak ke'kyopta'an nya itu, ^^''

owh, pervert kah? mana ada, dia sgt jjang! minho itu~~ sgt kacak!!

bab meniru itu, bagus la dorang sudah mengaku~ tp, mereka tetap jahat, krn meniru in da first place

Luna said...

oh.. palsu...

(tarik nafas lega...)

Nana Mint Lee said...

2 Q :
yeah, palsu~ ^^

emy said...

cerita yg menarik..3 lelaki jujor..

anisah shurfa said...

wow! beraninya nana buat mcm tu! I like! :D Tapi, tak takut ke nanti 3 orang jahat balas dendam kat nana?

Caramel Foxx said...

haha, mereke ini memang ramai di mane2 uni, part quiz tiru2, aprt assignments, plagiarise lak, ape nk jadi tah~~

Fai Haneul said...

kikiki...nasib baik palsu..kl tak, Shinee World buat riot dpan SM Building! huh, mianhe, baru sedar betapa pjgnya comment sy semata2 mengomen pasal rambut..sy mmg agak sensitif dgn issue rambut ini..hahaha...

huhu..ada satu vidz tu (xigt amigo yang mana sbb dah byk sgt koleksi amigo) minho senyum/sengih sepanjang masa membuatkan kami yg menonton berasa pelik..

sedih semalm tak berjaya dload shinee @ 100% entertainment. Sy tonton rancangan itu sejak azali wlupun xd subs tapi waktu shinee dtg sy terlepas pula..haisy..

Bayang said...

hahaha ... smart gak cara kak handle situasi camtu ... tapi x sangka depa sanggup pi ngaku kan ... maybe gabra sangat kot ... pa2 pon Aamir ucap syabas la kat kak kerna berjaya membuatkan 3 org jahat tu insaf :D

Max J. Potter said...

haha, akhirnya terbit juga kisah ini di blog mu. LOL LOL LOL. mmglah mereka ini manusia jahat. oh well. at least depa dah mengaku, altho~~ depa patut bgtau depa meniru dan mengaku sbb ada org amik gmbr depa sbg bukti. barulah berlaku capuban dasat utk adikku yg brave. haha. =)

Sonnet said...

nana-chan!! omedeto!!!

mmg hebatlah nana ni. sampai depa suma pergi mengaku kat Sir tu. Hebat! Hebat!

Padan muka dengan depa tu. Depa ingat depa buleh berjaya ke dgn meniru sebulat-bulatnya. gile ke apa? kalo dah sangap sangat nak tiru, lebih baik tak payah masuk U. jadi budak skola balik.

apa2 pun, tahniah sekali lagi. u make me proud sista!!

Nana Mint Lee said...

2 emy :
menarik? terima kasih ^^

2 anisah shurfa :
ada gak terpikir mcm tue.. um.. harap2 tak.. mreka sendiri yg g mengaku~ n sir juga sudah maafkan mereka.. >.< smoga mereka tdk terpikir maw balas dendam kat nana~~

2 couzie :
tu la.. org jahat ni berterabur di serata alam~

Nana Mint Lee said...
This comment has been removed by the author.
Nana Mint Lee said...

2 kak fai :
riot itu akan dketuai oleh nana. I'll demand for his mushy hairstyle back, haha.

koleksi amigo nana pun mmg paling dahsyat la antara suma single dorang. um, yg mane eh minho banyak senyum??

lagi satu, kak fai ade tak vid amigo yg dorang pakai suit? nana tataw maw cari mana~

2 aamir :
tengkiu! amal maaruf nahi mungkar la katakan~

2 kak nani :
tu la.. tapi, kalau sir puji fina sat gi, ter'riak' la pulak. takpa lah x mention nama pun XD, haha

2 kaklong :
mekasih atas pujian anda itu!

Fai Haneul said...

pakai suit? ada..time mereka dapat award Korean Cultural Award ke apa tah nama dia.. yg minho byk snyum?? nnti akak tgk blik MV yg mana.. *mata tgh berpinar lepas translate romanized AMIGO lyrics into Korean... gara2 malas cari kat internet..

♥ Teacher Nonoi ♥ said...

fuhh~~ nasib baik nana x penah ambik gmbr masa kakn0i meniru..hahaha ^^

Anonymous said...

wei, the cutestblogontheblock.com sgt best. kak nani sudah apply satu bg cute. mai la tgk!! tgk anisah dgn aisya guna, mmg chomel la~~ pi la try, dgn syarat layout kena tukaq guna minima. baru buleh nmpak cun. hoho. selamat mencuba!

Trinisaurus said...

nana ni mmg berani btul..nseb bek xkene belasah ngn tige org tue..

eh bgusnyer dorg gtauk lect psl ketidakjujuran mrke..nana, andalah motivasi mrke! hehe

cne plak ley tgkap gmbr dorg tue lgi..xke mengamuk dorg time nana tgkp gmbr yg di blur kan itu?

Nana Mint Lee said...

2 kak fai :
translate romanized AMIGO lyrics into Korean? itu sgt mengkagumkan ok!

2 kaknoi :
kalau nana ade d tmpat kjadian, gambar kaknoi pun nana snap. haha

2 kak nani :
baik!!

2 nining :
dorang tataw nana amik gmbar dorang~ hehe