Bloggers, tiba-tiba saja Nana rasa ingin menulis tentang rakyat Malaysia dan sinetron dari negara seberang. Sebulan bercuti, Nana banyak habiskan masa lapang dengan menonton TV. Nana sempat menonton beberapa episod sebuah sinetron yang bertajuk ‘Mutiara’. Oleh sebab sekarang Nana ada masa terluang, Nana ingin berkongsi pendapat Nana tentang sinetron terbabit.
Sinopsis Nana :
Pasangan kembar yang terpisah selama dua tahun, namun hubungan mereka begitu rapat sekali. Si adik, Mutia menderita lelah yang serius. Tiara, si kakak pula sihat dan cergas. Seperti biasa, yang lemah ditatang bagai minyak yang penuh, dan yang sihat pula dianaktirikan. Tiara, seperti heroin-heroin stereotaip sinetron yang lain, tak henti-henti jatuh ditimpa tangga, terpijak tahi ayam, terlanggar pulak pokok kelapa, tersembam ke tahi lembu dan ditimpa buah cempedak.
Dalam sinetron ini :
- Watak-watak semuanya beragama islam, tapi semua berkepercayaan karut, tak mahu terima takdir Allah apabila orang yang tersayang meninggal dunia atau kelumpuhan kaki, dah menyalahkan Tiara seratus peratus dengan menuduhnya sebagai pembawa sial.
- Hubungan adik-beradik kembar begitu mudah terputus hanya kerana suka pada lelaki yang sama. Mutia terus benci pada si kakak kerana cemburu melihat lelaki yang disukainya lebih mesra bersama Tiara. Padahal, semuanya masih budak hingusan (paling tua pun, Nana rasa mereka semua di bawah 15 tahun). Kegatalan tak bertempat.. bodoh.
- Saudara angkat Tiara, Aulia pun menjadi kacang lupakan kulit, terus lupakan jasa-jasa Tiara hanya kerana lelaki yang disukainya turut menyukai Tiara. Dah tu, bila accident dan lumpuh kakinya, nak bunuh diri pulak kerana kesal Iman tidak akan menyukainya lagi kerana sudah lumpuh. Bodoh.
- Bapa angkat Tiara, walaupun sebagai ketua keluarga, hanya sekadar melihat, menggeleng-gelengkan kepala, sekali sekala menegur kelakuan dahsyat dan biadab isteri dan anaknya kepada Tiara. Apabila Tiara dihalau keluar rumah, dia sekadar berdiri di tepi tingkap rumah dah berkata “maafkan papa, papa tak mampu berbuat apa-apa..”. Untuk pengetahuan para bloggers, bapa angkatnya itu sihat walafiat dan cukup sempurna fizikal dan mentalnya. Tak mampu berbuat apa-apa?? Bodoh.
Dalam sinetron ini dan JUGA sinetron-sinetron yang lain :
Seperti biasa, watak-watak jahat semuanya sangat pandai, sangat kaya, boleh rasuah semua orang seperti doktor, polis, peguam, hakim dan menteri, bijak mengenakan orang dan bijak melepaskan diri. Watak-watak baik pulak, semuanya baik hati tak bertempat, miskin, sentiasa ditipu, ditindas dan teraniaya, bermandi air mata 24 jam.
Contoh terbaik adalah si Bawang Putih. “Kalian akan saya hancurkan!”, wah, hebat betul ayatnya. Tapi dia sentiasa kalah, dan cuma menang di episod akhir. Cerita-cerita seperti ini hanya menunjukkan watak utama yang lembik dan bodoh, walaupun dia sentiasa ingat kepada Allah. Fahaman yang salah!
Sepatutnya, watak yang dekat dengan Allah, sentiasa berdoa, sentiasa bersolat, tak pernah lupa baca ayat-ayat suci al-Quran, mentalnya kuat, fizikalnya sihat, bukan lembik dan bodoh tak bertempat. Tak faham betul!
Dan cerita-cerita macam ni la yang menjadi pilihan rakyat Malaysia hinggakan setiap stesen TV berebut-rebut menayangkan sinetron dari negara seberang, malah diwujudkan sebuah saluran khas di astro yang menayangkan sinetron-sinetron sedemikian 24 jam sehari!
Salah siapa? Entah lah, kalau tak tayang sinetron, nak tayang apa lagi? Drama tempatan pun.. tak perlu lah Nana tulis pendapat Nana tentang drama kita di sini..
Sekian.
p/s : Jika ada peminat sinetron-sinetron negara seberang di sini, Nana mintak maaf jika kalian tersinggung dengan entry Nana pada kali ini.
13 comments:
hahaha ... 1st impression yg aamir buat lpas baca entri kakak ialah ... tersenyum ... sebab kdg2 aamir sndiri pon heran sebab pa adik2 aamir minat crita2 cmtu ... pelik2 ...
rakyat malaysia sudah lebih dr kenyang dgn sinetron2 yg tak mmbina minda begini. tapi stesen tv masih tak jemu menyuap. apakah mungkin terdapat pelahap-pelahap sinetron bongok yg tidak jemu2 dgn hidangan yg sama; kebongokan? siapakah mereka yg memalukan negara ini? tidakkah mereka tahu bhw perkara2 ini tidak mmbawa sbrg kelebihan melainkan meyempitkan otak?
meluatnya saya!!
hm. tag?
mesti jawabkah?
adeh.
macam pnjg ja.
nnt lah dulu.
time tadak pa nk cita baru kak nani jwb tag.
hehe.
huh..muka taemin begitu menakutkan.. kya!!! minho sakit! muka dia biru!!! hahaha...nice one..but I dunno..the image quality can be improved tho'..
xxx
this is chazz using my cousin's account
2 aamir :
kalau sekadar tgk untuk mengisis masa lapang x pe g. yg akak pelik tu, yg minat smpai tertunggu2 depan TV, huh~ x faham..
2 kak nani :
fina amat bersetuju dgn komen kak nani. memang x membina minda. psemoga pelahap2 sinetron ni cepat sikit kenyang.. sudah2 la menonton cerita2 merapu mcm ni.
2 chazz :
the image quality mmg dah mcm tu. gambar tu sbenarnya tak susah d edit pun. nana just padam sket, n tambah teks.. gambarnya mmg dah mcm tu, mmg biru mcm tu~ hoho
sgt tepat laa nana! i rmmbr watching this particular scene where bwg putih tak boleh jln and asked for the help of Allah,and tht pari2 muncul and buat die boleh jln and she said 'Terima kasih Allah'. skrg ni, nmpk mcm die dah menyamakan pari2 tu dgn Allah,or pari2 tuh sent by God. Logik la siket, pari2 tuh sendri kemaen seksi.tak paham den!
2 mimi-san :
eeeh? ade part cam gitu dlm drama tu? hebat~~ merapu tahap maksimum ..
sendiri pon tak paham nape org boleh nak ikot cerita yang dah sah2 jln cerita sama..buang karan je kan =P
Oh...
Angguk...
2 syareen :
nana mmg dah lama x paham~ pening pun ada..
2 Q-chan :
*angguk jugak..*
cte dri seberang begitu tipikal la..bnyk khurafat tp berselindung 'gue percaya Allah akn bantuin gue' tp tbe2 ada pari2 la..common...tp ada gak yg ok-la cme xbnyk
cuti ritu very meluat coz berturut2 cerita dri sne..huh!
p/s:sama spt nana-chan...ampun ya bapak2 dan ibu2 yg meminati sinetron2 itu
Tak tau dah nak cakap macamana nak menyatakan betapa saya amat bersetuju dengan nana!!!
2 kak wanie :
mesej yg dorang smpaikan mmg bagus.
tp jalan cerita dy, melampau sangat~
2 encik awan :
terima kasih krn bersetuju dgn Nana!
Post a Comment