“Nana, kite ade masalah.”
“Kite syg sgt kat die taw”.
“Kite tunggu die 7 tahun..”
“Kite x boleh nak suke org lain selagi die ade depan mata kite”
“Skang ni kite dah ‘on the way’ dgn sorang guy ni taw.”
“Susah lah, org yg kite suke ni hot guy taw. Banyak perempuan suke die.”
“Mmg ade yg tunggu kite, tapi kite x boleh suke die, sbb kite dah ade pilihan sendiri.”
Utk pengetahuan para pembaca, everytime perempuan ni kate dia syg mane2 laki, dia ade crush, dia tunggu 7 taon, on da way dan ntah ape2 lg, semuanya merujuk kpd lelaki yg berbeza. Pas tu mula lah cari Nana, ckp ade masalah. Lelaki ni x faham die la, lelaki itu harapkan seuatu yg die x boleh bagi, lelaki ni tetiba beralih arah.
“Kite ni problematic..”.
Memang la, dah sendiri cari masalah. Cuba ikot cam orang lain, masuk U, study. Bukan sibuk cari boyfren sana sini. Dah org x nak kat kite, xpayah la nk buat perangai perigi cari timba. Wat bodoh sudah lah.
“Mak ayah kite xbgi perhatian dgn kite. Sbb tue kite x suke balik rumah.”
“Cara dowrang layan kakak kite mcm lain. Layan kite mcm lain.”
“Yelah, kakak kite lawa. Kite ni ..”
“Berat sgt Allah uji kite..”
Ya Allah, apa dah jadi dgn cara die berfikir? Drpd zaman foundation kat PJ, skang dah wat degree kat Gombak, perangai die mcm tue jgak la, x berubah2. Ujian berat?? Girl, I know u will read this entry. Awak taw x apa makna ujian berat?
-------------------------------Apa maksud ujian yg berat?
Kes 1Nurfatiha Abdullah Zain- Kelahiran normal, 3.55kg
- Dianugerah satu buah pinggang shj
- Bersekolah selama dua tahun shj (krn masalah kesihatan)
- Umur : 9 thn
Masalah kesihatan
Nurfatiha Abdullah Zain- Mempunyai satu buah pinggang shj
- Terpaksa menggunakan lampin seumur hidup
- Menjalani pembedahan membuang rahim (jika x dbuang, akan menyebabkan darurat apabila dia meningkat remaja dan datang bulan, krn hanya mempunyai satu buah pinggang) sehari selepas dilahirkan
- Jantung berlubang
- Injap jantung bocor
Kesusahan keluarga
Nurfatiha Abdullah Zain- Pendapatan bapanya hanya rm750 sbulan.
- Perbelanjaan Nurfatiha mencecah rm600 sbulan (lampin, beg urin, tiub, ubat dan kos perjalanan ke hospital)
Jawapan
Nurfatiha Abdullah Zain tentang
masa depannya
“Baby x boleh kahwin, sbb nanti x ada anak. Baby nak duduk dengan mak saja. Baby sayang mak.”Kes 2
Natasya Rosiana
“Mama sayang kakak x? Kalau esok kakak x ada, mama jgn lupakan kakak ya?”
“Papa sayang kakak x? Kalau esok kakak x ada, papa jgn lupakan kakak ya?”
Siapa yg sangka, soalan pelik yg d ajukan kanak2 ini ada petandanya. Pada malam tersebut, tiba2
Natasya Rosiana menangis dengan kuat dan kekejangan. Dgn pertolongan jiran, Rosiana d bawa ke hospital. Ibu Rosiana : “Doktor memberi tahu hanya 10% harapan anak saya utk hidup. Dia koma lebih 4 hari tanpa sebarang respons. Doktor mengesahkan otaknya d jangkiti kuman. Utk membuang cecair d kepalanya, anak saya menjalani pembedahan CT Scan sbanyak 18 kali. Disebabkan terlalu menanggung kesakitan, tubuhnya melengkung seperti ‘C’ terbalik. Saya hanyak mampu berdoa agar Allah terus memanjangkan usia anak saya.”
Rosiana Natasya, 3 tahun, merupakan seorang kanak2 yg sgt petah berbicara satu ketika dulu, kini hanya terbaring tanpa suara. Disahkan mengidap penyakit Ceberal Palsy, dan doctor memberikan tempoh yg agak singkat utk Rosiana meneruskan kehidupan.
“Semasa usianya 2 tahun 6 bulan, dia mendapat demam. Sekejap baik, sekejap kebah. Hinggalah malam pada hari dia bertanya, adakah saya sayang padanya. Kemudian,
dia terus terbaring tanpa sepatah suara sehingga ke hari ini,” kata ibunya yang terus menangis.
Penderitaan Rosiana dan keluarga
- Susu yg d minum Rosiana berharga rm70 setin. Dalam sehari, Rosiana memerlukan satu setengah tin (maksudnya, 3 tin susu yg jumlahnya berharga rm210 hanya utk 3 hari).
- Kos lampin, kos ulang alik ke hospital utk menukar tiub d hidung setiap dua minggu sekai (Rosiana minum melalui saluran tiub yg d pasang d hidungnya)
- Rosiana minum susu 6 kali sehari. Setiap kali sebelum minum, kahaknya yg sentiasa bertakung perlu d sedut dahulu menggunakan tiub khas, setiap tiub berharga rm4.
- 6 bulan d ICU, kos 15 000 (amat sukar kerana bapanya hanya bekerja sbg tukang kimpalan.
Jelas ibunya lagi, doa dan impiannya hanya satu, agar Rosiana
kembali memanggilnya 'mama'..
-------------------------------------Berbalik kpd kes perempuan tadi. Kalau lelaki yg awak suka, x suka kt awak, biarlah. Mati ke kalau x ada boyfren? Cacat ke kalau x ada boyfren? Terencat akal ke kalau x dicintai? Jgn jadi bodoh. Awak sama mcm Nana, awak sama mcm org laen yg normal. Kita semua tahu, xkira mcm mana teruknya nasib kita sekarang, asalkan kita usaha, berdoa pd Allah, masa depan boleh d ubah! Tapi mcm mana dengan hamba Allah yg d uji dgn penyakit sehingga terpaksa dbuang rahim ketika bayi? Hamba Allah yg tahu apabila dewasa, dia x boleh kahwin, x boleh dpt anak? Hamba Allah yg ada suara tapi x boleh bercakap? Awak dah 20 tahun, tolong guna otak dgn baik. Awak termasuk dalam golongan hamba Allah yg bertuah.
You got a very healthy body. Awak ada mak dan ayah, kakak, abg n adik. Awak ada otak yg sihat, otak awak x ada kuman. Awak xpayah bawak beg urin sana sini seumur hidup. Awak x ada masalah kewangan. Kalau mak ayah awak x syg awak, skarang ni mesti la awak kurus melidi sbb x diberi makan minum. Kalau mak n ayah awak x syg awak, skang ni mesti awak merempat tepi jalan, xpon mengemis d kaki lima. Ini x, awak skang adalah seorang pelajar d IIUM, igt dpt masuk free ke? Kalau mak ayah awak x syg awak, dulu dorang xkan hantar awk ke skolah, xbg awak pendidikan, biar jadi org bodoh, jgn harap nk masuk U, dpt handphone dan laptop sendiri. Setakat mak ayah sibuk keje, x bermaksud mereka x syg awak. Apa salahnya ada kakak yg lebih cantik? D hadapan Allah, semua hambanya setaraf, x kira hodoh ataw cantik, hitam atau putih, tinggi atau rendah, gemuk atau kurus. Mcm yg sy ckp tadi, awak termasuk dlm golongan hamba Allah yg bertuah. Be thankful to Him!