Sunday, January 27, 2008
AJL 22, dan artis Msia
I'm not a fan of local songs, so AJL 22 ni bukan acara yg Nana tunggu sgt. Tapi skadar nak isi masa lapang, I decided to watch it last nite. Banyak betol mende nk tulis nie.
1. Faizal Tahir d banned dr AJL 22 kerada tindak tanduknya yang d dakwa "bertentangan dengan budaya timur". Yes, die bukak baju utk menayangkan bloody S on his chest (painted, of course), so what? Kalau artis wanita boleh pakai seksi (memang terang dan nyata bertentangan budaya timur), ape salah nya artis lelaki nak "seksi" jugak. I'm not saying Faizal Tahir x bersalah, ok. The point is, org kite terlalu cepat MELATAH, konon baik sgt bile banned artis, padahal semua artis MANA ADA YANG BAIK. Bile dorang dah pilih nk jadi artis, nk jadi penyanyi, automatic kite dah taw mcm mane mentaliti dorang. So stakat bukak baju tu, x ade ape-ape pon. Yang lagi teruk dari tuu pon berlambak.
2. Pemilihan Fiq menggantikan Faizal Tahir utk "Mahakarya Cinta", sangat x best. Nyanyian Faizal lebih jelas, and he is one of the singer in Malaysia yang mampu menyebut huruf "T" dengan betol. Adalah menjadi kebiasaan penyanyi d msia utk menyebut huruf T mcm huruf C, (Cinta = cinCa, iTu = iCu, Tidak = Cidak). Bile Fiq menyanyikan lagu Faizal, bunyi nya sgt terok, kerana dia sangat suka menyanyi dengan gaya meleret2, mcm lalok, ok~ Neway, Bob Mesra yang menyanyikan lagu "Kasih Tercipta", not bad.
3. Sahri, suara die over-vibrated. Nana x suke dengar suara terketar-ketar over mcm tue, geli.
4. Estranged : Menukarkan huruf T kepada huruf C dengan HEBATnye. "Icu kamu, icu kamu, icu kamu" ntah bape kali ayat tu d ulang, sangat x best, ok?
5. Ct .. what is she wearing on her head? Kawan Nana kate, "cap raincoat". Ade yang menjerit "Eh, ct pakai tudung!!". Iz it tudung? No, it's not. May b betol kate kawan Nana, Ct pakai cap raincoat. Kalau nk pakai tudung, wear it properly.
6. Kawan Nana x puas hati Mawi menang persembahan terbaik. "Ye la dah pakai undi, memang la dia menang. Patutnya Mawi mana boleh menang dengan CT". Dah d wujudkan undian sms tu, means sesiapa saja boleh menang, tanpa mengira bakat, warna kulit dan sebagainya. Jadi, for sure la manusia yang paling ramai peminat, iaitu Mawi akan menang. X timbul perkataan "Patutnya itu bla bla, patutnya ini bla bla". Tolong berpijak d bumi yg nyata, dan jgn cepat MELATAH.
7. Kesimpulan : AJL 22 sangat x best.
Tuesday, January 15, 2008
Imaginasi Cinta Mustahil ..
Pagi tadi, lecturer kelas Masscom Nana ade cakap sesuatu .. yg bg Nana boleh d kira shocking statement. Die kate, according to a survey conducted, top 3 words in the title of books read by Malaysians are :
1. Cinta
2. Kasih
3. Sayang
Ah~ bile dengar prkataan ni, Nana dah taw. mesti peminat alaf 21 la nie. ade beberapa classmate yg ketawa bila dengar statement 2. "Tawu x pe", kata salah seorang dari mereka. Kelakar ke mende mcm tue? Bagi Nana, statement tu menunjukkan betapa rendahnya mentaliti rakyat malaysia, berdasarkan bahan bacaan yg d pilih.
Novel alaf 21 .. sumenye stereotaip. Cerita perempuan kampung yg xreti pakai make-up, tetapi mempunyai kecantikan semulajadi, walaupun xberpelajaran tp sarat dengan sifat terpuji, jujur dan sangat disenangi keluarga mentua. Dah tu, d kawinkan dengan lelaki yg kacak bergaya, kaya, businessman berjaya, tapi kurang berbudi bahasa. Pas tu, mesti la ade musuh cinta, model yg cantik dan seksi, tapi jahat, tamak dan gilakan harta si hero. Memula si heroin kampung dan hero kacak d paksa kawin, xpon kawin kontrak. Pas tu penderitaan si heroin kampung pon diceritakan separuh novel utk menarik simpati pembaca. Ntah macam mana, si hero kacak pon jatuh cinta dgn si heroin kampung, tambah sket lagi permasalahan rumah tangga, at last they live happily ever after. tamat. tak pon, tambah sket lagi, rupanya heroin kampung berketurunan diraja. Jalan cerita mengarut. Ntah nape, sume penulis suka cerita mcm ni, dan suma pembaca pon suka cerita mcm nie.
Cerita2 mcm ni, sebenarnya adalah imaginasi cinta mustahil para penulis (yg mana kesemuanya adalah wanita), yang xmungkin berlaku dalam dunia nyata. Nana penah tengok satu cover novel, yang Nana dah x ingt ape tajoknya. Tapi caption die mcm nie "Tiada lagi selepasmu, apatah lagi sebelum mu". Buruk sungguh, dan x logik. Agaknya penulis tu xtaw gunakan perkataan "apatah lagi"..
First tyme Nana g Halaqah (Study circle), kakak faci mintak sume org kenalkan diri masing2. Ade sorang ni, dia cakap "Saye memang suka membaca. Penulis yang paling saya minat ialah Damya Hana. Novel pertama dia, "Bicara Hati" memang best, sedap sgt cerita dia". Pening Nana dengar ..
These kind of novels .. manusia yang memilih novel2 mcm nie sbg favourite novels adalah manusia yang suka hidup dalam dunia imaginasi cinta mustahil.
Bila Nana tanye, "Bace x Harry Potter?" ataw "Best ke cerita cinta mcm ni? Baca first chapter dah boleh taw ape endingnye..", dorang kate x minat lah Harry Potter. Malah ade yang kate "Ramai org kate novel Harry Potter x best". Gila agaknya, sapa yang kata tue? "Ramai" ?? Ntah2 sorang dua je yang kate. Ye lah, dah x faham, memang la kate x best. Ape yang best? Cerita imaginasi cinta mustahil? Mentaliti x betol ..
Ada banyak novel yang lebih menarik, yang lebih educating (means bila baca, bukan stakat hiburan, tapi ilmu, pengajaran pon dpt jugak. Mende2 yg x mungkin wujud dalam novel imaginasi cinta mustahil!). Cuba tengok link "My Mates" kat blog Nana, kat sebelah kanan ni. Ade link "Nani One-chan", kalau ade mase cuba view blog die, n' tengok bookshelf die, those are GOOD BOOKS, ok?
Friday, January 11, 2008
Quiz Masscom..
Utk menghadapi quiz mass com pada ari ni, Nana dah bace n memorize the whole chapters (1, 2 n 3), the best i could. Memule plan nk g CAC naek bas. Tapi tunggu dkat stengah jam, xnampak batang idung bas pon. So, kite org mule la menapak ke CAC.
Bile smpai, kite org rehat la kt luar banquet CAC tu, tapi ade sesuatu yg musykil d fikiran Nana. Ehh .. nape x ade kerusi n meja pon? Nana sempat g bergurau ngan Syareefa, ckp kite kene wat quiz atas lantai coz x de kerusi n meja. Gurauan Nana n Syareefa akhirnya jadi kenyataan coz mmg kite org terpaksa wat quiz atas lantai CAC!!
Nk marah tol.. xselesa langsung. Syareefa kt seblah Nana, ntah bape kali tuka posisi. Question paper die tu, kejap kt depan, kejap kiri, kejap kanan. Same la ngan question paper Nana, lembik lunyai dah mase antar ke depan. Seb baik la soklan true false n multiple choice question aje. Kalo esei, mesti dah buruk tulisan. Pendek kate, patutnye kejadian mcm ni x terjadi la. Kt IIUM plak tue, name pon international, pengurusan pon patutnya level international gak le. Ade ke suruh bebudak jawab test atas lantai. Sedih ah, mcm mangsa banjir ajek.
Tp bile pk balik, kelakar jugak. Macam makan kenduri beramai-ramai. xpe lah, pengalaman baru. hehe.
Amik tempat memasing dulu, sementara tunggu question paper d edarkan.
Nik & Syasya : Ape la malang nasib kite ni?
Aiseh .. no words can describe this picture. Or maybe I can use "mangsa banjir d UIA ..", hehe.
Tuesday, January 8, 2008
"Bahasa Melayu" Nana..
Skang ni, Nana terkebil2 je dlm kelas BM. Kata majmuk, kata sendi .. ntah apa benda. Nana dah lupa .. Peristiwa 13Mei.. Nana xtaw ape2. Org2 cina naik lori, bawak penyapu utk usir org melayu.. pun Nana xtaw apa2. Cikgu xbagi guna pkataan inggeris langsung.
Scene 1 :
Kak D.D : Cikgu, selalunya kalau kite nk start ayat ..
Cikgu : Kite nk MULAkan ayat.
Scene 2 :
A fren : Cikgu, dalam group kite org ..
Cikgu : Dalam KUMPULAN.
A fren : Maaf. Dalam kumpulan kita org ...
Cikgu : Dalam kumpulan KAMI.
Ah, minggu depan ada presntation. Cikgu nak bahasa baku. Bahasa formal. tiba2 Nana rasa gugup, xpenah Nana rasa mcm nie .. Rasa mcm susah sgt nak buat ayat. pening kepala cari ayat. Kalau dulu xade masalah nak buat ayat "power" dalam esei, skang otak mcm dah stuck. Kawan Nana kata, mungkin dah biasa present dlm bahasa inggeris agaknya? Bila Nana pk balik.. mungkin jugak. Bukan nk meninggi diri, tp spnjang dua tahun kt UIA ni, ntah da bape puluh presntation Nana wat (especially in Oral Comm class), sume nye mmg best. Lecturer salu puji Nana n Syasya. Skang, mcm tetibe je nk bahasa baku BM ..
Nana teringat effa ckp : Saye dengan rendah dirinya ign memberikan pendapat. Pada hemat saye, hal ini berlaku kerana menteri kite terlalu baik hati, terlalu bertoleransi. Apa sahaja yang d gesa oleh bangsa Cina dan India akan segera dilaksanakan. Skarang, istilah bahasa melayu pula mahu ditukar ke bahasa malaysia. Hanya kerana digesa bangsa-bangsa lain, Pak Lah sendiri seolah-olah tunduk dengan mereka. Hanya Dr. M yang berani memberikan pendapatnya secara terbuka, yang mana pada pandangan saya adalah asas utk menjadi seorang pemimpin. Bla bla bla ...
Syasya kate : Bile la sya nk boleh ckp macam tue..
Uh .. xpe, ade lagi seminggu. Kena war brainstorming. Yeah!!!
Wednesday, December 26, 2007
Agama dan Politik ..
Seperti yang kita ketahui, negara kita nie banyak tugu. Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya. Tahukah anda (cewah, skema abes~) bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa "segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram. Ciri-cirinya menyerupai berhala dan melawatnya juga adalah haram.." Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang seribu kali sayang... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa tersebut. Setelah berbincang, mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwanya, maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja, tiada tindakan undang2 yang boleh diambil.
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik. Beliau berkata, " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarah pun dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu" dan kata beliau lagi " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."
Tahukah anda bahawa Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah. Kata beliau seterusnya, dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)
Dengan ini selesailah tanggungjawab Nana untuk menyampaikan segala maklumat di atas kepada rakan2 sekalian
Thursday, December 13, 2007
Surat Terbuka Buat Penyokong Hindraf
Sdr Editor!
Sekiranya anda merasakan Kerajaan Negara Malaysia melakukan kekejaman, penindasan dalam pelbagai aspek ke atas orang seperti anda maka berhijrahlah ke negara yang pada pandangan anda lebih demokratik dan lebih prihatin kepada hak minoriti seperti Australia, New Zealand, Canada, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Namun jika anda berhijrah ke negara tersebut pastikan anda memperolehi perkara-perkara berikut di negara berkenaan :
1. Sistem persekolahan ala Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran negara berkenaan.
2. Sistem peperiksaan yang menggunakan bahasa Tamil dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran negara berkenaan.
3. Penerbitan buku pelajaran dalam bahasa Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan negara berkenaan.
4. Siaran Radio dalam bahasa Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh negera berkenaan.
5. Siaran Berita TV dalam bahasa Tamil yang dilaksanakan Stesyen TV rasmi negara berkenaan.
6. Cuti khas yang digazetkan oleh kerajaan di negara berkenaan untuk sambutan Thaipusam dan Depavali.
7. Perarakan agama besar-besaran yang menarik jutaan pengunjung sehingga menganggu kelancaran lalu lintas di hari Taipusam di negara berkenaan.
8. Sebuah kuil yang besarnya seperti Kuil Batu Cave di negara berkenaan.
9. Sebuah patung emas yang besarnya menyamai patung yang ada di Kuil Batu Cave.
10. Bina kuil di mana-mana sahaja seperti yang anda lakukan dalam negara ini termasuk "tepi jalan, tepi lebuhraya, depan hospital, tepi masjid, tepi gereja dalam kebun getah, dalam kebun kelapa sawit dan lain-lain.
11. Pastikan kuil yang anda bina tanpa mengikut peraturan dan tanpa permit tidak boleh dan tidak akan diruntuhkan oleh kerajaan di negara berkenaan.
12. Pastikan juga kumpulan anda diberi jawatan seperti menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, ahli exco di negara berkenaan seperti mana yang ada dalam negara ini.
13. Pastikan bilangan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri keturunan anda di negara berkenaan lebih ramai dari apa yang ada dalam negera ini
14. Pastikan juga adanya peniaga besar dari kalangan anda seperti Ananda Krishnan yang menerima pelbagai kemudahan perniagaan dari kerajaan di negara berkenaan.
15. Atau pun anda boleh pergi ke negara yang masih dibawah kekuasaan luar seperti Iraq, Afganistan atau Kurdi dan berjuanglah bersama-sama rakyat mereka menuntut kemerdekaan.
Apabila kemerdekaan tercapai pastikan anda juga diberikan hak kewarganegaraan oleh penduduk asal negara berkenaan.
Sekiranya anda MAMPU melakukan perkara di atas di negara berkenaan saya rela serahkan jari telunjuk saya untuk di potong.
Mohd Anuar Ismadi
Wednesday, October 3, 2007
Pembunuh Nurin bukan binatang..
Monday, October 1, 2007
beli cd ..
Nana – Salam. Got ur number at e bustand infront of IRK Kuliyyah. Interested in Yakitate.
Penjual – Salam. Yakitate ada 70 episod, high quality, sy amik rm12 je.
Nana – rm12 .. ok jugak. Macam mana nk bayar?
Penjual – You ni sis ke? Kalau you ni sis, kte kene jumpe kat memane la. Takkan la sy nk g mahallah awak pulak kan? (mahallah = hostel)
Nana - *Mase ni baru Nana taw yg si penjual anime ni lelaki rupanya. Alamak, malas la pulak nk jumpa kat sane sini…* yep, I’m a girl. Xde service penghantaran ke mahallah ke?
Penjual – dulu ade, skang dah xbuat service tue lg. U nak x?
Nana - *malas nk jumpe lelaki ni* xpe, saye pk dulu ye. Nnt sy sms awak lg.
Penjual – ok, nnt nak beli, gtaw saye.
Nana malas nk g jumpe die, so I decide xnak beli lah. Keesokan nye, Nana cite ngan sya2 ttg sms2 tue. Sya2 kate kalau Nana malas nk g amik kt brother tue, sya2 leh tolong amik kan. Wah, berseri2 muka Nana!! Lalu Nana pon sms brother penjual anime tue, ckp Nana nk beli. Kita org pon set la tarikh dan tempat. Konon ny nk jumpe kat library, level 2.
Bila sampai hari dan waktu yg d tetapkan, brother ni x nampak batang hidung pon. Nana dah malas, Sya2 pon malas nk menunggu. Nana sms dia dua kali, tp die x balas. Nana igt, die dah lupe dgn business tue. Mase Nana dan sya2 dah nak balik, tetibe die sms “Sorry sis, baru abes kelas. Jumpa kol 11.15, saya akan berdiri depan information counter dekat brothers’ reading area”. Nana dan sya2 pon terkulat2.. mane ade counter dkt brothers’ reading area. Merapu ke penjual anime ni?? Sya2 pon berpura2 guna OPAC, sambil berkata “sms la die, ckp “She’s using the OPAC”. Nana terus gelak dengar ayat sya2. Kalau Nana sms brother tue yg kawan Nana tgh tunggu die kt OPAC, maksudnye Nana mmg ade dgn sya2. Mesti la penjual cd tue pelik, dah ade kenape x amik sendiri? Kenape suro kawan amik kan? Sya2 pon gelak dgn Nana pas tue. Nana sms lg, “awak kat mane?”, dan die pon balas “I’m at the elevator”. Skali lagi Nana dan sya2 terkulat2.. elevator kat mana?? Nana sms lg, “elevator kat mana?”, n dia balas “saye dkat lif”. Nana pon suro sya2 g kat lif, sya2 dgn muke bebal ckp “xde org pon kat lif, Nana!”, memang kelakar abes tyme. Last skali, Nana pon call die. Die jwb “Helo Nana, sy kat tangga sebelah lif ni”. Aduh .. suke2 hati tuka tempat. Pening Nana ngan Syasya. N die gtaw name die, Jefri. Sya2 pon g la kt tangga seblah lif, n there he is. Dorang mula la bcakap, Nana pulak sembunyi tepi lif, nk tgk muke die. Kulit cerah, mata sepet mcm cina, agak comel la. Mesra jugak. Lepas dwet dan dvd bertukar tangan, die pon beredar. Spanjang perjalanan Nana ngan sya2 dr library g ke bus stand, kami gelak x henti2. Xtaw ape yg lawak sbenanye. Then jefri sms Nana, ckp die dah bg dvd kat kawan Nana. Kami berbalas sms tiga empat kali. Die kate die budak Engine. Lain kali nk beli, die bg murah kat Nana. N kalo nk ape2 anime, request je, die akan carikan. Jadi .. Nana dah dpt kawan baru, Jefri ^^.
