Tuesday, September 23, 2008

Gadis berbaju kurung merah

“Milik siapakah telefon bimbit ini”
Tempat kejadian : rest room sebelah masjid besar UIA
Masa kejadian :Kira-kira jam 3.40 petang
Manusia yang terlibat : Nana, Syasya, Hanin, Raihan, dan gadis berbaju kurung merah..

“Sya, tolong pegang fail ni kejap. Nana nak ‘repair’ tudung..”, kata Nana sambil menghulurkan fail ke tangan Syasya. Pantas Syasya menyambutnya.

Nana melangkah ke arah ‘rest room’ berdekatan untuk me’repair’ tudung. Apabila tiba di pintu ‘rest room’ tersebut, Nana terserempak dengan Hanin.

Hanin : Nana!
Nana : Hye, anin!
Hanin : Nana, leh x Anin nak pinjam notes Drama Nana? Last week Anin tak gi kelas..
Nana : Owh.. boleh.

Dengan sopan (cewwah!), Nana menghulurkan buku nota kepada Hanin. Tiba-tiba, Raihan muncul entah dari mana dengan keadaan tudung yang agak ‘lingkup’ (Jelas sekali, semua pelajar perempuan melawat rest room berkenaan untuk me’repair’ tudung macam Nana jugak).

Raihan : Hanin, handphone sape colour merah tu?
Hanin : Tak tawu, dari tadi lagi ada kat situ.

Nana menjenguk ke dalam. Ada seorang lagi gadis yang sedang me’repair’ tudungnya. Berbaju kurung merah menyala.. Kelihatannya, dia langsung tidak ambil peduli dengan soalan Raihan tadi. Biarpun soalan tersebut diajukan pada Hanin, tapi apabila dia tidak menunjukkan sebarang respons, maka.. tentulah telefon bimbit tersebut bukan miliknya, begitu fikir Nana.

Nana : ada orang tertinggal kot.. ? (menoleh ke arah Raihan)
Raihan : Ye la kot.

Masih tiada sebarang respons dari gadis berbaju kurung merah tersebut. Dari tadi, asyik benar dia me’repair’ tudung depan cermin. Setelah mengucapkan terima kasih, Hanin menghilangkan diri bersama Raihan.

Setelah berpuas hati dengan keadaan tudung Nana yang dah di’repair’ secomel yang mungkin, bola mata Nana tertancap tepat pada telefon bimbit merah tersebut. Sony Ericsson. Cantik. Mesti mahal, begitu fikir Nana. Nana mencapai telefon bimbit terbabit. Gadis tersebut masih membatu, masih membisu.

“Sape yang tinggal handphone ni kat sini?”, tanya Nana dengan suara yang agak kuat.

Gadis berbaju kurung merah tersebut masih lagi diam membisu, sibuk me’repair’ tudung sejak tadi, walaupun pada pandangan Nana, tak ada yang perlu di’repair’ lagi. Elok je..?

Nana meninggalkan gadis berbaju kurung merah tersebut bersama-sama handphone tadi. Lantas Nana menyisih langkah ke arah Syasya.

Nana : Sya, kalau kita jumpa satu barang yang berharga, yang kita syak tuan dia tertinggal barang tu, nak buat apa ek?
Syasya : Kalau jumpa purse, amik, tengok matric card atau i/c dia, gi tanya kat library. Dalam akaun library mesti ada number phone dia. Call la, cakap kita jumpa purse dia.
Nana : Kalau handphone?
Syasya : .. (tak jawab..)..
Nana : Tadi Nana jumpa handphone Sony yang sangat cantik kat dalam sana.
Syasya : Amik la, Nana! Nanti mesti tuan dia call, kesian dia cari. Pi amik!

Hmm.. Tak sampai seminit pun Nana meninggalkan rest room tersebut. Harap-harap tak ada orang curi! Nana pun bergegas ke rest room tersebut semula, diikuti Syasya.

Telefon bimbit tersebut masih di situ. Gadis berbaju kurung merah? Ya, dia masih ada di situ, masih me’repair’ tudungnya yang dah elok dan tak perlu di’repair’ tu.

Nana : Tu la handphone tu.
Syasya : Sian kat tuan dia..
Nana : Nak amik ke?
Syasya : Amik la, nanti kita contact number yang ada dalam tu, cari pemilik dia.
Nana : ok!

Tiba-tiba, gadis berbaju kurung merah tersebut mencelah di antara Nana dan Syasya dan berkata :

“Handphone saye.”

Syasya : hah? Ya allah, nasib baik tak amik lagi!
Nana : laaa.. ye ke. Sorry, kite orang ingat ada orang tinggal!

Gadis tersebut sekadar tersenyum, terus menghilangkan diri selepas mengambil handphone tersebut.

Syasya : tu la Nana, lain kali tanya dulu!
Nana : mana la Nana taw~ *sekadar tersenyum*

Kemudian, Nana terfikir..

1) Time Raihan tanya “handphone sape colour merah tu?”, kenapa gadis tu membisu? Nak kata dia tak dengar, rest room tu kecik je. Kalau berbisik pun mesti bergema. Takkan la tak dengar pulak..?

2) Time Nana kata “ada orang tertinggal kot?”, pun dia masih membisu. Susah ke nak cakap “tu handphone saye”, daripada membiarkan Nana dan Raihan tertanya-tanya? Hmm..

3) Time Nana amik handphone tu, pun dia masih membisu dan membatu. Kalau ikot logik akal la.. kita nampak orang yang tak dikenali pegang handphone kita, handphone mahal pulak tu, takkan kita diam je? Dia bukan setakat tak cakap apa-apa, malah langsung tak menoleh ke arah Nana. Seolah-olah, handphone tu tak ada kena-mengena dengan dia..

4) Time Nana tanya ‘Sape yang tinggal handphone ni kat sini?” dengan suara yang agak kuat, yang memang mustahil la kalau dia tak dengar, yang sememangnya merujuk kepada handphone sony warna merah di tangan Nana tu, kenapa dia tak bagitau yang handphone tu kepunyaan dia?

5) Kenapa dia repair tudung yang tak perlu di’repair’ begitu punya lama…?

Persoalan yang bermain-main di minda Nana :

Benarkah telefon bimbit tersebut milik gadis berbaju kurung merah berkenaan..?

Apa pendapat para bloggers sekalian?

TAG (tq, Nqb!)

Each player of this game starts off with 15 weird things/habits/little known facts about yourself. People who get tagged need to write a blog of their own 15 weird things/habits/little known facts as well as state this rule clearly. At the end, you need to choose 5 people to be tagged and list their names. No tags back.

1. Sangat suka makan coleslaw.
2. Teringin sangat nak belajar bahasa jepun ..
3. Tak suka pegi kelas lewat.
4. Benci manusia yang lembab (lembab buat kerja, lembab bercakap, lembab berjalan, lembab sebagainya lah!)
5. Suka beli lipgloss, lipbalm, lipshiner dan yang seangkatan dengannya (tapi sampai skang tak pernah ada lipstick). Nana ada 5 beg, so Nana simpan satu dalam setiap beg. Tapi, sempena bulan ramadhan, Nana juga berpuasa dari sebarang lip-thingy, ^^''
6. Sangat malas baca buku pelajaran, tapi suka baca novel yang ada naga (maksudnya, ber’genre’ fantasi)
7. Malas pakai compact powder. Pakai Silky Magic Powder tu je. Mudah dan pantas.
8. Dah lama tak tunggang basikal.
9. Suka buat wallpaper & animated gif.
10. Tak suka manusia yang kebodohannya tahap melampau.
11. Sejak jadi peminat SHINee, Nana tido lewat setiap malam (layan all the videos and mp3s, ulang 20 kali pun tak boring lagi)
12. Suka potong kuku. Selang dua hari, kuku saya akan dipotong. Jadi, kuku saya sentiasa pendek, kemas, bersih dan comel.
13. Tak tahan panas.
14. Tak suka makan durian.
15. Currently, senang jatuh hati dengan lelaki yang lebih muda. Eg : Taemin (15), Minhwan (16), Chinen Yuri (13). Hmm.. Natural pedo, haha!

Nana nak tag :
Kak Nani
Butirstar
Hanis
Mimi-san
Q-chan

Saturday, September 20, 2008

Pre-Reg dan Syanana

salam!

malam ni, Nana nak bercerita pasal pre-registration course untuk sem akan datang, dan juga persahabatan Nana dan Syasya.

Sem ni, dengan rasminya Nana dah jadi student level 2. Apa maksud level 2? Maksudnya, Nana nye credit hours dah mencecah 30 (ataw lebih). Tapi, Syasya masih d level 1 (below 30 credit hours). Untuk pre-reg, students level 2 boleh mula register course untuk sem depan pada 19 dan 20 hb, manakala untuk level 1, 20 dan 21 hb.

Mengikut logik akal manusia, dah ada pilihan untuk register lebih awal, mesti la nak register 19hb tu. Kalau register lambat, nanti semua section dah close, jadual berterabur, lain yang dirancang, lain pulak jadinya.

Tapi, disebabkan Nana dan Syasya tak dapat dipisahkan sejak dari matrik IIUM PJ lagi, maka Nana korbankan 19/9/08/ tu, dan mendaftar pada 20hb bersama dengan Syasya.

Akibatnya?

Ha~ memang jadual Nana berterabur.
Nana buat empat jadual :
1 main schedule
3 backup schedules

Pada hari pendaftaran, semua jadual tak leh pakai!
Kelam kabut Nana lukis jadual yang ke-5!

At the end, dari 7 subjek yang kami daftar, 5 subjek kami dapat kelas yang sama. Lagi 2, tak dapat nak d ubah lagi. Sedih gak la.. sebab Nana dan Syasya sentiasa bertungkus-lumus sejak dulu lagi supaya dapat kelas yang sama. Tak apalah, dua subjek je yang tak sama ^^.

p/s : Syanana = term yang digunakan oleh rakan2, dan juga kami sendiri, refer to Nana and Syasya la. Selalunya, kawan2 Nana akan kata, "d mana ada Nana, d situ ada Syasya".

Memang kental la..

Subjek yang Nana berjaya register semester depan :

1. Introduction to Sociolinguistics
2. Literary Genres III : Novel and Short Story
3. Semantics
4. Sciences of Qur'an
5. Introduction to Sociology
6. Family Management and Parenting <-- I have no idea.. Adakah subjek ni akan memastikan Nana jadi ibu yang baik?
7. Tilawah Al-Quran II

Thursday, September 18, 2008

Nana lupa..

Perkara biasa, tapi dahsyat kesannya.

Apakah perkara remeh tersebut?

Hmm.. Semalam, Nana terlupa lock handphone.
Dalam masa seminit saja, benda yang SANGAT bodoh dah berlaku,
hanya disebabkan Nana tak lock handphone. Bodoh~ memang sangat bodoh..

Mangsa kejadian : Ace

Well I'm glad Ace is the mangsa.
Kalau the mangsa is someone yang study di sini bersama Nana,
for sure Nana akan mintak leave satu sem, x sanggup pegi kelas lagi!

Moral of the story :
Sila lock handphone anda.

to ace and Q-chan:
jgn cerita apa yg berlaku smalam kpd sesiapa pun!!

Sunday, September 14, 2008

G.A + Psyc + Birthday

'Sad' by Tonadako

G.A

1. stands for Grammatical Analysis.

2. last week, ade midterm G.A.

3. Nana dah baca, dah hafal.

4. Tadi dah dapat markah.

5. HORRIBLE.

6. Nana sedih.
7. Mr. Adrian kata "God only helps those who help themselves."

8. Memang salah Nana.. ~ Hmm..

9. Harap markah assignment boleh support ke'horrible'an midterm Nana.

10. I'll do better next time. I will.

Psyc

1. stands for Psychology.

2. esok ade midterm.

3. I'll do my best, so wish me luck!!

Birthday

1. Happy Belated Birthday to Kak Fairuz!

2. Sorry for the late wish.. sangat busy~~

3. You're a good fren, and a good sister ^^!


Thursday, September 11, 2008

Nana jatuh hati..

Picture by Charming-uae

*happy*


Soalan :
Nana jatuh hati pada ____. (Fill in the blank.)

Klu :
(yang mungkin, hanya boleh d fahami oleh Kak Nani, Kak Fairuz, Hanis, Huda, Mimi-san, Atip-san and Q-chan)
Mushroom Chumell



Terpulang, nak jawab pun boleh. Tak nak jawab pun boleh.

Nana akan bercerita dengan lebih lanjut, insya Allah dalam entry yang akan datang. Salam.


Saturday, September 6, 2008

Tag (by Azeem-kun)

#Have you ever fallen asleep in someones arms?
- Yes.

#What were you doing at 1 am?
- Iron baju utk g kelas.

#What was the reason you last cried?
- Tengok gambar anjing mati dalam laptop Kak Nani.

#What are you seriously wearing?
- yellow long sleeves shirt + black long pants

#What are you doing tonight?
- sleep

#Do you clean when you’re upset?
- No.

#Would you ever dye your hair blue?
- No. Dosa..

#How many pairs of shoes do you own?
- Two only. Sandal banyak la..

#Do you usually tell people when they hurt your feelings?
- No.

#What's on your mind right now?
- Pyschology Discussion.

#How have you felt today?
- Tired.

#Do you believe everyone deserves a second chance?
- Yes.

#Did you cry today?
- No.

#Do you miss anyone?
- Yes.

#Who knows your biggest secret?
- my self

#Who was the last person to hold your hand?
- Pony (dia takot Nana hilang ditelan kesibukan dan kebanjiran di Pudu)

#How many windows are open on your computer?
- Dua saja..

#What do you hear right now?
- This Love – Big Bang

#How many hours did you sleep last night?
- 6 hours

#Are you waiting for something?
- No.

#Does anyone hate you?
- There should be.

#Who was your last call from?
- Siti Sarah

#Have you ever ran away?
- Hah??

#Can you run a mile?
- No. Malas + Tak Larat

#Who's voice did you hear last?
- Big Bang’s (tengah dengar lagu..)

#Did you kiss or hug anyone today?
- No

#Did you speak to your mother today?
- No.. sangat rindu~

#What is the last movie you watched?
- Tak ingat.

#Who do you feel most comfortable talking to about anything?
- Kak Nani.

#Do you believe that everything happens for a reason?
- Yes.

#Do you like someone?
- Yes.

#Has anyone disappointed you recently?
- Yes.

#How late did you stay up last night and why?
- 1.30 am. Iron baju.. ^^''

Nana mau tag :
Ace
Q-chan
Atip-san
Nqb
Wawa

Friday, September 5, 2008

Ace


Renji & Rukia by pandabaka


“Orang Kedah ka?”
Ayat pertama dari Ace kepada Nana.

[geleng-geleng] “..Peghlih (Perlis).”
Ayat pertama dari Nana kepada Ace.

Dua ayat yang cukup ringkas.

Ace menjadikan hari-hari orientasi Nana di UNISEL berbunga-bunga, hehe.
Sebab? Ace kelakar. Ace mesra. Ace comel.

Apa panggilan pertama Nana kepada Ace?
Ace la. Sebab Ace memang perkenalkan diri sebagai ‘Ace’ sjak dari mula lagi.

Apa panggilan pertama Ace kepada Nana?
Jenab. Sebab Nana tipu dia, Nana kata nama Nana Zainab. Huh.. tapi lepas tamat orientasi, Ace dah tak panggil Jenab lagi.

Apa perkataan favourite Nana dan Ace?
Lesung batu. Sebab? Hanya kami berdua saja yang tahu, hehe.


Apa pandangan rakan-rakan sekelas tentang hubungan kami?
Huh, ada orang tuduh kami couple! Tapi, dengan hebatnya Ace menipu. Dia kata, kami adik-beradik kembar. Anehnya, mereka percaya pula dengan penipuan Ace. Mungkin kerana kehebatan kami berdua berlakon sebagai adik-beradik, hehe.

Apa yang Nana suka tentang Ace?
Ace baik.
He is a good listener.
Kami selalu sependapat (sampai la sekarang).
Ace pandai nyanyi (serious!).
Ace faham diri Nana. Ace tawu Nana suka kale PYNK. Jadi, besday Nana yang ke-18, Ace bagi hadiah satu set, sume kale PYNK!

Nana sempat jadi pelajar UNISEL selama sebulan. Bila Nana dapat tawaran ke IIUM, Nana sedih. Nana sedih sebab dah tak boleh jalan ke kelas dengan Ace lagi. Sedih sebab dah tak boleh duduk sebelah Ace dalam kelas. Sedih sebab dah tak boleh lunch, dinner dengan Ace. Sedih, sebab dah tak ada sapa nak call Nana malam-malam (Ace suka merapu. Dia kata ada mayat dalam almari Nana, huh!). Sedih sebab dah tak boleh makan nasi goreng yang Ace masak lagi.

Hari terakhir Nana di UNISEL, Ace x ada. Ace balik kampung. Nana jumpa semua orang. Nana ucap selamat tinggal pada semua orang. Tapi x dapat jumpa Ace..

Ace, kawan yang Nana paling sayang masa Nana study kat UNISEL, walaupun sebulan cuma. Tapi, persahabatan kami kekal sampai sekarang.

Hari ni, usia Ace dah melangkah ke angka 20.

Ace, Happy Birthday! May all happiness and joys be yours, wishing you a birthday that is happy and bright the whole year through. Study rerajin, ok. Saya sayang awak ^^!

Renji is back!

setelah hampir sebulan Nana berpisah dgn Renji (my lappie toppie), akhirnya Nana dan Renji disatukan kembali. Terima kasih kpd ainCOM kerana me'repair' Renji kesayangan Nana (kpd Fazli, jgn ingat saye dah lupekan ape yg awak dah buat pada Renji saye!)

ainCOM cuma ada Photoshop CS3 (ini memerlukan intel pentium 4). Renji Nana bernafas dengan intel celeron saja, jadi Nana cuma leh pakai photoshop CS2. So, terpaksa la hantar g kat sorang sister ni, dia tolong install kan. Tapi, dy bagi photoshop version 7 pulak, zaman batu punya photoshop! menci~~

Bila balik rumah, owh, rupanya technician kolej mak Nana ade photoshop CS2!! maka, Renji Nana dah lengkap dgn CS2 skang nih. Nak lepaskan gian lame x photoshopping, maka Nana wat header baru. Para bloggers leh tgk d atas. Header kali ini bertemakan ICHIGO MASHIMARO - Matsuoka Miu. Seperti biasa, mesti ada kale PYNK. hehe.

SALAM RAMADHAN kepada para bloggers yg Nana sayangi!!